Lama betul tak meng’update cerita ni. Bukan lupa, cuma bila terlalu memikirkan soal lain, perkara yang selalu menjadi kebiasaan pun boleh terleka. Actually, dah ada rakan yang mendapat manuskrip cerita ni. Ehh! cerita ni pun soal hati dan perasaan juga. Cuma bergantung sejauh mana keberkesanan saya untuk menyampaikan maksud cerita ni dan penerimaan orang lain tentang apa yang ingin saya sampaikan.
Walaubagaimanapun, saya teruskan juga entry ni bagi melengkapkan cerita. Tak boleh buat kerja separuh jalan kan.. Terima kasih kerana mengikuti perkembangan cerita ini. Opps! ada rakan memberitahu cara penulisan saya terpengaruh dengan bahasa Sabah. Nak buat macam mana… Saya kan memang bumiputera Sabah. Hehe!
* * * * * * *
Azura mempercepatkan langkahnya menuju ke kawasan asrama perempuan. Sesekali dia melihat jam di tangan kanan. Tidak lama kemudian, langkahnya menjadi perlahan apabila mula menaiki anak tangga. Satu demi satu anak tangga dilalui. Sesekali dia tersenyum mengangguk perlahan apabila bertembung dengan pelajar lain yang datang dari arah yang berlawanan. Dorm yang terletak di paras 2 dirasakan begitu jauh. Bahang panas di tengah hari makin terasa. Peluh mula memercik di wajah. Dahinya berkerut.
“Hai, Zura! Laju nampak. Emergency ker?” Satu suara menyapa lembut.
Azura terhenti seketika. Terkejut. Segera dia mendongak kepala sedikit dan memandang orang di hadapannya seraya tersenyum.
“Eh! Kak Niza rupanya... Sorry kak. Saya tak perasan tadi.. Tak adalah emergency, Cuma nak cepat balik ke bilik aje.”
Rosniza dan Ardilla menghampiri, lalu memegang bahu Azura. Dia turut tersenyum.
“Tak apa. Tapi hati-hati sikit bila naik tangga tu. Kalau ya pun nak cepat, janganlah lari. Nanti kalau terjatuh kan susah.”
Azura tunduk malu. Mengangguk perlahan. Dia mendakap erat fail ke dada sambil tersengih.
“Yelah. Saya faham, kak. Sorry...”
“Ala jangan risaulah. Akak bukan marah pun. Cuma nak mengingatkan aje. Oh! Ya. Nanti kirim salam dengan Riz ya. Pesan pada dia suruh datang ke bilik akak. Dah lama sangat dia tak jumpa akak. Zura tolong beritahu dia, okay!”
“No Problem, kak. Perkara kecil aje tu. Nanti saya sampaikan pada Riz. Okaylah, kak. Saya naik dulu ya,” ujarnya sambil tersenyum. Rosniza mengangguk, hanya memerhatikan Azura berlalu di hadapannya.
Ardilla hanya memandang Azura sambil merapati Rosniza.
“She is a nice girl. So sweet! Betul tak, Niza?”.
“Yes! You’re right! Zura tu memang sweet. Nice looking. Eh! Kenapa, Dilla? Tiba-tiba aje memuji ni. Kau minat ek…” Usik Rosniza bila mengiyakan pernyataan rakan sebelahnya. Ardilla ketawa kecil.
“Taklah macam tu. Cuma aku suka tengok dia tu. Manja dan sedikit keanak-anakkan. Dirah pula jenis penyayang orangnya. Memang serasi sangat dengan Dirah.”
Rosniza memandang Ardilla yang juga memandangnya. Dia cuma menggelengkan kepala. Senyum.
“Mungkin juga. Kebetulan pula Zura tu anak tunggal, jadi bila bertemu dengan orang seperti Dirah, apa yang sedia ada dan tersembunyi dalam perwatakannya lebih terselah. Eh! Dahlah tu. Panjang lebar pula kita bercerita pasal diorang. Jom kita pergi kelas. Nanti terlewat pula,” ujarnya lalu menarik tangan Ardilla dan terus menuruni tangga.
