Template by:
Free Blog Templates

Sunday, February 28, 2010

 Memori Selamanya ~ Sepuluh ~

 

ami

 

 

 

          Ariza duduk bersandar pada tiang khemah PBSM. Matanya dihalakan ke tengah padang. Melihat acara balapan yang masih berlangsung. Pada ketika ini, beberapa orang peserta sedang berusaha untuk menamatkan larian 1500m perempuan. Berlari mengelilingi padang untuk berapa kali pun dia tak pasti. Begitu jauh! Boleh semput aku dibuatnya... desis hatinya. Dia mengangkat kedua lututnya lalu memaut kemas. Dia terus memandang. Sesekali matanya melilau ke tempat lain. Pelajar lain sibuk dengan hal sendiri. Merayau-rayau di sekitar. Hmm... beginilah keadaan kalau sukan sekolah. Masing-masing sibuk. Dia meletakkan dagu di atas lutut.

          “Eh! Ada orang jatuh di tengah padanglah.” Seru Ardilla tiba-tiba mengejutkan suasana yang sedia sibuk. Ariza serta merta menoleh. Memandang. Tercari-cari. Seketika dia terkejut. Liza?

Cikgu Azman maju ke depan. Turut memandang.

          “Cepat tolong dia! Bawa dia keluar dari padang.” Usul cikgu Azman lalu memandang ke arah Ariza. Ariza akur. Dia bangun dan terus berlari keanak-anakkan menuju ke tengah padang. Segera menghampiri Liza yang masih tersungkur.

          “Liza, kau tak apa-apa?”

          “Hah! Riz? Aku... aduh! Sakitnya...” Keluhnya ketika cuba hendak bergerak. Hendak bangun. Dia tersungkur kembali dan mula memegang pergelangan kakinya. Mengadu kesakitan. Tidak lama, dia memaut tangan Ariza erat. Ariza segera membantunya untuk duduk. Ariza membongkokkan badan.

          “Liza, kau okay tak? Boleh bangun tak ni?”

          “Kaki aku, Riz...” Adunya sambil memegang kaki.

Ariza segera memegang pergelangan kaki Liza. Terasa di hujung jari urat kaki sedang membengkak dan begitu menonjol.

          “Sini ke yang sakit?” Tanyanya lalu menekan sedikit.

          “Aduh! Riz, jangan kuat sangat! Sakit tau!” Liza mengadu lagi. Dahinya berkerut. Menahan kesakitan. Sesekali dia menggerakkan kakinya. Ingin mengelak dari terus ditekan. Ariza menghela nafas pendek.

          “Aku rasa kaki kau terseliuhlah, Liza. Urat kau timbul. Tak apa, mari aku tolong kau keluar dari sini. Kau paut bahu aku tau.” Ujarnya lalu memapah tubuh Liza untuk bangun dan kemudian berjalan keluar dari tengah padang. Liza menurut. Di hatinya, terbetik rasa kesal kerana tidak dapat menamatkan larian. Ish! Kenapalah aku boleh terjatuh? Tinggal 2 pusingan lagi nak habis... Bentaknya dalam hati.

          “Bagaimana keadaannya, Ariza?” Tanya Cikgu Azman menghampiri sebaik saja tiba di khemah PBSM. Ariza membantu Liza untuk duduk sambil bersandar. Kemudian dia turut duduk di sebelah.

          “Saya tak pastilah, cikgu. Mungkin terseliuh.” Ujarnya perlahan. Liza melirikkan mata. Memandang Ariza. Macam tau aje!

Cikgu Azman berfikir sejenak. Dia merenung pergelangan kaki Liza. Terdapat jalur-jalur hijau yang jelas dan kesan bengkak yang mula kelihatan. Ehm! Mungkin juga...

          “Ehm, mungkin betul kata kamu, Ariza. Tapi apa pun, kita kena pastikan juga. Nanti saya suruh Ardilla tolong kamu ya.” Ujarnya lalu bangun dan menghampiri Ardilla yang sedang minum. Liza memandang Ariza.

          “Kak Ardilla nak buat apa? Sakit tak? Lama tak?”

Ariza menggelengkan kepala. Antara ya dan tidak.

          “Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin sekejap saja. Tapi, kau kena tahanlah.” Ujarnya bernada memujuk lalu memaut kedua lututnya. Menanti Ardilla. Dia termanggu.

Liza terus memandang Ariza. Lama. Macam tak percaya pula dia duduk di sebelahku. Begitu jelas raut wajahnya. Cutenya dia... Ah! Kenapalah aku tak perasan selama ni... Gumamnya berbisik.

Tidak lama, Ardilla datang dan mengambil tempat di hadapan Liza. Dia mula membuka kotak first aid.

          “Ehm... akak tak pasti lagi sama ada kamu terseliuh ke tak, tapi kamu cuba tahan ya. Mungkin juga sakit. Bergantung pada kamu.”

          “Kak Dilla ada pengalaman ke sebelum ni?” Tanya Ariza tiba-tiba. Ingin Tahu.

Ardilla tersengih. Tapi tidak menjawab. Liza bungkam. Cuak.

          “Eh! Kak...”

Ardilla ketawa kecil. Dia mula memegang pergelangan kaki Liza. Tekanan yang kuat membuatkan Liza sesekali mengeliat. Tanpa disedari, dia mencapai lengan Ariza. Ariza terkejut namun tidak berkata apa. Liza menggenggam kuat lengan Ariza. Semakin sakit, semakin erat pegangannya. Ariza membiarkan.

          “Bagaimana sekarang, Liza? Dah rasa okay sikit?” Tanya Ardilla sebaik saja selesai. Dia menyimpan kembali minyak angin ke dalam kotak first aid.

Liza menggerakkan kakinya sedikit. Tak lagi merasa sakit seperti sebelumnya. Lega. Dia melepaskan lengan Ariza. Tiba-tiba dia tergamam. Seperti baru tersedar. Dia merenung Ariza, namun Ariza memandang ke arah lain.

          “Dah kurang sikit. Terima kasih, kak Dilla.” Ucapnya sambil tersenyum. Dia membetulkan duduknya. Sesekali dia memandang Ariza.

          “Baguslah kalau begitu. Err... Liza, akak rasa kamu patut balik asrama. Berehat di bilik sakit. Kalau kamu tunggu di sini pun, tiada gunanya juga.”

          “Tapi kak, saya takut saya tak boleh jalan. Manalah tau tiba-tiba saya terjatuh di tengah jalan. Saya tak berani lah, kak.”

Ardilla memegang dagunya. Berfikir. Mungkin betul juga... Akuinya perlahan. Seketika dia menoleh dan memandang Ariza yang duduk di sebelah Liza. Tiba-tiba dia tersenyum.

          “Err... Riz, boleh tak kamu hantarkan Liza balik ke asrama?”

Ariza terpaku seketika. Kejut. Kelu. Segera dia memandang Liza, kemudian Ardilla.

          “Hah! Hantar Liza balik asrama?”

Ardilla mengangguk.

          “Riz temankan Liza ya. Kakak takut Liza terjatuh nanti. Bolehlah ya.” Pujuknya lembut sambil memegang bahu Ariza. Agak lama Ariza mendiamkan diri.

          “Lepas hantar Liza, Riz tak perlulah datang sini lagi. Riz balik bilik je. Nanti akak cakaplah dengan cikgu Azman. Boleh ya...” pujuknya lagi. Ariza menghela nafas pendek.

          “Yelah, kak.” Akurnya sambil memandang Liza.

 

Ariza terus mengiringi di setiap langkah Liza. Berjalan seiringan menuju ke perkarangan aspuri. Keduanya hanya membisu. Mendiamkan diri. Tidak tahu hendak membicarakan apa. Sesekali Liza melirikkan mata memandang Ariza. Wajah yang serius!

          “Err... Riz, kau marah ke?” Tanyanya memulakan bicara.

Ariza menoleh. Langkah tetap diteruskan.

          “Marah? Taklah. Kenapa pula kau cakap macam tu?”

          “Kau diam saja dari tadi. Mana tau kau marah pasal kau terpaksa temankan aku balik asrama.” Agak lembut suara Liza.

          “Taklah. Aku tak tahu nak cakap apa.” Ujarnya sambil menggelengkan kepala. Mengakui kelemahan dirinya.

          “Eh! Riz, thanks pasal tolong aku. Juga kerana kau terpaksa temankan aku balik ke asrama.”

Ariza cuba menarik bibir untuk senyum. Cubalah kau senyum sikit... kata-kata Rosniah terngia di telinganya. Dan akhirnya dia berjaya. Liza terpaku sejenak.

        “Tak apa. Itukan perkara kecil. Macam mana sekarang? Kau masih rasa sakit lagi tak?”

Liza menggelengkan kepala lambat-lambat. Dia terus menatap wajah Ariza yang kini memandang ke depan.

          “Baguslah kalau begitu.” Ujarnya tanpa menoleh dan dia senyum lagi. Liza tergamam. Manisnya... Aku tak pernah tengok dia senyum selama ni. Tapi... Betul ke dia senyum pada aku? Betul ke? Atau mata aku yang rabun? Desisnya bagai tidak mempercayai.

Read More...

Thursday, February 25, 2010

 Memori Selamanya ~ Sembilan

 

 

ami

 

 

Ariza masih berdiri di depan cermin. Dia meletakkan sedikit gel pada rambutnya kemudian menyisir kemas. Rosniah sekadar memerhatikan dari tempat duduk Ariza. Menanti.

          “Wah! Kau memang comel lah kalau jadi lelaki, Riz. Boleh terpikat aku dibuatnya. Isk! Mujurlah aku ni kuat iman. Kalau tak, mau nya aku jatuh cinta dengan kau ni. Kalau kau nak menyamar pun, senang saja orang percaya.” Selorohnya sambil membetulkan duduknya.

Ariza menggelengkan kepala.

          “Kau ni, jangan cakap begitu lah. Nanti orang ingat aku perasan pula.” Balasnya lalu menghampiri Rosniah dan duduk di sebelahnya.

Rosniah ketawa berdekah-dekah. Dia bersandar tegak.

