Template by:
Free Blog Templates

Saturday, January 30, 2010

 ~ Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran ~

 

hntrn

 

           “Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.

          “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

          “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

          “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

          “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

          “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

          “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

          “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

          “Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

          “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

          “Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

          “ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

          “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

          “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

 

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

          “Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

          “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

          “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

          “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

          “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

          “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

          “Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

          “Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

          “Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.

          “Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

 

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

 

Sekadaran Renungan…

          Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

          Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

          Tapi lelaki kacak itu berkata,  Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang  diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

          Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

          Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi.

          Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’

Read More...

Wednesday, January 20, 2010

 ~ Seutas Gelang Zamrud ~

Ini bukanlah hasil tulisan saya. Saya mendapatnya dari pembacaan & saya ingin berkongsikan kepada semua tentang sesuatu yang kita selalu terleka. Mungkin kita tak cukup baik pada orang lain, tapi kita tidak boleh menolak yang orang di sisi kita (baik sahabat, saudara, kawan atau keluarga) merupakan insan bermakna buat kita. Selalunya kita terleka sehingga bila kita sudah kehilangan, baru kita me yedari betapa bernilainya insan tersebut buat kita.. Huhu~

 

ami

 

          Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

 

          Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

          Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.

          “Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

          “Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura.

          “Terperanjat Pura! Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”.

          “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.

          “Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?”

          “By air…” ringkas jawapan Fadley.

          “Habis kereta abang?”.

          “Pada Mat Noor…” jawab Fadley.

          “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat.

          “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini.” Cari makan dulu….” tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.

          “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley.

          “Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.”

          “Basikal?” tanya Fadley.

          “Hah ah.. ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya.

          “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”.

          “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura melerek.

          “Kari kapitan?” teka Fadley. 

          “Apa lagi……”

          “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”.

          “Habis dengan lamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

 

ami_a06 Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura.

 

          “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.

          “Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut.

          “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tue”.

          “Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley.

Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini.

          “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.

          “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.

          “Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan.

          “Pura ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura.

          “Ingat!!!!!” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.

          “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.

Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”.

Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya.

          “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.

          “Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura.

          “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya.

Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.

          “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….”

Sapura bangun melepaskan pelukannya.

          “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih.

          “Me too..” jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai.

          “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.

          “Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri.

Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya..

          “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi.

Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.

          “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri.

          “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura.

          “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri.

Sapura tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini.

          “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura.

          “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri…

          “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia….”

          “Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

          “Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya.

          “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri…

          “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”

animi2

 

Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang.

          “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga. Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura.

          “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.

          “Ini ke Jeff?” tanyanya perlahan. Jeffri tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

 

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.

 

Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya…

Read More...

 Warnakan Harimu :)

 

Sebelum ini saya berkongsi informasi mengenai hari isnin yang membawa warna putih. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsikan hari lain juga warna yang mewakilinya. Tika saya menulis ni, hari selasa melambangkan warna pink @ ungu. Agaknya bagaimana emosi kita tika ini :)

 

pink

Selasa itu Pink @ Ungu

 

          Siapa sangka warna pink pun boleh mendominasikan hari. Selasa dikaitkan dengan hari emosi. Tapi jangan salah sangka. Emosi tak semestinya negatif aje…  Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

          Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

          Dengan berpakaian pink, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merta dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

          Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

 

biru

Biru nyer hari rabu..

 

          Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

          Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

          Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperti goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu. Bukankah petua orang dulu-dulu mengatakan bila kita mengalami beguk @ bengkak di leher, kita meletakkan nila :) Kan itu biru..

 

kuning

Khamis itu warna kuning @ oren?

 

          Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.

          Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

          Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. No wonderlah orang dok selalu cakap malam jumaat, malam jumaat. Huhu~

          Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

 

ijau

Hijau di hari jumaat

 

          Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru. Bukankah sebab tu kita digalakkan untuk menikmati suasana alam semulajadi kerana udaranya yang segar… :d

          Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

          Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

 

merah

Ehmmm… yum! yum! strawberry :d

 

          Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

          Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

          Kalau rasa-rasa ingin full of energy hari sabtu semasa jalan-jalan tu, jangan lupa tema pemakaian adalah warna merah. Menyala-nyala gitu :)

 

Next entry saya berikan info tentang hitam di hari ahad pulak. Fhuh! Tunggu…

Read More...

