Template by:
Free Blog Templates

Sunday, January 23, 2011

 ~ Jan 2011 ~

 

My first post for this year 2011.. Happy New Year 2011 to all. Sorry a little bit late. Or probably its too late to wish.. Oh! still in January right! So, there is still in mood of new year. Hehe!

 

“Merenung dirimu, membangkitkan sesuatu yang hilang di hatiku..

Apakah itu bermakna, kau sebenarnya masih penting bagiku…?”

 

 

images

 

 

      Oh! ya, bagaimana permulaan 2011 yang telah berlalu? Alhamdulillah setakat ini, segalanya masih dalam perancangan. Cuma yang tiada dalam perancangan  tu, bila kerja menjadi banyak. ehehe! Normal la tu kan.. Dah nama pun tanggungjawab. Alhamdulillah juga, tahun 2010 membawa perubahan besar dalam hidup. Walaupun tahun 2010 bermula dengan kesedihan apabila teman kesayanganku telah ‘tiada’, tapi di sebalik kesedihan itu datangnya perkara baik. Life as not as what we think. When you’re feeling down, will you just follow your emotion? Mungkin inilah yang terus mengajar agar menghargai apa yang kita ada dan apa yang kita miliki. It’s not everlasting. 25/1/2011 ni genap setahun teman kesayanganku pergi. Always remember, still loving her and always missing you.. Because you’re one of my best thing happen in my life. 私は本当にあなたを愛.  あなたが友人感謝.  Crying face

 

        Walaupun begitu, banyak perkara belaku selepas itu. Alhamdulillah… dapat APC for 1st time. PTPTN selesai. Kesilapan tahun sebelumnya dapat diperbetulkan. Bertemu dengan rakan2 lama yang lost contact. Dapat promotion dalam kerja. Juga penutup tahun 2010, kereta pula selesai. Alhamdullilah.. Syukran Jazilan.

 

      Bila berlangsungnya tahun baru, macam2 azam yang kita letakkan. harapan saya semoga setiap tahun membawa perubahan baik daripada yang tidak baik. Terus membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan. Actually, semua itu adalah pengajaran yang kalau kita sedar, jangan diteruskan lagi. Terus berusaha untuk menjadi yang terbaik.  Maybe you’re not the best for other people, but it is enough if you could be better for your self. For your own good. Soon, It’s not impossible when other people will follow you without your known.

 

      One of my planning for these year.. In the middle of April, I’ll going back to Sabah for my revenge. Ops! bukan nak bergaduh, cuma nak menuntut kembali kekalahan yang lama. Apa dia? We’ll see then.. Smile

 

      Okaylah, That’s all for now. I’ll write again soon. Nukilan pun akan bersambung. Sebagai penutup, Saja nak berkongsi lagu ni. Trouble is a friend, but trouble is a fow. Enjoy! Smile

 

Read More...

Friday, October 29, 2010

 Memori Selamanya ~ Tiga Belas (ii)

 

images1

“ Don’t judge a book by its cover :)”

 

 

 

          Fhuh! sedar x sedar, dah hampir 4 bulan tak updated blog ni.. Bukanlah busy sangat sampai tak ada masa, cuma kadang-kadang fikiran ni menerawang membuatkan perkara yang sedikit menjadi banyak. Kesudahannya, apa yang ingin dibuat menjadi terbantut.

 

          Mengenangkan kembali apa yang telah berlalu, pelbagai situasi yang berlaku. Masalah? tiada manusia di dunia ini yang tiada masalah kan.. Tapi selama boleh di atasi, apa salahnya kita berusaha kan. Mungkin ada yang beranggapan kita tiada masalah, tapi bila kita berada dalam kelompok yang ramai.. kelompok masyarakat.. sedikit sebanyak kita pasti kena tempias masalah orang lain. Cuma berfikir secara positif. Bila kita membantu orang lain, sedikit sebanyak kita juga dapat membantu diri sendiri. :)

 

          Apapun entry kali ini, saya ingin menyambung coretan saya yang terhenti. Terima kasih atas sokongan selama ini. saya cukup menghargai dari sudut hati saya.. :)

 

      ~                                  ~                                ~                                    ~                                ~

 

          Azura menggaru-garu kepalanya. Bingung. Soalan math yang tertera pada helaian buku, di rasa begitu sukar. Pelbagai kaedah digunakan, habis buku rujukan diselak, namun penyelesaiannya masih menemui jalan buntu. Dia mengeluh berkali-kali sambil memainkan batang pensel yang melekat di celah jemarinya. Susahnya... Inilah akibatnya kalau berkhayal sewaktu cikgu mengajar di depan. Getusnya memarahi diri sendiri lalu bersandar pada tiang katil.

