"Setiaku kini hanya satu
dan kasihku bukanlah beribu
biar bercerai badan,
jasad ataupun nyawa
aku tetap setia...” Setia Kasih – Haleeda
Sesekali mendengar lagu ni memang menggamit memori. Kenangan semasa mula2 masuk SEMEKAR pada 10 Jan 1993. Pelajar pertama yang menyapa kedatanganku ke asrama, itulah juga kemudiannya menjadi kakak angkatku. Aku pun x menyangka yang akhirnya aku akan terima dia setelah dua kali aku menolaknya. Tak taulah kenapa aku menolaknya dua kali. Kalau nak dikatakan tak lawa, Rasanya dia memang lawa. Senior yang comel! Kali pertama aku menolaknya kerana aku takut dengan dia. Entah, aku tak berani nak menatap wajahnya. Setiap kali aku bertembung dengannya kat mana-mana, confirm aku lari bersembunyi melarikan diri walaupun dia memanggil berkali-kali. Kalau terpaksa juga, aku menangis tak pasal2. Kesian juga sebenarnya, tapi nak buat macam mana. Kali kedua aku menolak juga sebab aku dapat tahu dia ada adik angkat lain. Rakan sekelas duduk sebelahku pula. Ish! ish!
Lucunya kalau nak diingat, surat pertama yang dia hantar terselit lagu ni. Surat kedua dia hantar lagu Exist – rahsia pohon cemara. Dalam hati terdetik juga jiwangnya kakak ni. lagu yang ku balas Ella – Sembilu. Hehe! Jahat kan..
Kali ketiga aku terima juga akhirnya. sebabnya? Kesungguhan dia nak menawan hatiku kot! chewah!!!! Haha! Entahlah.. Mungkin kerana pujukan rakan sebilik, rakan2 dia juga adik angkat dia sendiri. Mungkin juga kerana aku perlu menerimanya. Dia memang baik dengan aku. Ingat lagi 1st dating kat hujung blok (bilik kosong sebelah bilikku je) tengah malam sambil makan biskut raya. Ehek! Soalan pertama yang dia tanya “kenapa menolak kakak dua kali?” dan soalan terakhir sebelum berpisah “sudi tak jadi adik angkat kakak?”
Sebenarnya aku pun tak faham untuk apa sebenarnya. sebab minat ke? rasanya kot supaya tak diambil orang. Betul ke? sebab tak fahamlah aku minta putus dari dia. Masa tu kat surau SEMEKAR. Menangis2 aku dibuatnya nak minta putus tapi dia tak nak. Last2 dia pun menangis juga dalam pujuk aku. Akhirnya aku akur juga dan siap tidur kat pangkuan dia lagi. Ehehe.. Rakan2 menggelarkan 14 Julai 1993 - hari ini dalam sejarah. Aisey!!!! Malu siott!! Yelah, sape suruh bawa bodyguard masa jumpa dia. Tak pasal2 kena gelak. Huhu!
Apapun, ini semua kenangan yang indah bila dikenang. Teringat pada semua senior2 yang akrab masa tu dan rakan2 sekelas. Kepada kak noraisyah, melati, nada, juliana, dyg... ramai lagi la yang wajah mereka masih dalam ingatan tapi nama dah lupa.. Sori!! Khasnya yang takkan dilupakan sampai bila2... kak Norasyikin, my kakak angkat :-) Semoga semuanya bahagia dan berjaya dalam hidup masing2. Thanks atas keprihatinan kakak2 semua kerana menjadikan SEMEKAR ku cukup bermakna.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
-
AKU ISLAM
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
Bagaimanakah doa memohon ampun kepada Allah? Berikut doa yang boleh
diamalkan untuk memohon ampun kepada Allah a...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment