Template by:
Free Blog Templates

Friday, December 14, 2012

 Testing.. Testing!

Selamat pagi & morning!!! (^_^)

Ni saje nak try post entry guna henset. Yelah orang kate.. Buat pe beli enset canggih2 kalau tak reti memanfaatkan.. Kite gunalah dengan sebaiknye..

Kalau menjadi seperti yang diharapkan, boleh guna enset je untuk mengupdate blog.

Ok lah, selamat bekerja.. Jumpa lagi nanti :)

Read More...

Wednesday, November 14, 2012

 ~ Kehilangan - part 2 ~

 

Mood : sayu.. uhuhuhu  :’( ~

 

          Nampaknya cuaca di awal pagi ni terasa mendung. Sejuk dingin.. maklumlah semalam hujan. Tidur pun lena diulit mimpi yg damai. Tapi mungkin juga ini disebabkan oleh kesayuan hati yang melanda jiwa seseorang. Nurani yang pilu kerana kesedihan.. Adeih! Hembusan jiwa yang melankolik pula pagi2 ni. Ambil mood sikit! Ehehe!

 

          Perasan tak, title entry kali ni lebih kurang sama dengan post yang lalu (2011)? Actually, tak ade niat pun nak menyambung entry tu, tapi entahlah. Mungkin kesayuan di pagi2 ini membuatkan hati terdetik untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan kehilangan.

 

          Teringat semasa saya & rakan sekerja datang melawat ex-staf di hospital. Suaminya sakit disebabkan oleh serangan darah tinggi semasa driving - tersungkur ketika cuba keluar dari kereta. Doktor mengesahkan beliau koma, mungkin untuk selama2nya. Di hujung kelopak mata beliau, saya melihat jernihan yang mengalir. Saya percaya itu air mata, walaupun mereka mengatakan tidak. Dan saya juga percaya, beliau boleh mendengar & merasai apa yang dirasakan oleh sekelilingnya. Orang kata.. mungkin otaknya sudah mati, tapi dia still mempunyai self-awareness. Sakit sebenarnya melihat bebanan yang ditanggung oleh mereka. Dan tidak lama selepas itu, beliau telah ‘dijemput’ pulang. Sekali lagi kesayuan melanda. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

 

 

          Orang selalu mengatakan.. hargailah mereka sementara masih ada. Hargailah mereka yang membawa makna dalam kehidupan. Hargailah sebaiknya di setiap peluang yang diberikan. Orang juga mengatakan.. peluang kedua yang diberikan, mungkin tidak sebaik yang pertama. Tapi tidak mustahil untuk menjadi yang terbaik yang pernah ada. Seperti dalam amalan.. bersolat lah kamu sesungguhnya seperti kamu akan mati selepas ini. Begitulah juga “sayangilah & hargailah mereka hari ini seperti kamu akan kehilangannya esok.” Janganlah sampai kita mengatakan… “Menyesalnya aku.. kalaulah aku tahu.. aku sepatutnya..” Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Dalam apa pun yang dilakukan, semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam & sebelumnya. Amin!

 

          Sekiranya aku pernah melukakan hati kamu, maafkanlah aku. Sekiranya aku belum cukup terbaik untuk kamu, semoga Allah masih memberi peluang padaku. Sekiranya aku tidak pernah meluahkan perasaan, percayalah aku sayangkan kamu walaupun tanpa kata.

 

“Cara untuk mengekalkan kasih sayang adalah dengan mengingati bahawa esok belum tentu kamu akan dapat bersamanya lagi.”

 

 

Kehilangan untuk selama2nya.. Hanya doa yang dapat mengiringi..

Read More...

 ~ Sharing is Caring ~ Insurans - Lebih dari itu :)

 

l

 

 

 

          Saja nak share 1 perkara berkenaan Insurans.

Entah kenapa tergerak hati untuk membuat entry ni, memandangkan banyak kisah di sekeliling yang menimbulkan kesedaran. “Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkanlah untuk famili yang ditinggalkan.”

 

          1st thing is.. apa pandangan anda mengenai insuran? Perlindungan di masa sakit? Menguntungkan waris sebab dapat pampasan? Dapat duit bila tempoh matang? Kalau tak bayar dalam tempoh tertentu, mungkin duit burn? Kalau sakit, baru dapat benefit. kalau tak, rugi duit? Mcm2 persepsi kita tentang insuran kan..

 

Bila dapat call & dengar saja operator tu sebut insuran, respon yg mungkin diterima..

 

“Tak apalah. Saya kena kira budget dulu. Nanti saya contact balik.” <- confirm tak ade.

"Takpelah, lain kali je la ye.  Saya tak berminat.."

"So sorry, now i don't need insurance...my company provide unlimited medical card..."
http://www.uwaismokhtar.com/2012/05/my-company-provide-unlimited-medical.html <- betul ke?

 

          Tapi dulu saya pun begitu. Bila dapat banyak call mengenai insuran, macam2 dia promote. Tapi bila saya tanya itu ini, saya off call sebab tak dapat jawapan yg memuaskan hati. (Memang cerewet!) Until 1 day baru saya puas hati. 2 be truth, tak ada orang pun yang promote sy, tapi saya temui sendiri. Sebab tu saya nak share agar kita semua dapat prepare awal sebelum terlewat.

 

za_aslami

~ Rasanya ramai yang dah mendengar pasal Insuran + Saving + Investment. Tak rugi. Buatlah saving + investment sementara awal. Jangan tunggu sampai ‘miskin selepas bersara.’ ~

 

 

pruchild

pruchild1

~ Perlindungan & pendidikan untuk anak2, seawal 20 minggu ~

 

cash

~ Pelaburan jangka panjang: menggandakan nilai RM ~

 

          Ada banyak jenis plan lagi tetapi ini yang utama. Pilihlah mana yang terbaik untuk diri anda. Keputusan yang dibuat pada hari ini, menentukan keadaan kita di masa depan. Sekiranya ada yang memerlukan bantuan / penjelasan, saya cuba membantu sebaik yang mungkin. Mungkin ada yang menganggap saya tidak serius, lantaran avatar pun anime. Tapi perasan kah anda bahawa avatar saya tidak pernah berubah? (^_^)

 

Jika ada pertanyaan @ ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah message saya di elle_1803@yahoo.com

"Tak kenal maka tak cinta. Hari ini kita tidak mengenali, tapi dari satu pertemuan itulah wujudnya perkenalan. "

Read More...

Friday, November 9, 2012

 ~ Update oh! Updated ~

 

Assalamualaikum, selamat sejahtera salam Jumaat!! (^_^)

 

ami41

 

          Alahai... Dah nak sampai hujung tahun rupanya.. Seriously, memang terlalu lama tak meng'update blog ni. Agak ke'busy'an sedikit dengaan rutin kerja2 seharian. Tapi sebelum tu, saya nak mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, hari raya Adha, hari kemerdekaan & hari Malaysia yang telah lama berlalu. Wishes for next public holiday (minggu depan), hari Deepavali & Muharram :). Selamat2 semuanya.. Hehe!

 

          Sejak bertukar bos baru ni, projek pun macam2 ada. Selalu balik lewat. Tapi mujurlah ada assistant baru. Kalau tak, terkejar2 juga. Tenkiu bos sebab memahami ke'penatan' itu. (^_^) Alhamdulillah.. Kemudian this year, karnival sukan antara agensi kembali lagi.Petang2 ada training sukan. Pada mulanya, plan asal nak berehat dulu. Tapi memandangkan team tak cukup kuota, tak apalah join saja. Kita memeriahkan suasana. Last 2 year, dapat 2nd place. Mana lah tahu this year boleh jadi champion. Amin :) hehe! InsyaAllah sekiranya tiada apa2 halangan, karnival ni akan berlangsung pada awal Disember ni di Inspens, Bangi. Wahhh! bolehlah datang melawat ex-kampus kesayanganku dulu. Eheee!

 

          Dari segi isu2 semasa @ kemasyarakatan, ada banyak perkara yang dah berlaku. Ada yang telah kehilangan, pun ada yang bertambah. Pelbagai luahan perasaan, pun coretan semasa... Begitulah kalau dah namanya kehidupan kan. InsyaAllah akan ada entry post tentang ni.

 

          images

          Actually, banyak idea untuk membawa pembaharuan dalam blog ni. Well... as we'd already know, penulisan blog bukan sekadar tempat untuk meluahkan perasaan & cerita2 semasa, tapi ia juga boleh menjadi wadah penyampaian pelbagai maklumat. Seperti yang saya catatkan dalam 'about me', knowledge is something that we can share with others. Sharing is caring. :)

 

          Ok lah untuk setakat ini. nak sambung kerja semula. Until we meet soon, take care & jumpa lagi!

