Template by:
Free Blog Templates

Friday, October 29, 2010

 Memori Selamanya ~ Tiga Belas (ii)

 

images1

“ Don’t judge a book by its cover :)”

 

 

 

          Fhuh! sedar x sedar, dah hampir 4 bulan tak updated blog ni.. Bukanlah busy sangat sampai tak ada masa, cuma kadang-kadang fikiran ni menerawang membuatkan perkara yang sedikit menjadi banyak. Kesudahannya, apa yang ingin dibuat menjadi terbantut.

 

          Mengenangkan kembali apa yang telah berlalu, pelbagai situasi yang berlaku. Masalah? tiada manusia di dunia ini yang tiada masalah kan.. Tapi selama boleh di atasi, apa salahnya kita berusaha kan. Mungkin ada yang beranggapan kita tiada masalah, tapi bila kita berada dalam kelompok yang ramai.. kelompok masyarakat.. sedikit sebanyak kita pasti kena tempias masalah orang lain. Cuma berfikir secara positif. Bila kita membantu orang lain, sedikit sebanyak kita juga dapat membantu diri sendiri. :)

 

          Apapun entry kali ini, saya ingin menyambung coretan saya yang terhenti. Terima kasih atas sokongan selama ini. saya cukup menghargai dari sudut hati saya.. :)

 

      ~                                  ~                                ~                                    ~                                ~

 

          Azura menggaru-garu kepalanya. Bingung. Soalan math yang tertera pada helaian buku, di rasa begitu sukar. Pelbagai kaedah digunakan, habis buku rujukan diselak, namun penyelesaiannya masih menemui jalan buntu. Dia mengeluh berkali-kali sambil memainkan batang pensel yang melekat di celah jemarinya. Susahnya... Inilah akibatnya kalau berkhayal sewaktu cikgu mengajar di depan. Getusnya memarahi diri sendiri lalu bersandar pada tiang katil.

 

          Sejenak dia memandang Ariza yang begitu tekun bila membaca. Sedari tadi, dia tidak berganjak dari duduknya. Begitu asyik sambil menggerakkan mata pena pada helaian buku. Tiba-tiba hatinya diburu oleh rasa cemburu yang mendalam. Cemburu pada kelebihannya. Dia bukan saja cute, tapi juga pandai. Cuma keseriusan wajah yang sukar untuk mempamerkan satu senyuman menyebabkan dia dikata sebagai pelajar sombong. Aku juga menganggapnya begitu. Rakan sebilik, tapi payah nak tengok dia senyum. Ah! Aku pun sebenarnya pandai. Kalau tidak, taklah aku masuk sekolah berasrama. Cuma aku malas dan selalu berangan... Memang padan muka aku! Gerutunya pula. Memarahi diri sendiri.

 

          Dia menatap bukunya semula. Nombor-nombor yang pelbagai kembali menyesakkan fikiran. Ah! Bingungnya... Dia bangkit dari katil. Bisik hati menyerunya untuk bertanya pada Ariza, namun kakinya masih tidak berganjak. Kegusaran mula terbit dibenaknya. Bimbang andai Ariza tidak melayan. Apatah lagi untuk memberi tunjuk ajar. Tentu aku juga yang malu. Desisnya sendiri. Serba salah. Namun bila mengenangkan cikgu Munir, dia kembali gerun. Ah! Pedulikan semua tu! Bentaknya memarahi diri lagi.

 

          “Err... Riz, boleh kau tolong aku pasal math ni?” Tanyanya agak gugup. Masih bimbang. Dia mula duduk di atas kerusi yang selalu ditinggalkan kosong sekiranya Ariza berada di situ. Tidak mahu duduk bersebelahan. Entah kenapa dia tidak selesa berada di sebelah Ariza, padahal mereka duduk bersebelahan di kelas.

Ariza segera menoleh. Dahinya berkerut. Hairan.

          “Pasal math? Kerja sekolah tu ke?”

Azura mengangguk. Buku latihan dibiarkan terdedah.

Lama Ariza terdiam. Berfikir. Tidak lama, dia senyum mesra.

          “Tak jadi masalah, Zura. Aku akan cuba bantu kau.”

Azura kaku seketika. Terpukau. Dia senyum? Dia mula senyum pada aku? Betulkah mataku ni? Betapa mahalnya tup-tup hari ni dia senyum juga! Dia masih ragu-ragu.

          “Zura, kau okay?” Soalnya mengejutkan Azura.

 

        

Chikane_smile1

 

 

Azura tersentak. Dia terus memajukan buku latihannya ke depan Ariza. Menutup malu. Ariza menutup bukunya, kemudian di alihkan ke tepi. Dia mula memberikan tumpuan pada buku Azura. Tidak lama, bibirnya mula bergerak dengan diikuti oleh pergerakan jemari tatkala memberi penjelasan. Azura menganggukkan kepala. Tanda faham. Sesekali dia bertanya apabila tidak faham.

 

          “Bagaimana? Dah faham sekarang?” Tanyanya sebaik saja selesai. Azura mengangguk sambil tersenyum. Dia gembira dan puas hati. Memang patut aku rapat dengannya... Gumamnya dalam hati.

          “Err... thanks, Riz. Juga... pasal di kelas tadi.”

Ariza tidak menjawab, sebaliknya membalas senyuman itu. Sesekali hati Azura berdetak ragu. Betul kah dia ni sombong? Tapi... Ah! Mungkin dia cuma nak mengambil hatiku saja... Seperti kata Liza!

          “Err... Riz, kalau... aku nak jalan bersama-sama kau pergi kelas, kau marah tak?”

          “Jalan sama-sama? Kau sanggup ke jalan awal pagi? Liza macam mana? Kan kau selalu jalan dengan dia.” Tanyanya ragu. Terkejut. Keningnya berkerut lagi.

          “Liza tu selalu lambat. Aku tak larat nak tunggu dia. Tak kisahlah kalau awal pun. Aku akan belajar. Bolehkah?” Kalau boleh, dia ingin mendalami sendiri perwatakan rakan sebiliknya tu. Ingin menilai semula.

Ariza memegang dagunya. Berfikir. Kemudian, dia menarik nafas dalam.

          “Kalau tidak membebankan kau, aku tak kisah. Apa saja untuk kau, Zura.” Ujarnya lalu mengangguk kepala.

 

          Sekali lagi Azura terpegun. Apa saja untuk aku? Wah! Biar betul dia ni... Dia ni saja bergurau ke?

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...