Template by:
Free Blog Templates

Friday, October 16, 2009

 Memori Selamanya ~ prologue part 2

Sorry kali ini lambat pula nak update novel ni. Banyak kena selesaikan dulu. Niat di hati tu memang dah ada, tapi tak terbuat2 pula. Sibuk ber ‘facebook ‘ la plak. Bertanam2 la, memasaklah.. Mujurlah itu je. Hinggakan saya terjumpa dalam youtube hal ‘facebook fever’ ni. Memang addict kalau tak reti control. Ahaks! Apapun, kali ini saya upload panjang sikit. Habiskan terus bab prologue ni. Lepas ni bolehlah start main cerita. Sorry la ya kalau tak best. Biasalah kalau amatur ni.. hehe! Have a nice reading! :)

 

Azura duduk bersimpuh di tepi tasik. Memandang permukaan air yang tenang. Terbayang wajah Ariza pada permukaan tasik. Begitu jelas di pandangan. Wajah itu terus diamati.

          “Riz.”

Wajah itu senyum. Azura turut tersenyum. Dia terus duduk.

          “Riz, aku rindukan kau. Bila lagi kita dapat berjumpa?”

Wajah itu tidak bersuara. Namun terus senyum padanya.

          “Aku tau, kau pun rindukan aku juga. Tapi kau tak nak cakap.”

Wajah itu terus memandang dan mengangguk. Seakan memahami apa yang Azura luahkan. Turut merasa.

          “Riz, aku teringin nak peluk kau. Rindunya...”

Nada suaranya mula berubah menjadi sebak. Kelopak matanya bertakung. Azura cuba menahan matanya dari berkerdip. Namun tak semena-mena, setitis jernihan mutiara mula gugur dan jatuh ke permukaan air. Permukaan tasik mula berkocak. Bayangan itu turut bergetar. Azura terkejut. Serta merta dia mengesat air matanya lalu cuba menggapai dengan tangannya. Namun wajah itu kian hilang dari pandangannya. Hilang dalam kocakan air. Azura menggelengkan kepala. Tidak mahu.

          “Tidak, Riz. Jangan hilang dulu. Jangan tinggalkan aku....”

Namun wajah itu terus hilang. Dan air tasik kembali tenang.

Azura sedu. Dia menekup muka dengan kedua telapak tangannya. Jiwanya terusik.

          “Riz, kenapalah semua ini begitu cepat berlaku... Aku belum puas untuk menyimpan kenangan bersamamu..”

Keadaan menjadi sepi. Yang kedengaran hanyalah satu esakan kecil. Terus mewarnai suasana yang pilu. Namun hatinya terus bersuara pilu.

          “Zura, cukuplah tu. Jangan menangis lagi.”

Azura tersentak lalu memandang permukaan air. Tiada bayangan. Dia cuba mengingati kembali. Suara itu... Riz? Adakah dia? Tapi di mana? Di mana dia...? Dia mula tercari-cari.

          “Zura, kau cari aku? Aku di sini. Bukan di tasik tu.”

Azura tergamam. Segera dia bangkit dari duduk kemudian menoleh. Mencari suara itu. Tiba-tiba dia terkaku. Kejut. Tidak terkata.

          “Ri.... Riz?”

Ariza tersenyum. Dia menguak rambutnya ke belakang. Kemas.

Azura masih terpaku. Terus memandang. Tidak lama, dia mula mengukirkan senyuman.

          “Zura, kau pun tahu aku sayangkan kau.. Sahabat yang paling aku sayang.”

Azura segera menghampiri Ariza, lalu memeluknya kuat. Air matanya mengalir membasahi pipi. Ariza segera menyeka dengan hujung jarinya. Azura membiarkan.

          “Riz, aku rindukan kau. Aku betul-betul rindukan kau...”

Ariza terus tersenyum. Dia turut memeluk.

          “Zura, kan aku ada di sini. Jangan risau ya.”

Azura mengangguk faham. Sedikitpun dia tidak melepaskan pelukan itu.

          “Jangan pergi lagi, Riz. Jangan tinggalkan aku. Aku tak nak kehilangan kau...”

Ariza mengusap rambut Azura. Dia menggelengkan kepala.

          “Jangan kata begitu, Zura. Sesiapapun pasti akan pergi juga. Menyahut panggilan-Nya. Tapi percayalah. Aku takkan tinggalkan kau. Aku sentiasa bersama kau. Sentiasa di dalam hatimu.”

Sejenak keadaan mula berubah. Menjadi suram dan gelap. Kabus mula menyelubungi suasana. Kedinginan mula terasa. Azura tergamam. Ariza mula kabur di pandangan. Pelukannya seakan longgar. Ariza terus merenung hingga ke dasar anak matanya.

          “Riz, jangan...”