Read More...

Thursday, July 19, 2012

 ~ Bukan Sengaja.. Tapi… ~

 

~ Cubalah kau fikirkan

Kesilapan dirimu

Tanpa belas kasihan

Kau menyiksa di batinku..~

 

Rasa2 boleh teka tak apa tajuk lagu diatas? Kebetulan pula semasa menulis entry ni, sedang melayan lagu tu. Agak mendayu2 juga lagu tu. Membuai2 perasaan seketika :d

Topik post kali ini.. Apa agaknya yang sedang bermain dalam fikiran tika ini..? Perkara-perkara yang terpaksa dilakukan walaupun sebenarnya itu bukan niat kita. Baik atau buruknya, apa yang yang berlaku selepas itu, kenalah terima akibatnya. Sebab itu jangan sesekali menyalahkan orang lain, kerana itu kita yang buat. Seperti orang kata.. berani buat berani tanggung. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

 

Terlajak perahu boleh diundur

Terlajak kata, terlajak perbuatan… jawab sendiri ;)

          Banyak cerita sebenarnya yang ingin dikongsikan. Almaklumlah.. banyak mendengar, banyak melihat juga membaca dari pengalaman sendiri, membuatkan hidup ini sebenarnya banyak sebab musabab.

 

          “Aku bukan sengaja nak menjauhkan diri dari dia, tapi aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Dia memang baik, tapi bersama dia.. membuatkan aku sentiasa membohongi diriku. Dia mahu aku jadi itu dan ini, berubah kerananya. Pendek kata, dia mahu aku sempurna di matanya. Tapi itu bukan diriku. Walaupun ramai orang ingin berkawan dengannya, tapi aku tidak menyesal dengan keputusanku. Aku sudah mengalah selama 4 tahun ni. Cukuplah setakat itu aku menjaga hatinya.” Dari seorang member yang pernah mempunyai seorang sahabat baik, tapi tidak kini… Ternyata, dia tenang dengan keputusannya walaupun ramai rakan2 sahabatnya itu memujuk dirinya untuk kembali.

 

          Saya suka menulis dialog ni sebab lebih mudah untuk kita memahami. Seperti orang berbual. Kalau tak faham, kita boleh tanya terus. Perbualan tanpa henti.

 

 

          “Aku bukan sengaja nak meninggalkan dia, tapi aku terpaksa. Bersama dia membuatkan aku sedar yang aku bukan setakat perlu menjaga hatinya, tapi juga hati rakan2nya. Jika aku melukakan hatinya, rakan2nya menyalahkan aku. Apa yang aku katakan, seperti menjadi cerita bagi dia. Dia memahami aku dari persepsinya, sedangkan aku berbeza dari tanggapannya. Itu membuatkan aku sedih sangat. Mungkin dia baik, cuba memahami aku.. tapi bukan pada rakan2nya. Kenapa aku terus meninggalkan dia tanpa kata? Kerana aku terluka sangat dengan tuduhan & hinaan rakannya. Dia pun kena jaga hati rakan2nya. Aku pun baru sebulan dua kenal dia, Jadi biarlah kalau diorang nak mengata aku lepas ni. Sekurang2nya aku tak dengar lagi. Mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia.” Ehmm.. apa yang member ni rasa, belum tentu dapat dirasai oleh rakannya itu. Penerimaan setiap orang itu berbeza.

 

          “Bukan aku sengaja nak pergi jauh dari hidup kau. Cuma aku sedih bila kau masih menganggap aku sahabat, sedangkan aku sebaliknya. Dah lama kau tahu aku sayangkan kau lebih dari segalanya, dah lama aku tunggu kau.. Tapi entahlah sampai bila penantian ku ini berakhir.. Memang aku sedih masa tu, tapi bila aku fikirkan kembali… aku pun tak sanggup nak kehilangan kau sebagai sahabat. Aku masih menganggap kau sahabat, dan kerana itu aku kembali ke sini. Aku harap persahabatan kita kembali mesra seperti dulu.” Terima kasih kerana masih memahami ku, teman :)

 

          Apa bezanya antara 5 bulan & 5 tahun? Actly… berapa hari, bulan atau tahun sekalipun kita mengenali seseorang, bukan jaminan kita boleh memahami seseorang. Tapi bagaimana kita menggunakan sebaiknya detik bersama itu, yang menjadi sebab kenapa kita terus bersama. Dalam erti kata lain, kualiti. Pengisian dalam tempoh itu, yang membuatkan kita terus atau tidak dalam sesuatu perhubungan itu.

 

          Teringat filem baru ala2 cinta platonic “Hanya Aku Cinta Kau Seorang”. 5 tahun mereka berkawan tanpa sedikitpun disedari oleh gurl tu (lupa nama. Huhu!), bagaimana perasaan sayang si Senget tu pada dia. Bila gurl tu menyedari, dah terlewat. Matlamat si Senget adalah untuk hidup yang bermakna juga mengembirakan gurl tu. Kerana sayangkan gurl tu, dia menderma organ pada guy (pun lupa nama) yang cintakan gurl tu, “Aku bukan sengaja nak rahsiakan perasaanku padamu, tapi aku takut kehilangan kau. Percayalah.. Aku sentiasa ada di sisimu..” Huhu! Layan juga cerita ni sebenarnya..

 

          Bila memperkatakan “bukan sengaja, tapi..”, ada perkara yang terpaksa dilakukan. Saya tahu bukan semua orang suka mendengar alasan, tapi bagi mereka yang benar2 terpaksa.. mereka ada sebab kenapa terpaksa buat begitu. Adakalanya kerana kebaikan orang lain juga, selain diri sendiri. Saya selalu mendengar.. “tak apa.. kau buat aku begini. Hukum Allah itu adil. Suatu hari nanti kau akan rasa juga apa yang aku rasa. Malah lebih teruk lagi.” Maaflah kalau apa yang saya katakan ini salah. Sebenarnya, siapa kita untuk menyuruh Tuhan menghukum begitu terhadap orang lain? Tuhan itu memang adil. Dia lebih tahu apa yang Dia buat. Andainya Tuhan telah menentukan orang itu tidak jadi seperti yang kita harapkan, kita perlu marah kah? Nobody'’s perfect. mungkin kita uga ada melakukan kesilapan. Tepuk dada tanya diri sendiri. Setiap peristiwa pasti ada hikmahNya.

 

          Rating penduduk Malaysia yang mengalami masalah mental semakin ketara. Salah satu sebabnya kerana kita semakin jauh dariNya. Kita percaya tapi kita tidak redha dengan apa yang berlaku. Untuk diri saya terutamanya… Terima kasih ya Allah, kerana masih membuka hati ini untuk mengingatiMu..

Read More...

Wednesday, July 18, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part V ~

 

image021

 

 

 

 

 

          Azura memandang tepat wajah Ariza. Keraguan masih menyelubungi hatinya. Dari segi penampilan, di matanya Ariza tidak banyak bezanya dengan Farina. Mungkin kah...?

          “Riz, kau bukan seperti kak Farina kan? Kau takkan buat macam tu pada aku kan..”

 

 

Ariza tersentak. Dia menggelengkan kepala. Tidak menyangka.

          “Astagfirullah... Itukah maksud kau tadi? Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain? Jangan samakan aku dengan dia, Zura. Sekalipun aku macam ni, aku masih sedar diri lagi. Aku masih ada pegangan. ”

          “Maafkan aku sebab menuduh kau macam tu tadi. Aku takut. Bukan aku nak menyamakan kau dengan dia. Aku cuma nak menyedapkan hatiku saja. Aku tahu kau bukan begitu. Kalau tak, dah lama kau ambil kesempatan kan.”

Ariza mengangguk sambil tersenyum. Cuba menyakinkan Azura.

Azura mendakapnya. Kemudian tersenyum. Hampir terlena.

          “Terima kasih, Riz,” ujarnya lalu meletakkan kepalanya ke bahu Ariza.

Ariza mengangguk perlahan. Di hatinya mula merasa lega bila Azura tidak lagi menangis. Terasa bebannya berkurangan. Tetapi timbul satu tanggungjawab untuk melaksanakan kata-katanya. Dia menarik nafas lagi, kemudian melepaskan perlahan. Oh! Tuhan, semoga aku dapat melakukannya.

 

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ariza terkejut. Segera dia meleraikan pelukannya lalu menghampiri pintu. Azura terus mengesat matanya lalu mencapai majalah Ujang dari rak tepi katil dan berpura-pura membaca. Menyembunyikan wajahnya.

          “Oh! Liza. Kenapa?” Tanya Ariza sebaik sahaja daun pintu dibuka. Liza tercegat di depan pintu. Tersengih.