Monday, January 18, 2010

 Warna Warni – Isnin itu Putih :)

 

 

rena

 

 

          Agaknya apa tema pemakaian anda hari ini? Merah? Oren? Kuning? Warna warni? Atau sama je setiap hari? Pakaian uniform ek… :) Kalau ikut dari keselesaan dan kesenangan, uniform lebih memudahkan sebab tak perlu nak fikir nak pakai apa hari ni, hari esok atau seterusnya. Tak perlu nak pening kepala kalau orang lain dok mengata “asyik2 warna tu jer, macam dah tak de warna lain dah.” Iyeker anda pernah melalui detik2 tuh? Ke sendiri yang rasa macam tu? :)

 

          Percaya tak bukan kita sahaja yang mempunyai keinginan pada macam-macam warna, hari-hari isnin selasa rabu pun ada warna nya tersendiri. Eh! penting gak untuk kita mengetahui supaya selari dengan alam semesta. Kenapa pulak? Yelah, supaya kita lebih mempunyai semangat dan ada dorongan semulajadi hasil dari ‘sehati sejiwa’ dengan hari-hari ni. :) Rasanya tak salah untuk saya berkongsi maklumat yang saya perolehi dari website CVT untuk kebaikan kita juga :d

 

Apa pula kaitan warna dengan setiap hari neh?

 

          Resonan bermasuk mach, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak. Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

 

          Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai

 

 

Bagaimana pula kita tahu isnin hari putih neh?

 

“Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.”

 

HARI

WARNA

FREQUENSI

ISNIN

PUTIH

0- 279 nanometer

SELASA

PINK / VIOLET

380- 489 nanometer

RABU

BIRU

490- 544 nanometer

KHAMIS

KUNING / OREN

555-729 nanometer

JUMAAT

HIJAU

545- 554 nanometer

SABTU

MERAH

730- 780 nanometer

AHAD

HITAM

0- 279 nanometer

 

images

Hari isnin dan putih.

 

Ini hasil kajian yang melihat dominasi vibration setiap hari. Kenapa pulak putih neh? Kalau tak silap saya, apabila semua warna bersatu ia akan menjadi warna putih semula. Ini bermakna putih melambangkan kesucian yang mempunyai maksud lebih mendalam bagi kesatuan seluruh warna. Putih mempunyai kekuatan yang terus menerus daripada sumber tenaga Ilahi. Apabila tercemarnya putih maka tercemarlah warna-warna kehidupan yang lain. Rahsia putih ini sebenarnya memegang rahsia air yang bening dan jernih.

 

          Putih adalah warna asas yang cukup berperaturan. Hanya dengan kesucian jiwa dan semangat yang kuat dalam menempuh kehidupan dengan penuh kepercayaan didapati mampu memelihara kekuasaan ‘putih’ agar sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Kelesuan, tidak bermaya, hilang kepercayaan diri dan arah tujuan kehidupan adalah masalah yang paling ditakuti dalam memelihara kesucian kerohanian.

 

          Selain itu, ‘Putih’ adalah warna kederiaan yang merangsang semua sistem kederiaan yang lain. Ini bermakna ‘putih’ memberi kesan yang besar kepada sistem hormon dari kawalan berbagai penyakit. Warna ‘putih’ yang menguasai peranan Kelenjar Pituitari menerima apa sahaja warna-warna yang bermaklumat untuk dianalisa secara bijaksana sebelum dihantar kepada Kelenjar Pineal yang lebih bersifat merestui dan mengesahkan. Warna ‘putih’ ini akan terpantul semula dalam bentuk yang lebih menggetarkan agar maklumat dapat ditukar bentuk kepada bahagian-bahagian sasaran yang dikenal pasti memerlukan tenaga itu. Kuasa intelek yang ada pada warna ‘putih’ ini tidak harus melakukan sebarang kesilapan dalam mengenal pasti bentuk maklumat yang terkandung di dalamnya.

