Template by:
Free Blog Templates

Tuesday, May 19, 2009

 Guru

Selamat hari guru!!!

tetiba semasa dlm flight cuti balik Sandakan kejap (3hari je), teringat 16 Mei adalah hari guru. Pelbagai kenangan datang menjelma dalam ingatan. Semasa mula2 masuk sekolah, jadi pelajar rendah, menengah,tinggi dan seterusnya menjadi mahasiswi, semuanya dalah hasil didikan dari seorang 'guru'.


Maaflah saya dah terlupa nama2 guru yang mengajar saya semasa sekolah rendah, tetapi semasa di SEMEKAR, guru yang paling saya ingati salah satunya Ustzh Ummu Habibah, Cikgu Asmah & cikgu Dayang (merangkap warden asrama yang adil menyelesaikan masalah saya). Semasa saya di SMKPS, cikgu kesayangan saya cikgu Zainidah, ustazah... Cikgu Munir, cikgu math saya yang sabar melihat saya tidur dalam kelasnya. sikit pun tak marah sebab dia tahu saya akan berjumpa dengan dia kemudian untuk belajar apa yang saya miss. Tidak lupa juga semasa di SMKSS, UKM..Pada semuanya la yang memberi banyak tunjuk ajar, memberi peluang untuk menonjolkan kemampuan diri. Banyak yang saya perolehi hasil bimbingan mereka.

Pengalaman saya berpeluang menjadi cikgu (walaupun beberapa bulan), membuatkan saya merindui guru2 saya terdahulu. kenakalan saya semasa di sekolah mungkin telah membuatkan ex-guru saya terhibur atau mungkin sakit kepala. saya mengajar math dan BI bagi kelas yang agak sederhana. bukan senang nak membuatkan pelajar cepat faham kalau tak kena tempatnya.Menjadi cikgu,salah satunya kena adil.kalau tidak,ada pelajar yang cemburu atau mungkin juga guru lain yang berprasangka begitu.

ex-pelajar saya terdiri dari form 1, 2 dan 4. kadang2 saya lucu dengan telatah mereka, kdg2 pening kepala sebab masing2 inginkan perhatian.setiap kali balik sekolah,diorang akan menunggu saya di pintu pagar.ingin jalan berpegang tangan..cuma yg pening kalau ada 6orang nak pegang tangan,4org lagi akan menarik muka.last2 baju saya jadi sasaran.Alahai! petang2 diorang datang umah.tak semestinya untuk belajar,tapi nak bercerita2.ini yang membuatkan saya benar2 memahami latar keluarga, masalah yang diorang hadapi,kenapa sukar untuk belajar... yang kadang2 saya membawa mereka berjalan2 di hujung minggu hanya untuk membuatkan mereka bersemangat semula.memang berkesan menjadi 'kakak' sementara kepada mereka.

Tidak saya nafikan ada segelintir guru permanent ketika itu tidak menyukai cara saya yang rapat dengan pelajar. apatah lagi ada pelajar nakal yang 'jatuh cinta' dengan saya.saya masih ingat lagi wajah pelajar lelaki itu. semasa guru lain mengajar dia selalu keluar kelas,membuat bising,mengganggu pelajar lain.tetapi dengan saya,dia menjadi pendiam,pemalu.... adei! Bukan senang menjadi cikgu yang comel ini. uhuk!huhuhu!

Dari sudut hati saya,bukan mudah untuk menjadi cikgu kepercayaan kepada pelajar. Pun bukan mudah juga untuk menjadi guru yang terbaik.Guru bukan sekadar menjadi cikgu, tetapi juga menjadi kawan kepada pelajar.Latar keluarga, masalah yang dihadapi masing2 berbeza.Ada anak tunggal tetapi kesunyian,adik beradik ramai tetapi disisihkan, keluarga kaya tetapi tiada perhatian,keluarga terlalu mengongkong tapi ada juga terbiar.kesudahannya, sekolah tempat menjadi luahan perasaan, bukan tempat yang menyeronokkan.

Sebagaimana saya pernah menjadi pelajar yang inginkan perhatian,ingin guru memahami saya kenapa saya jadi begitu begini, begitu jugalah dengan mereka. Itulah sifat ex-guru2 kesayangan saya yang membuatkan saya bersemangat untuk belajar.

Khas untuk semua guru2 yang pernah mengajar saya selama tempoh ini sehinggalah saya menjadi apa yang saya jadi sekarang, terima kasih berjuta2 di atas segala ilmu yang dicurahkan.Walaupun saya mungkin lupa akan nama2 mereka, tetapi saya masih ingat wajah2 mereka sepanjang masa.
Juga buat ex-student saya yang memberi kepercayaan untuk mendidik mereka walaupun sementara, terlalu menghargai kehadiran saya dalam hidup mereka... banyak kenangan saya bersama mereka terutamanya ketika solat tarawih.. :-)

salam sayang buat semua dari saya yang dipanggil "cikgu elly mazlein". ehehe! entah kenapa diorang menggelar saya begitu.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...