          “Err… Riz, kau pergi tak latihan petang ni?”

Ariza menguak rambut depannya ke belakang. Liza sekadar memandang. Ehm! Cutenya dia ni…

          “Pergi. Kejap lagi. Kenapa?”

Liza senyum sendiri. Tersipu-sipu. Dahi Ariza berkerut. Hairan.

          “Kalau kau pergi, boleh aku ikut sama tak?”

Ariza memeluk tubuhnya. Tubuhnya disandarkan ke dinding pintu.

          “Ehm! boleh. Tapi kau tunggulah dekat pagar asrama tu ya. Nanti aku datang. Aku nak tunggu Ros lagi ni”

          “Okay. Eh! Baju kau basahlah…” Tanyanya lagi lalu cuba memegang baju Ariza.

Ariza segera mengelak. Berundur selangkah.

          “Tertumpah air tadi. Okaylah, kau tunggu saja aku dekat pagar ya.” Pintasnya cepat. Tidak mahu Liza terus bertanya soalan yang mungkin boleh menimbulkan jawapan yang meragukan.

          “Yelah. Aku balik dulu. Okay, bye Zura!” Ujarnya sambil memandang Azura yang membisu lalu beredar pergi.

Ariza cuma memandang. Dia menggelengkan kepala, kemudian menutup pintu bilik semula. Dia menuju ke almari.

 

image120 

 

Azura menutup majalah lalu meletak tepi. Dia menghampiri Ariza yang berdiri di depan almari yang terbuka. Ariza menoleh seketika.

          “Kau nak pergi latihan ke, Riz?”

          “Ya, Zura.”

Azura segera menarik tangan Ariza. Ariza hairan.

          “Kalau kau tak pergi, boleh ke?”

 

 

 

Dahi Ariza berkerut lagi. Pelik.

          “Kenapa tiba-tiba kau kata begitu, Zura?”

          “Tak ada apa-apa. Cuma suruh kau jangan pergi saja.”

Ariza memegang bahu Azura. Azura cuma memandang.

          “Zura, aku kena pergi juga. Ia penting bagiku. Tapi tak mengapa. Aku akan balik awal. Okay!”

Azura mengangguk perlahan. Dia cuma memerhatikan Ariza yang asyik mengemaskan barang yang perlu di bawa bersama masuk ke dalam beg. Kemudian, berdiri di depan cermin mengemaskan rambutnya agar kelihatan kemas. Pandangan Azura tidak terhenti. Ah! Kacaknya dia kalau seorang lelaki… Bisik hatinya sendiri.

 

Seketika dia teringatkan peristiwa yang baru berlalu. Ketenangan berada dalam pelukan Ariza pertama kalinya, membuatkan dia terasa begitu disayangi dan mendamaikan perasaannya. Tiba-tiba dia rasa rindu.

          “Err... Riz.”

          “Ya.” Balasnya lalu menoleh memandang Azura.

Azura menghampiri Ariza yang juga memandangnya. Beg hitam disandang ke bahunya. Azura menundukkan kepala sebelum mengangkatnya kembali.

          “Riz, boleh tak kalau kau…” Kata-katanya terhenti. Perasaan segan mula menerja. Dia tertunduk.

Ariza hairan. Dia mengangkat muka Azura dengan hujung jarinya.

          “Kenapa terhenti, Zura? Cakaplah.”

          “Err… tak apalah, Riz. Nantilah aku cakap. Kau pergilah dulu. Nanti kau terlewat pula.”

Ariza mengangguk. Dia memegang pipi kanan Azura. Lembut.

Azura turut memegang tangan Ariza. Seolah-olah tidak mahu melepaskan jemari Ariza. Perasaannya seakan berubah. Keraguannya terhadap Ariza selama ini, kini terhapus sama sekali. Apa yang dirasanya, Ariza bukanlah seperti yang dikata oleh pelajar lain. Hanya mereka yang memahami sahaja yang mengetahui kelebihan yang tersirat di sebalik yang tersurat.

        “Okaylah. Kalau begitu aku pergi dulu,” ujarnya lalu melepaskan tangan Azura dan melangkah keluar dari bilik.

Azura cuma memandang tanpa kata. Dia membetulkan anak rambut yang berjuntai di dahi. Kemudian mengeluh kecil. Ah! Kalaulah kau faham maksudku, Riz… Bisik hatinya lagi lalu menghalakan pandangan matanya ke potret Ariza di atas meja.

Read More...

 ~ Sekadar Berkata-Kata~

 

Konichiwa ^_^

 

Amiluv

 

 

 

 

          Fhuhhhh… Menjak2 ni, suasana agak sejuk sikit lantaran hujan yang kerap di waktu petang. Kalau dah hujan di awal pagi, confirm2 aje yang tarik selimut tu, susah nak berenggang. Rasa liat sangat nak bangun pagi. Hehehe!

 

          Esok malam, masa untuk mengintai anak bulan di langit. Kalau dah lahir tu, itu bermakna bulan Ramadhan telah kembali lagi. Selamat berpuasa diucapkan kepada para pembaca. Semoga keikhlasan dalam ibadat kita mendapat keberkatan dan rahmat, serta ganjaran yang banyak dariNya. Amin..

 

          Actly, ada banyak perkara yang ingin diluahkan. Selalu bermain difikiran. Tapi kadang2 kita terlalu memikirkan bagaimana untuk melepaskan dengan cara yang terbaik bagi pemahaman orang. Itu bagi mereka yang terlalu menjaga hati orang. Jika mereka lebih mementingkan hati sendiri, tentulah “peduli apa dengan apa yang orang lain rasa, yang penting aku puas”. Sama ada interval atau verbal, bukan senang untuk membuatkan orang faham kita. Sebaliknya, amat mudah untuk membuatkan orang terasa.

 

          Setiap orang ada keinginan sendiri, ada impian yang diharapkan. Tapi janganlah sampai merendah2kan orang lain. Setiap tindakan, ada refleksi terhadap orang lain. Maaflah, saya pun bukanlah baik sangat. Tapi saya percaya setiap tindakan itu perlu bersebab. Jika orang tidak memahami apa yang diperkatakan atau diluahkan, mungkin dengan cara tindakan akan membuatkan orang faham, walaupun itu sebenarnya telah menyakiti hati mereka. Cubalah untuk mengerti <- dah jadi tajuk lagu pula dah... Hehehe!

 

          Ok lah setakat ni dulu. Kalau panjang sangat pun, tak boleh juga. Nanti terlebih pula. Sekali lagi, selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Maafkan di atas segala kekhilafan selama dalam dunia penulisan ini..

Read More...

Thursday, May 31, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part IV ~

 

image068

 

Azura mengangkat kepalanya sedikit. Menghadap Ariza.

          “Dia, Riz. Kakak gila tu! Aku bencikan dia, Riz. Benci sangat… Dia… Dia…” Perasaannya kembali sebak. Suara hatinya tersekat dibenak, terhalang oleh kesedihan yang mencengkam. Dia tidak dapat untuk meneruskan kata-katanya. Jernihan mutiara yang bertakung, kini tidak dapat dibendung lagi. Lalu mengalir deras membasahi pipi semula. Esakan kecil kedengaran semula dan Azura terus menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Masih terbayang di ingatan tentang Farina yang dirasanya agak keterlaluan. Sukar untuk dilupakan. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat di ingatan dan hatinya semakin pedih.

 

Ariza kelu. Jiwanya terusik.

          “Zura, jangan nangis. Please. Bawa bertenang okay,” pujuknya lalu memegang jemari Azura. Segera dia mengambil sehelai tisu yang di simpan di tepi katil lalu melipatnya kemas. Tangan yang menutupi muka dilarikan. Azura terus memalingkan mukanya. Segan. Namun Ariza terus memegang dagu Azura dan menariknya perlahan agar menghadapnya. Kemudian mengesat pipi Azura yang masih basah.

          “Zura, jangan macam ni. Aku tak sampai hati bila tengok kau nangis. Jangan risau, aku tak paksa kau untuk meluahkan pada aku sekarang. Aku faham. Cuma kau janganlah menangis lagi. Bolehkan,” pujuknya lagi dengan suara yang lembut.

Azura terdiam. Terpaku. Dia membiarkan Ariza. Tidak menduga tindakan Ariza yang begitu mengambil berat akan dirinya. Selama ini, Ariza tidak pernah buat begitu. Sesiapapun tidak mengetahui keperibadiannya yang sebenar. Walaupun aku sendiri. Tak sangka, di sebalik ketegasan dan keseriusan wajahnya, terselit satu perasaan yang begitu mendalam. Bisik hatinya.

          “Riz.”

