Template by:
Free Blog Templates

Saturday, December 12, 2009

 Memori Selamanya ~ Satu Part 3 ~

 

100px-Ami_glasses

 

 

 

 

Air matanya terus gugur membasahi pipi bila melihat kedua ibu bapanya beredar keluar dari bangunan aspuri. Dia terus memandang dari tingkap bilik sehingga Pajero hitam milik En. Abd. Halim keluar dari perkarangan sekolah dan kemudian hilang dari pandangan. Tika itu dia mula merasakan kekosongan dalam hatinya. Kesunyian.

 

Azura kembali duduk di birai katilnya. Dia mengesat saki baki jernihan yang membasahi pipi. Perasaannya meruntun. Mama... abah... Zura rasa seorang. Zura tak biasa bersendirian... sedunya sendiri. Sedikitpun dia tidak menduga, kini dia terpaksa berjauhan dari keluarga. Sedangkan selama ini, dia begitu rapat dengan ibu bapanya. Sentiasa ditemani walau ke mana dia pergi. Tapi kini, segalanya berubah. Keputusan cemerlangnya telah mengundang dia untuk ditempatkan di sekolah berasrama yang terletak jauh dari rumah. Yang pastinya, dia cuma dapat balik rumah pada waktu cuti sahaja. Bukannya cuti hujung minggu! Oh! Mudahan semuanya baik-baik saja.

         

          Dia memandang katil di sebelah. Sejenak fikirannya mula penuh dengan soalan. Ah! macam manalah agaknya roomates ku ni? Baikkah dia? Jahat kah dia? Kalau boleh, biarlah seperti yang dikata oleh mama. Baik. Mudahan roomates ku tu boleh di bawa bincang... bisik hatinya lagi. Penuh mengharap.

 

          Suara riuh rendah dari luar bilik mengejutkan Azura. Seperti sekumpulan tebuan yang berpusu-pusu kembali mengerumuni sarang. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Azura tersentak. Seorang gadis berambut pendek, memakai t-shirt putih dengan seluar tracksuit hitam masuk. Seperti budak lelaki! Namun langkahnya terhenti di muka pintu. Terkejut melihat Azura. Dia kemudiannya masuk dengan langkah yang perlahan. Matanya terus memandang Azura. Azura bingkas. Masih terpegun. Wah! Cutenya dia...

          “Hai! Err... awak student baru ke?” Sapa gadis itu setelah kaku seketika. Dia menghampiri. Berdiri di hadapan Azura.

Azura mengangguk. Dia mendongak kepala sedikit. Memandang.

          “A’ah! Awak... Eh! Maaf, ini bilik awak ke?”Tanyanya agak gugup.

Kali ini giliran gadis itu pula mengangguk kepala.

          “Ya. Ini bilik saya. Jadi, awak ditempatkan di bilik ni? Well, selamat datang. Saya Ros Ariza Helmi. Panggil saja Riz. Awak?” Ujarnya lalu menghulurkan tangan.

Azura terlopong seketika. Riz? Nama punya main cantik, tapi panggil Riz? Macam nama lelaki!

          “Saya Nur Azura Abd. Halim. Tapi, saya lebih suka dipanggil Azura,” balasnya lalu menyambut tangan Ariza. Tanda perkenalan. Dia senyum.

Tiba-tiba keduanya tersentak. Segera melepaskan tangan. Ariza pegun. Dia merenung tajam raut wajah Azura. Seperti terasa sesuatu yang lain dalam dirinya. Ah! Mungkin itu cuma perasaanku... gumamnya sendiri.

Azura bungkam. Tidak tahu nak kata apa. Salam tangan itu benar-benar meninggalkan kesan dalam hatinya. Seperti ada sesuatu dalam dirinya. Tapi... Ah! biarlah!

          “Kalau begitu, saya tak nak ganggu awak. Awak kemaslah barang-barang awak. Saya nak pergi mandi. Malam ni, kita ada program kat dewan. Awak nak pergi tak?”

Azura menggelengkan kepala.

          “Tak pelah. Mungkin saya tak pergi. Esok barulah saya datang.”

          “Ehm! Okaylah, saya pergi mandi dulu. Awak berehatlah.” Ujarnya lalu menggapai tuala biru yang tersadai di tepi katilnya. Ariza keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup perlahan.

Azura membiarkan. Dia bermenung sejenak. Mengingati semula pertemuan pertama dengan roomatesnya. Seperti ada sesuatu yang kelihatan ganjil bila bersalam dengannya. Namun semuanya hilang dengan serta merta. Di fikiran mula menggambarkan perwatakan Ariza pada pandangan pertama. Dia serius bila bercakap. Tak nampak pun senyuman yang terukir. Garang je muka. Nampak sombong! Orangnya tinggi dan cute, tapi susah nak difahami pulak! Ehm... harap-harap dia taklah begitu. Getusnya sendiri. Mengharapkan perubahan.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...