 

          Sejenak dia memandang Ariza yang begitu tekun bila membaca. Sedari tadi, dia tidak berganjak dari duduknya. Begitu asyik sambil menggerakkan mata pena pada helaian buku. Tiba-tiba hatinya diburu oleh rasa cemburu yang mendalam. Cemburu pada kelebihannya. Dia bukan saja cute, tapi juga pandai. Cuma keseriusan wajah yang sukar untuk mempamerkan satu senyuman menyebabkan dia dikata sebagai pelajar sombong. Aku juga menganggapnya begitu. Rakan sebilik, tapi payah nak tengok dia senyum. Ah! Aku pun sebenarnya pandai. Kalau tidak, taklah aku masuk sekolah berasrama. Cuma aku malas dan selalu berangan... Memang padan muka aku! Gerutunya pula. Memarahi diri sendiri.

 

          Dia menatap bukunya semula. Nombor-nombor yang pelbagai kembali menyesakkan fikiran. Ah! Bingungnya... Dia bangkit dari katil. Bisik hati menyerunya untuk bertanya pada Ariza, namun kakinya masih tidak berganjak. Kegusaran mula terbit dibenaknya. Bimbang andai Ariza tidak melayan. Apatah lagi untuk memberi tunjuk ajar. Tentu aku juga yang malu. Desisnya sendiri. Serba salah. Namun bila mengenangkan cikgu Munir, dia kembali gerun. Ah! Pedulikan semua tu! Bentaknya memarahi diri lagi.

 

          “Err... Riz, boleh kau tolong aku pasal math ni?” Tanyanya agak gugup. Masih bimbang. Dia mula duduk di atas kerusi yang selalu ditinggalkan kosong sekiranya Ariza berada di situ. Tidak mahu duduk bersebelahan. Entah kenapa dia tidak selesa berada di sebelah Ariza, padahal mereka duduk bersebelahan di kelas.

Ariza segera menoleh. Dahinya berkerut. Hairan.

          “Pasal math? Kerja sekolah tu ke?”

Azura mengangguk. Buku latihan dibiarkan terdedah.

Lama Ariza terdiam. Berfikir. Tidak lama, dia senyum mesra.

          “Tak jadi masalah, Zura. Aku akan cuba bantu kau.”

Azura kaku seketika. Terpukau. Dia senyum? Dia mula senyum pada aku? Betulkah mataku ni? Betapa mahalnya tup-tup hari ni dia senyum juga! Dia masih ragu-ragu.

          “Zura, kau okay?” Soalnya mengejutkan Azura.

 

        

Chikane_smile1

 

 

Azura tersentak. Dia terus memajukan buku latihannya ke depan Ariza. Menutup malu. Ariza menutup bukunya, kemudian di alihkan ke tepi. Dia mula memberikan tumpuan pada buku Azura. Tidak lama, bibirnya mula bergerak dengan diikuti oleh pergerakan jemari tatkala memberi penjelasan. Azura menganggukkan kepala. Tanda faham. Sesekali dia bertanya apabila tidak faham.

 

          “Bagaimana? Dah faham sekarang?” Tanyanya sebaik saja selesai. Azura mengangguk sambil tersenyum. Dia gembira dan puas hati. Memang patut aku rapat dengannya... Gumamnya dalam hati.

          “Err... thanks, Riz. Juga... pasal di kelas tadi.”

Ariza tidak menjawab, sebaliknya membalas senyuman itu. Sesekali hati Azura berdetak ragu. Betul kah dia ni sombong? Tapi... Ah! Mungkin dia cuma nak mengambil hatiku saja... Seperti kata Liza!

          “Err... Riz, kalau... aku nak jalan bersama-sama kau pergi kelas, kau marah tak?”

          “Jalan sama-sama? Kau sanggup ke jalan awal pagi? Liza macam mana? Kan kau selalu jalan dengan dia.” Tanyanya ragu. Terkejut. Keningnya berkerut lagi.

          “Liza tu selalu lambat. Aku tak larat nak tunggu dia. Tak kisahlah kalau awal pun. Aku akan belajar. Bolehkah?” Kalau boleh, dia ingin mendalami sendiri perwatakan rakan sebiliknya tu. Ingin menilai semula.

Ariza memegang dagunya. Berfikir. Kemudian, dia menarik nafas dalam.

          “Kalau tidak membebankan kau, aku tak kisah. Apa saja untuk kau, Zura.” Ujarnya lalu mengangguk kepala.