Ariza cuma tersenyum.

Azura masih tergamam. Bahunya masih bergoyang. Menahan sedu. Dia memegang tangan Ariza yang menyentuh muka lalu digenggam dan didekatkan di wajahnya yang lembap.

 

Ariza terpaku. Terasa kulit tangannya bagai ditusuk oleh jernihan manik yang membasahi pipi Azura.

          “Zura, kau dah okay?”

          “Entahlah, Riz. Tapi… aku bencikan dia. Aku betul-betul bencikan dia…”

          “Kenapa kau bencikan dia...? Apa yang berlaku sebenarnya, Zura?”

Azura berdiam seketika.

          “Selama ini aku berdiam diri saja dengan apa yang dia buat. Walaupun aku tak suka, tapi aku cuba juga untuk menghormati dia sebab dia senior kita. Tapi kali ini… Ah! Aku tak sanggup bertahan lagi, Riz. Aku betul-betul tak sangka dia sanggup buat aku begini. Jangan kerana dia lebih dewasa dari aku maka dia mudah nak mempermainkan aku. Aku… aku benci betul!”

          “Zura, jangan kata macam tu. Mungkin ini cuma salah faham. Mungkin dia sekadar mengusik kau.”

Azura menggelengkan kepalanya. Semakin kuat genggamannya pada tangan Ariza, membuatkan Ariza sendiri terasa bahang kemarahan yang menguasai hati Zura. Dia tergamam seketika.

          “Tidak, Riz. Tidak. Dia bukan nak mengusik. Tapi dia memang berniat begitu! Aku sendiri melaluinya. Kalau tidak, dia tidak akan memaksa aku!!”

Ariza agak terkejut.

          “Zura!”

Azura memandang Ariza. Tepat. Kelopak matanya masih berkaca-kaca. Jiwanya semakin meruntun. Pedih hatinya kian terasa. Semena-mena dia melepaskan tangan Ariza lalu menyembamkan mukanya ke dada Ariza. Baju hitam milik Ariza ditarik dan dipegang kuat. Dia sedu lagi. Sekali lagi Ariza terpempan. Terpaku. Tidak tahu hendak buat apa. Terasa bajunya mula dibasahi.

          “Zura…”

Tiada jawapan. Hanya membisu.

 

Ariza bingung. Dia menarik nafas panjang. Belum pernah orang lain buat begitu padanya. Apalagi Zura. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan reaksi kesedihan yang sangat, melainkan senyuman yang terus terukir. Kini, dia tidak tahu. Ah! What should I do now? Perlukah aku biarkan saja? Tanyanya sendiri. Fikirannya bercelaru. Namun dalam masa yang sama, dia tidak sanggup untuk membiarkan Azura begitu. Dia seakan kaku.

          “Zura,”

          “Riz, dia jahat… dia cuba nak cium aku. Aku tak suka dia! Mengusik ke tu, Riz? Tidakkan… aku... aku bencikan dia!!!” Ujarnya dalam tangisan.

Ariza tersentak. Raut wajahnya berubah.

          “Apa?!!!”

Azura membisu. Menurut hati yang lara.

Ariza memejamkan mata seketika. Beristigfar dalam hati. Kemudian, dia memandang Azura yang terus menangis.

          “Zura, bersabarlah ya.”

          “Aku tahu. Tapi sampai bila? Aku tak suka nak benci orang, tapi… Ah! Dalam keadaan begini, aku teringat pula pada kak Nadirah. Tempat aku selalu meluahkan masalah. Tapi sekarang dia dah tak ada! Ah! Kenapalah dia pindah sekolah saat-saat begini? Aku terasa keseorangan sangat! Ahh! Alangkah bagusnya kalau ada orang yang boleh melindungi aku dari dia. Tentu dia tidak senang-senang nak buat macam ni padaku..” Azura terus memeluk Ariza. Terus menangis perlahan.

 

 

image023

 

          Ariza semakin kelu. Oh! Tuhan. Kuatkanlah hatinya… Hatinya berbelah bagi. Teragak-agak. Risau dengan keadaan Azura, tetapi dia tidak sampai hati nak membiarkan begitu sahaja. Dia cuba mengumpulkan kekuatan. Dengan perlahan dia cuba memegang kedua bahu Azura. Cuba menenangkan. Azura semakin rapat dengannya. Ariza seakan memahami dan dia mula memeluk Azura. Azura terpegun.

 

          “Zura, jangan nangis lagi ya. Lupakanlah hal tu. Anggaplah ia sekadar satu mimpi. Bolehkan,” pujuknya lagi.

          “Mustahil aku boleh lupakan begitu saja, Riz. Sedangkan mimpi ngeri pun akan terus terbayang di ruang ingatanku, ini kan pula yang berlaku di depan mata. Tak mungkin, Riz.”

          “Baiklah, tapi jangan paksa diri. Buatlah perlahan-lahan. Kalau kau rasa menangis itu dapat meredakan perasaanmu, tak pelah. Kau menangis sajalah sampai kau rasa tenang. Aku tak kisah juga.”

          “Biarpun dalam pelukanmu?”

Ariza serba salah, namun dia mengangguk. Perlahan.

Azura menggertap bibirnya. Menahan sendu.

          “Riz...”

Ariza tersenyum. Pelukannya semakin erat. Dia mendekatkan wajahnya ke rambut Azura.

          “Jangan bimbang, Zura. Kan aku ada di sini. Kau boleh berharap padaku. Aku takkan biarkan kau sendiri melaluinya. Percayalah,”

Azura memejamkan matanya. Titisan terakhir jatuh dan hilang apabila terkena baju Ariza Basahan di pipinya semakin kering. Seakan telah diserap. Kedamaian berada dalam pelukan membuatkan dia merasa tenang. Lupa pada kesedihannya. Dia mendongakkan kepalanya sedikit. Memandang Ariza yang tersenyum padanya.

          “Percayalah, Zura. Kau kata kau mahukan seseorang yang boleh melindungi kau kan! Jangan bimbang. Mulai saat ini, anggaplah kehadiranku sebagai pengganti kak Nadirah. Aku akan cuba buat yang terbaik. Aku takkan biarkan kau sendirian. Kalau boleh, aku yang akan lindungi kau dari dia. Aku takkan biarkan kau menangis lagi kerana dia atau sesiapapun. Aku tidak berjanji, tapi aku akan cuba, Zura.”

Agak lama Azura terpaku. Mendengar kata-kata itu. Ragu.

          “Betulkah, Riz?”

          “Percayalah...”

          “Tapi...”

          “Tapi apa, Zura?”

Azura memandang tepat wajah Ariza. Keraguan masih menyelubungi hatinya. Dari segi penampilan, di matanya Ariza tidak banyak bezanya dengan Farina. Mungkin kah...?

          “Riz, kau bukan seperti kak Farina kan? Kau takkan buat macam tu pada aku kan..”

Ariza tersentak.

(to be continue again.. hehehe!)

Read More...

Wednesday, May 23, 2012

 A Trivia About Healthy : Sharing Is Caring :)

 

images

 

 

 

 

Kali ini saya nak menulis some info yg berguna untuk dikongsikan bersama. Mana yang baik, kita amalkan. Mana yang tidak, kita jadikan panduan. Apapun, knowledge is something we can share, right? :)

 

 

 

         If…

 

          ** U can eat 15 cherries a day, U can lower Ur risk of heart disease and stroke.

          ** U can drink one cup of tea a day, U can increase Ur bone density by 5 percent.

          ** U can drum Ur finger, U can lose half a kilo every week.

          ** U can drink two glasses of iced water, U can boost Ur energy levels.

          ** U can sniff a banana when you’re hungry, U can shed the kilos.

          ** U can eat a kiwi fruit with breakfast, U could reduce Ur risk of premature death by 30 percent.

 

          ** U can breathe deeply for 3 to 5 minutes a day, U can reduce Ur stress levels.

          ** U can brush Ur teeth for 2 minutes, U can help prevent gum disease.

          ** U can cut down on this common seasoning, U can help lower Ur risk of cataracts.

          ** U can sprinkle cinnamon on Ur coffee, U can reduce Ur blood glucose levels.

          ** U can add a couple of plant to Ur office, U can boost productivity and lower workplace stress.

 

          ** U can substitute a real orange for orange juice, u can cut hundreds of kilojoules every week.

 

          ** U can do a couple of ten-minutes brisk walk, U can improve your cardio since it just as good as a longer jog.

 

          Amacam? Entry kali ni pendek je kan.. Nak buat macam mana.. Fact is fact. Tak boleh nak menggoreng sesuka hati. Hehehe!

Read More...