Ardilla hanya menurut. Dia ketawa kecil. Senyuman terus terukir di wajahnya.
Azura berhenti seketika apabila tiba di paras 2. Melepaskan keletihan. Fail diletakkan di atas beranda koridor. Keringat di dahi terus dikesat dengan saputangan kuning. Kemudian dia cuba membetulkan kembali kedudukan beg yang hampir terjatuh dari bahunya. Dia menarik nafas panjang. Lega sedikit. Sejenak fikiranya menerawang bila memandang persekitaran asrama. Terleka apabila desiran angin menyapa wajah di sebalik cuaca panas yang membahang. Agak selesa.
Tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Azura tersentak. Hilang segala ketenangan yang baru dirasa. Segera dia meleraikan pelukan itu lalu berpaling ke belakang. Dia terkejut lagi. Darahnya menyirap. Larian jantung mula tidak menentu.
“Kak... kak... Kak Farina?!!”
Azura tergamam. Kelu.
Farina tersenyum. Dia mengangkat muka Azura. Memandang namun Azura terus menundukkan kepala. Ya Allah... Kenapalah aku boleh terserempak dengan orang ni... keluhnya dalam hati.
“Kenapa, Zura? Terkejut ke?… Ops! sorry! Ingat nak buat surprise tadi. Nak pergi mana ni?”
“Balik bilik.” Ujarnya perlahan. Tidak bersemangat. Sedikitpun dia tidak menyangka akan terjumpa dengan orang yang selama ini cuba dielakkan.
“Kalau begitu, jom pergi bilik akak kejap. Saja bercerita-cerita. Lagipun dah lama tak jumpa dengan Zura ni,” ujarnya lalu mengambil fail yang terletak di atas beranda koridor depannya. Azura cuba menegahnya. Tidak mahu. Secepat mungkin dia cuba mengambil kembali fail dari tangan Farina, namun Farina mengelaknya.
“Eh! Tak naklah, kak. Saya nak cepat ni. Ada hal. Lain kali sajalah saya datang ke bilik akak.”
“Ala, kejap je… takkan tak boleh, Zura.”
Pergelangan tangannya mula dipegang dan ditarik. Azura mula merasa rimas. Dia membatu.
“Saya tak naklah, kak. Saya nak cepat ni...”
“Please, Zura. Kejap je… Bolehlah…” Pujuknya lagi lalu menarik tangan Azura.
“Tapi, kak...”
Azura terus memaksa dirinya untuk tidak bergerak, tetapi pegangan Farina seolah-olah begitu kemas, sehingga tidak mampu untuk dileraikan. Dan dia akhirnya melangkah dalam terpaksa. Beberapa orang pelajar lain hanya memandang setiap kali bertembung. Azura tunduk. Wajahnya masam. Dalam hatinya terasa menyesal kerana berhenti di situ. Sepatutnya dia meneruskan sahaja langkah kakinya tadi. Tapi... Biarlah! Apa nak buat... Segalanya sudah berlaku. Tak guna nak menyesal lagi… Gerutunya sendiri memujuk diri.
Tiba di bilik yang dirasanya begitu asing, barulah Azura merasa sedikit selesa apabila tangannya dilepaskan. Dia menggosok pergelangan tangannya. Terasa kebas. Farina meletakkan fail biru di atas meja lalu menarik sebuah kerusi. Azura mendengus. Berpaling. Masih merasa geram. Terus berdiri. Membatu.
“Janganlah berdiri saja, Zura. Marilah duduk sini.”
Azura menghampiri lalu mengambil fail biru yang diletakkan di atas meja.
“Tak apalah, kak. Saya nak cepat ni. Kalau akak ada hal nak cakap, cakaplah sekarang,” tegasnya lalu memandang ke arah lain.
Raut wajah Farina serta merta berubah. Dia bingkas lalu berdiri di hadapan Azura.
“Zura, kau sudah banyak berubah. Kau bersikap dingin sekarang. Dulu kau bukan begini. Kau selalu berbual-bual dengan akak. Tapi sekarang, kau cuba mengelak dari berjumpa. Kenapa?”
(to be continue…)
0 comments:
Post a Comment