Template by:
Free Blog Templates

Sunday, November 20, 2011

 ~Hati & Perasaan.. Part 1 ~


2458639005_a7f4ed4420
~ Mood ketika ini : sedikit blushing.. Segan kut kalau bab feeling2 ni.. Hehe! ~

          Rasanya.. Inilah kali pertama agaknya saya membicarakan soal cinta & persahabatan dalam blog ni. Ade sedikit malu… segan… serba salah… macam2 perasaan yang wujud bila ingin memperkatakan soal ni. Bukan apa, cuma seperti membuka buku lama aje. Ehehe!

          Ehmm… Orang selalu kata cinta itu indah… Bila kita perhatikan wajah orang yang in love ni, 1 perkara yang saya perasan adalah matanya. Sinar matanya berbeza. Begitu juga kalau kita tengok mata orang yang tengah ‘frust'. Sinar matanya juga berbeza. Cinta itu indah, tapi ia juga menyakitkan.. Memilukan hati.. Itulah lumrahnya..

“Maafkan saya… saya memang nak menjauhkan diri dari awak.. sebab saya tahu siapalah saya dan saya akui ada lelaki yang lebih hebat dari saya untuk berkawan dengan awak..”

          Bila membaca ayat ni… my feeling? Speechless sekejap.  Actually sedikit sebak kerana saya kehilangan lagi seorang kawan yang saya anggap sahabat. Seperti karakter anime ni, saya susah untuk rapat dengan orang. Mungkin juga sebab saya ni pendiam, jadi orang menganggap saya ni susah untuk didekati.. Apatah lagi untuk difahami..

“Awak..  saya minta maaf. Saya terima keputusan keluarga untuk berkahwin dengan sepupu saya. Walaupun awak tak cakap, tapi saya tau awak sayang saya seperti saya sayang awak..”

          Teringat pula bila mendengar ayat ni.. My feeling? Sekadar senyum, sedangkan dalam hati… hanya Dia saja yang tahu. Tak pasti berapa kali saya lalui pengalaman ni. Mungkin ini kelemahan saya. Bila saya sayangkan orang tu, minat ke.. suka ke.. Apa2 saja perasaan saya tika itu, saya tak mampu nak cakap. Pun speechless. Terus terbenam jauh di sudut hati saya. Hanya mampu melihat dan mendoakan kebahagiaannya.

Persahabatan…


l
(to be continue…) Mood mengantuk.. Ehemm! Smile

Read More...

Friday, November 11, 2011

 Sekadar Nukilan…

 

 

          Sedar tak sedar, rupanya tahun 2011 dah nak sampai penghujungnya. Last updated masa bulan puasa tu, sehinggalah Hari Raya Haji pun dah berlalu. Actually, terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama, tapi bila jari jemari ni mula menyentuh keyboard, fikiran terus melayang dah sudahnya… klik butang start dan shutdown pc..

 

Ami-Mizuno-sailor-mercury-ami-mizuno-24728957-480-362~ Mood tengah menulis ketika ini… ~

 

          Life must go on.. Itu yang selalu orang perkatakan, walaupun kite terpaksa berlakon pada orang lain. Terasa entry kali ini ingin meluahkan perasaan, tapi.. Gosh! I’m losing my miracle gifted to write.. My miracle word to say.. Seems like I’m speechless.. Sad smile Tapi terlalu berat untuk ditanggung dalam hati. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahNya. I’m sorry for giving u a hardest time in your life. I’m just an ordinary person who just follow my heart say even I do realize how I hurt your heart. Saya bukanlah bermaksud nak menyakiti, cuma terasa saya perlu buat begitu. I have my own reason that I can’t share with U. Actually.. keputusan yang saya buat ini terlalu berat, tapi demi melihat awak bangkit semula seperti dulu.. Seperti yang mula-mula saya kenali dulu…Saya harus. Bukan kerana saya mengejarkan silam saya, tetapi kerana diri saya sendiri.

