Template by:
Free Blog Templates

Monday, November 28, 2011

 Adakalanya Kita Perlu Bersendirian..

 

 

Sometimes we need to be alone.. Spending time to do something that we’re really want to do..

 

 

          Bukan kerana ingin menjauhkan diri dari apa-apa, Cuma.. ada ketikanya kita terasa ingin bersendirian. Bersendirian kerana perlu memikirkan apa yang telah kita lalui selama ini.. kerana telah banyak melalui pelbagai perkara… kerana memikirkan mungkin sudah sampai masanya untuk kita mengutamakan diri sendiri..

 

          Mungkin selama ini kita terlalu banyak memikirkan soal hati dan perasaan orang lain sehingga kita mengabaikan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk diri sendiri. Tanpa di sedari, kita telah menzalimi diri sendiri kerana terlalu baik pada orang lain.. kerana terlalu menjaga keperluan orang lain… kerana terlalu memikirkan kegembiraan orang lain..

 

          Adakalanya kita perlu bersendirian… Bukan kerana kita ingin melarikan diri dari kesibukan seharian.. Atau juga melarikan diri dari sesiapa. Cuma kita juga perlu berehat dari kepenatan.. Kepenatan yang datang kerana tugas seharian… Kepenatan kerana pelbagai fikiran yang menyesakkan.. Kepenatan kerana persekitaran yang tiada hentinya..

 

          Bersendirian… Adakalanya kita cukup memerlukannya. Tanpa ada orang yang menemani… Hanya ditemani oleh suasana yang mendamaikan.. Siapa boleh menyangka pada ketika itu kita mampu tersenyum tanpa disedari.. Ada orang kata, bersendirian tidak akan menyelesaikan masalah.. tidak akan memberi ketenangan seperti yang diharapkan.. Ini kerana kita perlu meluahkan pada orang lain agar hidup lebih tenteram. Tapi mungkin kita terlupa. Bukan semua orang akan mendengar apa yang kita luahkan. Bukan semua orang akan faham keadaan kita. Bukan semua orang akan jadi seperti yang kita harapkan. Takut saja bukan ketenangan yang kita perolehi, tetapi semakin berserabut dibuatnya. Takut seandainya kita meluahkan pada orang yang salah.

 

          Adakalanya kita perlu bersendirian… Mungkin itulah masanya untuk kita memikirkan apa yang telah kita terlepas pandang.. Apa yang telah kita sia-siakan dalam hidup .. Apa yang perlu kita lakukan selepas ini… Apa yang telah kita hilang tanpa kita sedari..Merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan..  Menjadi lebih tenang dan damai.  Sekurang-kurangnya pada ketika kita bersendirian, kita lebih mensyukuri dan menghargai nikmat yang telah kita telah terima selama ini…

 

          Membiarkan seseorang itu bukan bermakna kita tidak mengambil berat. Atau membiarkan dia menanggung beban sendirian. Ada ketikanya seseorang itu perlu untuk ‘bertapa’ bersama dirinya agar dia lebih kenali dirinya.  Jadi… Seandainya ada seseorang di sekeliling kita yang mengatakan dia ingin bersendirian.. biarkanlah dia bersendirian seketika. Mungkin itu yang terbaik buatnya pada ketika itu, selama dia tidak menzalimi dirinyaSmile.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...