Template by:
Free Blog Templates

Sunday, December 6, 2009

 Memori Selamanya ~ Satu part 2 ~

100px-Ami_glasses

 

 

 

 

Pintu Dorm G24 dibuka luas. Salmah masuk lalu meninjau keadaan bilik itu. Suasana yang agak selesa. Pn. Surina mengikut En. Abd. Halim dari belakang. Mereka kemudiannya meletakkan beg serta barang lain di tepi almari. Azura terpaku seketika di depan pintu. Kagum. Wah! Kemasnya bilik ni...

          “Inilah bilik Nur Azura. Bilik ni cuma didiami oleh dua orang saja. Roomates Nur Azura dah lama tiba. Pelajar Form One juga. Mungkin dia ada di dewan sekarang. Jadi, kalau ada apa-apa masalah dengan perabot dalam bilik ni, sila beritahu saya ya.”

Azura mengangguk. Faham.

          “Baiklah, kak.”

Salmah membuka failnya semula. Kemudian mencatatkan sesuatu sebelum menutupnya semula.

          “Nur Azura kemas-kemaslah barang tu dulu. Malam ni ada program di dewan. Kalau tak sempat, Nur Azura tak perlu pergi. Lagipun esok dah mula kelas kan.”

          “Ye kak. Terima kasih.” Azura mengangguk saja walaupun dia sendiri tidak tahu ada kelas ke tidak.

Salmah mengangguk.

          “Baiklah. Kalau dah tak ada apa-apa, saya pergi dulu.” ujarnya lalu beredar keluar dari bilik itu.

Pn. Surina hanya tersenyum. Azura masuk lalu duduk di birai katil yang masih kosong. Berdekatan dengan pintu bilik. Dia kemudiannya meletakkan beg sandang jenis haversack hitam di atas katil.

Pn. Surina dan En. Abd. Halim menghampiri.

          “Nampaknya, bilik ni boleh tahan. Selesa. Mama puas hati. Cuma yang tak selesanya, mama belum jumpa roomates Zura lagi. Mama nak lihat juga macam mana orangnya.”

En. Abd. Halim memegang bahu Pn. Surina. Cuba mententeramkan perasaan isterinya yang diburu seribu kebimbangan.

          “Jangan risau, Ina. Papa yakin, roomates Zura mesti mempunyai perwatakan yang baik. Tengok saja bilik ni. Selesa dan rasa tenang saja.”

          “Ehm, harap-harap macam tu lah. Taklah kita risau sangat dengan anak kita ni. Sekurang-kurangnya kalau Zura ada masalah, ada juga yang tolong nanti.”

En. Abd. Halim mengangguk. Setuju. Azura merapati Pn. Surina. Masih bimbang.

          “Mama janganlah terlalu yakin sangat. Zura pun tak tahu lagi macam mana orangnya. Entah-entah garang.”

Pn. Surina memaut bahu Azura. Senyum.

          “Tak ada masalah kalau dia garang sekalipun. Mungkin hati dia baik. Yang penting sekarang, Zura mesti pandai bergaul. Bijak memilih kawan. Jangan sampai tersalah pilih kawan. Itu lagi susah. Faham tu?”

Azura mengangguk.

          “Yelah.”

          “Eh! Dahlah Bang. Dah lewat ni. Nanti balik pula budak-budak tu. Payah pula nanti.”

Azura segera bangun. Raut wajahnya terus berubah. Enggan berpisah. Juga takut.

          “Mama abah, janganlah balik dulu. Zura takut la kat sini...”

Pn. Surina menggelengkan kepala.

          “Zura.. Mulai sekarang Zura kena belajar hidup seorang. Kena berdikari sendiri. Cuba menghadapi dan selesaikan masalah. Tak boleh nak terus bergantung pada mama dan abah. Sampai masa nanti pun Zura tetap kena berusaha sendiri juga. Jadi, belajarlah dari sekarang ya.”

          “Tapi abah...”

          “Betul kata abah tu, Zura. Zura kena berusaha. Mama dan abah dah nak balik ni. Ingat Zura. Jaga diri baik-baik selalu. Jangan mudah terpengaruh pada perkara yang tidak baik. Kalau ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, jangan lupa bagitau mama. Belajar baik-baik. Nanti bila ada peluang, mama dan abah akan datang melawat. Okay?”

Azura mengangguk faham. Akur. Kelopak matanya mula bertakung. Berubah menjadi kemerahan. Pn. Surina menggelengkan kepala. Tahu. Nampaknya, hujan dah nak turun. Kalau lama-lama lagi di sini, tentu hujan turun lebat. Tak pasal-pasal banjir pula tempat ni...

          “Zura, mama dan abah balik dulu. Lepas ni kemas barang tu. Masukkan dalam almari. Jangan biarkan barang-barang tu berselerak.”

Azura mengangguk lagi. Dia terus memeluk Pn. Surina. Jernihan mutiara yang bertakung itu mula membasahi baju Pn. Surina. Pn. Surina mengelus rambut Azura Lembut. Anak mama! Kemudian Azura bersalam dan mencium tangan En. Abd. Halim. Tanda hormat.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...