Template by:
Free Blog Templates

Friday, August 28, 2009

 Memori Selamanya ~ prologue part 1

 

amy02

 

          Suria petang mula melabuhkan tirainya. Bayu bertiup lembut. Mendamaikan suasana. Mengundang penghuni alam untuk menikmati keindahan senja dengan penuh kedamaian. Azura masih di tepi tasik. Tidak berganjak dari duduknya. Matanya terus memerhatikan pelajar lain yang begitu asyik dengan aktiviti riadah. Dia menarik nafas dalam, kemudian melepaskan perlahan. Terasa di hatinya kembali lapang. Tenang seketika.

 

Sejenak dia melihat jam di pergelangan tangan kanan. Ehm! Dah pukul 5.30 petang. Tak sangka, masa begitu pantas berlalu. Dalam tempoh sesingkat ini, telah banyak yang berlaku dalam hidupku. Suka duka silih berganti, kenangan demi kenangan terus datang bertamu dan bersemadi dalam jiwaku. Namun kenangan bersamamu... seakan baru semalam ia berlaku dan dalam sekelip mata, ia lenyap begitu saja. Tanpa sebarang kesan, tetapi ia berkubur dalam hidupku. Riz, kenapalah aku jadi macam ni? Desis hatinya berbisik.Sejenak dia terkejut dari lamunan apabila bahunya dipegang dari belakang. Segera dia menoleh. Memandang. Rosniah tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Azura. Azura membalas senyuman itu.

          “Hari dah semakin senja ni. Kau tak nak balik lagi ke?”

Azura menggelengkan kepala. Kemudian menghalakan pandangan matanya kembali ke hadapan. Memandang terus hingga ke dasar tasik.

          “Belum lagi. Nanti sekejap. Aku ingin menghabiskan masa petangku dengan melihat keindahan tasik ni. Kalau kau nak balik dulu, baliklah. Nanti aku menyusul.”

Rosniah memandangnya.

          “Tak apa, aku tunggu kau. Zura, aku tengok kau selalu datang ke sini setiap petang. Cara kau memandang tasik tu, seolah-olah kau sedang membayangkan sesuatu dari permukaan tasik tu. Aku tahu, kau teringatkan dia, bukan.”

           Azura tidak menjawab. Sebaliknya menundukkan kepala. Memandang ke bawah. Memang betul, Ros. Aku teringatkan dia. Dan aku tidak tahu kenapa aku terlalu mengenangnya... Bisiknya sendiri. Rosniah memegang bahu Azura lalu menepuk perlahan. Dia faham. Diam maknanya benar. Dan dia tidak perlu bertanya lagi.

 

          Azura membiarkan. Seketika dia memandang Rosniah, kemudian mengalihkan pandangan matanya kembali ke depan. Ingatannya kembali lagi. Rosniah. Satu-satunya rakan yang dikenali sejak sekolah menengah dulu. Meskipun dia pindah sekolah selepas peristiwa itu dan sejak itu dia tidak lagi bertemu dengan Rosniah, namun pertemuan kembali di Universiti membuatkan hubungan mereka kembali terjalin. Apatah lagi Rosniah turut rapat dengan Riz, insan yang diingati Azura. Sesungguhnya memang benar dunia ini kecil. Selagi hidup, pasti bertemu walau di mana jua berada. Hmm... Cuma Riz saja yang tak mungkin ku temui kembali...

          “Zura, aku tahu. Jauh di sudut hatimu, kau masih berharap untuk bertemu dengannya lagi bukan. Kau mahu dia kembali seperti dulu. Tapi kau tentu tahu, itu sesuatu yang mustahil. Terimalah kenyataan yang dia takkan kembali lagi.”

          “Tidak, Ros. Aku percaya pada ketentuan-Nya. Tiada yang mustahil bagi-Nya untuk berlaku.”

          “Itu memang betul, Zura. Tapi dalam hal macam ni kau tidak boleh...”

          “Jangan bimbang, Ros. Sekalipun aku adakalanya mengharap, tapi sebenarnya aku telah lama menerima hakikat yang dia sudah jauh. Aku masih boleh kawal diriku walaupun kadang-kala aku rasa sukar. Aku masih ada impian bersama Riz. Impian yang perlu ku capai.”

