Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, January 13, 2010

 Memori Selamanya ~ Tiga Part Dua

 

100px-Ami_glasses

 

 

 

 

Pintu bilik G24 dibuka dan Azura masuk. Ariza tiada di bilik. Dia meletakkan beg galas serta beg plastik di atas katil dan duduk. Melepaskan kepenatan selepas berjalan. Ingatan akan pertemuan dengan Farina sebentar tadi, serta merta bertandang ke ruang fikiran. Renungan yang menakutkan. Seperti nak makan orang je! Rambut tak ubah macam lelaki. Teracak macam mat punk aje. Pelik... takkan fesyen macam tu di benarkan di sekolah? Kalau smart tak pe juga. Ini macam... Aish! Aku tak patut nak fikir sejauh tu. Itu diri dia, jadi buat apa aku nak kisah kan.. Hmm rambut Riz pun pendek juga, tapi ikal cantik. Sesuai dengan wajahnya. Rasa macam nak pegang-pegang jer. Ah! Mengenangkan Ariza, hatinya tertanya-tanya lagi. Betul kah Riz sombong? Betul kah ramai orang tak suka dia? Desisnya ragu-ragu lalu menerkup muka. Satu dengusan mula kecil kedengaran.

 

                    *                   *                    *                   *                    *                    *                    *

 

Azura duduk separuh bersandar pada dinding katil sambil memangku patung Teddy Bears di atas ribanya. Dia begitu asyik membaca majalah ujang. Sesekali dia tersenyum sendiri. Lucu dengan apa yang di baca. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dan Ariza masuk diikuti oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya. Azura tersentak. Begitu juga Ariza. Dia terus memandang.

          “Eh! Awak dah balik, Zura? Saya ingatkan tiada ada orang tadi.”

          “Saya dah lama balik, Riz.” Jelasnya sambil mengangguk kepala.

Gadis itu memandang Azura. Penuh kehairan. Tidak lama, dia memandang Ariza semula.

          “Zura? Oh! Inilah roomates baru Riz. Baru sampai ke?”

          “A’ah, kak Long. Minggu lepas dia masuk. Namanya Azura. Ehm... Zura, ini kakak Riz. Rosniza. Dia form 3 kat sini.”

Azura meletakkan majalah ujang di tepi bantal lalu tergesa-gesa bangun dan berdiri di depan Rosniza. Satu senyuman manis terpancar di wajahnya.

          “Oh! Ini Azura ya. Gembira dapat jumpa Zura. Akak harap Zura dapat menyesuaikan diri dengan cepat di sini ya. Tak susah juga.” Sapanya lalu menghulurkan tangan. Turut tersenyum. Azura segera menyambutnya.

          “Terima kasih, kak. Beruntung Riz ada kakak. Ada juga tempat bermanja. Saya memang teringin nak ada kakak. Dapat seorang pun jadilah. Sunyi seorang-seorang ni.”

Rosniza senyum simpul sambil menggelengkan kepala. Pertemuan pertama sudah memberikan gambaran padanya bahawa gadis ini seorang yang manja dan agak kebudakkan. Dia memandang Ariza semula.

          “Baiklah, Riz. Kak Long nak balik dulu. Kalau ada apa-apa hal, jumpa kak Long. Kalau tak pun, tinggalkan pesanan dengan kak Ardilla. Riz kenal juga kan.”

          “Yelah, kak.” Balasnya lalu menganggukkan kepala.

          “Ingat pesanan kak Long. Nak ikut K-Do, boleh. Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Faham tu?”

Sekali lagi Ariza mengangguk. Akur.

          “Okaylah, Azura. Kita jumpa lagi nanti!” Ujarnya tersenyum lagi.

Azura tidak menjawab. Namun dia mengangguk. Ariza mengekori Rosniza menuju ke pintu. Azura kembali duduk di tepi katilnya. Pandangannya masih tidak lepas dari memerhatikan Rosniza. Melihatkan kemesraan perwatakan yang dipamerkan oleh Rosniza, tiba-tiba hatinya menjadi rindu. Ah! Alangkah baiknya kalau aku juga mempunyai seorang kakak seperti dia...

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...