 

          Sekali lagi Azura terpegun. Apa saja untuk aku? Wah! Biar betul dia ni... Dia ni saja bergurau ke?

Read More...

Friday, July 23, 2010

 Storm : When your heart is feeling down..

 

ami

 

 

First things will come in my mind.. What would I do when I’m  feeling down? What would I do when I’m frustrated? And what will happen when I cannot solve it? Am I alone? Does anyone will stay with me in that moment?

          Do you prefer to share your feeling with others or just keep it in your heart? I wonder.. If I choose to share with others, will they understand and support me? or probably they’ve just say “Do whatever you like”? or simply said “ I don’t know how to say”. So Sad..

Asking myself. But that it is! Not all things will happen as we want. Sometimes you cannot put hope too high from others as you expected it. You probably get down after that. Lastly, try your best to solve it no matter what. Its better than worse.

 

          Ops! Saja berkata-kata, meluahkan persoalan yang terbuku di hati. Lets this time my blog a little bit melancholic. That’s normal feeling, right!  What I’m gonna to share is about feeling.  Feeling that everyone have it, everyone needed. Why? It because we need it to express how’s our heart say.  Its very abstract to describe. Feeling to be love, to having, hatred and frustrated, to be happy and much more. Eh! what am I talking about..? Sorry ;-)

 

          Actually idea mengenai feeling ni datang bila saya mendengar lagu soundtrack animasi ni. Bagi saya walaupun ini Japanese song, tapi its very touching. Apatah lagi bila saya terkenangkan kronologi ceritanya yang agak  close to reality. Kalau dalam entry sebelum ni saya share something yang full of happiness about the story, so kali ni saya ingin berkongsikan sesuatu yang seringkali dialami oleh semua. Pertemuan itu mungkin membuatkan kita akrab dengan seseorang. Bagaimana ia bermula, bukanlah sesuatu yang dirancang. Tetapi bagaimana kesudahannya, pun bukan kita yang menentukan. Hanya sehari untuk mengenali, berbulan untuk menyukai tetapi sesaat untuk membenci.  Kesedihan yang datang kerana kehilangan, kelukaan, kebencian.. Oh! terlupa saya tidak membuat sinopsis cerita ni. Tapi begitulah sikit2 mengenai anime series ni. Mungkin bukan yang terbaik, tapi bagi saya animasi ni memang best.

 

          The story of Mai-Hime/Otome is about destiny. People say your destiny cannot be change. But you can! That’s reality, right! you cannot change anything if you do just an ordinary life. But if you put effort on it, nothing is impossible.

 

          Ini pun tau sebab anime ni termasuk dalam list ranking. Biasalah… dah hobi saya suka meng’ explore’ anime yang best. Hehe! OKaylah, I hope this movie clip will give a little  imagination about the whole story beside my entry before. The song title is “Storm-Re”, performed by Koshimizu Ami. Bila hati diselubungi oleh rasa benci, segala perasaan yang sebelum ini menghiasi jiwa akan lenyap, berubah menjadi kegelapan yang akhirnya akan menjadi satu penyesalan apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangka.

 

Read More...

Tuesday, July 20, 2010

 Memori Selamanya ~ Tiga Belas (i)

 

 ami

 

 

 

 

 

           “Eh! Zura, jom kita lepak sekejap kat taman sekolah tu. Ala... saja-saja duduk. Balik asrama pun bukan buat apa. Bosan!” Ajak Liza sebaik saja selesai makan tengah hari. Detik masa menunjukkan pukul 1.30 petang. Matahari telah lama memancar terik, namun keduanya masih berlegar di kawasan dewan serbaguna.

Azura membetulkan kedudukan beg yang digalas pada bahunya.

          “Ish! Tak naklah, Liza. Aku nak balik cepat. Lagipun banyak kerja rumah. Kau dah siap ke belum? Lain kali sajalah.” Balasnya menolak. Entah kenapa, kali ini dia menurut kata hati. Selalunya, dengan mudah dia menerima pelawaan Liza. Merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa haluan. Bila tiba masa keluar bandar, boleh dikatakan merekalah orang yang paling awal keluar dari pagar asrama. Asyik berjalan sehinggakan pelajarannya juga turut diabaikan. Bila masuk kelas, fikiran kosong. Tiada isi menyebabkan dia selalu kena denda. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Tapi hairannya, Liza tidak pula pernah disoal. Bijak menyorok di bawah meja bila masa disoal.

          “Hai, jadi rajin pulak! Sejak bila pula kau dah berubah ni?” Perlinya sambil mengerlingkan mata.

