Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, November 14, 2012

 ~ Kehilangan - part 2 ~

 

Mood : sayu.. uhuhuhu  :’( ~

 

          Nampaknya cuaca di awal pagi ni terasa mendung. Sejuk dingin.. maklumlah semalam hujan. Tidur pun lena diulit mimpi yg damai. Tapi mungkin juga ini disebabkan oleh kesayuan hati yang melanda jiwa seseorang. Nurani yang pilu kerana kesedihan.. Adeih! Hembusan jiwa yang melankolik pula pagi2 ni. Ambil mood sikit! Ehehe!

 

          Perasan tak, title entry kali ni lebih kurang sama dengan post yang lalu (2011)? Actually, tak ade niat pun nak menyambung entry tu, tapi entahlah. Mungkin kesayuan di pagi2 ini membuatkan hati terdetik untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan kehilangan.

 

          Teringat semasa saya & rakan sekerja datang melawat ex-staf di hospital. Suaminya sakit disebabkan oleh serangan darah tinggi semasa driving - tersungkur ketika cuba keluar dari kereta. Doktor mengesahkan beliau koma, mungkin untuk selama2nya. Di hujung kelopak mata beliau, saya melihat jernihan yang mengalir. Saya percaya itu air mata, walaupun mereka mengatakan tidak. Dan saya juga percaya, beliau boleh mendengar & merasai apa yang dirasakan oleh sekelilingnya. Orang kata.. mungkin otaknya sudah mati, tapi dia still mempunyai self-awareness. Sakit sebenarnya melihat bebanan yang ditanggung oleh mereka. Dan tidak lama selepas itu, beliau telah ‘dijemput’ pulang. Sekali lagi kesayuan melanda. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

 

 

          Orang selalu mengatakan.. hargailah mereka sementara masih ada. Hargailah mereka yang membawa makna dalam kehidupan. Hargailah sebaiknya di setiap peluang yang diberikan. Orang juga mengatakan.. peluang kedua yang diberikan, mungkin tidak sebaik yang pertama. Tapi tidak mustahil untuk menjadi yang terbaik yang pernah ada. Seperti dalam amalan.. bersolat lah kamu sesungguhnya seperti kamu akan mati selepas ini. Begitulah juga “sayangilah & hargailah mereka hari ini seperti kamu akan kehilangannya esok.” Janganlah sampai kita mengatakan… “Menyesalnya aku.. kalaulah aku tahu.. aku sepatutnya..” Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Dalam apa pun yang dilakukan, semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam & sebelumnya. Amin!

 

          Sekiranya aku pernah melukakan hati kamu, maafkanlah aku. Sekiranya aku belum cukup terbaik untuk kamu, semoga Allah masih memberi peluang padaku. Sekiranya aku tidak pernah meluahkan perasaan, percayalah aku sayangkan kamu walaupun tanpa kata.

 

“Cara untuk mengekalkan kasih sayang adalah dengan mengingati bahawa esok belum tentu kamu akan dapat bersamanya lagi.”

 

 

Kehilangan untuk selama2nya.. Hanya doa yang dapat mengiringi..

Read More...

 ~ Sharing is Caring ~ Insurans - Lebih dari itu :)

 

l

 

 

 

          Saja nak share 1 perkara berkenaan Insurans.

Entah kenapa tergerak hati untuk membuat entry ni, memandangkan banyak kisah di sekeliling yang menimbulkan kesedaran. “Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkanlah untuk famili yang ditinggalkan.”

 

          1st thing is.. apa pandangan anda mengenai insuran? Perlindungan di masa sakit? Menguntungkan waris sebab dapat pampasan? Dapat duit bila tempoh matang? Kalau tak bayar dalam tempoh tertentu, mungkin duit burn? Kalau sakit, baru dapat benefit. kalau tak, rugi duit? Mcm2 persepsi kita tentang insuran kan..

 

Bila dapat call & dengar saja operator tu sebut insuran, respon yg mungkin diterima..

 

“Tak apalah. Saya kena kira budget dulu. Nanti saya contact balik.” <- confirm tak ade.

"Takpelah, lain kali je la ye.  Saya tak berminat.."

"So sorry, now i don't need insurance...my company provide unlimited medical card..."
http://www.uwaismokhtar.com/2012/05/my-company-provide-unlimited-medical.html <- betul ke?