Tuesday, May 8, 2012

 Khas Untukmu ~ Selamat Hari Ibu ~ :)

 

“Inginku gapai bulan & ku petik bintang

inginku berikan semua hanya untukmu

agar kau tahu besarnya cintaku

kepada dirimu…

ku ingin kau tahu tentang perasaanku

ku ingin kau tahu besar cinta padamu

inginku berikan sisa waktuku dan sisa umurku

sampai mati…”

 

ami

 

          Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?”

Dan Tuhan menjawab : “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.”

 

Bayi bertanya lagi : “Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia.”

 

“Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang2 berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?”

“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.”

 

“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?”

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.”

 

“Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?”

“Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya.”

 

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi.”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

 

          Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?”

 

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu : IBU.”

 

~ Terima kasih di atas perkongsian ini… Ssungguhnya, hanya Dia yang dapat membalas dengan kebaikan di atas setiap titisan keringat, jerihan kepayahan, jernihan air mata yang mengalir dan kesakitan yang telah dilalui selama mendewasakan ku.. I’m always luv u & always do. ~

Read More...

Friday, May 4, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part III ~

 

image038

 

 

          Ariza tersentak apabila pintu bilik dibuka dengan kasar dan kemudian ditutup keras. Kedengaran sedikit dentuman. Azura terus melemparkan beg dan failnya ke atas meja dan kemudian menyembamkan muka ke bantal. Patung teddy bear yang bersandar di tepi katil terus dicapai dan dipeluk. Suara esakan semakin kedengaran.

Ariza tergamam memandang.

          “Zura, kenapa ni? Ada masalah ke?”

Azura tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis teresak-esak.

 

 

Ariza bungkam. Hatinya tersentuh. Segera dia mengemaskan almari pakaiannya dan kemudian menutup pintu almari. Dia menghampiri lalu duduk di tepi Azura. Bahu Azura digerakkan sedikit.

          “Zura, kau okay?”

Masih tiada jawapan. Hanya suara esakan terus menyelubungi suasana.

Ariza terus menantikan jawapan dari Azura. Dia serba salah. Resah. Tidak tahu hendak bertindak bagaimana.

          “Zura,” serunya lagi sambil menggerakkan bahu Azura.

Azura terus menyembunyikan wajahnya di bawah bantal.

          “Biarkan aku sendiri, Riz. Biarkanlah aku. Kau pun mungkin lebih kurang sama saja! Mengambil kesempatan di sebalik kesusahan orang lain. Aku tak perlukan simpati kau. Aku tahulah jaga diriku sendiri!” ujarnya perlahan tetapi sinis.

Ariza tersentak.

          “Kau cakap apa ni? Bila masa pula aku mengambil kesempatan ke atas kau?”

Azura terdiam. Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana terlepas cakap, tetapi hatinya masih sakit. Masih tidak dapat berfikir dengan baik. Dia memejamkan mata. Maafkan aku, Riz kalau aku tersalah... bisiknya berlahan sambil menggertap bibir.

 

image027 

 

 

          Suasana menjadi senyap. Agak lama. Ariza menarik nafas panjang, kemudian melepaskan. Keliru. Tidak tahu nak kata apa. Dia bingkas lalu menuju ke meja belajar. Tetapi langkahnya agak berat. Dia menoleh lagi. Memandang Azura. Selama ini dia tak pernah pula buat begini. Kenapa dia? Tanyanya sendiri. Ah! Perasaannya meruntun. Lalu dia kembali ke sisi Azura. Sekali lagi bahu Azura dipegang, tetapi tidak digerakkan.

          “Zura.”

Sunyi sepi.

          “Zura...”

Masih tidak menjawab. Ariza serba salah.

          “Zura, janganlah begini. Aku tak sampai hati melihat kau begini.”

Esakan Azura menjadi perlahan dan kemudiannya beransur hilang. Yang tinggal hanyalah sedu. Dia mengangkat kepalanya semula. Mengesat saki baki air mata yang masih membasahi pipinya, kemudian duduk mengadap Ariza. Ikatan rambut yang terlerai terus dibiarkan. Seketika dia menekup mukanya, menarik nafas panjang dan kemudian meletakkan kedua tangannya di atas pangkuan.

Ariza hanya memandang.

          “Zura, are you okay?” Tanyanya lembut.

Azura memandangnya. Kelembutan nada suara Ariza benar-benar meninggalkan kesan dalam dirinya. Timbul rasa bersalah sekiranya dia terus membiarkan rakannya itu dalam keadaan tanda tanya. Sedangkan rakannya itu selalu membantu.

          “Riz, maafkan aku. Aku tak sepatutnya cakap begitu pada kau tadi. Tapi aku tidak dapat mengawal diriku. Fikiranku terganggu. Aku geram sangat. Aku bingung, Riz. Aku bingung!”

 

Ariza memandang tepat ke anak mata Azura. Kelopak matanya masih basah dan agak sembab. Pandangan yang penuh keliru. Ternyata Azura agak bingung. Ariza resah. Lidahnya kelu untuk berkata. Bimbang kata-katanya akan mengguris hati Azura pula.

          “Zura, bertenanglah. Luahkan bila kau rasa selesa. Bila-bila masa, aku sedia mendengarnya.”

Azura menoleh perlahan ke arah lain. Dia mengesat pipinya yang masih basah. Tidak mahu jernihan mutiara itu terus jatuh membasahi pipi di hadapan Ariza. Segan. Ariza hanya memandang. Suasana sepi seketika.

Azura menarik nafas pendek, kemudian melepaskan perlahan. Dia masih tertunduk. Sesekali dia menggelengkan kepalanya.

          “Riz, aku tak tahu macam mana nak luahkan pada kau. Hatiku masih sakit. Tapi... aku bencikan dia, Riz... Aku betul-betul bencikan dia. Aku tak nak jumpa dia lagi…” Ujarnya perlahan. Suaranya agak serak. Masih tidak dapat menyembunyikan perasaan hatinya.

Ariza menggelengkan kepala. Dia terus memandang Azura yang masih menundukkan kepala. Dengan perlahan dia menarik muka Azura agar memandangnya. Azura akur namun terus menundukkan kepala.

          “Benci? Kau maksudkan siapa, Zura?”

Azura mengangkat kepalanya sedikit. Menghadap Ariza.

          “Dia, Riz. Kakak gila tu! Aku bencikan dia, Riz. Benci sangat… Dia… Dia…” Perasaannya kembali sebak. Suara hatinya tersekat dibenak, terhalang oleh kesedihan yang mencengkam. Dia tidak dapat untuk meneruskan kata-katanya. Jernihan mutiara yang bertakung, kini tidak dapat dibendung lagi. Lalu mengalir deras membasahi pipi semula. Esakan kecil kedengaran semula dan Azura terus menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Masih terbayang di ingatan tentang Farina yang dirasanya agak keterlaluan. Sukar untuk dilupakan. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat di ingatan dan hatinya semakin pedih.

Ariza kelu. Jiwanya terusik.

Read More...

Tuesday, May 1, 2012

 Mei Oh! Mei.. :)

 

image011 

 

 

          Selamat hari pekerja! ^_^. Rasanya… macam tak percaya yang sekarang dah masuk bulan Mei. Ini bermakna, matlamat untuk “no more regret, no more hurt feeling” selama ini, sekurang-kurangnya telah membuatkan saya lebih tenang dengan apa yang saya lakukan. Berusaha di atas keupayaan sendiri. Mungkin ada yang terasa saya seperti mementingkan diri, tapi yelah… Siapalah yang lebih memahami hati sendiri kalau bukan diri sendiri? Kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan… bukan ditentukan oleh orang lain, tapi diri sendiri dengan izinNya. Macam mana sekalipun kita cuba untuk membuatkan orang lain gembira, belum tentu orang itu merasa gembira dengan sebaiknya. Mungkin dia gembira bila kita bersamanya tetapi bila keseorangan, hatinya kembali menangis sedih.

 

          Alhamdulillah.. di saat2 doktor mengatakan saya mengalami simptom hypermental tahun lepas (mujurlah belum sampai tahap giler.. huhu!), saya masih berupaya melihat jalan yang ditunjukkan olehNya. Seperti kata pepatah.. bersedia untuk buka mata hati, InsyaAllah kita akan nampak apa yang kita terlepas pandang. Jika diturutkan hati yang sedih, sampai bila2 pun terus melayan sedih.

 

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, & Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.”

 

          Walaubagaimana pun, terima kasih kepada semua member yang banyak memberi sokongan. Cuma maaflah, bukan semua cara yang diberikan sesuai untuk saya. Saya bukan inginkan kegembiraan semata2. Saya percaya bila ketenangan dan kebahagiaan dikurniakan dalam hidup, kegembiraan akan datang dengan sendirinya :)

 

          Oh! ya.. Dah kebetulan meng’update’ blog ni, maaflah sebab ambil masa yang lama untuk meng’update’ novel juga. Actually, ada 3 pecahan part lagi untuk episod 15 ni. Agak panjang juga untuk episod2 selepas ni. Apapun, terima kasih kerana mengikuti perkembangan :d.

 

“Apabila sesuatu difikirkan, hasilnya ialah tindakan; Apabila tindakan dilaksanakan, hasilnya ialah kebiasaan; Apabila kebiasaan menjadi amalan, hasilnya ialah perwatakan; Apabila perwatakan dibentuk, hasilnya ialah pencapaian matlamat.”

~ Nellie Hershey Tullis ~

Read More...

Thursday, April 26, 2012

 ~ An Invisible Man ~

 

“ Your pure heart reflect in your  smile that’s like a ray of sun breaking through the rain… ”

 

Stepping forward into my life

looking through my window

and I still keep moving

without my known

you’re far away behind me

hiding somewhere

waiting for something…

 

image050

Without look back

I just continue my journey

following my way

no more deep thinking any else

but lately I just realized

your shadow always beyond my step

standing…

saying in my heart..

I’m here for u..

I’m looking forward your happiness

I’m always stay beside u..

but when I look back

suddenly you’re gone

no more shadow over me

u just leaving your step print

u just whisper through the wind

 

image007

Yeah…

I should understand u..

u just an invisible man

u come when my heart closed

and you’re gone when my eyes open

and then I realized..

i f I wash away your shadow

what’s the different if you’re here or not?

 

Even though you’re hiding somewhere

even though you’re far away from my eyes

even though you’re seem like playing hide & seek

even though..

but I know…

u want me to looking at u

u want me to find u

u want me to understand u..

 

Even u don’t tell me, but I know..

your eyes still glazing at me

looking wherever I’ll stand

whispering through my heart

searching..

waiting..

for something that I don’t…

 

image068

And I know, my invisible man..

no matter what u do behind me

no matter how hard u tried to hide yourself from me

even I’m not look back

I know u there…

Read More...

Tuesday, April 10, 2012

 Nukilan di Bulan April… :)


Amiluv

          Sedar tak sedar, kita  dah menghampiri bulan Mei. Ini bermakna, hampir 2 bulan juga sy tidak meng’update’ blog ni. Agak bz sikit dengan kerja2 seharian.. dengan hobi.. dan dengan macam2 lagi lah. Kalau ikutkan dalam tempoh terdekat ni, sy akan outstation lagi, tapi semua itu bergantung kepada keadaan. Dalam seharian, kadang2 terfikir juga nak menulis entry baru, untuk meluahkan perasaan… tapi belum berkesempatan untuk menulis lagi. Ehehehe! :)

          Pelbagai perkara yang berlaku, belum tentu orang akan mengerti apa yang kita lalui. Biasanya kita suka mendengar, suka melihat tapi jarang untuk memahami apa yang tersirat. Perihal hati & perasaan bukanlah soal bijaksana atau sebaliknya. Semua orang akan merasa, tapi bukan semua orang akan melalui perasaan yang sama. Penerimaan masing2 adalah berbeza. Tidak mustahil juga kaedah penyelesaian juga berlainan. Jadi, bukanlah tindakan yang baik untuk menyamakan keadaan sendiri dengan orang lain.

          Enjoy semata2 hanya bersifat sementara. Bila dah habis masa, keseorangan kesepian akan mendatang semula. Kebahagiaan & kegembiraan adalah datang dari hati yang tenang nan damai. Bukan ditentukan oleh orang lain yang mampu membuatkan kita tersenyum atau ketawa yang belum tentu kekal. Bukankah kita juga mampu tersenyum & ketawa sendiri setiap kali digamit kenangan lucu? Ataupun tiba2 menangis sedih kerana perkara yang memedihkan? Persekitaran hanyalah faktor tapi yang menentukan sepenuhnya adalah diri sendiri. Apapun, sy nak share some story yang telah berlalu.. :)
 
 
IMG_0698

~ Hello Komoditi @ Kuala Penyu, Sabah. Berpeluang juga untuk  bertugas di negeri kelahiran. Bertemu dengan ramai orang akan membuka peluang untuk mengenali diri sendiri. Mungkin sebelum ini orang melihat kita sebagai isolate, tapi sebenarnya kita lebih mudah didekati dari apa persepsi orang.  Ditakdirkan pula sy bertemu dgn pakcik (keluarga sebelah ayah) yang sy tak pernah jumpa sebelum ni. Tak sangka..  ~

 

 

IMG_0796

Alhamdulillah.. Akhirnya tercapai juga hasrat yg tak kesampaian tahun2 lepas. Pic ni cuma boleh dilihat bila berada di puncak Kinabalu. Actually, ini kali ke-6 sy ke sini. Tahun 1995 & 1998 Smile, tapi tahun 2001, 2003 & 2011 Crying face. Banyak yang sy pelajari di sini, membuatkan sy tidak pernah jemu untuk melawat lagi. Tapi inilah 1st time sy sorang2. Walaupun sorang2, tapi syukur sangat sebab sampai juga ke puncak. Alhamdulillah juga sebab cuaca pun baik walaupun sejuk (tu memang tak leh nak cakap ape – kuasa alam). Thanx to my guard kerana memimpin sampai ke puncak walaupun dh lost spirit sgt2! Bila sampai di puncak, my feeling… Only God know :) Teringat pula kata2 orang2 yang ditemui di sana.  “Mendaki seorang? Kalau lelaki seorang, biasalah tu. Kalau foreign, tak kisah. Selalu berdua or ramai2, tapi ini gurl tempatan? Macam orang frust saja.” Bukan seorang dua.. Even my BFF pun cakap that I’m crazy. Well, what can I say… Hehehehe! Apapun, I’m proud with myself sebab dengan izinNya sy boleh berjuang sendiri walaupun orang mengatakan sy lemah, memperlekehkan kemampuan sy. As my inner self say.. Let’s other people said what they like coz’ only u know about urself. :)

 

 
IMG_0836

~Bersantai 2d 1n @ Cameroon Highland dengan sepupu & anak buah. Saja me’release’ kan ke’stress’an yang ade. Walaupun di kampung kurang rapat dek jarang jumpa, tapi di sini.. Keakraban yang terjalin jauh lebih dalam dari yang dijangkakan. Thanks kerana membuatkan hari2 yang berlalu begitu bermakna. Sharing is caring. Menjiwang jap. InsyaAllah ada kesempatan, kite meluangkan masa lagi ye.. Ehehehehe!~

 

 

Ok lah.. masa untuk beriadah. So, setakat ini dulu nukilan untuk kali ini. InsyaAllah ada peluang, sy menulis lagi.

 

“Bukan hak kita untuk menentukan hukuman yang patut diterima oleh orang lain di atas kesedihan yang kita hadapi. Sekiranya Dia mengkehendaki, hukuman tetap berlaku walaupun kita tidak meminta.  Mungkin kita memohon agar mereka merasai apa yang kita hadapi, tetapi belum tentu itu yang terbaik buat kita. Dia lebih mengetahui & Maha Adil. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahNya. Setiap kesedihan yang dilalui, pasti ada kegembiraan menanti. Setiap penderitaan yang dirasai, pasti ada kebahagiaan di depan. Semua itu pasti bila kita belajar  untuk  ‘redha’ denganNya. Alhamdulillah..”

Read More...

Sunday, February 5, 2012

 ~ Puisi di Februari ~

 

          1st entry untuk Februari. Sekarang jam menunjukkan pukul 9.54pm,, hujan yang berhenti sebentar tadi, kini kembali membasahi bumi. Petang tadi cukup panas, jadi sekarang suhu dah terubat dengan sedikit kesejukan.. :) Hopefully dapat habiskan tulisan ni sebelum mata dibuai2 untuk tidur. Uiks! kenapa terasa lain macam je ayat pembukaan ni.. huhu!

 

          Actually, sy ingin berkongsikan satu poetry yang sy simpan sekian lamanya. Ada seorang rakan lama telah membuatnya untuk sy, siap laminate lagi :) Tak pastilah sama ada rakan ni buat sendiri atau jumpa di mana2. Apapun, memang puitis! Tak sangka dalam masa sy mengemas2 fail lama, terjumpa pula. To be truth, sy memang suka watak Yuna dalam FF ni.. Comel sesangat! :d

 

zai2

 

Diperanjauan nusantara bumi

Ku mencari haruman sewangian kasturi

Berbekalkan setitik mutiara kasih

Musafir muda di sahara Ilahi

 

Aku menciumi sekuntum bunga salji

Tatkala ku menerokai Tanjung Pengharapan

Satu-satunya haruman abadi

Menjadi rebutan setiap insan

Namun, aku hanyalah insani

Bunga kan layu kala dipetik egoku

Biarkanlah kebahagiaan saljuis kekal berabad

 

Saljuis…

Kaulah bunga salju seindah bidadari

Wangian mu bak kasturi syurgawi

Sumber inspirasi yang ku hayati

Akan ku kenang mu di Tanjung Hati

 

Saljuku…

Izinkan ku mengemis harumanmu

Akan ku nostalgiakan senda guraumu

Kan ku coretkan keindahan warnamu

Nan ku terbitkan menjadi gambar wajah ku

 

Salju…

kepadamu ku berjanji

Tak kan hilang di mata hati

Akan ku bermeditasi mencaturi pelayaran

menakhodai lautan membauri daratan

tatkala terciptanya simpulan di tangan

pastinya ku kan kembali ke Tanjung Pengharapan

Jikalau kau masih di jambangan

Akan ku mengilustrasikandiriku menjadi dedaunan

percayalah duhai Salji

Kau lah kekasih pemilik tinta biru…

Read More...

Sunday, January 15, 2012

 ~ Tentang Perasaan :d ~

 

~ Morning ! Selamat Pagi…! :) ~

 

          Sedang berguling2 sambil mendengar Sinar.fm di awal pagi (rancangan Kisah & Lagu), tetiba mendapat idea untuk menulis entry tentang perasaan. Macam title lagu Irwansyah pula. Ahks! Seperti ada satu buku yang saya baca.. “Cinta adalah santapan rohani. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang2 putus tali. Cinta juga seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali; tidak memilih siapa yang ia sinari, namun sentiasa memberi kehangatan di hati…” Ehehe! berjiwang di pagi2 bute. Ahks!

 

          Ehmm… Ade banyak situasi yang membuatkan kita melalui, tapi tidak menyedarinya. Pernah tak kita terfikir akan merasa getaran, jiwa yang resah sebelum bertemu dengan seseorang tapi kite tak kenal pun lagi? Pernah tak kite merasa kita baru mendengar cerita tentang seseorang, tapi sudah cukup membuatkan kite berkenan pada orang tu? atau mungkin kita sudah lama mengenali seseorang, dan perasaan itu kemudian berubah? Atau mungkin kita sudah lama mengenali seseorang, tapi tiada apa2 yang berubah? Atau kisahnya kite mengenali seseorang kerana orang lain? Blind date? Bercinta dalam phone tapi terlerai bila bertemu? Atau mungkin juga pertama kali mengenali seseorang, kite sudah terasa ‘tidak boleh’?

 

 

          Ada seorang rakan berkongsi cerita… (Bila kita banyak bergaul, banyak membaca.. banyak berkongsi pandangan, pun bila melalui sendiri, cerita tu memang banyak ape. Sharing is caring. Ehhee!) Dia mengenali seseorang ni kerana telefon sesat. Biasalah dulu2.. Tekan2 punat, salah nombor rupanye.. siap bergaduh2 lagi sebab nak menyakinkan orang tu yang dia salah nombor. Namun lastly, diorang berkawan baik dan dah bercouple pun.

 

          Banyak lagi lah cerita, namun cerita yang saya tak dapat lupakan dari seorang rakan lain adalah… Bila masing2 saling merasa sebelum pertemuan berlaku. Alkisahnya sebelum bertemu tu, si A sudah merasa debaran yang sangat tapi dia tidak tahu kenapa. Si B pula hanya mendengar cerita walaupun belum tahu nama, sudah berkenan. Pertama kali si A & B bertentangan mata, masing2 dah terpaku. Kiranya loves at the first sight lah.. Hati terus berkenan tapi tak berani nak meluahkan. Cuma bagi clue2 tapi tak faham signal kut. Hahaha! (Gelakkan orang kejap). Setelah bertahun dan pelbagai kisah yang berlaku, akhirnya perasaan mereka terluah. Still loving married couple sehingga detik ini.  I’m impressed bagaimana mereka boleh bersama, berkawan seolah2 tiada apa2, menyembunyikan perasaan bertahun2 lamanya tetapi dalam masa yang sama setia. Risk tu. Sedangkan orang yang bercinta pun boleh curang or yang dah berkahwin pun boleh terlerai, inikan pula sekadar kawan. Tapi tulah jodoh mereka. :)

 

          Cerita saya.. Hobi saya selepas habis kelas petang2, (kisah di kampus) suka melepak sorang2 di Metro Mall, Kajang. Lepak di games house je. Itulah keje saya selama belajar. Ehehe! Di jadikan cerita pada satu hari tu seperti biasa saya main games. Favorite main tembak2 & racing keter. Memang teror menembak tahap cipan lah tika itu (Kusyuk sangat main sampai tak sedar ramai orang dah berdiri kat belakang. Huhu!) Masa nak keluar dari Metro tu, (nak balik lah ni..) tetiba ada orang memanggil. Staf kat game house tu rupanya. Dia nak serahkan gift game & handscarf saya yang tertinggal. Saya accept lah. Dalam cerita2 sekejap tu, dia minta num phone. Terkejutlah tapi saya bagi juga akhirnya bila dia bersungguh2 sangat. Tak de fikir sangat pun. Dalam phone tu baru dia meluahkan perasaan – dia berkenan sejak saya masuk game house tu. Cuma memerhati dari jauh je. Gelaknya bila dia suka sangat style saya menembak. Serius sangat! Haha! Tapi  saya menolak, menganggapnya adik sebab dia memang adik pun – tengah menunggu result spm ape. Syukurlah dia accept dan lepas tu kalau keluar sama pun, as adik dan kakak je. :)

 

“… Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya. Juga kepada mereka yang mempunyai keberanian & keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..”

         Madah untuk dikongsikan bersama.  Ehhh! dah panjang pula.. Terleka bila menaip sambil2 mendengar lagu. So,  saya stop setakat ini dulu. Rasa2nye… bagaimanakah kisah anda? Perasaan anda.. ? Ehhem!

Read More...

 Report Bulanan… Ahks! ~

 

          ~ Fokus2.. ehehe! :d ~

 

 

          Sudah 2 minggu berlalu selepas tahun baru 2012. So far setakat ini, everything still in the mood. Mood ‘no more regret, no more hut feeling’. Actually, memang banyak benda yang kena ketepikan. One of them is.. my own feeling. Saja menyibukkan diri, menilai kembali ape yang telah berlaku and… buat2 lupa pada perkara yang selalu dalam hati. Tak nak frust lagi. Buat masa ini, let me fall in love to myself first, pastu barulah fikir nak berkongsi perasaan dengan orang lain. Bila rasa2 ‘love’ dalam diri dah banyak sangat, barulah kite share pada perkara lain. Uiks! terlebih sudah. Ahks!

 

          Ade 2 tarikh yang still menjadi kenangan buat saya dalam bulan Januari ni. Satu 10/1/1993 – dated bila saya mula2 memasuki asrama SEMEKAR dan pada tarikh tu juga sy berkenalan dengan seseorang. Is someone special? Of course lah… Hehe! Kedua 25/1/2010 – dated bila saya kehilangan JempOt, kucing kesayangan saya. Still remember that day.. Memang sedih yang teramat setiap kali terkenang. Huhu! :(

Eh! Saya ni kalu bab2 special date, memang ingat saje. Ehhem!

 

          Dalam 2 minggu ni juga, ada beberapa perkara yang sedang & telah dilakukan. Salah satunya, saya cuba menulis kembali. Cerita ape? tunggu lah ye… Entah kenapa bila banyak masa bersedirian ni, tetiba terlalu banyak yang ingin dicoretkan. Mungkin juga itu sudah sebahagian dari sifat diri. Meluahkan perasaan melalui penulisan lantaran tidak pandai berkata2 sangat. Yeke tu… ? Ehehe! Kemudian, ada rakan meng’offer’ untuk join the club semula. Ops! Club main futsal lah. Last saya join wakil jabatan tahun 2010 di Melaka. Pastu rehat dari sebarang kejohanan kerana ‘self down’ yang amat sangat. So untuk tahun ni, mungkin ade baiknye saya menyibukkan diri dengan offer2 macam ni. Sekurang2nya.. Semangat saya beransur pulih walaupun bukan sepenuhnya.