 

          ‘Putih’ dapat dicorakkan warnanya kepada pelbagai bentuk kegunaan yang wajar dan memberi manfaat. Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal  dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

 

          Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

 

          Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

 

Warna putih untuk hari Isnin ni panjang sedikit dari hari yang lain. Jadi next entry saya cerita pasal hari lain pula :d

Read More...

Wednesday, January 13, 2010

 Memori Selamanya ~ Tiga Part Dua

 

100px-Ami_glasses

 

 

 

 

Pintu bilik G24 dibuka dan Azura masuk. Ariza tiada di bilik. Dia meletakkan beg galas serta beg plastik di atas katil dan duduk. Melepaskan kepenatan selepas berjalan. Ingatan akan pertemuan dengan Farina sebentar tadi, serta merta bertandang ke ruang fikiran. Renungan yang menakutkan. Seperti nak makan orang je! Rambut tak ubah macam lelaki. Teracak macam mat punk aje. Pelik... takkan fesyen macam tu di benarkan di sekolah? Kalau smart tak pe juga. Ini macam... Aish! Aku tak patut nak fikir sejauh tu. Itu diri dia, jadi buat apa aku nak kisah kan.. Hmm rambut Riz pun pendek juga, tapi ikal cantik. Sesuai dengan wajahnya. Rasa macam nak pegang-pegang jer. Ah! Mengenangkan Ariza, hatinya tertanya-tanya lagi. Betul kah Riz sombong? Betul kah ramai orang tak suka dia? Desisnya ragu-ragu lalu menerkup muka. Satu dengusan mula kecil kedengaran.

 

                    *                   *                    *                   *                    *                    *                    *

 

Azura duduk separuh bersandar pada dinding katil sambil memangku patung Teddy Bears di atas ribanya. Dia begitu asyik membaca majalah ujang. Sesekali dia tersenyum sendiri. Lucu dengan apa yang di baca. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dan Ariza masuk diikuti oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya. Azura tersentak. Begitu juga Ariza. Dia terus memandang.

          “Eh! Awak dah balik, Zura? Saya ingatkan tiada ada orang tadi.”

          “Saya dah lama balik, Riz.” Jelasnya sambil mengangguk kepala.

Gadis itu memandang Azura. Penuh kehairan. Tidak lama, dia memandang Ariza semula.

          “Zura? Oh! Inilah roomates baru Riz. Baru sampai ke?”

          “A’ah, kak Long. Minggu lepas dia masuk. Namanya Azura. Ehm... Zura, ini kakak Riz. Rosniza. Dia form 3 kat sini.”

Azura meletakkan majalah ujang di tepi bantal lalu tergesa-gesa bangun dan berdiri di depan Rosniza. Satu senyuman manis terpancar di wajahnya.

          “Oh! Ini Azura ya. Gembira dapat jumpa Zura. Akak harap Zura dapat menyesuaikan diri dengan cepat di sini ya. Tak susah juga.” Sapanya lalu menghulurkan tangan. Turut tersenyum. Azura segera menyambutnya.

          “Terima kasih, kak. Beruntung Riz ada kakak. Ada juga tempat bermanja. Saya memang teringin nak ada kakak. Dapat seorang pun jadilah. Sunyi seorang-seorang ni.”

Rosniza senyum simpul sambil menggelengkan kepala. Pertemuan pertama sudah memberikan gambaran padanya bahawa gadis ini seorang yang manja dan agak kebudakkan. Dia memandang Ariza semula.

          “Baiklah, Riz. Kak Long nak balik dulu. Kalau ada apa-apa hal, jumpa kak Long. Kalau tak pun, tinggalkan pesanan dengan kak Ardilla. Riz kenal juga kan.”

          “Yelah, kak.” Balasnya lalu menganggukkan kepala.

          “Ingat pesanan kak Long. Nak ikut K-Do, boleh. Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Faham tu?”

Sekali lagi Ariza mengangguk. Akur.

          “Okaylah, Azura. Kita jumpa lagi nanti!” Ujarnya tersenyum lagi.