          “Eh! Suka hati aku lah. Takkan kau nak marah pula? Kalau kau, tak kisahlah sebab tak pernah kena denda. Tapi aku lain. Kalau dah hari-hari kena suruh berdiri, kena suruh keluar kelas, siapa boleh tahan. Aku pun tahu malu juga!” Tingkahnya tidak peduli. Cukuplah peristiwa di kelas tadi menjadi pengajaran penting buatnya. Biarlah itu yang terakhir. Dia tidak mahu mengulanginya lagi. Orang nak berubah, itu hal aku lah! Bentaknya dalam hati.

          “Hish! Itupun nak ambil hati ke? Buat bodoh je... Lama-lama kau biasalah tu. Tak pun kau ikut macam aku. Relaks je. Cikgu tak kata apapun!”

Azura mendengus. Geram.

          “Kau tu muka tebal. Jadi jangan nak samakan aku dengan kau pula! Aku lain kau lain. Daripada aku ikut kau, lebih baik aku ikut Ariza tu! Ada faedahnya.”

Liza mencebik bibir. Tidak suka.

          “Alaa... Cakap sajalah yang kau dah terpikat dengan budak tomboy tu. Kau tak sabar nak jumpa dia kan? Maklumlah dia selalu tolong kau. Selalu buat macam-macam untuk kau. Aku tau kau selalu merenung dia kan! Maklumlah dia tu comel. Mengaku je lah!” Cemuhnya lalu berjalan selangkah lebih maju dari Azura. Azura terpinga-pinga.

          “Hei! Yang kau nak marah ni kenapa? Kau cemburu ke kalau orang nak berbaik-baik dengan dia? Bukan rugi apapun. Dia pandai. Tak salah kalau aku belajar dari dia.”

          “Huh! Alasan! Kalau dah suka tu, cakap ajalah dah suka!” cemuhnya mengerling.

Azura terhenti. Raut wajahnya berubah. Tidak puas hati. Sepantas kilat dia menyentap lengan Liza. Liza tersentak dan terhenti.

          “Liza! Kau nak cakap siapa suka siapa sebenarnya, hah? Kau ingat aku tak tahu ke? Hei! Aku tahulah kau selalu mengejar dia. Mengada-ngada bila terserempak dengan dia. Entah-entah kau join K-do tu pun sebab Ariza kan? Sedarlah diri tu sikit! Huh! Macam lah orang tak tau!” Tempelaknya lalu berjalan pantas dan terus meninggalkan Liza terkapa-kapa sendirian. Hatinya puas.

Read More...

Thursday, July 8, 2010

 Do My Best! Updated

 

images

 

 

 

          Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Julai.  Maknanya, kita dah melepasi pertengahan tahun. Rasanya, setakat ni bagaimana perkembangan kita? Macam2 perkara yang telah dan perlu di selesaikan baik di rumah, office mahupun sekeliling. Pula bertemu dengan pelbagai jenis orang. Awal tahun ni macam2 hal yang berlaku. Penat tu memang penat, tapi lagi penat kalau tak dapat selesaikan secepat mungkin. Lagi pula bila hobi macam-macam ni. Perlu arrange masa yang bersesuaian.

 

           Siri novel pun belum updated lagi. Pada yang mengikuti perkembangan citer tu, sorilah yer… Take time sikit. Nanti ada kelapangan, saya update juga. Kalau tak silap, sekarang ni baru episod 12. Ada 34 episod lagi rasanya. Thanks byk2 di atas komen2 yang telah diberikan. Amatur macam ni la kalau menulis. Bila rajin tu, membuak2 kreativiti tu datang. Mana yang dah siap pun, ada saja yang ingin diperbaiki. Tapi kalau dibandingkan sekarang, idea ada tapi dah tak reti pula nak mengarang. Macam dah tepu la pulak! Agak2 leh lagi ke mengarang macam zaman mude2 dulu..  Huhu!

 

          Apapun sebagai pencetus idea bagi masa akan datang (chewahh!! berperasaan kejap!), ni saja nak share movie clip salah satu anime favorite saya. Suka dengar lagu ni, membawa motivasi pula.. Lirik lagu pun best. Ops! ni saya create sendiri movie clip ni. Anime ni ade 4 series. so, try to take the best shot! Next entry, saya akan masukkan theme lagu yg sedih sikit dari citer ni. Baru balance sikit kan.. Happy & sad – that’s a reality life. Oh! forget one thing.. Memandangkan ada lirik, jom belajar japanese lak. Hehe! Sesekali sekadar untuk hiburan…

 

Otome Wa Do My Best Deshou!

 

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...