 

          Ada orang mengatakan bila kita membuat keputusan yang sukar dan telah melukakan hati  orang lain, kita akan bahagia. Kita akan gembira. No!!! Itu tidak benar, kecualilah orang tu tidak mempunyai hati dan perasaan. Sebenarnya… Kite merasa lagi sakit.. Lagi sedih kerana mengenangkan orang yang telah kita lukai. Lagi banyak persoalan yang menghantui fikiran sehingga… Tak taulah berapa kali saya hampir accident kerana kecelaruan ini. Tapi demi melihat orang yang mengambil berat pasal kite tabah… Sememangnya kite tau apa yang perlu kite lakukan bukan… Smile

 

 

Read More...

Tuesday, August 23, 2011

 ~ Wujudkah Peluang Apabila Kehilangan? ~

 

 

         

animi2

         

 

 

 

          Kadang-kadang kita ni boleh terleka dari apa yang telah kita perolehi. Kita merasakan kita telah memilikinya, maka kita tidak perlukan apa-apa selepas itu untuk menjaga. Apabila sudah kehilangan, barulah kita tercari-cari dan rasa menyesal kerana tidak menjaga sebaik mungkin semasa masih ada.

          Kehilangan sesuatu yang dimiliki bukan setakat kebendaan, tapi juga sesuatu yang terlalu bernilai, misalnya seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita. Mungkin kehilangan untuk selamanya atau hanya di dunia ini.

 

         “Aily, pernah kah kau kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidupmu?”

         “Pernah. Tapi bukanlah kehilangan untuk selamanya. Kenapa kau bertanya?”

          “Aku ingin meluahkan sesuatu kalau kau tidak keberatan. Boleh kah?”

          “Ceritalah. Aku sedia mendengarnya.”

          “Pagi tadi aku ditanya oleh seseorang yang ku sayang kenapa aku berubah selepas kami berpisah. Dia kata dulu aku tak macam ni. Dia kata dulu aku begitu susah untuk menerima pelawaannya. Kalau dia ajak aku balik kampung, aku selalu suruh dia balik seorang. Kalau dia mengadu apa-apa, aku selalu buat endah tak endah membuatkan dia rasa keseorangan. Setiapkali dia perlukan teman, aku selalu mengadu penat. Selalu biarkan dia seorang-seorang. Tapi selepas kami berpisah, dia terasa aku berubah sangat.”

          “Kau rasa kau memang berubah ke?”

          “Entahlah, aku pun tak tahu.”

          “Aku nak tanya kau. Adakah kau masih sayangkan dia?”

          “Dari dulu sampai sekarang, aku memang sayangkan dia, Aily. Aku terlalu sayangkan dia sehinggakan aku sanggup buat apa saja untuk dia.”

          “Kalau kau begitu sayangkan dia hingga sanggup buat apa saja untuknya, kenapa kamu boleh berpisah?”

          “Dia kata dia terasa keseorangan dan kesunyian. Mungkin juga aku bersalah kerana telah mengabaikan dia dalam masa aku sibuk memikirkan apa yang terbaik untuknya. Aku silap kerana membiarkannya. Aku ingatkan apa yang telah aku berikan selama ini sudah cukup untuk menjamin perhubungan kami, tapi aku memang salah.”

          “Cara kau bercakap tu seolah-olah kau menyesal dengan apa yang kau lakukan dulu. Mungkin sebab itu kau berubah. Mungkin kau ingin menawan hatinya semula.”

          “Aku tak mengharap apa-apa, Aily. Dia sudah pun ada pengganti. Mustahil dia nak terima aku semula. Dia pun sendiri cakap macam tu.”

          “Kalau kau tak mencuba, macam mana kau nak tau. Cubalah sampai kau betul-betul dah give up. Dia masih sayangkan kau tak?”

          “Dia cakap dia masih sayangkan aku. Dia juga cakap bukan senang untuk dia lepaskan aku. Sedikit sebanyak sedikit perasaannya masih ada padaku. Tapi dia tak boleh buat apa-apa. Dah terlanjur kata sama ada pada aku ataupun yang baru itu.”

