Suasana di perkarangan bangunan sekolah agak sepi. Sunyi. Hari mula beransur petang. Di kaki langit masih bercahaya dan cerah. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Tambahan lagi dengan angin yang bertiup lembut. Azura masih membatu. Duduk menyendiri di luar pejabat. Menantikan kehadiran ibubapanya yang masih menguruskan hal persekolahan di bilik Pengetua Sekolah Sri Shah Putra. Sesekali dia melihat jam, kemudian menarik nafas pendek. Resah. Bimbang. Takut. Semuanya hadir dalam hati. Dia tidak pasti sama ada di sekolah baru ini dia mampu menyesuaikan diri atau tidak. Ah! Adakah semua pelajarnya baik-baik belaka? Ataupun kaki buli? Bolehkah mereka menerima kehadiranku? Bagaimanalah muka-muka mereka tu? Garang ke? Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya. Namun semuanya tidak terjawab. Arghhh!!!
Azura memandang di persekitaran sekolah. Agak lengang. Ke mana pula diorang semua ni? Hmm... Mungkin diorang masih di kelas.. Jawabnya sendiri lalu menarik nafas lagi. Kemudian melepaskan perlahan. Melegakan perasaan sendiri.
Tiba-tiba dia tersentak bila terdengar suara ibubapanya. Azura segera berpaling. En. Abd. Halim dan Pn. Surina begitu mesra berbual dengan pengetua sekolah. Azura bingkas lalu menghampiri. Pn. Surina segera memegang bahu Azura sambil tersenyum.
“En. Said, inilah anak saya, Nur Azura. Zura, ini En. Said. Pengetua sekolah ni.”
En. Said memandang. Dia menganggukkan kepala.
“Selamat datang ke Sri Shah Putra, Nur Azura.”
Azura cuma tersenyum, kemudian menundukkan kepala. Segan.
“Terima kasih, encik.”
En. Abd. Halim ketawa kecil.
“Saya harap En. Said tak berkira sangat dengan anak saya ni. Dia ni memang macam ni. Pemalu sikit. Terutamanya pada orang luar. Maklumlah anak tunggal.” ujarnya turut memegang bahu Azura.
Azura terus membisu. En. Said ketawa kecil.
“It’s okay, puan. Budak-budak memang macam ni. Mula-mula ni memanglah pemalu. Bila dah lama-lama dah kenal ramai kawan, dia ok la. Cuma cepat tak cepat je. Ehm... Nur Azura, saya harap kamu dapat menyesuaikan diri dengan sekolah ni. Jangan bimbang. Semuanya baik-baik juga.”
Azura mengangguk perlahan.
“Terima kasih, Encik.” Hanya itu yang mampu diucapkannya.
“En. Said, saya tengok sekolah ni sunyi. Tiada orang. Mana pelajar-pelajar lain? Cuti ke mereka masih berada di kelas?” Tanya Pn. Surina hairan melihat perkarangan sekolah begitu sepi. Sedangkan hari semakin petang.
En. Said melihat di sekitarnya kemudian tersenyum.
“Oh! Sekarang ni mereka berada di dewan. Makan malam. Tapi, kalau Nur Azura nak tahu, sekarang ni form One sedang menjalani orientasi. Satu minggu. Kiranya Nur Azura bernasib baiklah sebab hari ni hari terakhir. Esok mereka ada majlis penutupan. Jadi, Nur Azura tak perlulah nak melalui minggu orientasi. Cuma hadir untuk majlis penutupan saja.”
Minggu orientasi? Azura sekadar mendengar. Ish! Janggalnya dipanggil Nur Azura!
“Oh! Begitu. Baguslah kalau minggu orientasi dah habis. Sekurang-kurangnya taklah saya dengar rungutan dari anak saya nanti. Yelah, bukan apa. Saya bimbang juga. Macam-macam saya dengar tentang orientasi ni. Manalah tau Zura tak dapat menyesuaikan diri pula.”