          “Jangan pedulikan cakap orang. Aku cakap betul ni. Kau memang cute. Tapi... Kalau aku cakap, jangan marah ya. Kau cuma kurang satu perkara je. Senyum. Ehm... Cubalah kau bawa senyum sikit. Manis tau bila kau senyum. Aku tak sukalah kalau orang panggil kau budak sombong.”

          “Kau rasa aku sombong tak? Entahlah. Tak kisahlah diorang nak cakap apa pun. Yang penting aku tak kacau diorang.”

          “Tapi aku kisah tau, Riz. Aku tak sukalah. Kau kawan aku dan aku tahu kau bukan sombong pun.”

Ariza menyangga siku di atas meja. Diam sejenak. Tidak lama, dia menghela nafas dalam.

          “Aku pun tak tahulah, Ros.Takkan aku nak menjadi orang lain semata-mata nak menyenangkan hati diorang. Biarlah diorang kenal aku sendiri.”

Rosniah menatap wajah Ariza. Lama. Ada perasaan simpati di benaknya.

          “Mereka tak kenal kau, Riz. Diorang lebih suka dengar khabar angin. Aku pun kalau tak tegur kau hari tu, tentu sampai sekarang aku masih berprasangka begitu. Hah! Zura macam mana? Aku tengok kamu berdua begitu dekat, tapi macam orang asing. Aku hairan setiap kali aku datang ke bilik kau, dia mesti tiada. Dia pergi mana? Kamu tak bertegur sapa ke?”

          “Jarang. Sebab aku sendiri pun tidak tahu nak cakap apa. Aku tak tahulah dia pergi mana. Apa yang aku tahu, dia rapat dengan Liza. Mungkin dengan Liza lah agaknya..”

          “Liza? Hmm... Harap-harap suatu hari nanti, dia kenal siapa diri kau.”

Ariza senyum sikit. Di mindanya, terkenangkan Azura. Biarpun sudah hampir tiga bulan, namun hubungan mereka masih mempunyai tembok pemisah. Jarang bertegur di bilik kecuali ada hal penting. Hmm... Aku kah yang salah?

          “Eh, Ros, apa kata kalau kita pergi dewan sekarang. Kau nak tak?”

Rosniah tersengih. Dia memandang jam pada tangan kanan.

          “Eh! Kan masih awal lagi ni. Kenapa? Kau dah tak sabar ke?”

          “Mungkin. Rasa macam dah tak sabar pula. Biasalah kalau perkara yang kita... Eh! Siapa pula tu?” Kata-katanya terhenti bila terdengar pintu bilik diketuk berkali-kali. Masing-masing terus memandang ke muka pintu. Pintu bilik diketuk lagi. Rosniah memandang Ariza.

          “Siapa tu?”

          “Entahlah. Aku pun tak pasti. Kejap ya, Ros.” Ujarnya lalu bangun dan menghampiri, lalu menguak sedikit daun pintu. Rosniah terus memerhatikan.

          “Ah! Liza? Kenapa?” Tanyanya agak terkejut dengan kehadiran yang tiba-tiba. Liza tercengat di muka pintu. Dia terus menjenguk kepala ke dalam bilik. Seperti mencari sesuatu. Sejenak dia terpandang Rosniah yang juga memandangnya dengan seribu kehairanan. Dia mencebik bibir. Ada juga orang yang rapat dengan budak sombong ni! Entah apa budak sombong ni buat pada dia? Getusnya sendiri.

          “Apa yang kau tengok tu? Kau cari apa?” Ulang Ariza lagi bila pertanyaannya tidak dijawab. Sebaliknya, terus meneropong ke dalam bilik. Dia tidak senang hati.

          “Hah! Zura ada tak?” Akhirnya dia bersuara setelah gagal mencari dengan matanya. Liza menatapnya. Merenung wajah yang serius di depannya.

Ariza menggelengkan kepala.

          “Tak ada. Bukan kau selalu bersama dia ke?”

          “Mana ada. Kalau dia bersama aku, tak adalah aku nak datang sini cari dia! Menyusahkan aku jer!”

Ariza diam seketika. Seketika dia menggelengkan kepala. Hmm...

         “Mungkin dia pergi jumpa Kak Nadirah.” Bisiknya antara dengar dan tidak. Dia cuba meneka.

          “Kak Nadirah? Ish! Makin rajin pulak dia jumpa kakak tu! Aku ingat nak ajak dia jumpa kak Farina. Okaylah, Bye!” Getusnya geram terus berlalu pergi.

Ariza sekadar menarik nafas panjang, kemudian menolak sedikit daun pintu, namun masih terbuka. Dia kembali menghampiri Rosniah.

          “Tak sangka aku cakap perlahan pun dia boleh dengar.”

          “Telinga lintah kot. Lain kali kau berhati-hatilah sikit. Baran juga dia tu! Macam mana lah Zura boleh tahan dengan perangainya tu. Eh! Zura selalu berjumpa dengan kak Farina ke? Ish! Orang tu...” Sungutnya perlahan. Tidak begitu menyenangi.

Ariza mengambil tempat duduknya semula.

          “Dulu. Itupun pasal Liza yang ajak. Tapi sekarang, aku tengok dia dah mula rapat dengan kak Nadirah. Selalu juga dia jumpa kak Nadirah.”

           “Kak Nadirah? Eh! Baguslah tu. Contoh yang baik untuk dia. Kalau kak Farina... Ish! Aku bukan suka sangat dengan perangai kak Farina tu. Ber trap hebat! Kau tak kisah juga ke dia rapat dengan kak Nadirah?”

          “Tak. Aku suka bila dia rapat dengan kak Nadirah. Sebab mukanya sentiasa gembira. Senyum jer bila balik bilik. Aku suka tengok.”

          “Haa... Rupanya dalam diam, kau minat Zura ya... Bocor rahsia!” Usiknya lalu ketawa kecil. Dia memukul lengan Ariza perlahan. Ariza tersentak. Seperti tersedar dari mimpi. Dia tersipu-sipu. Pipinya mula kemerahan. Malu.

          “Eh! Taklah. Mana ada... Kau ni... Janganlah nak malukan aku pulak! Aku cuma suka tengok dia gembira. Itu aje. Aku rasa tak salah kan. Sudahlah, aku nak pergi ke dewan.” Ujarnya lalu bergegas bangun dan menggalas beg ke bahu. Dia terus maju menuju ke muka pintu. Rosniah turut bangun. Tawanya masih bersisa. Lucu dengan tingkahlaku Ariza. Pandai nak mengelak juga rupanya dia ni... Desisnya sambil tersenyum lalu mengekori dari belakang.

 

                    *                    *                    *                    *                    *                    *

          Ariza berdiri di depan cermin yang bergantung pada dinding loker. Dia menguak kemas rambutnya yang masih basah. Baru selesai mandi. Sesekali angin malam yang bertiup kuat menerobos masuk dari celahan tingkap, mengalun lembut rambutnya. Malam ni tiada program, kerja sekolah pun dah siap, jadi bolehlah rehat... Desis hatinya. Niat di hati ingin berbaring seketika, namun tidak jadi. Dia membatu seketika. Memandang Azura yang sedang membaca. Tiba-tiba terbetik rasa hairan apabila melihat Azura membaringkan tubuhnya di atas lantai, bawah katil. Seolah-olah bersembunyi. Ariza menghampiri namun hanya berdiri di tepi katilnya.

          “Zura, kenapa kau baring di atas lantai? Tak elok untuk tulang. Kau tak rasa sejuk ke?”

          “Tak. Saja tukar angin. Eh! Riz, boleh kau tolong aku tak?” Dia memandang sambil meletakkan buku di atas dadanya.

Ariza mengerutkan kening. Hairan.

          “Tolong? Tolong apa?”

          “Kalau Liza datang cari aku, kau cakap aku tiada. Aku malaslah nak jumpa dia. Kau tolong ya.” Ujarnya lalu meneruskan pembacaan.

Ariza tidak menjawab, namun dia mengangguk. Hatinya tertanya-tanya. Kenapa Zura nak mengelak? Ehm... Hairan! Bisiknya lalu kembali ke meja.

          “Zura, eh! Riz? Err... Zura ada tak?” Sergah Liza tiba-tiba muncul dan tercegat di muka pintu. Niatnya untuk terus masuk tidak jadi. Segan dengan Ariza. Ariza tidak jadi duduk. Dia memandang Liza. Orang ni... Tak reti nak bagi salam ke? Langkahnya maju menghampiri Liza.

          “Zura tiada. Kenapa? Ada apa-apa pesanan?” Begitu mendatar jawapannya.

          “Zura tiada? Ish! Ke mana pula dia pergi ni...? Dia ada kata pergi mana tak?”

Ariza menggelengkan kepala. Sedikitpun tidak berpaling mahupun menoleh ke arah lain. Sebaliknya terus mengajak Liza untuk bertentangan mata dengannya. Liza gusar.

          “Ish! Ke mana pula dia ni...? Susah sangat nak jumpa dia hari ni. Ini mesti jumpa kak Nadirah lagi! Bosan betullah!” Cetusnya marah dan terus beredar begitu saja.

Ariza hanya mendengar sungutan Liza. Tidak berkata apa, sebaliknya membiarkan saja. Perangai...! Dia menutup pintu bilik. Rapat. Lock dipasang. Dia menoleh memandang Azura.

          “Zura, aku rasa Liza marahkan kau. Kau tak apa-apa ke?”

          “Biarkan dia, Riz. Asyik cakap dia jer yang aku nak dengar. Macamlah hari esok tak ada!” jawabnya bernada protes. Ariza terdiam. Fikirannya menerawang seketika.

          “Err... Riz,” Ariza terus menoleh. Azura memandangnya. “Thanks! Kerana tolong aku tadi.” Ucapnya lalu meletakkan buku di atas dada. Dia senyum memandang Ariza. Tidak lama, dia mengangkat bukunya semula lalu meneruskan pembacaan.

Ariza hanya membatu. Tidak menjawab. Juga tidak senyum. Hanya melemparkan satu renungan yang bermakna.

Read More...

Monday, February 22, 2010

 Memori Selamanya ~ Lapan ~

 

 

ami

 

 

          Azura menggigit hujung batang pennya. Meneliti semula hasil kerja sekolah yang diberikan. Hmm... Sikit lagi nak siaplah ni. Desis hatinya lalu meneruskan gerakan jemarinya pada helaian buku yang terdedah. Lantas membiarkan masa yang berlalu pergi dengan satu senyuman yang terukir di bibir. Tanda puas hati.

