Template by:
Free Blog Templates

Friday, March 12, 2010

 Alkisahnya di D’Kayu

 

image040

 

 

        “Mai, ni aku nak kenalkan pada kau kawan aku dari Sarawak. Afiza.” Ujar Anita ketika kawannya itu tiba di meja kami. Aku tersentak seketika. Raut wajahnya seperti aku pernah nampak. Gelang di tangannya juga begitu familiar pada pandangan mataku.

Afiza juga seperti terkejut bila memandangku. Dia seperti serba-salah.

          “Hai!” Hanya itu saja yang keluar dari mulutnya. Dia mengambil tempat di sebelahku, memandangkan hanya itu saja kerusi yang kosong. Tapi tubuhnya bertentangan denganku. Seperti tidak berani berhadapan. Aku membiarkan.

Dalam hatiku mula membisik. Sesekali aku tersenyum dalam tunduk. Anita merenungku dengan satu pandangan yang bermakna. Dia juga turut senyum. Seperti memahami ku.

        “Korang selalu berjumpa ke, Nita?” Aku bertanya, saja membuka suasana setelah sepi seketika.

          “Tak adalah selalu. Kadang-kadang je, Mai. Itupun kalau kebetulan aku turun KL. Bolehlah jumpa member-member yang lain.” Balasnya lalu meneguk air limau di hadapannya.

Sesekali aku mengerling Afiza di sebelahku. Dia seperti tidak tenteram. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Dia mengeluarkan henset. Jemarinya terus menekan punat henset. Agak cepat. Aku tahu dia gelisah.

          “Awak datang sini sorang je ke?” Aku bertanya padanya. Pun saja ingin tahu bagaimana reaksinya.

          “Taklah. Saya tunggu member datang. Kejap lagi diorang sampai.” Jawabnya tanpa memandangku. Aku mengalihkan pandangan ke depan. Anita hanya tersenyum. Begitu juga memberku di sebelah kiri.

Afiza mula mengeluarkan sebatang rokok, lalu menghisapnya. Cara dia menghidupkan api sudah jelas menunjukkan dia semakin tidak keruan. Aku tahu sebab apa.

          “Ehm! Wajah awak ni mengingatkan saya pada seorang kawan lama. Tapi mustahil la sebab dia dah lama meninggal.” Aku saja bersuara lagi.

          “Iya ke? Kebetulan agaknya.” Pendek je jawabnya sambil menghembus asap rokok keluar. Aku mula tersedak. Aish! Aku pantang dengan asap rokok ni… Terus semput masa tu juga. Aku terus berpaling sambil menutup hidung. Tidak lama, aku memandang ke depan semula.

 

          Sebenarnya pertemuan ini telah dirancang. Aku dan Anita selalu berjumpa setiap kali dia turun KL bercuti. Kami berempat selalu lepak bersama. Tempat berjumpa selalunya McDonald’s sampai kedai nak tutup. Suatu hari, Anita telah menunjukkan aku satu gambar kenalannya. Masa tu aku memang terkejut sangat. Tapi dalam masa yang sama, Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan petunjuk padaku tika itu dan hari ni adalah buktinya. Aku masih ingat. Pada masa tu, aku dan Afiza atau nama yang ku kenal Aslina memang berkawan rapat walaupun berjauhan. Tapi entah mengapa tiba-tiba dia mengatakan dia tahap kritikal kanser tulang. Sebabnya, kesan dari accident sebelum itu.

 

          Memang tika itu aku sedih sangat. Menangis tak tentu pasal. Aku cuma boleh mengetahui keadaannya melalui kakaknya yang menggunakan hensetnya. Sampai satu tika kakaknya mengisytiharkan kematian. Setiap detik tika pengurusan sehinggalah ditanam, kakaknya memberikan laporan. Sakit hati untuk membaca sms yang berduyun-duyun masuk. Namun tiba satu masa Dia memberikan petunjuk dalam mimpi bahawa Aslina masih hidup sebenarnya. Barulah aku tersedar dari kesedihan dan mula membaca buku2 perubatan, mencari kebenaran. Semakin banyak aku temui, semakin kuat hatiku mengakui dan akhirnya aku meminta padanya untuk dipertemukan walau di mana pun dia berada andainya dia masih hidup.

 

         Hari ini, dia masih membatu, masih membelakangi ku. Beberapa putungan rokok mula membanjiri astray. Dia terus tertunduk sambil bermain hensetnya. Ku kira, dia terkejut kerana aku ada di sini. Dia terlalu gelisah bila aku merenungnya. Mungkin aku sepatutnya melampiaskan kemarahanku kerana dipermainkan. Mungkin juga aku patut membelasahnya masa tu. Tambahan pula dia tidak mengakui kesilapannya. Tapi kerana niatku untuk mencari kebenaran, aku masih mampu tersenyum tika itu. Aku tidak kisah kerana Dia sudah mengubati amarahku. Bagiku, dia memang sudah mati sebagaimana kata-katanya yang penuh melankolik tika itu.

 

          Itu kisahnya semasa aku di Sabah dan dia di Sarawak. Tuhan mempertemukan juga aku dengan orang yang berani mempermainkan nasib sendiri di bumi KL ini. Dia tidak sedar. Hari ni mungkin dia boleh menipu, tapi belum tentu esok dia dapat menipu sekali lagi. Selagi hidup di muka bumi ini, pertemuan pasti tetap berlaku. Orang kata jangan bermain-main dengan doa orang teraniaya. Cuma aku dapat membayangkan… Andainya  Dia mengatakan ‘Ya’ pada pembohongannya itu, dia pasti menyesal tak sudah.

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...