          “Mungkin itu tandanya kau masih mempunyai harapan untuk berbaik-baik semula dengan dia.”

          “Entahlah, Aily. Aku pun tak tahu. Dulu aku memang jarang nak meluangkan masa bersamanya. Dia tengok TV, aku tidur. Aku masak tapi kadang-kadang dia makan seorang. Tapi sekarang ni aku rasa lain sangat. Bila dia tiada di depan mataku, aku rasa gelisah sangat. Rindu sangat nak menatap wajahnya, padahal dia bukanlah hensem sangat pun! (ujarnya sambil ketawa, tetapi ku lihat kelopak matanya sudah mula bertakung.)

Aku terdiam.

          “Semasa kami mula-mula berpisah, aku rasa bagai nak gila. Siang malam aku menangis. Bercakap sorang-sorang. Hatiku benar-benar kosong seolah-olah aku hilang arah. Tak boleh nak tidur. Selera makan pun terus hilang. Dalam seminggu dua, aku langsung tak makan sampai susut macam ni. Aku asyik menyalahkan diriku kerana tidak menjaga dia dengan sebaiknya.”

          “Kau janganlah sampai macam tu sekali… Itu menyiksa diri namanya.”

          “Aku tahu, tapi aku memang tak boleh tahan. Aku tak dapat terima kenyataan yang aku dan dia dah putus. Setiap hari aku berdoa agar perasaanku padanya hilang sama sekali. Kalau tidak pun, Ingatanku tentangnya dihapuskan. Biar aku mengenali dia sebagai orang baru tanpa apa-apa perasaan sakit lagi dalam hatiku. Kalau kau boleh gambarkan bagaimana hatiku ketika itu, Aily… Memang sakit yang teramat! (Aku melihat air mata mula membasahi pipi. Suaranya turut berubah.)

 

          “Jadi, bagaimana pula dia boleh kata kau berubah?”

          “Aku jarang bertemunya lagi selepas itu. Tapi setiapkali kami berjumpa, Aku rasa ingin selalu berada disisinya. Duduk didepannya semata-mata ingin melihatnya. Ingin selalu berkepitlah. Tak ingin berjauhan. Entah kenapa segalanya tentang dia, aku ingin mengambil berat. Kalau dia ada, barulah seleraku terbuka untuk makan. Kalau tidak, tiadalah. Hari-hari aku rindukan dia, ingatkan dia..”

          “Seperti kau jatuh cinta padanya semula?”

          “Ya, Aily. Perasaanku seperti masa mula-mula dilamun cinta. Aku tak tahu kenapa. Aku cuba membencinya dengan mengingatkan apa-apa yang pahit tentang dia. Aku selalu meminta padaNya agar aku dapat melupakan dia. Di hilangkan ingatan agar aku dapat memulakan hidup baru tanpa perasaanku padanya lagi. Tanpa perasaan sedih terluka ini lagi. Tapi apa yang aku rasa sekarang ni, semakin kuat perasaanku padanya. Semakin kuat keinginanku untuk bersamanya.”

          “Bagaimana kau nak bencikan dia, sedangkan dia masih sayangkan kau.. Dalam hatinya masih tidak mahu melepaskan kau sepenuhnya..”

          “Habis, takkan aku nak macam ni… Bila dah berjauhan, barulah aku sedar betapa aku terlalu sayangkan dia. Aku tidak boleh berjauhan dengannya.” (Tidak putus-putus dia mengesat air matanya yang mengalir deras. “

          “Bersabarlah.. Di sebalik semua ini, pasti ada hikmahNya. Mungkin kamu berdua masih ada jodoh. Sebab itulah dia masih tidak dapat melepaskan kau sepenuhnya,”

          “Mustahil lah, Aily.. Dia dah ada orang lain. Tak mungkin dia nak melepaskan orang tu.. Aku pun tak pasti sama ada dia benar-benar masih sayangkan aku ataupun sekadar ingin menjaga hatiku saja. Itu kata-katanya saja. Bukan sekali dua dia menipu aku. Aku tahu semua itu, tapi entahlah…”