 

          “Zura, jom kita pergi bilik kak Farina!” Sergah Liza tiba-tiba muncul, mengejutkan Azura. Azura tersentak menyebabkan pen yang dipegangnya hampir terlepas. Dia geram. Segera menoleh memandang Liza yang berdiri di sebelahnya.

          “Bila masa kau masuk bilik aku ni?!! Selalu macam ni. Tiba-tiba jer dah masuk bilik orang. Tiada salam, tiada ketuk... Buat orang terkejut saja! Kau ingat aku ni patung ke?” Tingkahnya tinggi.

          “Hai, takkan marah pulak... Relakslah, Zura...” Balasnya sambil tersengih lalu duduk di sebelah Azura. Azura mendengus. Diam. Antara marah dan sakit hati. Mungkin juga kedua-duanya sekali!

          “Sudahlah. Hah! Kenapa kau datang?”

          “Aku nak ajak kau pergi bilik kak Farina.”

Azura menyandar tegak sambil menarik nafas panjang. Ish! Tak habis-habis dengan kak Farina!

          “Aku malaslah nak jalan, Liza. Banyak kerja sekolah ni... Hah! Kau dah siap ke? Suka sangat nak bejalan! Lagipun, kan baru kelmarin kita jumpa dia. Takkan nak pergi lagi?”

Liza menarik kerusi, merapati dan memegang lengan Azura.

          “Alaa... Kita pergi sajalah. Malam nanti pun boleh buat. Kau tak tahu ke kak Farina minatkan kau? Dia lagi suka kalau kau datang tau!”

Azura meletakkan sikunya di atas meja lalu memandang ke arah lain. Bengang. Ish! Kak Farina ni... Mabuk ke apa? Buat apa nak minat orang?

          “Hish! Aku tak naklah, Liza. Aku banyak kerja ni. Lain kali sajalah.” Azura terus berdalih lalu meneruskan ayunan jemarinya. Tidak mempedulikan Liza. Bosanlah pergi bilik kak Farina! Asyik-asyik bercerita pasal kehebatannya melawan orang. Pasal orang takut dengan dia. Pasal orang tak berani nak berdepan dengan dia. Tiada cerita lain. Entah betul ke tak! Gerutunya dalam hati.

 

Liza mencebik bibir. Dia bingkas lalu memegang tangan Azura, melepaskan pen yang dipegang kemudian menarik tangannya. Memaksanya untuk bangun. Azura terpinga-pinga.

          “Eh! Kenapa ni? Kan aku dah kata aku tak nak, aku tak nak lah!!! Kenapa tarik-tarik ni? Aku banyak kerja lah. Kau ni tak habis-habis nak memaksa orang!” Getusnya marah namun Liza tetap menarik tangannya. Tidak mempedulikan.

          “Ikut sajalah, Zura. Kau ni...”

Azura menggertap bibir bila terpaksa melangkah kaki. Benci! Macamlah kita ni banduan nak ikut cakap dia! Bentaknya dalam hati.

          “Eh! Lepaslah, Liza. Kau ingat aku tak boleh jalan sendiri ke?” Suaranya tinggi sebaik saja berdiri di muka pintu bilik. Dia menepis tangan Liza. Liza melepaskan.

          “Aku takut kau larilah, Zura.”

          “Ish! Kalau kau tak pergi sendiri, tak boleh ke? Tak habis-habis nak mengheret orang!!!” Bentaknya lalu maju ke depan, mendahului keluar dari bilik. Liza turut keluar. Berdiri di belakang Azura. Azura menutup pintu bilik sedang hatinya terus memberontak.

          “Eh! Zura, kamu nak ke mana? Riz ada tak?” Sapa satu suara mengejutkannya. Suara yang biasa didengari. Azura menoleh kemudian senyum. Cuba mengawal api kemarahan dalam dirinya. Terasa hambar. Liza turut memandang.

          “Kak Niza, Riz tiada. Eh! Kakak ni...?” Tiba-tiba dia tergamam seketika apabila terpandang seorang gadis di sebelah Rosniza. Terkejut. Sekilas senyumannya menjadi manis. Terlupa rasa marah yang menghantui perasaannya pada Liza.

          “Zura? Nama kamu Zura? Oh! Tak sangka pula boleh jumpa kamu lagi. Kamu di bilik ni? Roomates adik Niza?” Ujarnya lalu ketawa kecil dan kemudian menutup mulut. Rosniza tercengang. Raut wajahnya berubah. Hairan. Dia memandang Nadirah.

         “Kau kenal Zura, Dirah?”

          “A’ah! Siapa sangka kami boleh terlanggar depan pagar aspuri tu. Tapi taklah sempat nak bertanya nama. Betul tak, Zura?” Ujarnya sambil memandang Azura. Begitu lembut tutur bahasa yang dilafazkan. Azura tersipu-sipu. Mengenang kembali, dia rasa malu di atas kelalaiannya.

Rosniza menggelengkan kepala.

          “Patutlah. Zura, Riz ada kata tak dia pergi mana?”

Azura terdiam. Terpaku. Tiba-tiba dia rasa malu kerana jarang berbual dengan Ariza. Apalagi nak bertanya ke mana setiap kali Ariza keluar bilik.

          “Saya tak tahu, kak.”

Rosniza menghela nafas dalam. Sedikit mengeluh.

          “Tak mengapalah. Nanti kalau Riz dah balik, kirim salam padanya dan suruh dia datang bilik kakak. Ada hal. Kakak pergi dulu.” Ujarnya lalu beredar. Azura terkapa-kapa.

          “Eh! Kak?” Panggilnya membuatkan kedua gadis itu terhenti dan saling menoleh.

          “Kak, boleh kita jumpa lagi?” Tanyanya sambil mata terus melekat ke wajah gadis itu. Rosniza memandang rakan sebelahnya. Tidak lama dia tersengih. Dia berbisik perlahan ke telinga Nadirah. Nadirah mengangguk senyum. Faham.

          “Tentu saja boleh, Zura. Panggil saya Nadirah. Saya sebilik dengan Niza, kakak Riz. Datanglah bila ada masa.” Ujarnya senyum lalu meneruskan langkah. Rosniza mengekori di belakang. Dari kejauhan, keduanya saling berbual mesra.

Azura terus memandang. Kak Nadirah... Lembut seperti orangnya juga. Entah kenapa aku begitu menyenanginya sejak mula. Mungkin kerana aku merindukan seorang kakak sepertinya.. Dia senyum sendiri.

Liza menjegilkan mata. Tidak senang hati.

          “Hai, seronok nampak! Jangan nak berangan. Jom kita pergi. Dah lewat ni!” Tingkahnya sekaligus menghapuskan lamunan Azura. Azura mengerling tajam. Hatinya kembali membara. Tegang. Geram. Ish! Aku memang benci orang macam ni! Benci!!! Lepas ni, aku tak nak ikut kau lagi!Aku tak akan ikut kau lagi! Kau tengoklah nanti!!!

Read More...

Saturday, February 20, 2010

 Memori Selamanya ~ Tujuh part dua ~

 

ami

 

Ni sambungan dari part sebelumnya. Takut nanti ada yang terkejut pula tiba-tiba baca, dah perbualan bukan intro.. hehe!

 

          “Kenapa ni, Zura? Kau ada masalah ke?” Tanyanya lalu berdiri di depan Azura. Ah! Mujurlah tidak ramai orang yang berada di belakang Zura... Desis hatinya. Azura masih mencari-cari.

 

          “Riz?” Sekilas terbayang dalam fikirannya. Azura menoleh.

          “Eh! Kau Riz? Kau ada di sini juga? Kau shopping juga ke?” Soalnya agak terkejut bila terpandang Ariza. “Aku tengah cari dompet ni. Terlupa pula di mana aku letak.” Sambungnya lagi. Terus membuka di setiap sudut begnya. Begitu risau.

Melihatkan Azura, Ariza menjadi resah. Hatinya menjadi serba-salah.

          “Tak apalah, Zura. Biar aku bayarkan. Err... Berapa, kak?” Soalnya lalu memandang cashier itu. Dia menatap skrin kecil yang memaparkan jumlah yang diperlukan. Cashier itu tersenyum. Pulak kakak ni...!

          “Semuanya RM 26.10.”

          “Eh! Tak payahlah, Riz. Bukannya banyak sangat pun. Cuma aku...”

Ariza tidak menghiraukan. Dia terus mengeluarkan dompet dari poket seluar, membuka lalu mengambil sekeping not agak kebiruan. Azura tergamam. Pencariannya terhenti. Hanya melihat not kertas itu sudah bertukar tangan pada cashier itu.

          “Bakinya serahkan pada dia ya.” Ujarnya sambil memandang Azura, kemudian bergegas keluar dari kedai itu. Terlupa akan pesanan Rosniah. Dia menarik nafas panjang lalu berdiri berhampiran pintu masuk. Entah kenapa aku tak boleh tengok dia susah hati... Ahhh! Tak pasal-pasal dadaku berdebar-debar.

          “Hah! Di sini rupanya kau bersembunyi ya... Kan aku kata jangan lari.” Sergah Rosniah mematikan bisikan hatinya. Ariza menundukkan pandangan.

          “Maaflah, Ros. Aku terlupa lah. Kau dah selesai membeli ke?”

Rosniah tersengih. Sejenak dia menoleh ke belakang lalu memegang bahu Ariza.

          “Dah lama selesai pun. Aku cari kau lah ni... Hilang pulak! Ehem! Kau lari dari Zura ya... Aku ternampak kau bersama Zura di kaunter tu. Dia ada masalah ke?”

Ariza mengangkat muka lalu memandang Rosniah. Dia menarik nafas dalam.

          “Dia tertinggal dompet agaknya. Tapi entahlah, aku rasa seperti tak sanggup tengok dia susah hati. Rasa macam sakit jer.” Luahnya lambat-lambat.

Rosniah ketawa kecil.

          “Kau susah hati sebab dia roomates kau ke? Ke mungkin ada sebab lain...”

          “Sebab lain? Maksud kau?” Keningnya berkerut. Tertanya-tanya.

