Template by:
Free Blog Templates

Sunday, January 1, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part II ~

 

       SAMSUNG

 

  “Zura, kau sudah banyak berubah. Kau bersikap dingin sekarang. Dulu kau bukan begini. Kau selalu berbual-bual dengan akak. Tapi sekarang, kau cuba mengelak dari berjumpa. Kenapa?”

 

          Azura terus mendiam diri. Seketika dia teringat akan kisah lalu. Semuanya telah hancur bila dia menyaksikan sendiri Farina mengugut Nadirah. Dia tahu, Nadirah pindah sekolah kerana Farina. Tapi, sedikitpun Farina tidak berubah. Masih menganggap diri tu baik!

Farina mendengus perlahan. Kedua bahu Azura dipegang kuat menyebabkan gadis itu terus memandang. Kejut. Bahunya sedikit bergerak. Dia terpegun memandang Farina.

          “Kak, saya tak suka dibuat begini. Kan saya dah kata saya nak balik. Kenapa pula akak nak paksa saya? Akak tak patut buat saya macam ni!”

          “Ehm! Memang betul kau dah berubah, Zura. Dulu cara kau bercakap tidak seperti ini. Tapi sekarang, kau seperti tidak mempedulikan aku lagi. Kenapa, Zura.. kenapa?” Bahasanya mula berubah.

Azura menundukkan kepalanya sedikit. Dia tahu semua yang berlaku dulu kerana desakan Liza. Bukan kerana kemahuannya. Tetapi itu betul... memang sejak hari tu aku dah berjanji yang aku takkan pedulikan kau lagi! Bentaknya sendiri. Dia cuba mengumpulkan kekuatan diri, kemudian merenung Farina. Tajam.

          “Kak, tolonglah. Jangan buat saya begini. Saya tak suka. Kalau akak nak buat dengan orang lain, saya tak kisah. Tapi bukan dengan saya!”.

Farina tersinggung. Agak kasar ungkapan kata yang dilafazkan oleh Azura. Rasa marah mulai terbit dalam hatinya.

          “Buat apa? Buat macam ni?” Tingkahnya dengan nada kasar lalu mengalihkan pegangan tangannya dari bahu dan memeluk erat tubuh Azura dengan erat.

Azura tersentak. Pergerakkannya terbatas. Terasa tubuhnya terlalu rapat dengan Farina. Nafasnya bagai tersekat. Dia kecut. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Dengan saiz tubuhnya yang kecil daripada Farina, agak sukar untuknya melepaskan diri. Melainkan dengan kuasa ajaib!

          “Kak! Tolonglah lepaskan saya! Saya betul-betul tak suka! Kalau akak rasa tersinggung dengan kata-kata saya tadi, sorry to say. Tapi saya memang tak selesa begini!” Ujarnya lagi. Tegas. Dia cuba melepaskan diri, tetapi masih gagal.

          “Kenapa? Takut?” Katanya tersenyum sinis.

Raut wajah Azura terus merah. Debaran jantungnya semakin tidak menentu. Dia terus menepis tangan Farina. Tapi seolah-olah Farina begitu bertegas dengan tindakannya. Enggan melepaskannya.

          “Takut? Sorrylah. Saya bukan penakut!!!” Dalihnya lagi. Sedangkan pada hakikatnya, di hatinya terus diselubungi oleh perasaan gementar. Seketika dia merasa menyesal kerana bercakap begitu.

Farina ketawa kecil.

          “Ye ke? Kalau aku buat begini, bagaimana? Kau berani?” Nadanya semakin sinis. Dia cuba merapatkan wajahnya ke muka Azura.

Azura tergamam. Lidahnya kelu. Cemas. Dia terus memalingkan muka lalu memejamkan matanya. Tidak sanggup untuk melihat raut wajah Farina yang bengis. Tiba-tiba perasaannya menjadi sebak. Hatinya ingin menangis. Jiwanya meruntun. Oh! Tuhan… Berilah aku kekuatan untuk melepaskan diri darinya…

          Azura membuka matanya semula. Debarannya kian laju. Sedikitpun Farina tidak mengendahkannya. Malah terus dengan niatnya. Semakin merapatinya. Oh! Tidak!!! Genggaman tangannya semakin erat. Menahan kemarahan. Dia kemudiannya menarik nafas panjang. Mengembalikan kekuatannya dan terus menolak Farina sekuat hatinya sehingga terjatuh.

 

tumblr39

         

 

 

          Farina tersentak. Dia bangun. Kali ini gilirannya pula tergamam. Tidak menduga.

Azura memandang tajam. Matanya mula berkaca-kaca. Tubuhnya sedikit gementar dan failnya mula berjatuhan ke lantai. Seolah-olah gagal untuk mengawal diri. Seketika dia terkedu. Kemudian membongkokkan tubuhnya sedikit lalu mengutip kembali fail itu. Di dakap erat ke dadanya.

            “Kakak memang teruk! Selama ini saya cuba juga untuk menghormati akak. Tapi sekarang, akak dah menghancurkn rasa hormat saya pada akak. Saya tak sangka akak sanggup buat saya begini! Selepas ini, jangan harap saya akan jumpa akak lagi. Saya tak nak jumpa akak lagi! Saya tak nak!!!”

Farina terpaku. Dia cuba memegang bahu Azura kembali tetapi segera ditepis. Timbul rasa bersalah di hatinya kerana terlalu menurut perasaan. Terlalu ikutkan hati baran.

          “Akak minta maaf, Zura. Akak terlalu ikut perasaan. Akak tak sengaja, Zura. Akak cuma nakkan perhatian Zura. Maaf ya.” Suaranya agak mendatar. Perlahan tapi lembut.

Azura terus berpaling. Kelopak matanya mula basah. Dia cuba menahan agak tidak jatuh membasahi pipi. Jiwanya berkecamuk. Menggelengkan kepalanya berkali-kali.

          “Akak ingat saya mudah menerima kata maaf? Sorry! Akak memang salah orang! Sampai bila-bila pun saya takkan lupa! Takkan! Saya tak mahu jumpa akak lagi. Never!” Balasnya dengan keras dengan sedikit serak kerana menahan sendu.

Farina tersentak.

          “Azura!”

Azura menggelengkan kepalanya lagi. Beberapa butiran mutiara mula gugur membasahi pipinya. Tidak dapat ditahan lagi. Langkahnya semakin berundur dan terus berundur.

          “I hate you!!!” Jeritnya tanpa memandang lalu terus berlari keluar dari bilik itu.

Kedengaran di corong telinga Farina memanggil namanya berkali-kali. Azura terus mempercepatkan langkahnya. Dia tidak peduli soal Farina lagi. Hatinya semakin terguris. I hate you! I hate you! I hate you!!! Ungkapan itu terus keluar dari bibirnya dan semakin menguasai hati dan fikirannya. Air matanya semakin deras. Semakin ditahan semakin pedih di hatinya. Dia semakin pantas menuju ke bilik. Tidak peduli sama ada dia telah melanggar bahu pelajar lain atau tidak. Pedulilah! Bentaknya sendiri.

 

          Ariza tersentak apabila pintu bilik dibuka dengan kasar dan kemudian ditutup keras. Kedengaran sedikit dentuman. Azura terus melemparkan beg dan failnya ke atas meja dan kemudian menyembamkan muka ke bantal. Patung teddy bear yang bersandar di tepi katil terus dicapai dan dipeluk. Suara esakan semakin kedengaran.

          Ariza tergamam memandang.

(to be continue…)

 

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...