 

          Tapi dulu saya pun begitu. Bila dapat banyak call mengenai insuran, macam2 dia promote. Tapi bila saya tanya itu ini, saya off call sebab tak dapat jawapan yg memuaskan hati. (Memang cerewet!) Until 1 day baru saya puas hati. 2 be truth, tak ada orang pun yang promote sy, tapi saya temui sendiri. Sebab tu saya nak share agar kita semua dapat prepare awal sebelum terlewat.

 

za_aslami

~ Rasanya ramai yang dah mendengar pasal Insuran + Saving + Investment. Tak rugi. Buatlah saving + investment sementara awal. Jangan tunggu sampai ‘miskin selepas bersara.’ ~

 

 

pruchild

pruchild1

~ Perlindungan & pendidikan untuk anak2, seawal 20 minggu ~

 

cash

~ Pelaburan jangka panjang: menggandakan nilai RM ~

 

          Ada banyak jenis plan lagi tetapi ini yang utama. Pilihlah mana yang terbaik untuk diri anda. Keputusan yang dibuat pada hari ini, menentukan keadaan kita di masa depan. Sekiranya ada yang memerlukan bantuan / penjelasan, saya cuba membantu sebaik yang mungkin. Mungkin ada yang menganggap saya tidak serius, lantaran avatar pun anime. Tapi perasan kah anda bahawa avatar saya tidak pernah berubah? (^_^)

 

Jika ada pertanyaan @ ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah message saya di elle_1803@yahoo.com

"Tak kenal maka tak cinta. Hari ini kita tidak mengenali, tapi dari satu pertemuan itulah wujudnya perkenalan. "

Read More...

Friday, November 9, 2012

 ~ Update oh! Updated ~

 

Assalamualaikum, selamat sejahtera salam Jumaat!! (^_^)

 

ami41

 

          Alahai... Dah nak sampai hujung tahun rupanya.. Seriously, memang terlalu lama tak meng'update blog ni. Agak ke'busy'an sedikit dengaan rutin kerja2 seharian. Tapi sebelum tu, saya nak mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, hari raya Adha, hari kemerdekaan & hari Malaysia yang telah lama berlalu. Wishes for next public holiday (minggu depan), hari Deepavali & Muharram :). Selamat2 semuanya.. Hehe!

 

          Sejak bertukar bos baru ni, projek pun macam2 ada. Selalu balik lewat. Tapi mujurlah ada assistant baru. Kalau tak, terkejar2 juga. Tenkiu bos sebab memahami ke'penatan' itu. (^_^) Alhamdulillah.. Kemudian this year, karnival sukan antara agensi kembali lagi.Petang2 ada training sukan. Pada mulanya, plan asal nak berehat dulu. Tapi memandangkan team tak cukup kuota, tak apalah join saja. Kita memeriahkan suasana. Last 2 year, dapat 2nd place. Mana lah tahu this year boleh jadi champion. Amin :) hehe! InsyaAllah sekiranya tiada apa2 halangan, karnival ni akan berlangsung pada awal Disember ni di Inspens, Bangi. Wahhh! bolehlah datang melawat ex-kampus kesayanganku dulu. Eheee!

 

          Dari segi isu2 semasa @ kemasyarakatan, ada banyak perkara yang dah berlaku. Ada yang telah kehilangan, pun ada yang bertambah. Pelbagai luahan perasaan, pun coretan semasa... Begitulah kalau dah namanya kehidupan kan. InsyaAllah akan ada entry post tentang ni.

 

          images

          Actually, banyak idea untuk membawa pembaharuan dalam blog ni. Well... as we'd already know, penulisan blog bukan sekadar tempat untuk meluahkan perasaan & cerita2 semasa, tapi ia juga boleh menjadi wadah penyampaian pelbagai maklumat. Seperti yang saya catatkan dalam 'about me', knowledge is something that we can share with others. Sharing is caring. :)

 

          Ok lah untuk setakat ini. nak sambung kerja semula. Until we meet soon, take care & jumpa lagi!

Read More...