          “Takkan kau tak tahu... Sebab kau sayangkan dia lah.”

          “Sayang? Isk! Tak adalah!”

          “Hish! Kau jangan salah faham pula, Riz. Maksud aku, kau sayangkan dia kerana dia kawan kau. Kau ambil berat pasal dia sebab dia roomates kau. Sebab dia kawan kau. Bukan pasal kau sukakan dia. Hish! Tu dah lain tu..”

Lama Ariza mendiamkan diri. Tidak menjawab. Dia memandang ke arah lain. Masih memikirkan. Sayang?

          “Sudahlah tu. Jangan difikirkan sangat. Kalau kau memang sayangkan dia, apa salahnya. Itu perkara biasa bagi semua orang... Aku pun sayangkan kau juga. Jom, kita pergi makan!” Ajaknya lalu maju ke depan.

 

          Ariza menurut dari belakang. Matanya memandang di setiap langkah yang ditinggalkan oleh Rosniah, namun fikirannya jauh menerawang. Menafsir sehingga mampu menembusi bangunan konkrit itu. Mengenangkan Azura semula. Kalau aku mengambil berat pasal dia, bermakna aku sayangkan dia ke? Bisik hatinya terus tertanya-tanya.

 

                         *                          *                          *                          *                          *

 

          Ariza berdiri di depan tingkap. Melempar jauh pandangan mata nun jauh ke luar bangunan. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Hasratnya ingin menenangkan fikiran, menghayati keindahan petang juga merasai hembusan lembut angin yang mendamaikan. Namun seringkali juga ingatannya terhadap Azura kembali bertaut. Kalau aku selalu menolong dia, adakah itu bermakna aku sayangkan dia? Aku cuma tak sampai hati nak tengok dia bersedih. Seperti Kak Long yang tak sampai hati tengok aku sedih. Tapi itu sebab dia kakak aku... tentulah dia sayangkan aku sebagaimana aku sayangkan dia. Ah! lupakan sajalah. Buat berat kepala jer nak memikirkan.

 

          “Riz,”

Ariza tersentak. Panggilan yang lembut. Serta merta lamunannya hilang. Dia menoleh. Azura memandang sambil tangan kanan menyeluk poket seluarnya.

          “Aku nak kembalikan baki duit kau tadi. Terima kasih kerana menolong aku.” Ucapnya lalu menghulurkan beberapa keping not kertas juga kepingan syiling kepada Ariza. Ariza terpaku. Lama dia menatap not kertas itu tanpa suara. Seperti agak keberatan untuk menerimanya semula. Kemudian, matanya beralih ke wajah Azura pula.

          “Zura, duit ni...”

          “Ehm! aku ingat nak kembalikan semuanya sekarang. Tapi aku tiada duit tukar. Jadi, aku kembalikan wang ni dulu. Selebihnya aku beri kemudian. Bolehkan..” Jelasnya sambil tersenyum.

Ariza menghela nafas panjang. Agak berat tangannya untuk keluar dari poket dan mengambil wang itu dari tangan Azura.

          “Tak sangka pula lepas kau tolong aku, aku terjumpa semula dompet aku. Maaflah kerana menyusahkan kau tadi, Riz.” Sambungnya lagi lalu membetulkan anak rambut yang menutupi dahi.

Ariza menggenggam wang itu, kemudian memasukkan ke dalam poket seluar semula. Dia menatap wajah Azura. Ada kelembutan yang terpancar di wajahnya.

          “Zura, baki selebihnya tak perlulah kau kembalikan. Aku tak kisah. Anggap saja aku belanja kau.”

Azura tergamam. Raut wajahnya serta merta berubah. Terkejut.

          “Aku ikhlas, Zura.” Jelasnya lagi. Dia cuba mengukir senyuman, namun hanya sedikit. Seketika dia memegang bahu kanan Azura, kemudian berlalu menghampiri mejanya.

 

          Azura tercengang. Matanya terus mengekori Ariza yang kini duduk. Wajahnya tenang. Jelas menampakkan keikhlasan hatinya. Fikirannya mula bercelaru di antara kata hati juga kata-kata Liza. Eleh! Dia tu saja nak tunjuk baik pada kau. Maklumlah, kau kan roomates dia. Tentulah dia kena ambil hati kau. Tak nak kau kata dia sombong! Bukan boleh percaya sangat! Cemuhan Liza kembali terngia-ngia di corong telinga. Kata-kata yang dilafazkan sebaik saja Ariza berlalu keluar dari kedai itu. Tapi Riz... Dia bungkam. Perasaannya serba salah.

Read More...

Friday, February 19, 2010

 Memori Selamanya ~ Tujuh part satu ~

 

 

ami

 

 

          Ariza masih mengekori di belakang Rosniah. Menyusuri setiap ruang rak barang yang tersusun rapi. Setiap kali Rosniah berhenti, dia turut berhenti. Memerhatikan gelagat Rosniah tatkala memilih barang. Namun belum ada yang berkenan. Ruang bakulnya masih kosong. Masih mencari dan terus berlegar. Ariza termanggu.

 

          “Ros, kau nak beli apa juga ni? Dari tadi kita asyik masuk kedai keluar kedai. Tapi satu apa pun kau tak beli lagi. Kau cari apa sebenarnya?”

          “Ala... relaks la, Riz. Kau ni macam kelam kabut pula. Kau ada dating ke?” Usiknya sambil mengambil sebotol sabun kain. Dia meneliti namun menyimpannya semula. Langkahnya maju ke depan. Mencari sabun kain jenama lain pula. Ariza memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

          “Isk! Tak adalah. Aku tanya jer. Kau ni pun.... aku nak dating dengan siapa juga...”

          “Dating dengan aku lah...” selorohnya sambil ketawa. Ariza menepuk belakang Rosniah smabil menggelengkan kepala. Rosniah membiarkan.

          “Yelah, bukan senang nak ajak kau keluar temankan aku shopping ni. Dah keluar ni, kira dating la..” Sambung Rosniah lagi. Tawanya masih bersisa.

          “Kau ni, Ros...”

          “Aku gurau jer lah, Riz. Kau janganlah serius sangat. Sesekali aku nak juga tengok kau ketawa, kau senyum...”

          “Dah lah tu... Kau carilah dulu barang yang kau nak beli tu...” Dia cuba berdalih.

Rosniah tersenyum memandang Ariza. Kakinya terus bergerak sambil pandangan mata masih tertumpu pada setiap barangan yang dipamerkan. Entah apa yang di cari... Bisik hati Ariza terus menuruti dari belakang.

          “Selepas ni, kita pergi makan ya. Aku lapar lah.”

          “Ehm! Yelah. Eh! Aku tunggu depan pintu ya. Dekat kaunter tu. Kau carilah barang yang kau nak tu.”

Rosniah berdiri tegak lalu memandang Ariza. Sejenak dia memandang ke depan, berhampiran kaunter, kemudian beralih ke wajah Ariza.

          “Okaylah. Tapi, jangan pula kau lari tau. Tunggu aku di situ.”

 

Ariza mengangguk. Dia berlalu dan berdiri di depan rak, bersebelahan kaunter. Namun pandangan dan senyuman yang dilemparkan oleh cashier itu, membuatkan Ariza terus berpaling dan berpura-pura melihat barangan yang disusun rapi. Segan. Ah! Cuma snek ringan dan kotak bateri saja yang ada di sini... Apa juga yang nak dibeli? Ros pula... Kenapa lambat sangat ni...? Banyak sangat ke? Tanyanya dalam hati sambil mengeluh. Resah. Terasa lama pula menunggu.

          “Eh! Mana pula dompet aku ni...? Err... kejap ya, kak!”

 

Seketika Ariza terpempan. Suara itu bagai mendorongnya untuk mengingati seseorang. Seperti dikenali. Segera dia berpaling. Memandang bahagian kaunter. Azura sedang terkial-kial menyelongkar begnya. Mencari sesuatu. Keningnya berkerut. Seperti ada sesuatu sedang berlaku. Azura?! Dia pun ada di sini? Ariza terus menghampiri.

          “Mana pula ni...? Aku salah letak ke...?” Ucapnya antara dengar dan tidak.

          “Kenapa ni, Zura? Kau ada masalah ke?” Tanyanya lalu berdiri di depan Azura. Ah! Mujurlah tidak ramai orang yang berada di belakang Zura... Desis hatinya. Azura masih mencari-cari.

          “Riz?” Sekilas terbayang dalam fikiran. Azura menoleh.

Read More...

Thursday, February 18, 2010

 Memori Selamanya ~ Enam ~

 

mine

 

 

          Azura terkapa-kapa memandang Liza berjalan laju di depannya. Terasa kain biru begitu ketat membungkus kaki sehingga menyebabkan langkahnya begitu lambat dan tersekat. Sesekali dia merungut dalam hati. Liza ni...! Tak habis-habis dengan kakak tu. Bosan betul! Entah apalah yang special sangat! Cubalah aku jumpa orang yang lebih baik ke... yang lebih cute ke... Bersemangat juga sikit! Ini tidak, berlagak hebat jer lebih!

          “Zura, cepatlah! Kau ni lambatlah... Cubalah kau laju sikit!” Getus Liza berhenti seketika sambil memandang Azura. Azura merenung tajam. Langkahnya turut terhenti. Berdiri tegak berhampiran dengan pagar masuk aspuri. Buku teks di dakap erat ke dada. Geram!

          “Ish! Kenapalah kau rajin sangat nak jumpa kak Farina tu? Hari-hari nak jumpa dia. Kau tak bosan ke? Hish! Aku tak nak pergi lah. Kau pergi jer lah sorang!”

          “Kau ni... janganlah cakap macam tu. Sesekali jer.. Bukannya selalu pun...”

          “Ehm! Bukan selalu, konon! Kalau dah hari-hari jumpa, tu bukan selalu lagi ke? Lain kali sajalah, Liza. Aku malaslah. Aku pun nak rehat gak.”

          “Alaa... Janganlah macam ni... Aku tak ada kawan nak pergi. Okaylah, kali ni saja. Lepas ni aku tak ajak kau lagi. Aku janji.” Pujuknya tidak henti.

Azura menarik muka.