          “Zura,”

Semakin kuat dia memeluk Ariza. Namun semakin longgar pegangannya. Air mata terus membasahi pipinya. Bayangan Ariza kian suram.

          “Tidak, Riz... jangan pergi! Kita baru berjumpa. Takkan begitu cepat kau nak tinggalkan aku. Riz, jangan tinggalkan aku lagi...”

          “Zura, jangan begini.”

          “Riz... tapi kau janji kau takkan tinggalkan aku...”

          “Zura, percayalah. Walaupun aku datang hanya seketika, tapi aku akan tetap hidup dalam hidupmu. Aku akan sentiasa bersamamu. ”

Dalam gelap, bayangan Ariza kian sebati dalam kelam. Kian hilang. Dan akhirnya terlepas dari pelukan. Azura cuba menggapai tangan Ariza namun gagal. Air matanya semakin deras mengalir.

          “Tidak, Riz... Tidak!”

          “Zura, jangan bersedih lagi. Percayalah. Aku sentiasa dalam hatimu.”

          “Riz...!”

Kabus semakin menutup pandangan mata. Dan Ariza semakin jauh dari jangkauan Azura. Azura mengejar bayangan Ariza. Mencari. Suara Azura memanggil-manggil nama Ariza terus bergema. Namun tiada balasan. Suasana terus sepi.

 

          Azura terduduk pilu. Ingin rasanya dia menangis semahunya, namun suaranya bagai tersekat. Tidak keluar. Hanya linangan air mata yang dapat meluahkan. Riz, aku terlalu rindukan kau. Saban hari aku mengharap dapat menatap wajahmu di permukaan air. Namun kau hilang apabila air berkocak. Aku berharap kau hadir dalam mimpiku, namun seringkali kau pergi dalam kabus. Dan aku terus mengharap kan bersua denganmu di depan mataku. Kau hadir, tapi kau hilang bersama bayangan... Oh! Tuhan.. Boleh kah aku dapat bersua dengannya lagi tanpa merasa kehilangan...? Boleh kah...? Rintih hatinya. Pilu.

 

*           *           *           *           *

 

          Azura membuka mata dengan perlahan. Pandangannya di halakan ke siling bilik. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Hari masih gelap. Bunyi unggas-unggas masih kedengaran. Segera dia mencapai jam meja yang terletak di tepi katil. 5.20 pagi! Dia diam seketika. Mengenang kembali mimpinya yang baru lalu. Segera dia menyentuh pipinya. Basah! Dia menghela nafas panjang. Riz... Aku mimpi kehilanganmu, dan aku menangis lagi kerana kerinduan ini... Oh! Bisiknya dalam hati lalu bangun dan kemudian keluar dari bilik lalu menuju ke tandas.

 

          Di hadapan sejadah, dia duduk bertelimpuh. Bayangan mimpi menjelma lagi. Dia memejamkan mata. Tanpa disedari, air matanya jatuh lalu membasahi sejadah. Oh! Tuhan, aku rindukan Riz. Aku benar-benar rindukan dia. Redakanlah perasaanku. Tabahkanlah hatiku. Berkatilah dia. Semoga dia akan terus bersamaku sehingga akhir hayat ini... Doanya penuh mengharap dengan di iringi oleh jernihan yang terus mengalir.

 

          Tingkap bilik dibuka. Azura berdiri di tepi sambil memandang suasana pagi. Panas matahari mula terasa. Dia kemudian mengambil potret Ariza yang terletak di hujung meja. Menatapnya sepenuh hati. Perasaan rindu kian bertaut di jiwanya. Mengusik nuraninya. Lantas dia menghidupkan radio untuk menghilangkan rasa gelisah. Mengharapkan lagu-lagu yang berkumandang di pagi hari penuh bertenaga dan rancak.

 

... ku rindu wajah dan senyumanmu

memberikan cahaya di dalam setiap mimpi-mimpiku

kau pergi membawa hati ini

tinggalkan ku sendiri dalam sepi...

          Azura menghela nafas dalam. Ah! Pagi-pagi lagi lagu sedih berkumandang. Membuatkan hatiku bertambah rindu pula bila mengenangkan seseorang... Gumamnya lalu menutup siaran radio itu. Dia mengambil buku fisiologi, membuka dan membacanya. Namun tidak lama dia menutup semula. Tidak masuk otak! Masih resah. Dan suasana kembali sunyi.

          “Hai, Zura. Awal kau bangun hari ni. Ada rancangan ke?” Tegur Ina, rakan sebiliknya. Dia membuka pintu almari. Baru balik dari tandas.

Azura menarik nafas pendek.

          “Entahlah. Tapi aku rasa ingin berjumpa dengan seseorang. Aku rindu sangat padanya.”