Thursday, July 19, 2012

 ~ Bukan Sengaja.. Tapi… ~

 

~ Cubalah kau fikirkan

Kesilapan dirimu

Tanpa belas kasihan

Kau menyiksa di batinku..~

 

Rasa2 boleh teka tak apa tajuk lagu diatas? Kebetulan pula semasa menulis entry ni, sedang melayan lagu tu. Agak mendayu2 juga lagu tu. Membuai2 perasaan seketika :d

Topik post kali ini.. Apa agaknya yang sedang bermain dalam fikiran tika ini..? Perkara-perkara yang terpaksa dilakukan walaupun sebenarnya itu bukan niat kita. Baik atau buruknya, apa yang yang berlaku selepas itu, kenalah terima akibatnya. Sebab itu jangan sesekali menyalahkan orang lain, kerana itu kita yang buat. Seperti orang kata.. berani buat berani tanggung. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

 

Terlajak perahu boleh diundur

Terlajak kata, terlajak perbuatan… jawab sendiri ;)

          Banyak cerita sebenarnya yang ingin dikongsikan. Almaklumlah.. banyak mendengar, banyak melihat juga membaca dari pengalaman sendiri, membuatkan hidup ini sebenarnya banyak sebab musabab.

 

          “Aku bukan sengaja nak menjauhkan diri dari dia, tapi aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Dia memang baik, tapi bersama dia.. membuatkan aku sentiasa membohongi diriku. Dia mahu aku jadi itu dan ini, berubah kerananya. Pendek kata, dia mahu aku sempurna di matanya. Tapi itu bukan diriku. Walaupun ramai orang ingin berkawan dengannya, tapi aku tidak menyesal dengan keputusanku. Aku sudah mengalah selama 4 tahun ni. Cukuplah setakat itu aku menjaga hatinya.” Dari seorang member yang pernah mempunyai seorang sahabat baik, tapi tidak kini… Ternyata, dia tenang dengan keputusannya walaupun ramai rakan2 sahabatnya itu memujuk dirinya untuk kembali.

 

          Saya suka menulis dialog ni sebab lebih mudah untuk kita memahami. Seperti orang berbual. Kalau tak faham, kita boleh tanya terus. Perbualan tanpa henti.

 

 

          “Aku bukan sengaja nak meninggalkan dia, tapi aku terpaksa. Bersama dia membuatkan aku sedar yang aku bukan setakat perlu menjaga hatinya, tapi juga hati rakan2nya. Jika aku melukakan hatinya, rakan2nya menyalahkan aku. Apa yang aku katakan, seperti menjadi cerita bagi dia. Dia memahami aku dari persepsinya, sedangkan aku berbeza dari tanggapannya. Itu membuatkan aku sedih sangat. Mungkin dia baik, cuba memahami aku.. tapi bukan pada rakan2nya. Kenapa aku terus meninggalkan dia tanpa kata? Kerana aku terluka sangat dengan tuduhan & hinaan rakannya. Dia pun kena jaga hati rakan2nya. Aku pun baru sebulan dua kenal dia, Jadi biarlah kalau diorang nak mengata aku lepas ni. Sekurang2nya aku tak dengar lagi. Mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia.” Ehmm.. apa yang member ni rasa, belum tentu dapat dirasai oleh rakannya itu. Penerimaan setiap orang itu berbeza.

 

          “Bukan aku sengaja nak pergi jauh dari hidup kau. Cuma aku sedih bila kau masih menganggap aku sahabat, sedangkan aku sebaliknya. Dah lama kau tahu aku sayangkan kau lebih dari segalanya, dah lama aku tunggu kau.. Tapi entahlah sampai bila penantian ku ini berakhir.. Memang aku sedih masa tu, tapi bila aku fikirkan kembali… aku pun tak sanggup nak kehilangan kau sebagai sahabat. Aku masih menganggap kau sahabat, dan kerana itu aku kembali ke sini. Aku harap persahabatan kita kembali mesra seperti dulu.” Terima kasih kerana masih memahami ku, teman :)

 

          Apa bezanya antara 5 bulan & 5 tahun? Actly… berapa hari, bulan atau tahun sekalipun kita mengenali seseorang, bukan jaminan kita boleh memahami seseorang. Tapi bagaimana kita menggunakan sebaiknya detik bersama itu, yang menjadi sebab kenapa kita terus bersama. Dalam erti kata lain, kualiti. Pengisian dalam tempoh itu, yang membuatkan kita terus atau tidak dalam sesuatu perhubungan itu.