          “Huh! Tak habis-habis janji! Kelmarin pun kata macam tu juga!” Dengusnya kuat. Geram. Liza acuh tak acuh. Berpura-pura tidak mendengar. Dia menghampiri.

          “Jom lah kita pergi, Zura. Dah lewat ni...” Tingkahnya lalu menarik tangan Azura. Azura terus menepis. Tidak mahu.

          “Ish! Aku tak nak lah, Liza!” Bentaknya menolak. Dia menggertap bibir.

          “Ala... Kali ni jer...” Desaknya sambil menarik-narik tangan Azura.

          “Aku tak nak lah, Liza. Kau ni tak reti bahasa ke? Aku tak nak, tak nak lah!” Azura makin berundur ke belakang. Cuba mengelak. Menepis tangan Liza dari menariknya. Semakin Liza menarik, semakin kuat dia menepis. Menghayun tangan jauh ke belakang. Begitu keras. Benci betullah kalau orang macam ni! Tak faham bahasa betul!

          “Aduh! Sakitnya...” Tak semena-mena kedengaran satu suara mengeluh kesakitan.

          “Bahaya budak-budak ni... Kamu ni bergaduh ke?” Sambung satu suara lagi.

Azura tersentak. Dia segera berpaling ke belakang. Liza turut tergamam. Keduanya saling terpaku.

          “Sakit ke, Dirah?”

          “Sikit jer, Dilla. Tapi aku rasa macam kena tumbuk pula.” Jelasnya sambil menggosk-gosok lengannya. Tidak lama, keduanya saling ketawa.

Azura terpempan memandang gelagat dua orang gadis di depannya. Kemudian turut membalas pandangannya. Tiba-tiba Azura merasa bersalah. Tidak menyangka hayunan tangannya telah mengena orang lain.

          “Err... Maaf, kak. Saya tak sengaja.” Azura serba salah. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Tiba-tiba dadanya berombak kencang.

          “Tak apalah. Hmm... Kamu berdua ni bergaduh ke?” Begitu lembut tutur kata menusuk masuk ke telinganya.

          “Hah...! Err...” Azura resah. Dia melirikkan mata ke arah Liza yang juga memandangnya. Tetapi kemudian Liza mengalihkan pandangan ke tempat lain. Hati Azura menjadi sakit.

          “Kami... kami... kami minta maaf, kak!” Dia agak gugup.

Gadis itu tersenyum. Dia menekapkan buku erat ke dada. Ada kelembutan di wajahnya, membuatkan Azura terus terpegun. Hatinya tersentuh.

          “Tak apalah. Sikit jer ni. Lagipun saya tak apa-apa juga. Lain kali berhati-hati sikit kalau nak bergaduh tu. Kalau kena orang lain, tak ke susah nanti. Nanti ada orang menangis pula. Betul tak, Dilla?” Usiknya membuatkan Azura tersipu-sipu malu di atas kelalaiannya. Dia tertunduk.

          “Ehm! betul tu, Dirah. Biarlah, perkara kecil je.” Balas rakan sebelahnya sambil ketawa kecil. Dilla? Macam pernah dengar pula. Tapi... Siapa yang sebut nama tu? Azura cuba mengingati nama itu. Dilla... Oh! Kak Rosniza pernah sebut... Rupanya inilah orangnya yang bernama Dilla...

 

Agak lama Azura terpaku di depan dua orang gadis itu. Keduanya saling berbual mesra. Matanya tertumpu pada kelembutan wajah yang terpancar. Senyuman yang sentiasa terukir di wajah tatkala berbicara begitu menggamit perasaannya. Tiba-tiba dia rasa begitu menyenangi perwatakan gadis itu.

 

Liza menjeling Azura, kemudian kedua gadis itu. Dia mendengus kuat. Geram. Tidak senang hati. Serta merta dia menghampiri dan terus merentap tangan Azura. Azura tersentak.

          “Maaflah, kak. Kami ada hal. Nak cepat. Jom Zura!” Sergahnya lalu menarik Azura. Memaksanya untuk bergerak meninggalkan tempat itu. Azura terpinga-pinga. Sekejap-kejap dia memandang Liza, kemudian gadis itu. Serba-salah. Namun kakinya terus dipaksa untuk bergerak.

          “Tapi Liza... Ish! Kak, jumpa lagi!” Ujarnya mengharap dalam keluhan yang panjang. Azura membatu dalam menurut alunan langkah Liza. Sesekali dia menoleh ke belakang. Memandang. Tercalit rasa kecewa kerana tidak sempat untuk mengenali gadis itu. Harap sangat dapat jumpa dia lagi... Namun dalam masa yang sama di hatinya juga terbetik rasa geram yang sangat pada Liza. Hish! Tak habis-habis nak paksa orang! Padahal baru kenal. Benci! Jerit hatinya.

Read More...

 Kisah Aku & Navy :)

 

 

 

images (2) 

 

          “Dalam kiraan lima, saya nak kamu semua hilang dari pandangan saya. Satu! Dua! Tiga!….” Ah! Sadisnya nak berlari masuk dorm.. Bukan tingkat 1 atau 2, tapi tingkat 5! Dengan beg seberat 10 kg, di tambah dengan pounch bag macam batu, bukan senang nak ‘lenyap’ dalam kiraan 5. Naik tangga je, bukan lift. Itulah pengajaran pertama yg aku dapat bila memasuki pintu masuk TLDM. Itu baru reserved, belum lagi permanent. Kalu reserved, training cuma 2 minggu compared permanent selama 6 bulan, tapi itu pun sudah cukup menyeksakan.. Huhu! saper suruh? Tak ada penyakit, cari penyakit. Konon nak merasa bagaimana life seorang tentera, nak jadi macam kartun sailorMercury, hah! rasakanlah sendiri… Uhuk!!!!

 

         “Ni ada kilat kasut ke tak ni, kadet? Macam taik!  Huh! kamu tu kadet, bukan LLP!  melantun!!! bentaknya sambil memijak2 kasutku. Adeh! penat aku mengilat kasut semalam, pagi ni dah kena pijak. Macam menenyeh2 lipas jer keadaannya. “Hah! Delta berkedut! Kau ingat ini baju pergi pasar ke? Kadet, Kadet…” sambungnya lagi sambil menolak2 tubuhku dengan jari telunjuknya. Bergoyang tubuhku menahan.…

 

“kau turun 20, kadet! Melantun betul!!!” Dengan rasa nak menangisnya, aku pun buat push up. “Suara! suara mana, kadet! saya tak dengar! semula!” Adeih! Officer ni memang saja nak kenakan aku… “Satu! dua! tiga!… 20! push up sebanyak 20 kali siap dilakukan. Kebenaran bangun, puan!” jeritku sekuat hati. Takut kena buat lagi. Suasana senyap je… Tiada response. Aduh! dah lenguh kaki tanganku ni… macam nak rebah dah ni… “Push up sebanyak 20 kali siap dilakukan. Kebenaran bangun, Puan!!!” Ulangku lagi. Kali ni lagi kuat dari tadi. “Bangun!” Ah! Leganya… Dengan cepat aku bangun.

 

          Satu, dua, tiga, empat! Alamak! salah kaki berhenti. Tak pe, diorang tak nampak juga. “Oi! oi! Kadet! Kau buat apa tu? Kau ingat aku tak nampak ek.. kau buat lompat katak 20 dulu! kau boleh buat tak tau jer!!” Jerit officer dari dalam pejabat. Aish! kena pula.. huhu! Malunya… “Satu! dua!… siap dilakukan. Kebenaran menjalankan tugas lain, Tuan!” “Hoi! kadet! Tugas lain apa kau nak buat tu, hah? Tugas apa? Kebenaran menjalankan tugas cukup! Tak payah nak tugas-tugas lain pula! Memandai jer nak menambah ayat!” Aduh! Baru 2 hari aku di sini, jantung ni macam nak tercabut je.. Nak menunggu 2 minggu, memang ‘kajol’ la aku ni…

 

          “Malam ni kita buat satu program. Senang je… saja nak bagi kamu semua relax sekejap dari kelas pagi.” Fhuh! Macam lembut je bunyi ayat officer ni. “Saya nak kamu semua balik bilik, tukar pakaian Bravo dengan kasut kawad. Kemudian turun semula dalam kiraan 15. Kalau tidak… kamu nampak kolam tu?” ujarnya sambil menunjukkan kolam ikan penuh lumpur. “Kamu berenang dalam tu.” Sambungnya lagi penuh lembut. kami membatu. “Staff! kira sekarang!!!” jeritnya pada staff kursus. Ish! ish! Ini bukan nak release, bertambah stress adalah.. Kiraan 15 tu bukan baru turun, tapi sudah siap beratur semula dan cukup anggota! Yang sebenarnya… bukan sekali tu je turun naik tangga tukar baju. Banyak kali sampai kaki macam nak tercabut dah. Dah kuar asma pun! Time ni la perasaan malu terpaksa diketepikan kalau terpaksa separuh naked pun.. Ish! ish! satu perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni – buka baju depan orang lain. Mujurlah singlet pagoda ada… Tak pedulilah orang lain, janji aku selamat..  Huhu!

 

         Itulah sebahagian life aku masa training navy 2 minggu. Setiap detik yang berlalu, macam berkurun lamanya nak menghabiskan. Selama di situ, base navy are dangerous are to go. kalau boleh, nak bersembunyi je dari terserempak dengan diorang. Kalu tak, memang kena memanjang. Dalam tempoh tu juga, 3 hari aku MC. Alaa… tak ada maknanya aku Mc pun… Bukan terkecuali pun dari semua training tu. Menangis? itu memang tak dapat dinafikan.. Actly, staf bantuan lain kasihan tengok aku juga sebab aku satu-satunya kadet perempuan masa tu. Jadi aku kena berkali2 ganda dari LLP. Tapi diorang semua support aku dalam diam. Bantu aku kilat kasut… tolong pujuk bila aku menangis dan kena marah.. Bagi sokongan… jaga aku… Diorang cakap training pegawai di Lumut lagi teruk dari ini. Jadi diorang nak aku bersedia. Mungkin juga. Tapi mungkin sebab aku bakal pegawai kot lepas jer tamat kursus ni, takut aku buli diorang balik. Ehehe!