Azura tidak menjawab. Namun dia mengangguk. Ariza mengekori Rosniza menuju ke pintu. Azura kembali duduk di tepi katilnya. Pandangannya masih tidak lepas dari memerhatikan Rosniza. Melihatkan kemesraan perwatakan yang dipamerkan oleh Rosniza, tiba-tiba hatinya menjadi rindu. Ah! Alangkah baiknya kalau aku juga mempunyai seorang kakak seperti dia...

Read More...

Sunday, January 10, 2010

 Wishing You a Happy New Year 2010 :)

 

100px-Ami_glasses

 

 

 

Hari ni dah 10 Januari 2010. Walaupun dah berlalu 10 hari, tapi masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.. Bagaimana agaknya permulaan 2010 dalam hidup kita? Adakah bermula dengan kegembiraan ataupun dah mula rasa stress? Everything will be going fine as long as you know how to manage it. Percaya ke pada ilmu astronumerologi @ metafizik? Mungkin untuk percaya 100% tidaklah, tapi sekurang-kurangnya kalau kita dah tahu itu mungkin berlaku (misalnya stress), kita boleh persiapkan diri agar tidak terlalu terasa terbeban kan… Pun dah tahu kenapa kita boleh jadi stress. At least, kita boleh beringat kan… Tak salah sebenarnya. Belajar untuk mengenali diri sendiri.

 

Tahun ni apa agaknya azam kita? Ada peningkatan dari tahun lepas? Ataupun azam yg carry forward je. Apapun, apa yang kurang menyenangkan pada tahun lepas, janganlah dijadian bebanan untuk berjaya tahun ini. Munkin tahun ini membawa sejuta kemanafaatan bersama. Siapa tahu kan. Bagi saya.. Tahun 2009 agak memenatkan juga ( dah numerologi saya cakap begitu, tapi Ahamdulillah saya dah prepare awal tahun lagi – beajar untuk mempersiapkan diri saya untuk menghadapi tanggungan kepercayaan dari orang lain:) ) Kerana itu, saya masih mempunyai masa untuk berjalan2, membuat  apa juga hobi saya termasuklah koleksi animasi. Hehe! Apa agaknya yang saya buat ye… Saja nak share :)

 

03012010(004) Ni salah satu koleksi animasi yang saya beli dari Amazon.com. Harganya 23.94 (euro). Tajuk die Blood: The last Vampire dan R.O.D.  Sorry la ek… tak de la pulak simbol duit euro ni. Hehe! Walaupun nampak macam beli, tapi sebenarnya free je saya dapat dari Amazon ni. :)

 

03012010(005)

Ini pu sama saya beli dari Amazon.com. Tapi yang ni mahal sikit USD$43.75. Agaknya berapalah harga kalau convert duit RM ek.. Tajuk die To Heart: Compilation Set. Ada 4 dvd semuanya, mungkin sebab itu agaknya dia mahal kot…

 

03012010(003)

Satu-satunya buku yang saya beli dari Amazon.com. Saya memang berkenan sangat dengan buku motivasi ni. Hard cover gitu. The Secret. Terasa macam cop mohor diraja je huruf ‘s’ tu. Harganya USD$31.95. Bukan tak boleh beli kat MPH ke Popular Book, tapi kalu dah boleh dapat free, kite pilih je lah dan tunggu 1 bulan untuk sampai ke tangan. Fhuh! Penantian satu penyiksaan sungguh nak menanti barang dari US ni..

 

03012010(002)

Hah! Ini ship wooden craft yang saya suka nak buat selain jigsaw puzzle (dah siap frame kat dinding umah lagi). Tapi tak de la susah sangat memandangkan saya dapat siapkan 1 malam je – petang beli kat Sunway Pyramid dan terus buat malam tu juga. Cantik sebenarnya.. Hehe!

 

04012010

Hobi amatur dah lama saya tak buat – cross stitch. Entah masa temankan mama pi beli barang jahitan (baru sampai kat airport Sandakan masa nak cuti raya hari tu, terus pi kedai jahitan), tetiba teringin pula nk buat. Sepanjang ramadan tu nak siapkan, tapi malam tahun baru 2010 baru siap. Finally! Tak pe… sekarang dah jadi teman buat Comelz ( my car) hehhee!