“Hmm... Maklumlah anak manja. Nanti tak pasal-pasal pula dia menangis setiap hari. Kan teruk kalau begitu,” sambung En. Abd. Halim pula sambil ketawa kecil. En. Said dan Pn. Surina turut ketawa. Masing-masing memandang Azura.
“Mama ni...” Ajuk Azura perlahan lalu berdiri di belakang Pn. Surina. Malu.
“Ehm! Jangan rasa malu, Nur Azura. Ayah kamu cuma bergurau saja tu. Janganlah ambil hati pula,” pujuk En. Said lembut. Memahami.
“Beginilah anak saya, En. Said.” Ujarnya sambil ketawanya masih bersisa.
Azura memandang ayahnya. Masih mendiamkan diri. Kemudian memandang En. Said yang terus rancak berbual dengan kedua ibubapanya. Tentu pengetua sekolah ni baik orangnya... Bisik hatinya sendiri. Cuba menilai.
“Err... En. Said, hampir terlupa pula nak bertanya. Di mana asrama perempuan? Maksud saya bilik Nur Azura.”
“Eh! Ya tak ya pula. Saya pun hampir terlupa nak beritahu. Terlalu rancak berbual. Nanti sekejap ya. Err... Salmah,” seru En. Said lalu menoleh memandang ke dalam pejabat.
Seorang perempuan yang berusia pertengahan, bertudung dengan diikat di belakang, keluar dari pejabat lalu menghampiri En. Said. Azura, Pn. Surina dan En. Abd. Halim turut memandang.
“Ya, En. Said.”
En. Said berfikir sejenak.
“Ehm... Salmah, saya nak kamu tolong tunjukkan bilik Nur Azura. En. Halim, ini Salmah, warden aspuri Nur Azura,” ujarnya lalu memperkenalkan.
Masing-masing mengukir senyuman dan berjabat tangan. Azura terus memandang. Kali ni cuba mentafsir perwatakan warden aspurinya pula. Entahkan betul atau tidak. Ehm... Boleh tahan juga!
“Kalau begitu, saya masuk pejabat dulu. Ada hal yang perlu diuruskan. Yang lain-lain, saya serahkan pada Salmah untuk uruskan.”
“Baiklah, En. Said. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu,” ucapnya lalu menghulurkan tangan kepada En. Said.
En. Said senyum mesra. Kemudian menyambut salam En. Abd. Halim.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya, En. Halim. Err... Nur Azura, saya harap kamu gembira bila belajar di sini. Jangan bimbang. Kamu pasti dapat menyesuaikan diri dan dapat kawan yang baik.”
Azura mengangguk perlahan. En. Said melihat jam pada tangan kanannya.
“Baiklah. Saya pergi dulu. Jumpa lagi nanti,” ujarnya sambil tersenyum.
En. Abd. Halim dan Pn. Surina mengangguk. Mereka terus memandang En. Said yang beredar masuk ke pejabat sekolah. Salmah membuka fail. Melihat senarai nama. Kemudian menutupnya. Dia memandang Azura dan juga kedua ibubapanya.
“Sekiranya tidak keberatan, boleh saya tunjukkan di mana bilik Nur Azura sekarang?”
“Jauh ke dari sini?” Tanya Pn. Surina.
Salmah tersenyum.
“Oh! Tak jauh. Bangunan asrama di hadapan tu saja. Bilik Nur Azura di tingkat dua. Berdekatan dengan tangga.” Sambil menuding jari ke satu bangunan di hadapan mereka.
“Oh! Kalau begitu, yelah.” Angguknya faham.
Salmah memulakan langkah. Pn. Surina dan En. Abd. Halim mengikut dari belakang. Azura hanya membatu di belakang Pn. Surina. Ish! Sorang lagi panggil Nur Azura! Gerutunya tidak puas hati. Dia terus menghayun kaki menuruti langkah ibunya.. Sesekali dia memandang persekitarannya. Agak besar juga sekolah ni! Gumamnya sendiri. Mengagumi.
0 comments:
Post a Comment