 

          Walaupun teruk sangat training tu, tapi banyak sangat yang aku belajar. Dalam mana-mana tentera sekalipun, team memang kena kuat. Macam mana sekalipun, team jangan tinggal walaupun seorang. Susah senang kena bersama. Setiap masa itu penting. baru ada ada disiplin diri. Hati pun kena kuat. Kena herdik ke, kena jerit ke apalagi kalu mental torture… hati memang kena kuat. Tabah, sabar, keras hati… Apa sekalipun, kena cuba atasi. Kekuatan fizikal saja memang tidak memadai. Survival namanya..

 

         Bila mengenangkan zaman-zaman rekrut, yang pahit itu telah menjadi manis kini. At least, bila terasa kepayahan mengharungi liku-liku kehidupan, terbayang bagaimana kentalnya jiwa tika itu, yang akhirnya mendorong semangat untuk menghadapi. Apapun, thanks to all kerana memberikan pengalaman sehebat ini..

Read More...

Thursday, February 11, 2010

 Memori Selamanya ~ Lima ~

 

ami

 

 

          Ariza segera mengemas begnya. Track latihan berwarna putih dimasukkan kemudian beg ditutup rapi. Tidak lama, beg itu digalas ke bahu kiri. Kakinya mula mengatur langkah meninggalkan dewan sekolah. Dia ingin segera pulang ke asrama. Berehat.

          “Ariza, sekejap!”

 

Ariza terhenti. Segera dia menoleh ke belakang. Dia tercengang seketika. Seorang gadis menghampiri. Dia hanya memandang. Keningnya berkerut. Rosniah?

Rosniah tersenyum memandang. Dia membetulkan lipatan tudung.

          “Awak dah nak balik asrama ke?” tanyanya sambil mengusap muka. Ada keringat yang membasahi.

          “A’ah. Kenapa?”

          “Kalau begitu, kita balik sama-sama nak?”

Ariza terpaku seketika. Tercengang. Tidak menyangka. Rakan sekelas tetapi jarang bercakap!

          “Err... Boleh juga.”

Rosniah tersenyum lagi. Mereka berjalan seiringan. Suasana sepi seketika. Ariza serba salah. Sekejap-sekejap dia memandang Rosniah. Tidak tahu nak cakap apa.

          “Err... Awak pun ikut K-Do ke?” Aish! Kenapalah aku tanya soalan tu? Confirm aje dia ikut. Dah masing-masing balik dari tempat yang sama... rungut hatinya memarahi diri sendiri. Tiba-tiba dia rasa malu.

Rosniah ketawa kecil.

          “Awak tak tahu ke? Saya selalu berada di belakang awak setiap kali latihan. Awak tak perasan ek....” usiknya membuatkan wajah Ariza berubah kemerahan.

          “Maaflah. Saya tak perhatikan orang.” Ariza memandang ke bawah. Segan. Malu. Rosniah ketawa kecil. Dia menepuk bahu Ariza. Perlahan.

          “Tak kisahlah, Ariza. Janji awak kenal saya. Betul tak? Eh! Kalau saya tanya awak, awak jangan marah ya.”

          “Tanya apa?” Ariza memandang. Tertanya-tanya.

          “Saya tengok, awak selalu jalan sorang-sorang. Duduk seorang-seorang. Kat kelas pun seorang-seorang. Awak tak rasa bosan ke? sunyi ke? Eh! Kalau aku, dah mati kutu dibuatnya.”

Ariza tunduk seketika, kemudian mengangkat kepala sedikit.

          “Tak juga. Saya dah biasa. Kenapa?”

          “Tak adalah. Saya saja tanya. Eh! Kalau awak sudi, apa kata kalau kita pergi latihan sama-sama? Kalau ada kawan, taklah bosan sangat. Okay tak?”

          “Ehm... Boleh juga. Aku tak kisah.” Ujarnya lalu tersenyum. Bersetuju.

          “Hah! Tengok! Kan awak dah senyum... Maknanya awak ni tak adalah sombong sangat. Hairan, hairan... Kenapalah orang lain cakap awak begitu? Awak tak kisah ke?”

          “Entahlah, Ros. Mungkin saya suka sendirian agaknya. Awak percaya ke cakap diorang?”

          “Sebab tak percayalah saya tegur awak. Saya ni tak suka nak dengar cerita orang. Lebih baik kenal sendiri. Baru puas hati. Hmm... awak rapat-rapatkanlah diri tu dengan diorang.”

Ariza menggaru-garu kepala. Satu permintaan yang agak janggal dirasa.

          “Biarlah, Ros..”

          “Hmm...” Getusnya lalu menggelengkan kepala. Di hatinya terselit perasaan tidak puas hati. Dia ni... orang dah kata begitu pun dia boleh kata biarkan saja...! Ish! Kalau aku... dah lama aku melenting!

          “Ariza, kejap!”

Ah! Pulak..! Siapa lagi ni? Ariza terhenti lagi. Begitu juga Rosniah. Masing-masing menoleh. Kak Farina and the gang! Ariza menghela nafas pendek. Aduh! Diorang lagi! Tiba-tiba fikirannya menerawang. Takkan lah perkara yang sama lagi...

Rosniah merapati Ariza.

          “Siapa tu, Ariza? Macam selalu nampak je...”

          “Kak Farina.” Jawabnya mendatar. Dia membetulkan beg yang digalasinya.

          “Kak Farina? Oh! Patutlah aku selalu nampak. Sama-sama latihan rupanya... Dia nak apa tu?”

Ariza tidak menjawab. Sebaliknya maju beberapa langkah. Mendepani Rosniah.

          “Kenapa, kak?”

          “Ariza, jangan lupa sampaikan salam aku pada Azura. Kau cakap kat dia, suruh dia datang bilik aku malam ni. Saja nak jumpa.”

Ariza sekadar mendengar. Dia menghela nafas pendek. Sudah menduga.

          “Farina, kau ni tak habis-habis nak berkirim salam dengan budak tu. Ada apa-apa ke ni?”

          “A’ah! Liza kan selalu bawa dia jumpa kau.” Sambung rakannya lagi.

          “Ala, aku nak juga jumpa dia sorang-sorang. Liza tu menyibuk je kalau dia ada. Biasalah... Minat punya pasal.” Ujarnya lalu ketawa.

Ariza membatu. Dia menggelengkan kepala.

          “Yelah tu! Kau ni... Kalau boleh semua budak cute kat sekolah ni kau nak berkirim salam. Entah apa-apa lah kau ni... Pass la kat kitorang skit. Ish!” Celah rakannya lagi.

Semakin jelas kedengaran tawa Farina menyelubungi suasana. Dia menumbuk bahu rakannya.

          “Macam kau tak kenal aku, Salmi. Biasalah! Okaylah, nak chow dulu! Jangan lupa sampaikan pada Azura tau!” Ulangnya lagi terus berlalu.

Ariza mendengus perlahan. Tidak begitu menyenangi.

          “Eei... Perangai! Meluatnya aku tengok! Eh! Ariza, dia minat Azura ke?”

          “Ros, panggil je saya Riz. Kan lebih mesra...”

          “Oh! Riz ek... okay juga tu. Kalau begitu kita cakap biasa saja lah ye. Tak payahlah formal-formal sangat. Bagi mesra sikit!” ujarnya sambil tersengih. “Hah! Soalan aku tadi tu, dia memang minatkan Azura ke? Lain macam je aku tengok dia tu.”

          “Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi mungkin juga sebab dia selalu berkirim salam.”

          “Selalu berkirim salam? Wah! Habis kau sampaikan juga ke?”

          “Terpaksalah, Ros. Dah amanat orang. Nak buat macam mana.”

          “Setiap kali dia jumpa kau, dia selalu berpesan pada kau ke? Ish! Tak payahlah kau sampaikan. Kau simpan sajalah salamnya tu. Buat berat je! Aku tengok macam dua alam jer... Menakutkan!”

Ariza tidak menjawab. Sebaliknya mendiamkan diri. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Ingin segera sampai ke bilik kemudian melepaskan beban yang selalu bersarang di hatinya.

 

                              *                               *                               *                               *                               *

 

Ariza membuka pintu dengan perlahan. Daun pintu terkuak luas. Pandangan mata di halakan ke hadapan. Jelas di matanya Azura sedang duduk diam. Tekun membuat ulangkaji. Ariza meletakkan kasut di tepi dinding berhampiran pintu, kemudian menghampiri Azura. Beg galas diletak di atas kerusi. Dia memandang Azura.

          “Azura.”

Sekilas Azura menoleh. Dia mendongak kepala sedikit. Memandang Ariza. Anak rambut yang berjuntai menutupi penglihatan dilarikan.

          “Oh! Riz. Kau baru balik ke? Aku tak perasan pulak.”

Ariza senyum sikit.

          “Tak lah. Aku pun baru sampai ni. Ehm... Aku terjumpa kak Farina tadi. Dia kirim salam dengan kau. Dia cakap dia suruh kau datang bilik dia malam ni.”

Kedengaran satu dengusan kecil. Azura memegang dahinya. Fikirannya melayang. Kenapa lah kak Farina tu? Tak habis-habis nak berkirim salam. Aish! Tak kuasa aku nak jumpa dia! Getus hatinya. Buku di hadapan ditatap semula.

 

Ariza menggelengkan kepala. Entah Azura betul-betul membaca ke tak. Macam menerawang je fikiran tu.. bisik hatinya. Dia berpaling lalu menuju ke katil. Duduk di birai katil sambil menggerak-gerakkan kepala. Melepaskan penat. Sejenak dia memandang Azura yang masih membatu. Hmm... Aku dah agak. Dia mesti diam setiap kali aku sebut nama kak Farina. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya... Desis hati kecilnya. Dia memainkan jari-jemarinya.

          “Eh! Riz...”

Ariza tersentak. Segera dia menoleh. Azura tersengih. Ariza pegun. Pulak!

          “Aku lupa nak cakap. Thanks ya.” Ujarnya sambil tersenyum.

Ariza menggelengkan kepala. Tidak berkata apa. Sebaliknya senyum sendiri. Dia ni... Sama ada suka ke tak, tak pernah lupa nak ucapkan terima kasih. Gumamnya sendiri.

Read More...