 

          Teringat filem baru ala2 cinta platonic “Hanya Aku Cinta Kau Seorang”. 5 tahun mereka berkawan tanpa sedikitpun disedari oleh gurl tu (lupa nama. Huhu!), bagaimana perasaan sayang si Senget tu pada dia. Bila gurl tu menyedari, dah terlewat. Matlamat si Senget adalah untuk hidup yang bermakna juga mengembirakan gurl tu. Kerana sayangkan gurl tu, dia menderma organ pada guy (pun lupa nama) yang cintakan gurl tu, “Aku bukan sengaja nak rahsiakan perasaanku padamu, tapi aku takut kehilangan kau. Percayalah.. Aku sentiasa ada di sisimu..” Huhu! Layan juga cerita ni sebenarnya..

 

          Bila memperkatakan “bukan sengaja, tapi..”, ada perkara yang terpaksa dilakukan. Saya tahu bukan semua orang suka mendengar alasan, tapi bagi mereka yang benar2 terpaksa.. mereka ada sebab kenapa terpaksa buat begitu. Adakalanya kerana kebaikan orang lain juga, selain diri sendiri. Saya selalu mendengar.. “tak apa.. kau buat aku begini. Hukum Allah itu adil. Suatu hari nanti kau akan rasa juga apa yang aku rasa. Malah lebih teruk lagi.” Maaflah kalau apa yang saya katakan ini salah. Sebenarnya, siapa kita untuk menyuruh Tuhan menghukum begitu terhadap orang lain? Tuhan itu memang adil. Dia lebih tahu apa yang Dia buat. Andainya Tuhan telah menentukan orang itu tidak jadi seperti yang kita harapkan, kita perlu marah kah? Nobody'’s perfect. mungkin kita uga ada melakukan kesilapan. Tepuk dada tanya diri sendiri. Setiap peristiwa pasti ada hikmahNya.

 

          Rating penduduk Malaysia yang mengalami masalah mental semakin ketara. Salah satu sebabnya kerana kita semakin jauh dariNya. Kita percaya tapi kita tidak redha dengan apa yang berlaku. Untuk diri saya terutamanya… Terima kasih ya Allah, kerana masih membuka hati ini untuk mengingatiMu..

Read More...

Wednesday, July 18, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part V ~

 

image021

 

 

 

 

 

          Azura memandang tepat wajah Ariza. Keraguan masih menyelubungi hatinya. Dari segi penampilan, di matanya Ariza tidak banyak bezanya dengan Farina. Mungkin kah...?

          “Riz, kau bukan seperti kak Farina kan? Kau takkan buat macam tu pada aku kan..”

 

 

Ariza tersentak. Dia menggelengkan kepala. Tidak menyangka.

          “Astagfirullah... Itukah maksud kau tadi? Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain? Jangan samakan aku dengan dia, Zura. Sekalipun aku macam ni, aku masih sedar diri lagi. Aku masih ada pegangan. ”

          “Maafkan aku sebab menuduh kau macam tu tadi. Aku takut. Bukan aku nak menyamakan kau dengan dia. Aku cuma nak menyedapkan hatiku saja. Aku tahu kau bukan begitu. Kalau tak, dah lama kau ambil kesempatan kan.”

Ariza mengangguk sambil tersenyum. Cuba menyakinkan Azura.

Azura mendakapnya. Kemudian tersenyum. Hampir terlena.

          “Terima kasih, Riz,” ujarnya lalu meletakkan kepalanya ke bahu Ariza.

Ariza mengangguk perlahan. Di hatinya mula merasa lega bila Azura tidak lagi menangis. Terasa bebannya berkurangan. Tetapi timbul satu tanggungjawab untuk melaksanakan kata-katanya. Dia menarik nafas lagi, kemudian melepaskan perlahan. Oh! Tuhan, semoga aku dapat melakukannya.

 

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ariza terkejut. Segera dia meleraikan pelukannya lalu menghampiri pintu. Azura terus mengesat matanya lalu mencapai majalah Ujang dari rak tepi katil dan berpura-pura membaca. Menyembunyikan wajahnya.

          “Oh! Liza. Kenapa?” Tanya Ariza sebaik sahaja daun pintu dibuka. Liza tercegat di depan pintu. Tersengih.

          “Err… Riz, kau pergi tak latihan petang ni?”