          “Aikk! Pagi-pagi lagi dah rindu? Kau ni... nak kata burung pungguk, hari dah siang. Lainlah kalau malam. Aku rasa boleh dikatakan setiap minggu kau keluar jumpa dia. Takkan tak puas hati lagi. Kau tak bosan ke? Eh! Siapa orang tu? Boyfriend ek... Kau kenalkan lah dengan aku.. Aku pun nak kenal juga.”

Azura senyum sendiri. Dia menggelengkan kepala dan terus menatap potret Ariza sepenuh hati.

          “Aish! Kau ni... Bukan boyfriend lah. Tapi my sweetheart. Ehem!”

Ina menghampiri lalu berdiri di sebelah meja Azura. Cepat-cepat Azura memalingkan potret Ariza ke belakang, kemudian berpura-pura membuka buku fisiologi semula.

          “My sweetheart? Eh! Bukan ke sama maknanya dengan boyfriend? Aish! Kau ni biar betul.. Ke kau tipu aku ni.. ”

Azura ketawa kecil. Dia menumbuk lengan Ina. Perlahan.

          “Ina, Ina. Kau ni take serius sangat lah. Aku bergurau je la. Ehm! Okaylah, aku nak keluar dulu. Nak jumpa someone. Rindu sangat!”

Ina terkejut. Dia terus memandang jam di sudut tepi meja. 7.45 Pagi? Gila! Masih terlalu awal untuk memulakan rancangan di hujung minggu!

          “Pagi-pagi ni? Eh! Kau ni biar betul... Kan awal lagi ni, Zura. Kedai mamak pun belum buka. Special sangat ke kawan kau tu sampai aku tengok ko ni macam tak waras pun ada juga. Ish! Ish!”

          “Kalau tengah malam pun, aku tak kisah, Ina. Aku sanggup. Yang penting, aku dapat jumpa dia. Itu sudah cukup bagi aku.”

          “Hai! Parah kau ni. Siapa lah kawan kau tu. Beruntungnya kawan kau tu dapat member macam kau. Kalau aku... Hai! Alangkah bagusnya. Bahagianya dunia kalau ada orang sanggup buat macam tu kat aku.”

Azura tersenyum. Dia membiarkan Ina melayan perasaan. Kau tak tahu siapa dia, Ina. Dan kau pun tak tahu di mana dia berada... kalau lah kau tahu... Bisik hatinya lalu menukar pakaian. Mengenakan baju kurung biru. Dan selendang putih di sandarkan ke bahu.

Sekali lagi Ina terkejut melihat penampilan Azura. Dia ternganga sekejap. Baju kurung pulak!

          “Uiks! Baju kurung? Kau ni macam nak pergi kenduri kahwin pulak. Kawan kau tu anak menteri ke? Aish! kau ni lagi buat aku tertanya-tanya.”

Azura tidak menghiraukan. Dia terus membuka pintu bilik.

          “Aku pergi dulu, Ina,” ujarnya lalu keluar dari bilik.

Pintu bilik ditutup perlahan. Ina menggelengkan kepala berkali-kali. Hairan. Tidak mempercayai.

 

*           *           *           *           *

 

          Azura melangkah keluar dari perut teksi. Pintu ditutup semula dan teksi itu berlalu pergi. Seketika dia terpaku di pintu masuk kawasan tanah perkuburan. Dia menutup kepalanya dengan selendang yang disandang pada bahu. Pandangannya tidak lepas dari melihat kawasan sekitar. Keadaan masih tidak berubah. Seperti sediakala. Tiupan angin pagi juga tidak terasa. Mengenangkan suasana yang damai, hatinya berubah menjadi sayu. Dia mula mengatur langkah. Melalui lorong-lorong pusara dengan berhati-hati.

 

          Tiba di satu sudut berhampiran dengan sebuah pokok besar yang rimbun, langkahnya terhenti. Dia memandang batu nisan yang masih teguh berdiri. Kawasan sekelilingnya bersih dijaga. Tiada daun-daun kering yang berguguran di atas permukaan tanah. Pada permukaan batu nisan itu, tertera satu nama yang masih jelas terukir. ROS ARIZA MOHD. HELMI. Nama yang cukup meninggalkan kenangan dalam dirinya. Dia duduk. Jiwanya terusik. Kelopak matanya mula digenangi air. Menunggu masa untuk gugur membasahi tanah. Perasaannya menjadi semakin sebak.

 

          Hulu batu nisan dipegang. Riz, aku datang kerana kerinduan ini. Aku masih tak dapat melupakan kenangan yang kita lalui bersama. Riz, kenapa lah perasaanku terlalu berat untuk di tanggung? Kenapa lah aku susah sangat nak menerima kenyataan? Aku benar-benar mengharapkan kau berada di depan mataku. Oh! Pedih hati tidak dapat ditahan lagi. Air matanya mula gugur dan kian membasahi pipi. Azura tunduk pilu. Memejamkan mata. Terbayang senyuman Ariza yang kemudian membawanya mengimbas kembali segala kenangan lalu.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...