Tuesday, February 9, 2010

 ~ Kehilangan ~

 

 

ami 

 

 

          Hari ni genap sebulan Jemput meninggalkan kami. Perasaan? Ehm… Masih kehilangan. Seperti sekejap je dia bersama kami. Baru 1 tahun 6 bulan usianya, bermakna hanya setakat itu sahaja takdirnya bersama kami. Dia tidak kenal orang lain, melainkan kami saja. Sedihnya kerana dia pergi tiba-tiba masa tengah pregnant hampir 1 bulan.

 

          Hati sedih memang sedih sangat. Yelah, kalau takde perasaan tu, hati batu namanya. Pulak saya ni berzodiak pisces, membawa unsur air dan elemen kelahiran pun 2, jadi tidak mustahil la juga kalau jiwa mudah emosi, hati yang sensitif dan mudah sangat menangis. hehe!  Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat nak dirasakan. Haiwan je kan. Bukan manusia pun. Tapi haiwan pun makhluk ciptaan Allah juga kan. Dia pun berhak untuk disayangi juga sebagaimana manjanya pada kita. Dia berhak untuk dilindungi sebagaimana kita menjaga insan yang kita sayangi. Dia berhak untuk dihargai sebagaimana kita ingin sentiasa di sisi insan2 lain. Dan dia juga berhak untuk menikmati hidup sebelum ajal sabagaimana kita.

 

           Jemput bagi kami, bukanlah kucing biasa. Orang lain yang memandang juga mengatakan mukanya bukan seperti kucing biasa. Lain dari yang lain. Entah apa yang lainnya. Tapi dia memang comel sangat! Mungkin juga sebab dia tak suka keluar rumah, maka dia cukup bersih.

 

          Saya rasa seperti sudah cukup lama saya tak menangis macam ni. Merasa kesedihan seperti ini. Sebelum ini setiap kali saya bangun pagi mahupun balik kerja, ada yang menunggu. Setiap kali saya terleka, ada yang mengingatkan. Ke mana kami pergi, ada saja makanan kami bungkus. KFC la.. chicken wing la.. Sehinggakan restoran mamak pun hairan apasal la kami suka beli ikan goreng tapi nasi tak nak. Pulak ikan kembung saja! Setiap kali pergi pasar dan beli ikan, mesti amik lebih untuk dia saja. Tapi life sekarang terasa janggal. Saya ni bukanlah rajin sangat nak masak setiap masa, kalau rasa lapar je baru makan. Tapi saya rajin masak kerana Jemput. Pun rajin makan gak. Yelah, dah saya masak untuk dia, saya makanlah sekali :)

 

IMG0025A 

          Sedih? Bukanlah kerana kami telah kehilangannya. Kami redha dengan ketentuanNYA – cukup sampai di sini sahaja dia menemankan kami. Tapi sedih kerana kenangan yang ditinggalkan.  Keletah serta manjanya bila memujuk saya, rakan bergaduh, nakalnya membuatkan saya berleter… Saya percaya sebagai manusia pun, kita adakalanya hidup dalam kenangan bila kehilangan. Mungkin kita tabah menghadapi kehilangan, tapi akan menangis bila kenangan menggamit perasaan.

 

          Pepatah lama…. Patah tumbuh hilang berganti. Cara untuk mengubati lara dan melupakan kisah lalu. Life must go on, right! Tapi belum pasti pengganti yang kita cari lebih baik dari yang asal. Lagi pulak kalau insan tu terlalu istimewa. What a painful sadness. Ada setengah pula mengatakan… Biarlah hanya dia seorang sahaja yang teristimewa bagiku. Belum tentu aku dapat berbuat perkara yang sama pada orang lain kerana itu akan menyakitkan hatiku untuk mengingati kembali. Tidak mustahil juga aku akan selalu membandingkan dia dengan orang lain. Bagiku… mungkin pendapat yang kedua.

 

          Kehilangan.. baik hidup ataupun mati, baik insan ataupun harta, bukan semuanya pahit. Di sebalik semua yang terjadi, pasti ada hikmah-NYA. Kita menjadi lebih tabah, lebih matang dan lebih berusaha untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Kita menjadi lebih tahu menghargai dan bersyukur dengan apa yang ditinggalkan untuk kita. Kita lebih menginsafi diri dan berubah untuk tidak mengulangi lagi. Mungkin sebelum ini kita pernah membuat kesilapan, kita terleka dan angkuh dengan apa yang dimiliki, kita bangga dan selalu melukakan hati orang lain walaupun kita sayang dan kita terlupa semua yang kita ada kerana-NYA. Cuma yang jelasnya, kehilangan membuatkan kita sedar bahawa esok belum pasti menjadi milik kita.

Read More...

 Kenangan ~ SMKP ~

 

images

 

 

          Sajalah nak menggamit kenangan yang dah lama. Seperti sebelumnya, saya menceritakan memori saya ketika di SEMEKAR. Actually, setiap sekolah yang saya pergi, pasti ada seseorang yang menjadi ‘trademark’ bagi saya di sekolah tu. Ehmm.. Tapi itulah yang membuatkan pengalaman saya menjadi begitu bermakna.

 

Kalau di SEMEKAR, insan yang membawa ‘trademark’ buat saya adalah seorang senior, di SMKP pula seorang adik @ junior saya.. Yelah, dah pun masuk SMKP  start from form 4, jadi junior2 saya pula yang menjadi naratif nya..

 

          Kesnya pun bermula dengan rasa takut juga. Ish! ish! Agaknya ketakutan dari SEMEKAR terbawa2 sampai ke sekolah lain. Adei! Eh! tapi betul… masa mula2 pindah sekolah, saya betul2 seorang yang penakut. Mungkin sebab sebelum ni saya stay di asrama, saya menjadi ‘antisosialis’. Jadi bila tiba-tiba pindah sekolah biasa…. Aduih!!!!!! pengalaman hari pertama di SMKP dan time balik sekolah, saya sesat di bandar sendiri. Tak tahu jalan balik umah. Mau aje menangis masa tu. Berpusing2 mencari jalan. Mujurlah ada rakan sekelas yang baru dikenali masa tu terserempak dan dialah mengajar macam mana nak balik. Siap pesan kat driver bas suh hantar saya sampai depan rumah. Pedulilah kalu dah terpaksa menangis depan member. Janji saya selamat balik rumah. Huhu!

 

          Oh! berbalik pada topik asal, junior ni pada tanggapan saya agak garang juga. Hehe! Seperti SEMEKAR masih memburu saya lagi masa tu. Kenapa agaknya wajah2 serius masih mengikut ni.. huhu! Saya selalu mengelak bila terserempak. Saya join persatuan2, kelab2 di sekolah kerana cabaran dia la. Tapi memang satu penyakit, asal saja berdepan dengan dia.. mau tercabut je jantung ni berdegup. Terlampau laju sgt! Tapi ada perkara yang membuatkan saya kagum dengan dia. Sikap bertanggungjawab & garang dia kot… Haha! Yelah, saya rasa selamat pula. Kalau saya dibuli student lain, dia dengan beraninya mempertahankan saya. Sesuatu yang saya tak berani buat tika itu. Ehehe..

 

images1

          Setiap perkara pasti ada pahitnya, tapi pahit itulah yang membuatkan saya belajar untuk bangkit semula. Ketika dilantik menjadi ketua pengawas, saya paling risau jika dia menjadi penolong saya. Tak tahulah nak buat macam mana. Tapi memang menghairankan bila ada saja tugasan yang memerlukan kerjasama. Takdir kot.. :)

 

          Apapun, dia menjadi satu sejarah penting buat saya selama berada di SMKP. Andai kata saya tak kenal junior ni, agaknya macam mana la saya boleh belajar mengatasi kelemahan. Realiti nya, saya terhutang budi dengan dia. Mungkin elok juga kita mengenal wajah2 yang serius ni. Baru rasa nak berubah kot… Seperti kisahnya saya masuk SEMEKAR kerana saya cukup nakal di sekolah sebelumnya. Eh! rasanya kalau saya cakap saya kaki buli dulu, suka bergaduh, orang pun tak percaya kalau tengok saya sekarang. Ehek!

 

          Untuk insan ini, terima kasih sangat2 kerana menjadi lakaran memori dalam hidupku. Something yang istimewa tika berada di SMKP. Sedikit sebanyak apa yang saya lalui hari ni, adalah kesinambungan dari masa lalu. Ehem! thanks Yana…

 

SEMEKAR… Peralihan dari yang tidak baik kepada yang baik. SMKP… catatan dalam melakar kejayaan. Dan SMKS… Ops! nantilah saya post entry lagi. Hehe!

Read More...

Wednesday, February 3, 2010

 Eh! Frekuensi Ahad Adalah Hitam?

 

Tak angka pula hitam boleh mempengaruhi resonan hari ahad. Bukan setakat hari, malah ia juga turut mempengaruhi kehidupan seharian.

 

 

images

Mengapa Kaabah berwarna hitam?

 

Hari pertama dalam seminggu adalah hari ahad, tapi membawa warna gelap?

 

Warna kegelapan ini banyak rahsianya. Pembentukan kita di alam rahim adalah dalam kegelapan, bukan? Pertumbuhan benih pokok juga berlaku lebih pantas lagi di dalam kegelapan. Segala pembentukan atau membetulkan semula keseimbangan sel berlaku di dalam kegelapan. Tidur di dalam gelap di waktu malam adalah simbolik untuk mendapat kerehatan sebenar. Di waktu itu kita membina semula tenaga dan mengembalikan semula keseimbangan sel-sel yang telah pincang di siang hari.


Pakaian hitam di pakai pada waktu winter kerana hitam menyerap haba bagi memanaskan badan. Lihatlah anak2 muda yang berpakaian hitam sepanjang masa contohnya ahli Black Metal. Adakah mereka ini mempunyai perasaan kasih sayang? Bagaimana tingkah laku mereka.... Hitam yang diserap terlalu banyak sehingga berlebihan, menyebabkan  semua energy negatif turut diserap.