 

          “Itu… aku tak dapat cakap lah. Dia lebih mengetahui apa yang berlaku selepas ini. Tapi apa yang aku rasa, mungkin Dia memberikan peluang ini untuk kau membetulkan kesilapan lalu. Peluang untuk kau dan dia sama-sama memperbaiki hubungan. Andai kata Dia mengabulkan doamu dengan menghilangkan ingatanmu terhadap dia atau kau terus melupakan dia, kau rasa dia boleh terima ke keadaanmu? Tentu dia pun rasa terluka kerana orang yang masih disayangi, tiba-tiba tiada perasaan padanya. Seumpama kau hanya mimpi bagi dia, sedangkan hakikatnya kau dan dia mempunyai banyak kenangan bersama.”

          “Aku tak tahulah, Aily. Mungkin aku yang dikenalinya sekarang ni pun dah menjadi orang baru. Kalau tak, tentu dia takkan cakap aku dah berubah.”

          “Kalau berubah kepada sesuatu yang baik, tak ada masalah. Mungkin dia pun serba salah sekarang ini. Siapalah tahu kan. Cuma itu sajalah. Dia memberikan peluang kedua ini, jadi kau gunalah dengan baiknya. Sama ada hatinya terbuka kembali pada kau atau tidak, terpulanglah pada Dia. Kalau bukan untuk dia, mungkin kau boleh jadikan pengajaran sekiranya kau bertemu dengan yang lain.”

          “Tapi aku terlalu sayangkan dia, Aily.. Sekadar membayangkan untuk kehilangan dia pun sudah cukup membuatkan hatiku terluka sangat..”

          “Jujurnya kau masih mengharapkan dia kembali pada kau, bukan?”

          “Aku tak boleh tipu diri aku, Aily. Aku sentiasa inginkan dia kembali walaupun dia telah banyak melukakan hatiku. Tapi aku tak boleh mengharap juga. Walaupun mungkin dia kata sayang pada aku, tapi sayang bagaimana pun aku tak tahu. Mungkin dia sayang tapi belum tentu ada tempat lagi di hatinya kalau dia dah ada orang lain. Aku cuma mampu berdoa supaya masih ada ruang untukku di hatinya.”

 

          Aku tidak berkata apa-apa lagi, sebab aku sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk memujuk hatinya. Tangisannya memang menyentuh hatiku. Sayu hatiku membuatkan aku hampir-hampir turut menangis. Dalam hatiku mengatakan dia cukup bertuah kerana Tuhan memberinya peluang kedua untuk membetulkan kesilapan pada orang yang sama. Tanpa dia sedar, dia telah berubah untuk menghargai setiap detik yang dia ada untuk bersama dengan orang yang dikasihi walaupun dia tahu kemungkinan untuk dia menawan hatinya semula cuma 50-50.. Itu dia yang telah diberikan peluang, tapi bagaimana agaknya pada mereka yang Tuhan tentukan takkan ada peluang untuk mendapat kembali apa yang telah dimiliki? Ataupun peluang telah diberikan, tetapi tidak mahu mengambil kesempatan itu untuk memperbetulkan keadaan. Atau mungkinkah peluang itu langsung tiada kerana ditakdirkan seseorang itu telah pergi selama-lamanya? Tidak kiralah pada siapapun…

 

          Adakalanya peluang itu datang sekali. Adakalanya juga peluang itu datang berkali-kali. Belum tentu apa yang dimiliki akan kekal jika tanpa usaha untuk mengekalkan. Sekadar menghargai kehadiran namun jika tidak tahu menjaganya, juga tidak memadai.

Untuk diriku.. Semoga peluang sentiasa ada padaku andainya aku telah tersalah langkah.. Smile

Read More...

