Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, May 13, 2009

 Mimpi

Pernahkah bermimpi sesuatu yang kemudiannya anda terfikir kembali setelah beberapa tahun kemudian? Pada ketika itu anda mengalami sesuatu dan anda teringat yang anda pernah bermimpi perkara yang sama lama dulu. mungkin sama dengan permulaan mimpi, pertengahan atau penghujung mimpi? hanya anda yang tahu.

Ada orang kata, sekiranya kita mengalami peristiwa yang hampir sama dengan permulaan mimpi, elok jangan diceritakan kepada orang lain. biarlah rahsia kerana sesungguhnya anda tentu tahu bagaimana kesudahan mimpi tu. kalau baik, elok dirahsiakan sehingga berakhir. kalau tak baik, buatlah persediaan. Ini kerana mimpi yang berakhir dengan baik tapi diceritakan kepada orang lain, takut akan menjadi yang sebaliknya.


Kadang2 bagus juga sekiranya kita belajar untuk mentafsir mimpi sendiri. Sekurang-kurangnya kita tahu untuk beringat dalam kehidupan seharian. Memang betul mimpi selalunya mainan tidur. Gurauan iblis untuk menyesatkan manusia, tetapi kita juga tahu bahawa ada mimpi yang menjadi ramalan pada masa hadapan. Masalah yang mungkin di hadapi atau penyelesaian kepada masalah. Apa yang datang itu semuanya datang dari hati juga. Bisikan hati bukan saja boleh dirasai oleh orang yang diseru, tetapi juga dari keluhan atau rintihan yang dialami. Sebab itulah apa yang berlaku pada hari tersebut boleh terbawa2 dalam mimpi.

Ketika dahulu saya pernah bermimpi satu kisah yang panjang. Ada permulaan dan ada pengakhiran. Seperti biasa, kita akan mengambil ringan akan mimpi2 sebagai suatu mainan tidur. Sehinggalah beberapa tahun kemudian bila berlaku sesuatu, saya mula teringatkan mimpi tu. Ianya suatu permulaan rupanya. Saya tak berani untuk menceritakan walaupun saya tahu bagaimana kesudahannya. Saya percaya, kesudahan itu bukan akan berlaku dalam sekelip mata. Mungkin mengambil masa beberapa tahun atau belas tahun untuk selesai. Dalam tempoh itu, apakah yang bakal saya lalui hanya Tuhan saja yang tahu. Apa yang saya tahu, setiap pergerakan saya akan menentukan semua itu.

Mimpi yang saya alami itu sudah berlalu hampir 11 tahun lamanya dan kini masih berlangsung hingga satu tempoh yang saya sendiri tidak pasti. Selama tempoh itu, saya belajar untuk cuba mentafsirkan mimpi sendiri dengan memahami buku2, mendengar cerita orang.. Walaupun kadang-kadang gagal. belajar dari kesilapan :-)

Mimpi bukanlah sesuatu yang perlu diambil berat, sebab kebanyakkannya mimpi mainan. cuma apabila anda mendapat mimpi yang anda rasakan ada sesuatu yang tersembunyi, ada petunjuk di dalamnya, cubalah fahami. misalnya anda mendaki bukit, meredah air sungai atau laut atau terjun dari bangunan atau mana2 tempat yang tinggi, tertinggal keretapi or kapal terbang (sure ada yang pernah mimpi ni), itu semua ada kaitan dengan kehidupan seharian atau apa yang sedang dilakukan.

Ada pepatah yang saya ingin kongsikan bersama :

“hope and dreams are like butterflies – beautiful and gracile. but if you approach them too fast, they will flies away...”

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...