 

04012010(003)

 

Ada juga cuti-cuti malaysia, jalan-jalan cari makan.. Ni resepi apa ya… Mozarella bake… Entah! Lupa la plak. Tapi boleh tahan gak. Pheh! saya memang suka try makanan baru ni.. especially sea food. Kalau ada rasa-rasa nak share dengan saya, nanti jangan lupa bagitau la. Yang penting saya boleh makan je. hehe!

Read More...

 Memori Selamanya ~ Tiga Part Satu

 

230px-Saki_volume_1_cover

 

 

 

Azura melangkah keluar dari koperasi sekolah. Di tangannya terdapat beg plastik kecil yang mengandungi barang-barang keperluan. Dia terus maju menuju ke asrama. Sesekali dia menyelongkar beg plastik itu. Ingin memastikan segala yang diperlukan tiada yang kurang.

          “Hai Zura! Kau dari mana ni?” Sapa satu suara dari belakang secara tiba-tiba. Azura agak tersentak. Langkahnya terhenti dan dia terus menoleh.

          “Oh! Kau rupanya. Kebetulan pulak. Aku dari koperasi.”

Liza mengerling beg plastik yang dipegang Azura.

          “Wah! Banyak juga barang yang kau beli. Boleh aku tengok?” Tanyanya lalu menarik beg plastik dari tangan Azura. Azura segera mengelak.

          “Tak ada apa-apa juga. Barang keperluan jer. Jadi tak payahlah kau sibuk nak tengok. Kau nak ke mana ni?”

Liza mencebik bibir. Dia menjengkel.

          “Saja jalan-jalan. Bosanlah di asrama. Eh! Zura, jom ikut aku. Nak tak?”

          “Tak naklah, Liza. Aku nak balik cepat. Lain kali sajalah.”

          “Ala... kalau di bilik pun, bukan kau ada kerja nak buat pun. Jom lah. Kejap je.” Pujuknya sambil menarik tangan Azura. Azura mendengus perlahan. Rimas dan tidak selesa.

          “Ish! Aku tak nak la. Kau nak ke mana juga ni...?”

          “Ala... Kita jalan-jalan saja. Tak kan itu pun tak boleh.”

          “Kalau sekadar jalan-jalan, lebih baik aku balik bilik, Liza. Buat kerja sendiri. Tak pun aku tidur.” Tingkahnya lalu melepaskan pegangan Liza. Raut wajah Liza berubah. Masam.

          “Kenapa? Kau dah mula rapat dengan budak sombong tu ke?”

Seketika Azura tercengang. Dia menarik nafas dalam. Kenapa Liza ni?

          “Kau ni... kenapalah kau suka panggil dia budak sombong?”

          “Sebab dia memang budak sombong! Tak reti nak senyum!” Cemuhnya lalu memuncungkan mulut.

 

Azura mengalihkan pandangan matanya lalu menggelengkan kepala berkali-kali. Tidak begitu senang hati. Hanya kerana Riz sukar melemparkan senyuman, maka Liza menggelarnya budak sombong? Kenapalah sejak awal aku kenal Liza, dia selalu mengatakan Riz sombong? Benar-benar sombong ke Riz tu...?

          “Bukan aku seorang je yang cakap dia tu sombong. Pelajar lain pun cakap. Kalau kau nak tahu, pelajar lelaki di kelas kita tu pun cakap begitu. Diorang pun tak suka!” Sambungnya lagi. Terus mencebik. Azura hanya mendiamkan diri. Memekakkan telinga.

          “Entah siapa nak berkawan dengan dia tu!”

          “Sudahlah tu, Liza. Kau ni tak habis-habis nak mengata dia.” Celahnya mematikan cemuhan Liza.

          “Ala... kalau memang dah betul, nak buat macam mana? Kau pun baru kenal dia. Jadi tak payahlah nak memenangkan dia! Bukannya dia tu nak eh!! Itu kak Farina...”

Azura tersentak lagi. Tercengang? Kak Farina? Siapa pula tu? Bisik hatinya tertanya-tanya. Wajah Liza ditatap tajam.

          “Hah! Farina? Siapa tu?”

          “Jom, kita jumpa dia!”

          “Eh!!! Tapi...”

