Template by:
Free Blog Templates

Monday, January 18, 2010

 Warna Warni – Isnin itu Putih :)

 

 

rena

 

 

          Agaknya apa tema pemakaian anda hari ini? Merah? Oren? Kuning? Warna warni? Atau sama je setiap hari? Pakaian uniform ek… :) Kalau ikut dari keselesaan dan kesenangan, uniform lebih memudahkan sebab tak perlu nak fikir nak pakai apa hari ni, hari esok atau seterusnya. Tak perlu nak pening kepala kalau orang lain dok mengata “asyik2 warna tu jer, macam dah tak de warna lain dah.” Iyeker anda pernah melalui detik2 tuh? Ke sendiri yang rasa macam tu? :)

 

          Percaya tak bukan kita sahaja yang mempunyai keinginan pada macam-macam warna, hari-hari isnin selasa rabu pun ada warna nya tersendiri. Eh! penting gak untuk kita mengetahui supaya selari dengan alam semesta. Kenapa pulak? Yelah, supaya kita lebih mempunyai semangat dan ada dorongan semulajadi hasil dari ‘sehati sejiwa’ dengan hari-hari ni. :) Rasanya tak salah untuk saya berkongsi maklumat yang saya perolehi dari website CVT untuk kebaikan kita juga :d

 

Apa pula kaitan warna dengan setiap hari neh?

 

          Resonan bermasuk mach, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak. Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

 

          Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai

 

 

Bagaimana pula kita tahu isnin hari putih neh?

 

“Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.”

 

HARI

WARNA

FREQUENSI

ISNIN

PUTIH

0- 279 nanometer

SELASA

PINK / VIOLET

380- 489 nanometer

RABU

BIRU

490- 544 nanometer

KHAMIS

KUNING / OREN

555-729 nanometer

JUMAAT

HIJAU

545- 554 nanometer

SABTU

MERAH

730- 780 nanometer

AHAD

HITAM

0- 279 nanometer

 

images

Hari isnin dan putih.

 

Ini hasil kajian yang melihat dominasi vibration setiap hari. Kenapa pulak putih neh? Kalau tak silap saya, apabila semua warna bersatu ia akan menjadi warna putih semula. Ini bermakna putih melambangkan kesucian yang mempunyai maksud lebih mendalam bagi kesatuan seluruh warna. Putih mempunyai kekuatan yang terus menerus daripada sumber tenaga Ilahi. Apabila tercemarnya putih maka tercemarlah warna-warna kehidupan yang lain. Rahsia putih ini sebenarnya memegang rahsia air yang bening dan jernih.

 

          Putih adalah warna asas yang cukup berperaturan. Hanya dengan kesucian jiwa dan semangat yang kuat dalam menempuh kehidupan dengan penuh kepercayaan didapati mampu memelihara kekuasaan ‘putih’ agar sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Kelesuan, tidak bermaya, hilang kepercayaan diri dan arah tujuan kehidupan adalah masalah yang paling ditakuti dalam memelihara kesucian kerohanian.

 

          Selain itu, ‘Putih’ adalah warna kederiaan yang merangsang semua sistem kederiaan yang lain. Ini bermakna ‘putih’ memberi kesan yang besar kepada sistem hormon dari kawalan berbagai penyakit. Warna ‘putih’ yang menguasai peranan Kelenjar Pituitari menerima apa sahaja warna-warna yang bermaklumat untuk dianalisa secara bijaksana sebelum dihantar kepada Kelenjar Pineal yang lebih bersifat merestui dan mengesahkan. Warna ‘putih’ ini akan terpantul semula dalam bentuk yang lebih menggetarkan agar maklumat dapat ditukar bentuk kepada bahagian-bahagian sasaran yang dikenal pasti memerlukan tenaga itu. Kuasa intelek yang ada pada warna ‘putih’ ini tidak harus melakukan sebarang kesilapan dalam mengenal pasti bentuk maklumat yang terkandung di dalamnya.

 

          ‘Putih’ dapat dicorakkan warnanya kepada pelbagai bentuk kegunaan yang wajar dan memberi manfaat. Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal  dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

 

          Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

 

          Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

 

Warna putih untuk hari Isnin ni panjang sedikit dari hari yang lain. Jadi next entry saya cerita pasal hari lain pula :d

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...