Monday, July 25, 2011

 Secebis Kasih Dalam Kenangan…

 

image040

 

 

“…sayangku… tahukah kau di dalam hatiku ini

tersimpan perasaan cinta yang suci

kau bunga.. inginku suntingmu menjadi milikku

lantas ku abadikan dalam jiwaku…

sayangnya harapan yang selama ini ku bawa

hancur berkecai musnah jua akhirnya

semuanya bagaikan sebuah mimpi…”

 

          Aku mengenali Haiza dalam satu kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh jabatanku. Sebelum ini aku selalu mendengar cerita-cerita tentang dirinya dari jabatan lain. Rakan-rakanku selalu memuji akan dirinya membuatkan aku benar-benar ingin bertemu dengannya. Aku ingin mengenalinya dan menilai sendiri kebenaran yang disebarkan oleh rakan-rakanku.

 

          Takdir menentukan aku bertemu juga dengan Haiza. Pada ketika itu aku telah mempunyai kekasih, tetapi hubungan kami di ambang retak menanti belah walaupun aku telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Haiza memang tahu perkara itu tetapi tidak pernah sesekali untuk mengeruhkan keadaan. Sebaliknya dia terus memberi sokongan agar aku memperbaiki hubungan.


          Dalam diam aku mula menyukai Haiza. Sepanjang kursus itu, aku cuba untuk menarik perhatiannya. Namun aku gagal kerana Haiza juga sudah mempunyai kekasih hati. Tapi aku tidak peduli. Semasa ujian praktikal, aku berpeluang untuk duduk di sebelahnya. Peluang inilah ku gunakan sebaik mungkin untuk menatap wajahnya yang ayu. Seindah wajah secantik bahasa. Ah! Aku benar-benar jatuh cinta padanya…  Aku pasti sesiapa yang dapat memiliki hatinya adalah orang yang cukup bertuah.


          Aku benar-benar tidak dapat melepaskan kepergiannya di akhir kursus. Aku takut tidak dapat berjumpa dengannya lagi, tetapi Haiza berjanji akan terus menghubungiku sebagai kawan. Aku tak boleh menganggap begitu, tetapi aku akur. Mungkinkah dari kawan akan beralih kepada percintaan..?


          Setahun berlalu, aku dan kekasihku sudah membawa haluan masing-masing. Sepanjang tempoh itu juga, Haiza menunaikan janjinya sebagai kawan. Setiap kali Haiza datang ke daerahku, kami berjumpa dan akhirnya aku meluahkan perasaan yang ku pendam. Tetapi Haiza menolakku kerana dia sudah bertunang. Oh! Aku kecewa, tetapi aku takkan berputus asa. Aku akan tetap mencuba untuk menawan hatinya…


          Tidak lama Haiza berpindah kerja ke daerahku. Aku semakin kerap bertemu dan menghubunginya. Cintaku padanya semakin mendalam. Aku tahu kesungguhanku telah membuatkan hatinya tersentuh kerana dia pernah berkata… “ andainya aku bertemumu sebelum dia, mungkin aku telah jatuh cinta padamu. Tetapi aku tidak boleh menduakan kasihku padanya. Dia cintaku yang kekal…”. Mendengarkan itu, aku kecewa lagi tetapi aku akur. Demi cintaku padanya, aku pasrah untuk menjadi kawan baiknya.


          Hari-hari terus berlalu, aku tidak dapat membohongi diriku lagi. Aku merayu padanya agar menerimaku juga walaupun diibaratkan ‘kekasih gelap’. Aku tahu aku salah kerana mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi bersama tunangnya, tetapi aku benar-benar tidak mampu untuk menangung kasihku padanya. Aku terlalu menyintai dirinya.


          Namun takdir tidak menyebelahi aku. Tunangnya tahu akan kehadiranku. Haiza dipukul tetapi tidak mahu melepaskan. Aku tidak tahu berapa lama perkara ini berlarutan kerana Haiza tidak menceritakan padaku. Kerana cintaku, Haiza tersepit antara kawan dan tunang. Akhirnya Haiza terpaksa melepaskan aku kerana kasihnya pada tunang walaupun dia dilukai. Sekali lagi aku kecewa. Demi untuk melihat Haiza bahagia, aku membawa cintaku berkelana. Kerana aku terlalu menyayanginya, aku tidak sanggup dia menangis lagi.