 

Azura terpinga-pinga. Tidak terkata bila tangannya ditarik. Hanya mengikut gerak kaki Liza. Dia memandang sekeliling. Mencari kelibat sesiapa yang dikenali. Namun tiada. Masing-masing wajah baru dirasa.

          “Hai, kak Farina! Kebetulan pula terjumpa di sini. Kakak dari mana ni?” Sapanya tiba-tiba sebaik saja mematikan langkah. Dia senyum. Azura turut berhenti. Di hadapannya berdiri tiga orang gadis yang tidak dikenali, tetapi sama-sama berambut pendek. Pandangannya kosong. Entah yang mana satu bernama Farina.

          “Eh! Liza. Akak baru balik dari dewan. Ada perjumpaan awal bagi K-Do. Minggu depan baru start latihan. Liza tak nak ikut ke?”

          “Yelah, Liza. Jom lah ikut.” Ajak rakan di sebelahnya.

          “K-Do? Ish! Tak nak lah, kak. Sakit!”

Farina ketawa terkekek-kekek. Begitu juga kedua rakannya. Azura sekadar memandang. Oh! Ini rupanya orang yang bernama Farina... Ish! Semacam je orang ni... Tak berkenan aku..

          “Biasalah tu. Kalau nak jadi kuat, kenalah bertahan. Eh! Siapa pulak ni? Tak pernah nampak pun. Budak baru ke?” Tanyanya tiba-tiba sebaik saja terpandang Azura. Raut wajah itu ditatapnya. Ah! sekali pandang, seperti bangsa campuran. Cantik!

          “Oh! Ini Azura. Budak baru di kelas saya. Ala... kan hari tu saya ada cerita dengan akak. Inilah orangnya. Cantik kan...” Jelasnya setelah diam seketika. Dia memandang Azura, juga memandangnya. Kemudian senyum sendiri. Tiba-tiba Azura menjadi gusar. Ish! Dia ni...

          “Ehm... memang tak dapat dinafikan. Hai, Zura. Boleh berkenalan?” Ujarnya lalu menghulurkan tangan. Azura serba-salah.

          “Eh! Salamlah, Zura. Ni lah kak Farina. Dia ni kuat tau. Kalau kau kena kacau, panggil saja kak Farina. Mesti orang tu kena belasah teruk. Betul tak, kak?” Gesanya lalu menarik tangan Azura agar menyambut salam tangan Farina. Azura terpaku. Hanya menurut.

          “Betul tu. Untuk Zura, apa salahnya.” Angguknya sambil pandangan mata tidak lepas dari memandang raut wajah Azura. Azura tidak menjawab. Sekadar mengangguk. Senyumannya tawar. Menambahkan ketidakselesaan.

          “Nanti bila ada masa, Liza datang ke bilik ya. Ajak Zura sekali. Boleh juga kenal rapat. Boleh tak, Zura?”

          “Hmm... saya cuba, kak.” Jawabnya lemah. Namun dalam hati membentak. Ish! Tak ada masa aku!

          “Hai, Farina.. Dalam renungan tu... Dah berkenan ke?” Tegur kawan sebelah Farina sambil tersengih. Farina tersipu-sipu.

          “Eh! Tak adalah, Mastura. Cuma suka tengok jer. Cute!”

          “Betul ke? Macam tak percaya saja...” ajuknya sambil menjeling Azura. Tidak lama, masing-masing ketawa. Liza turut ketawa. Berbisik sesama sendiri.

Azura bungkam. Bingung. Renungan tiap renungan hanya menambahkan kegusaran di hatinya. Ish! Semakin lama di sini, semakin tak selesa dibuatnya...! Beg plastik dipegang erat.

          “Maaflah, kak. Saya nak balik dulu. Liza, kalau kau nak jalan, kau jalanlah sendiri. Aku nak balik.” Ujarnya terus berlalu menuju ke asrama. Kedengaran suara Liza bergema memanggil namanya, namun tidak dipedulikan. Sebaliknya terus mempercepatkan langkahnya. Hatinya memberontak. Geram berbaur marah. Bosan betul kalau berjumpa orang macam tu! Gerutu hatinya.

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...