Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, June 12, 2013

 Sharing is Caring ~ Kisah Jam ~

 

Pada suatu ketika, seorang tukang kayu sedang bekerja dan secara tak sengaja jam tangannya terjatuh lalu tertimbus di antara tumpukan serbuk kayu.

 

 

          Jam tangan itu adalah sebuah hadiah yang sangat istimewa dan telah dipakainya sekian lama. Dia amat menyayangi jam tangan tersebut, maka dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menemukan kembali jam tangannya itu. Sambil mengeluh mempersalahkan kecuaian diri sendiri, si tukang kayu itu pun membongkar tompokan serbuk kayu yang tinggi itu. Rakan sekerja yang lain juga turut membantu mencarinya. Namun usaha mereka adalah sia-sia saja. Jam tangan kesayangan itu tetap tidak temui.

 

          Apabila tiba waktu makan tengahari, tukang kayu itu tersebut dengan semangat yang lesu meninggalkan bengkel kayu tersebut. Saat itu seorang budak yang sejak tadi memperhatikan mereka mencari jam tangan itu, datang mendekati tompokan serbuk kayu tersebut lalu dia membongkok dan mencari. Tak berapa lama selepas itu dia telah menemukan kembali jam tangan kesayangan si tukang kayu tersebut dan menyerahkan kepadanya. Si tukang kayu itu amat gembira. Namun dia juga merasa hairan kerana sebelumnya ramai orang telah membongkar tompokan serbuk kayu itu, namun semua usaha adalah sia-sia. Hanya budak itu sahaja yang berjaya menemui jam tangan tersebut.

 

          ‘Bagaimana engkau boleh menemui jam tangan ini?’, tanya si tukang kayu. ‘Saya hanya duduk dengan tenang di lantai. Dalam keheningan itu saya telah mendengar bunyi ‘tik-tok-tik-tok’. Dengan itu, saya tahu di mana jam tangan itu terletak.’ Budak itu menjawab.

 

          Sahabat sekalian, tahukah anda bahawa masalah yang kita hadapi akan berkurang satu perempat hanya dengan membiarkan diri duduk dengan tenang? Oleh itu, apabila kita berhadapan dengan masalah, ambillah masa untuk bertenang dan menarik nafas panjang. serenity Mungkin juga ini adalah hikmah beribadat sepertiga malam.

 

          ~ Dikeheningan dan ketenangan malam yang sunyi itulah kita akan lebih berasa kasih sayang dan hampir dengan Allah S.W.T. ~

 

** Dipetik dari blog lain

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...