          Beberapa tahun telah berlalu, namun cintaku masih tidak berubah. Aku cuba untuk menerima orang lain, tetapi semuanya tidak kesampaian. Bagiku Haiza adalah cinta sejatiku. Mungkin aku telah menutup pintu hatiku selain Haiza, tetapi aku tidak menemui seseorang yang setanding dengannya. Cintaku padanya kan ku bawa hingga ke mati. Adakalanya aku menghubunginya sekadar bertanya khabar. Dia telah berkahwin tidak lama selepas kejadian itu. Mungkin dia kini bahagia bersama insan kesayangannya. Aku cuma dapat berdoa agar suaminya akan menjaga Haiza sebaiknya kerana dia insan kesayanganku.


          Namun kebahagiaan Haiza tidak berkekalan lama. Suaminya melepaskan Haiza kerana orang lain. Aku benar-benar terkejut. Tergamak suaminya meninggalkan Haiza yang cukup baik padanya. Di mataku Haiza mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang wanita. Apa lagi yang kurang pada Haiza, aku sendiri tidak faham. Kerana Haiza masih menganggapku sebagai kawan baik, dia menghubungiku bukan kerana ingin merayu cintaku, tetapi kerana dia terlalu terluka dan memerlukan sokongan untuk bangkit semula. Aku benar-benar sedih, tetapi aku rasa bersyukur kerana mungkin inilah peluang yang diberikan padaku untuk mendapatkan kembali cintanya padaku.Tetapi ia tidak semudah itu untuk Haiza menerimaku. Dia masih mengharapkan kasih suaminya untuk kembali. Aku tidak bersetuju, tetapi aku akur kerana itu hatinya. Aku cuma berharap dia akan kembali seperti dirinya yang ku kenal sebelum ini.


          Saban hari aku menghubungi dengan harapan dia dapat merasai keikhlasan cintaku padanya. Aku mula merasakan senyuman dalam setiap perbualanku, tetapi dia masih menganggapku sebagai kawan. Aku tidak pernah berputus asa kerana aku benar-benar ingin membahagiakan dia dengan kasih sayangku.


          Pada suatu hari, entah kenapa tiba-tiba hatiku resah sangat untuk menghubunginya. Namun bukan Haiza yang menyambut panggilanku, tetapi rakan sejawatnya. Tika itu, jantungku luluh bila mendengar Haiza telah dimasukkan ke hospital kerana terjatuh di pejabat. Dia pengsan. Barulah aku sedar bahawa selama dia ditinggalkan suami, hidupnya tidak seceria dulu. Aku silap kerana menganggap senyum tawanya ketika bersamaku menggambarkan kelukaan hatinya telah pulih. Rupanya itu cuma lakonan kerana tidak mahu aku bersedih, sedangkan pada ketika itu aku mula menyakini bahawa Haiza akan menerima cintaku semula.


          Aku bergegas ke hospital dan betapa luluhnya hatiku bila melihat keadaannya. Wajah ayunya cengkung, tubuhnya susut… dan akhirnya air mata lelakiku jatuh juga di situ. Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Aku betul-betul menangis bila mengetahui cinta hatiku akan pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Bertambah tangisanku melihat dia masih tersenyum bila memandangku dan meluahkan perasaannya…

 

“ …Maafkan aku kerana tidak dapat menerima cintamu walaupun aku tahu betapa dalamnya kau menyintaiku selama ini. Kau memang lelaki yang baik, tetapi aku tidak melupakan suamiku walaupun dia telah melukakan hatiku sebegini. Kasihku padanya terlalu mendalam dan biarlah sehingga akhir hayatku. Maafkan aku kerana telah banyak melukakan hatimu. Percayalah… Aku sayangkan kau kerana kau sahabat sejatiku. Aku harap kau akan menemui seseorang yang dapat membahagiakan dirimu…”