 

 

~My hobby.. Bila dah suka mencuba resepi baru.. ~

 

          Oh! ya, saje nak menjeleskan orang yang sedang berusaha nak menurunkan berat.. Ehehe! Last friday saya menimbang berat badan lagi. 41.6kg. Ehmm… rasanya masih rendah berbanding masa saya mula2 join Navy tahun 2003 ( hampir kena reject pe sebab BMI tak cukup). Impak maksima betul dari semangat yang down! Mujurlah masa kemas almari cuti2 ni, terjumpa juga uniform keje yang kecik (tak pernah pakai sebab ketat sangat walaupun masih dalam plastik – belum pernah pakai). Bila test2, uniform tu dah jadi besar. Tak pelah, sekurang2nya tak adelah tali pinggang tu terjelir keluar. Hehe! Apapun, yang penting sihat walafiat :)

 

          Alhamdulillah.. Semua ini adalah kerana-Nya juga. Walaupun berseorangan tika memulihkan semangat, namun tanpa keizinan-Nya juga, saya takkan mampu untuk mengharungi semua ini. Sebelum ini, saya selalu memberi tempoh pada diri saya untuk pulih dalam masa 3 bulan saja. Tapi itu kerana ada sokongan. Sekarang ni, biarlah berusaha sendiri walaupun mungkin mengambil masa yang lama. Sekurang2nya kesan yang diperolehi berpanjangan. Alhamdulillah.. :)

 

Ok lah.. Setakat ini dulu ‘report’ saya untuk awal januari ni. Nanti kite bersambung lagi :)

Read More...

Sunday, January 1, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part II ~

 

       SAMSUNG

 

  “Zura, kau sudah banyak berubah. Kau bersikap dingin sekarang. Dulu kau bukan begini. Kau selalu berbual-bual dengan akak. Tapi sekarang, kau cuba mengelak dari berjumpa. Kenapa?”

 

          Azura terus mendiam diri. Seketika dia teringat akan kisah lalu. Semuanya telah hancur bila dia menyaksikan sendiri Farina mengugut Nadirah. Dia tahu, Nadirah pindah sekolah kerana Farina. Tapi, sedikitpun Farina tidak berubah. Masih menganggap diri tu baik!

Farina mendengus perlahan. Kedua bahu Azura dipegang kuat menyebabkan gadis itu terus memandang. Kejut. Bahunya sedikit bergerak. Dia terpegun memandang Farina.

          “Kak, saya tak suka dibuat begini. Kan saya dah kata saya nak balik. Kenapa pula akak nak paksa saya? Akak tak patut buat saya macam ni!”

          “Ehm! Memang betul kau dah berubah, Zura. Dulu cara kau bercakap tidak seperti ini. Tapi sekarang, kau seperti tidak mempedulikan aku lagi. Kenapa, Zura.. kenapa?” Bahasanya mula berubah.

Azura menundukkan kepalanya sedikit. Dia tahu semua yang berlaku dulu kerana desakan Liza. Bukan kerana kemahuannya. Tetapi itu betul... memang sejak hari tu aku dah berjanji yang aku takkan pedulikan kau lagi! Bentaknya sendiri. Dia cuba mengumpulkan kekuatan diri, kemudian merenung Farina. Tajam.

          “Kak, tolonglah. Jangan buat saya begini. Saya tak suka. Kalau akak nak buat dengan orang lain, saya tak kisah. Tapi bukan dengan saya!”.

Farina tersinggung. Agak kasar ungkapan kata yang dilafazkan oleh Azura. Rasa marah mulai terbit dalam hatinya.

          “Buat apa? Buat macam ni?” Tingkahnya dengan nada kasar lalu mengalihkan pegangan tangannya dari bahu dan memeluk erat tubuh Azura dengan erat.

Azura tersentak. Pergerakkannya terbatas. Terasa tubuhnya terlalu rapat dengan Farina. Nafasnya bagai tersekat. Dia kecut. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Dengan saiz tubuhnya yang kecil daripada Farina, agak sukar untuknya melepaskan diri. Melainkan dengan kuasa ajaib!

          “Kak! Tolonglah lepaskan saya! Saya betul-betul tak suka! Kalau akak rasa tersinggung dengan kata-kata saya tadi, sorry to say. Tapi saya memang tak selesa begini!” Ujarnya lagi. Tegas. Dia cuba melepaskan diri, tetapi masih gagal.

          “Kenapa? Takut?” Katanya tersenyum sinis.

Raut wajah Azura terus merah. Debaran jantungnya semakin tidak menentu. Dia terus menepis tangan Farina. Tapi seolah-olah Farina begitu bertegas dengan tindakannya. Enggan melepaskannya.

          “Takut? Sorrylah. Saya bukan penakut!!!” Dalihnya lagi. Sedangkan pada hakikatnya, di hatinya terus diselubungi oleh perasaan gementar. Seketika dia merasa menyesal kerana bercakap begitu.

Farina ketawa kecil.

          “Ye ke? Kalau aku buat begini, bagaimana? Kau berani?” Nadanya semakin sinis. Dia cuba merapatkan wajahnya ke muka Azura.

Azura tergamam. Lidahnya kelu. Cemas. Dia terus memalingkan muka lalu memejamkan matanya. Tidak sanggup untuk melihat raut wajah Farina yang bengis. Tiba-tiba perasaannya menjadi sebak. Hatinya ingin menangis. Jiwanya meruntun. Oh! Tuhan… Berilah aku kekuatan untuk melepaskan diri darinya…

          Azura membuka matanya semula. Debarannya kian laju. Sedikitpun Farina tidak mengendahkannya. Malah terus dengan niatnya. Semakin merapatinya. Oh! Tidak!!! Genggaman tangannya semakin erat. Menahan kemarahan. Dia kemudiannya menarik nafas panjang. Mengembalikan kekuatannya dan terus menolak Farina sekuat hatinya sehingga terjatuh.

 

tumblr39

         

 

 

          Farina tersentak. Dia bangun. Kali ini gilirannya pula tergamam. Tidak menduga.

Azura memandang tajam. Matanya mula berkaca-kaca. Tubuhnya sedikit gementar dan failnya mula berjatuhan ke lantai. Seolah-olah gagal untuk mengawal diri. Seketika dia terkedu. Kemudian membongkokkan tubuhnya sedikit lalu mengutip kembali fail itu. Di dakap erat ke dadanya.

            “Kakak memang teruk! Selama ini saya cuba juga untuk menghormati akak. Tapi sekarang, akak dah menghancurkn rasa hormat saya pada akak. Saya tak sangka akak sanggup buat saya begini! Selepas ini, jangan harap saya akan jumpa akak lagi. Saya tak nak jumpa akak lagi! Saya tak nak!!!”

Farina terpaku. Dia cuba memegang bahu Azura kembali tetapi segera ditepis. Timbul rasa bersalah di hatinya kerana terlalu menurut perasaan. Terlalu ikutkan hati baran.

          “Akak minta maaf, Zura. Akak terlalu ikut perasaan. Akak tak sengaja, Zura. Akak cuma nakkan perhatian Zura. Maaf ya.” Suaranya agak mendatar. Perlahan tapi lembut.

Azura terus berpaling. Kelopak matanya mula basah. Dia cuba menahan agak tidak jatuh membasahi pipi. Jiwanya berkecamuk. Menggelengkan kepalanya berkali-kali.

          “Akak ingat saya mudah menerima kata maaf? Sorry! Akak memang salah orang! Sampai bila-bila pun saya takkan lupa! Takkan! Saya tak mahu jumpa akak lagi. Never!” Balasnya dengan keras dengan sedikit serak kerana menahan sendu.

Farina tersentak.

          “Azura!”

Azura menggelengkan kepalanya lagi. Beberapa butiran mutiara mula gugur membasahi pipinya. Tidak dapat ditahan lagi. Langkahnya semakin berundur dan terus berundur.

          “I hate you!!!” Jeritnya tanpa memandang lalu terus berlari keluar dari bilik itu.

Kedengaran di corong telinga Farina memanggil namanya berkali-kali. Azura terus mempercepatkan langkahnya. Dia tidak peduli soal Farina lagi. Hatinya semakin terguris. I hate you! I hate you! I hate you!!! Ungkapan itu terus keluar dari bibirnya dan semakin menguasai hati dan fikirannya. Air matanya semakin deras. Semakin ditahan semakin pedih di hatinya. Dia semakin pantas menuju ke bilik. Tidak peduli sama ada dia telah melanggar bahu pelajar lain atau tidak. Pedulilah! Bentaknya sendiri.

 

          Ariza tersentak apabila pintu bilik dibuka dengan kasar dan kemudian ditutup keras. Kedengaran sedikit dentuman. Azura terus melemparkan beg dan failnya ke atas meja dan kemudian menyembamkan muka ke bantal. Patung teddy bear yang bersandar di tepi katil terus dicapai dan dipeluk. Suara esakan semakin kedengaran.

          Ariza tergamam memandang.

(to be continue…)

 

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...