Hitam adalah rahsia pembentukan. Jika ada plan atau niat atau azam, tulislah ia dan letakkan di dalam kotak hitam. InsyaAllah apa yang berlaku nanti apa yang kita niatkan akan diserap dan menjadi kenyataan. Itulah rahsia gelombang gema niat yang sangat ringan tetapi apabila diulang2 dalam jangka masa yang tetap (iaitu apabila diberikan tekanan), ia akan menjadi satu tekanan yang menghasilkan impian jadi kenyataan. (Inilah rahsia angin yang diberikan tekanan dengan ilmu yang betul dapat menghasilkan teknologi kapal terbang - kajilah pemampatan udara dalam banyak mesin yang digunakan utk mengangkat barangan berat, dan banyak lagi)

 

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

 

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam digunakan mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

 

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

 

Disebabkan itulah pada hari ahad, sebaiknya tidur awal pada malam hari kerana itu akan mempengaruhi warna putih pada hari isnin, yang sepatutnya mencetuskan

semangat, azam baru serta penyeleaian kepada yang tertunggak. Kalau tidak, confirm terbawa-bawa mood ‘ahad’ yang ingin berehat, tetapi melayan cerita tengah malam. huhu!

Read More...

 Memori Selamanya ~ Empat ~

 

ami

 

 

 

Azura melangkah laju menuju ke kelas. Sesekali dia melihat jam. Ahh! Aku dah lewat ni... Habislah kena marah cikgu lagi.. Ish! Dia terus menoleh ke belakang. Dia merengus. Tak semena-mena hatinya bergelora. Marah. Sakit hati memandang Liza yang sengaja berjalan lambat. Langkah kakinya begitu perlahan. Cukup di atur rapi. Sesekali dia membetulkan anak rambutnya yang di tiup angin. Ish! Liza ni... Azura menggertap bibir. Bengang.

          “Liza, cepatlah sikit! Kau tahu tak? Kita dah lewat masuk kelas ni...”

Liza memandang selamba. Tidak mengendahkan.

          “Liza, eh! Kau dengar tak ni? Kita dah lewat tau!”

          “Alah... Biarlah kalau lewat. Bukannya kena marah pun! Kau ni nak takut kenapa? Bukan kena rotan pun! Paling teruk pun, kena berdiri depan kelas jer..”

          “Ish! Kau ni, Liza... Suka hati dia jer nak datang lewat!”

          “Ikut suka aku la nak lambat ke tak! Siapa suruh kau ikut aku?” ajuknya lagi. Tidak menghiraukan. Sebaliknya, dia terus mengatur langkah.

 

Azura terhenti. Panas hatinya mula terasa. Tanpa bersuara, dia terus memalingkan muka dan membiarkan Liza di belakang. Nalurinya membentak. Siapa ajak siapa sebenarnya?!!

          “Eh! Hujung minggu ni kita pergi bandar ya. Ala... Saja jalan-jalan.”

Azura terhenti lagi. Dia menoleh. Panas hatinya masih belum reda.

          “Buat apa?”

          “Saja jalan-jalan tak boleh kah? Kita cuci mata lah. Takkan kau nak terperap kat asrama tu.”

          “Kau ni tak habis-habis nak berjalan! Buang masa jer!” Dia merengus.

          “Ala, kau ni kolotlah! Kita jalan-jalan je. Tak semestinya beli barang.”

          “Ehm... yelah tu. Jalan-jalan konon! Tapi balik-balik memborong juga! Menghabiskan duit aje!” Rungutnya menarik muka masam. Liza ketawa lagi.

          “Habis, kalau bukan sekarang bila lagi nak enjoy, Zura? Inilah masanya.”

 

Azura menggelengkan kepala. Malas nak berkata lagi. Makin disoal, makin banyak alasannya. Tiba di muka pintu, hatinya mula berdebar-debar. Seperti ada sesuatu yang sedang menanti.

          “Uiks! Tuan puteri kita dah datanglah. Guys! Bunyi kompang please... Bagi meriah sikit. Ni putera raja nak datang menyambut!” Satu jeritan membuatkan Azura tersentak. Dia tercengang seketika.

          “Orait set!” Sahut yang lain. Pelajar lelaki mula memalu meja. Penuh semangat. Lagaknya seperti kumpulan kompang dalam majlis perkahwinan. Suasana kelas menjadi agak bising. Azura mula serba-salah.

          “Ish! Bisingnya...” Rungutnya lalu mempercepatkan langkah. Namun langkahnya terhenti lagi. Beberapa orang pelajar lelaki datang menghalang di depannya.

          “Dia datang dengan senyum simpulnya... Dia datang! Azura, i love u!!!” Suaranya agak kuat disusuli dengan gelak tawa oleh pelajar lelaki yang lain.

          “Zura! I love you too..” sampuk pelajar lain lagi. Berebut-berebut menjadi orang hadapan. Azura berundur. Dia mendengus perlahan. Agak bising. Begini hanya menarik perhatian pelajar lain!

          “Korang ni.. boleh tak kalau berhenti mengacau aku? Aku rimas tau!”

          “Uiks! Marah ke? Alahai Dean... Dia marahlah...” Ujar Izham sambil menepuk-nepuk bahu Dean. Dean tersengih.

          “Itu marah sayanglah... Takkan korang tak faham. Dia suka aku juga tu. Saja tak nak mengaku.” Celah Saiful lalu ketawa dan menepuk tangan Izham. Saling menyokong.

          “Betul betul! Siapa tak kenal Dean, memang rugi kan.” Sambungnya lagi sambil ketawa panjang. Dean mengangguk. Mengakui sambil tersengih.

          “Zura, aku takkan mengganggu kau lagi kalau kau sudi menerima cintaku ini. Betul tak kawan-kawan?” Ujarnya terus ketawa panjang.

          “Perasannya kau, Dean...” Sampuk Rizal lagi sambil memukul meja berkali-kali.

          “Oh! Azura... Sudikah dirimu menjadi kekasih hatiku...?” ajuknya lagi sambil berlutut seakan merayu. Pelajar lain bersorak kuat. Azura berpaling. Sakit hati.

          “Ish! Tak sukalah macam ni!”

          “Ala, biarkanlah diorang. Kira beruntung apa ada orang suka kat kau. Kau layan jer lah. Bukan rugi apa pun.” Ajuk Liza seakan menyokong tindakan rakan-rakan sekelasnya.

          “Itu kau, bukan aku. Aku tak suka suasana begini!”

          “Kalau kau tak suka, kau bagi ajelah kat aku!”

Azura terus berpaling. Malas betul bercakap dengan orang macam ni!

          “Eh! Aku tak nak kau lah, Liza. Aku nak Azura! Zura, kau sudi ke tak? Jawablah...” Ujarnya lalu menghampiri dan mendepani Azura. Azura berundur selangkah. Liza mencebik.

          “Aish! Jangan, Zura. Jangan pilih Dean. Tapi aku! Aku!” Sampuk Rizal lagi bertolak-tolakan dengan Dean, disusuli dengan gelak tawa.

          “Eh! Jangan pilih diorang, Zura! Aku lagi hensem tau!” celah Saiful pula. Masing-masing terus ketawa. Azura menggelengkan kepala. Sakit hati. Diorang ni... Tolonglah! Bisik hatinya menjerit.

          “Hoi! Korang ingat Zura ni barang rebutan ke?” Sergah Ariza tiba-tiba berdiri di belakang Liza dan Azura.

 

Keadaan tiba-tiba menjadi senyap. Beberapa pasang mata mula tertumpu ke arah Ariza. Azura dan Liza terpempan. Kejut. Segera Azura menoleh, memandang wajah Ariza yang berkerut. Memang serius!

          “Alamak! Garangnya dia ni.. Woi! Tolonglah aku..” jerit Rizal di sambut dengan gelak tawa pelajar lelaki lain. Ariza mengerlingkan mata.

          “Kalau orang tak suka, jangan dikacau! Perasan betul!” Sambungnya lagi. Tegas.

Masing-masing terdiam. Ada yang terduduk. Dean mula menghampiri Ariza. Mata saling bertentangan. Tidak puas hati.

          “Suka hatiku lah nak buat apa! Kenapa, kau pun sukakan dia ke, tomboy? Eei... sedarlah diri tu sikit! Kau siapa nak berlawan dengan aku?”

Ariza menarik nafas panjang. Dia merapati. Wajah Dean direnung.

          “Kenapa? Ada masalah? Kalau betul aku sukakan dia, kau nak buat apa? Kau nak bersaing dengan aku? Kau berani ke?”

          “Hei tomboy! Kau ingat aku pengecut ke? Aku tak takutlah!”

          “Habis kau ingat aku tak berani? Aku tak takut lah kalau setakat nak berlawan dengan kau!”

 

Azura tergamam. Fhuh! Biar betul dia ni... Selamba je cakap macam tu! Dia memandang Ariza dengan pandangan penuh kaku. Kelu.

Suasana kelas menjadi senyap. Masing-masing hanya memandang tanpa henti. Dean bungkam seketika. Dia memandang rakan-rakannya. Tidak lama, dia terus mengalihkan pandangan mata.

          “Geng, dah! Jom blah! Blah! Nanti tak pasal-pasal kita kena belasah oleh dia ni pula. Kalau dah nama pun tomboy, tomboy juga!” Tingkahnya sambil mengerling Ariza. Geram namun terpaksa akur.

          “Hei! Dean, takkan kau takut dengan budak tu? Setakat dia, apalah sangat! Kau nak aku tolong tak?” Tanya Rizal. Tidak berpuas hati.

          “Dah! Aku kata blah, blah je lah!” Tingkahnya tidak menjawab. Sebaliknya terus menarik tangan Rizal, kembali ke meja. Masing-masing saling menjeling. Masih bercakap sesama sendiri.

Ariza menarik nafas panjang. Dia mendakap kemas buku ke dadanya.

          “Liza, kalau orang tak nak, kau jangan nak mengapi-apikan pulak. Elok ke macam tu!”

Liza terus mencebik.

          “Cheh! Kau ni kacau daun lah. Drama baru nak bermula tau... Ish!”

          “Sorry, Zura. Aku cuma cakap kosong je tadi. Kau jangan ambil hati pula.” Ujarnya terus berlalu. Kembali ke mejanya. Azura tidak terkata. Hanya memandang. Ehm... tak sangka dia boleh buat macam tu hanya untuk pertahankan aku... Desisnya sendiri.

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...