          Aku menangis semahunya kerana itulah kata-kata terakhir yang ku dengar. Aku tidak peduli lagi dengan orang sekelilingku bila aku memeluknya erat untuk kali terakhir. Itulah kali pertama aku menyentuhnya. Aku bagaikan tidak percaya bahawa sehingga akhir hayatnya pun aku masih tidak dapat memiliki kasihnya. Harapanku untuk hidup bersamanya telah berkecai. Aku benar-benar terkilan. Dalam hatiku menyalahkan suaminya kerana menjadi penyebab cinta hatiku pergi dalam kesedihan. Aku takkan memaafkan suaminya kerana telah mensia-siakan Haiza, dan itulah yang ku lakukan apabila dapat menghubungi suaminya itu. Selama ini aku percaya suaminya akan membahagiakan Haiza bila Haiza tetap memilihnya, tetapi apa yang berlaku Haiza telah dikecewakan. Hatiku benar-benar terluka.


          Kini hampir 20 tahun berlalu sejak Haiza meninggalkan aku. Aku masih tidak dapat melupakan dia. Apatah lagi untuk mencari penggantinya. Cintaku biarlah ku bawa hingga ke mati. Walaupun hanya seketika, tetapi bagiku dialah insan teristimewa yang pernah hadir dalam hidupku. Haiza telah membahagiakan aku dengan kasih sayangnya sebagai kawan. Apa yang ku dengar, suaminya juga tidak bahagia selepas pemergian Haiza. Mungkin inilah balasan di atas apa yang telah dilakukan pada Haiza. Kebahagiaan yang dibina di atas penderitaan orang lain takkan berkekalan lama. Aku pasti akan itu.


          Walaupun begitu, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekurang-kurangnya aku dapat juga merasai secebis kasih Haiza yang terus menyinari hatiku sehingga kini. Aku tidak pernah melupakan segala kenangan bersamanya. Semoga roh cinta hatiku ini akan tenang dan sentiasa mendapat rahmat di sisi penciptaNya… Amin!


“… Belum tentu apa yang dikejar akan menjanjikan kebahagiaan. Belum tentu juga apa yang kita tinggalkan akan menambah kebahagiaan. Mungkin dia bukanlah yang terbaik, tetapi belum tentu juga apa yang kita cari lebih baik dari itu. Apa yang penting, sayangilah dan hargailah mereka yang telah banyak berkorban dan menyayangi kita sepenuh hati sebelum terlewat…”

Read More...

Saturday, July 2, 2011

 Diaries ~ A Loves Monologue II

 

 

animi2

    

 

 

 

 

Dear Diaries,

I know we’ve been together for a long time

for a long years had past

our memories and our life history

will U realized it..

how can I forget U while U were half of my life?

 

Dear Diaries,

I know U’re far away from me

I do realized that I can’t always stay beside U

But we’d promised to understand

even though we’re apart

our heart still close together

always one in our dreams and pray

always hope to be together till the end

 

Dear Diaries,

But it was before..

before U know that times can change our life

U always hope that I’ll never leave U

Yes! I do promise U that I’ll never leave U

always stay wherever U needed

always keeping U in my heart

anything will do for Ur happiness…

 

Dear Diaries,

All of this because I always loves U

to seeing U smile

but today…

do I still loves U, my friend?

after for what U’ve done to me

or do I still become someone precious in Ur heart?

when U’re in a wonderful way…

 

Dear Diaries,

Maybe I’ve change

when I can’t stay as I used to do

maybe I also have changed

when I can stand alone without U

I know..

U used to become my courage, my support..

but its all just memories now

 

Dear Diaries,

Forgive me if I was changed

I still love and remember about U

I always hope that I used to know U as before

but..

I’m aggrieve because of U

I could not afford to hurt myself again

I’m sorry..

if I had to hurt Ur heart

 

Dear Diaries,

Maybe that’s enough for me to hurt myself

to feeling frustrated all the time

I never ask how’s Ur feeling to me

but still keep in Ur heart and mind

I’ll always love U like I promise U before

and I’ll never forget U as U’re part of my life

 

Forgive me for hurting Ur heart…

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...