~ Mood ketika ini : sedikit blushing.. Segan kut kalau bab feeling2 ni.. Hehe! ~
Rasanya.. Inilah kali pertama agaknya saya membicarakan soal cinta & persahabatan dalam blog ni. Ade sedikit malu… segan… serba salah… macam2 perasaan yang wujud bila ingin memperkatakan soal ni. Bukan apa, cuma seperti membuka buku lama aje. Ehehe!
Ehmm… Orang selalu kata cinta itu indah… Bila kita perhatikan wajah orang yang in love ni, 1 perkara yang saya perasan adalah matanya. Sinar matanya berbeza. Begitu juga kalau kita tengok mata orang yang tengah ‘frust'. Sinar matanya juga berbeza. Cinta itu indah, tapi ia juga menyakitkan.. Memilukan hati.. Itulah lumrahnya..
“Maafkan saya… saya memang nak menjauhkan diri dari awak.. sebab saya tahu siapalah saya dan saya akui ada lelaki yang lebih hebat dari saya untuk berkawan dengan awak..”
Bila membaca ayat ni… my feeling? Speechless sekejap. Actually sedikit sebak kerana saya kehilangan lagi seorang kawan yang saya anggap sahabat. Seperti karakter anime ni, saya susah untuk rapat dengan orang. Mungkin juga sebab saya ni pendiam, jadi orang menganggap saya ni susah untuk didekati.. Apatah lagi untuk difahami..
“Awak.. saya minta maaf. Saya terima keputusan keluarga untuk berkahwin dengan sepupu saya. Walaupun awak tak cakap, tapi saya tau awak sayang saya seperti saya sayang awak..”
Teringat pula bila mendengar ayat ni.. My feeling? Sekadar senyum, sedangkan dalam hati… hanya Dia saja yang tahu. Tak pasti berapa kali saya lalui pengalaman ni. Mungkin ini kelemahan saya. Bila saya sayangkan orang tu, minat ke.. suka ke.. Apa2 saja perasaan saya tika itu, saya tak mampu nak cakap. Pun speechless. Terus terbenam jauh di sudut hati saya. Hanya mampu melihat dan mendoakan kebahagiaannya.
Persahabatan…
(to be continue…) Mood mengantuk.. Ehemm!
0 comments:
Post a Comment