Ariza menguak rambut depannya ke belakang. Liza sekadar memandang. Ehm! Cutenya dia ni…

          “Pergi. Kejap lagi. Kenapa?”

Liza senyum sendiri. Tersipu-sipu. Dahi Ariza berkerut. Hairan.

          “Kalau kau pergi, boleh aku ikut sama tak?”

Ariza memeluk tubuhnya. Tubuhnya disandarkan ke dinding pintu.

          “Ehm! boleh. Tapi kau tunggulah dekat pagar asrama tu ya. Nanti aku datang. Aku nak tunggu Ros lagi ni”

          “Okay. Eh! Baju kau basahlah…” Tanyanya lagi lalu cuba memegang baju Ariza.

Ariza segera mengelak. Berundur selangkah.

          “Tertumpah air tadi. Okaylah, kau tunggu saja aku dekat pagar ya.” Pintasnya cepat. Tidak mahu Liza terus bertanya soalan yang mungkin boleh menimbulkan jawapan yang meragukan.

          “Yelah. Aku balik dulu. Okay, bye Zura!” Ujarnya sambil memandang Azura yang membisu lalu beredar pergi.

Ariza cuma memandang. Dia menggelengkan kepala, kemudian menutup pintu bilik semula. Dia menuju ke almari.

 

image120 

 

Azura menutup majalah lalu meletak tepi. Dia menghampiri Ariza yang berdiri di depan almari yang terbuka. Ariza menoleh seketika.

          “Kau nak pergi latihan ke, Riz?”

          “Ya, Zura.”

Azura segera menarik tangan Ariza. Ariza hairan.

          “Kalau kau tak pergi, boleh ke?”

 

 

 

Dahi Ariza berkerut lagi. Pelik.

          “Kenapa tiba-tiba kau kata begitu, Zura?”

          “Tak ada apa-apa. Cuma suruh kau jangan pergi saja.”

Ariza memegang bahu Azura. Azura cuma memandang.

          “Zura, aku kena pergi juga. Ia penting bagiku. Tapi tak mengapa. Aku akan balik awal. Okay!”

Azura mengangguk perlahan. Dia cuma memerhatikan Ariza yang asyik mengemaskan barang yang perlu di bawa bersama masuk ke dalam beg. Kemudian, berdiri di depan cermin mengemaskan rambutnya agar kelihatan kemas. Pandangan Azura tidak terhenti. Ah! Kacaknya dia kalau seorang lelaki… Bisik hatinya sendiri.

 

Seketika dia teringatkan peristiwa yang baru berlalu. Ketenangan berada dalam pelukan Ariza pertama kalinya, membuatkan dia terasa begitu disayangi dan mendamaikan perasaannya. Tiba-tiba dia rasa rindu.

          “Err... Riz.”

          “Ya.” Balasnya lalu menoleh memandang Azura.

Azura menghampiri Ariza yang juga memandangnya. Beg hitam disandang ke bahunya. Azura menundukkan kepala sebelum mengangkatnya kembali.

          “Riz, boleh tak kalau kau…” Kata-katanya terhenti. Perasaan segan mula menerja. Dia tertunduk.

Ariza hairan. Dia mengangkat muka Azura dengan hujung jarinya.

          “Kenapa terhenti, Zura? Cakaplah.”

          “Err… tak apalah, Riz. Nantilah aku cakap. Kau pergilah dulu. Nanti kau terlewat pula.”

Ariza mengangguk. Dia memegang pipi kanan Azura. Lembut.

Azura turut memegang tangan Ariza. Seolah-olah tidak mahu melepaskan jemari Ariza. Perasaannya seakan berubah. Keraguannya terhadap Ariza selama ini, kini terhapus sama sekali. Apa yang dirasanya, Ariza bukanlah seperti yang dikata oleh pelajar lain. Hanya mereka yang memahami sahaja yang mengetahui kelebihan yang tersirat di sebalik yang tersurat.

        “Okaylah. Kalau begitu aku pergi dulu,” ujarnya lalu melepaskan tangan Azura dan melangkah keluar dari bilik.

Azura cuma memandang tanpa kata. Dia membetulkan anak rambut yang berjuntai di dahi. Kemudian mengeluh kecil. Ah! Kalaulah kau faham maksudku, Riz… Bisik hatinya lagi lalu menghalakan pandangan matanya ke potret Ariza di atas meja.

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...