Template by:
Free Blog Templates

Thursday, May 12, 2011

 Coretan Dedikasi ~

 

 

image040

 

 

 

               Selamat menyambut hari IBu & Hari Guru yang bakal tiba! Tetiba pula terlintas dalam fikiran untuk mencoret sesuatu yang berkaitan dengan insan bergelar Ibu bila mendengar topik radio pagi ini dan membaca newspaper lama – agak ketinggalan sedikit al-maklumlah bercuti panjang… Kebanyakkan isu yang kedengaran tika ini adalah berkaitan Ibu. Ada yang baik, ada juga yang kurang menyenangkan… Ehm!

 

               Alhamdulillah… Dapat juga saya berjumpa dengan Ibu kesayangan semasa cuti panjang. Bertemu adik bongsu yang hanya boleh jumpa semasa cuti raya. Memang teringin sangat nak melawat adik di asrama. Bukan setakat itu, Ibu saya juga dapat bertemu Ibu (nenek) dan kakaknya. Bukan senang nak jumpa bila tinggal berjauhan ini. Satu percutian yang menyenangkan. Bagi anak perantau macam saya ni walaupun sekejap, tapi rasanya cukup besar nilainya berbanding tidak jumpa langsung walaupun ada kemampuan masa dan peluang.

 

               Bila membaca kisah Rozita Che Wan yang memindahkan anaknya ke sekolah lain di atas sebab keselamatan, saya teringat semasa zaman sekolah dulu. Ketika berpindah sekolah dari asrama ke sekolah biasa, ayah saya membantah sampailah kami bergaduh. Kedegilan saya membuatkan ayah saya mengalah dan memberi kata putus – kalau saya berkeras nak pindah juga, dia takkan urus. Uruslah sendiri! Masa tu memang tak fikir apa, ikut keras kepala je. Hakikatnya Ibu yang menguruskan dari awal hingga selesai. Naik mini bas dari Sandakan ke Ranau. Eh! Bukan senang… Kena jalan kaki dari pekan ke sekolah kalau tak ada kenderaan. Bas Ranau-Sandakan pun terhad sangat. Di sebabkan masa balik tu bas tak ada penumpang, Ibu sanggup nak carter 1 bas. Tapi pemandu tu tak sampai hati juga. Dia sarankan kami bermalam dan balik ke Sandakan keesokkan hari.

 

               Itu hanyalah picisan cerita. Persepsi dari seorang anak. Apa yang ingin di sampaikan di sini, itu semua kerana naluri yang ada dalam dirinya. Ibu tidak sampai hati melihat anaknya susah. Baginya biarlah dia yang bersusah payah asalkan dia dapat melihat anaknya gembira. Begitulah juga kisah Ibu tunggal yang mendakwa ditipu oleh polis demi mebebaskan anaknya, dan banyak lagi kisah kekeluargaan yang menyentuh hati. Mungkin ada yang beranggapan kasih ibu ini ‘salah tempat’, tetapi siapakah yang boleh menentukan? Bolehkah kita mengatakan apa yang Ibu kita lakukan untuk kita adalah salah? Ini samalah juga seperti ‘cinta itu buta’. Kerana cinta, orang sanggup berbuat apa saja. Saya bukan mengatakan kita patut menyokong apa yang mereka lakukan, cuma mengajak berfikir kenapa mereka jadi begitu. Saya akui kadang-kadang saya juga tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Ibu. Tapi itulah Ibu. Ibu yang kita tidak tahu apakah yang terlintas di hati mereka ketika itu.

 

               Renungkanlah kembali apa yang Ibu kita telah lakukan semasa hayatnya bagi melihat kita gembira. Ingatkah kita semasa dalam kesusahan, Ibu menghulurkan bantuan tetapi kita ‘terlupa’ akannya bila kita sedang bergembira? Tahukah kita bagaimana keadaan Ibu ketika cuba membantu kita? Entah-entah Ibu lebih susah tetapi kerana kita, bergolok gadai, menepis perasaan sendiri membiarkan hati dilukai. Saya faham bukan semua wanita mempunyai naluri keibuan yang penyayang. Mngkin juga ada di kalangan anak yang kurang bernasib baik. Cuma hargailah mereka jika mereka pernah mengembirakan kita walaupun sesaat. I Love U, Mom.. And I’ll always be. Insya-Allah!

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...