Rosniah memegang erat bahu Azura.

          “Zura.”

Azura senyum. Dia memegang tangan Rosniah.

          “Aku faham maksud kau, Ros. Dulu kau pernah kata padaku. Dia bukan pergi terus, tapi sentiasa hadir dalam hidupku. Kasih sayangnya sentiasa ku rasai sehingga kini. Aku takkan lupa, Ros. Aku takkan lupa semua tu.”

          “Baguslah kalau kau masih ingat, Zura.”

Azura memandang Rosniah. Masih ingat bila kata-kata itu dilafazkan padanya. Kata-kata yang diucapkan pada saat dia kehilangan sahabatnya itu. Dia membetulkan anak rambut yang menutupi raut wajahnya. Hembusan angin yang lembut.

          “Kau tentu tahu, bukan mudah untuk melupakan sesuatu. Apatah lagi tentang dirinya. Segalanya masih terpahat dalam jiwaku.”

          “Zura, nampaknya kau masih seperti dulu. Percakapan pun masih tiada bezanya.”

Azura ketawa kecil. Menggelengkan kepala. Dia kemudiannya bingkas. Berdiri.

          “Macam budak lagi ke? Hehe! Dahlah. Jom kita balik. Dah lewat ni. Solat pun belum lagi ni.”

Rosniah turut berdiri. Akur.

          “Jom lah. Eh! Esok ada Karate-Do InterVarsity Tournament. Apa kata kalau kita pergi tengok. Kau nak tak?”

Azura terpaku seketika. Karate-Do? Dulu pun aku pernah pergi tengok. Tapi waktu tu Riz yang masuk bertanding. Dan aku masih ingat lagi siapa lawannya di peringkat akhir. Riz memang hebat! Kak Farina yang lebih besar dari dia pun boleh kalah. Memang patut aku mengaguminya di kala itu! Azura senyum sendiri.

Rosniah menggelengkan kepala berkali-kali. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Azura. Tak lain... mesti pasal Riz lagi!

          “Azura!” Sergahnya mengejutkan.

Azura tersentak. Segera dia memandang Rosniah.

          “Apa?”

Rosniah mendengus nafas perlahan. Budak ni... bahaya betul! Asyik mengelamun saja! Parah kalau dibiarkan berterusan.

          “Kau memang tak boleh dibiarkan bersendirian, Zura. Dalam sekelip mata saja fikiran kau dah melayang. Aku pula yang risau dengan kau ni.”

Azura terdiam. Namun tetap mengukir senyuman. Dia kemudiannya mengatur langkah. Beredar keluar sementara Rosniah mengikuti dari belakang. Menunggu jawapan.

          “Jangan bimbang. Aku tetap pergi walaupun bukan aku yang bertanding. Sekurang-kurangnya datang untuk memberi sokongan kepada pasukan kita. Betul tak?”

          “Betul tu. Okaylah kalau begitu, kita pergi sama-sama ya. Tapi, jangan pula kau datang bila dewan dah kosong. Kau faham kan,” usiknya lagi sambil menguis hidung Azura.

Azura ketawa lagi. Dia tahu Rosniah sengaja mengusiknya dengan kisah di zaman sekolah. Pada ketika itu, Azura muncul di saat perlawanan hampir tamat.

          “Ros, Ros. Aku faham maksud kau. Tentunya kau kaitkan aku dengan peristiwa lalu kan. Jangan bimbanglah. Kali ni aku takkan buat lagi.” Janjinya sambil memegang tangan Rosniah lalu menghayunkan perlahan.

Rosniah turut ketawa kecil.

          “Tak sangka kau ingat lagi. Kuat juga ingatan kau ni,” usiknya kemudian memegang bahu kanan Azura.

          “Eh! Tengok oranglah. Ehm! Ros, kalaulah Riz pun ada dalam tournament tu kan bagus. Bersemangat sikit aku nak datang tengok. Hmm... kalaulah dia masih ada, bagaimanalah agaknya wajah dia sekarang? Tentu bertambah cute kan . Tapi, harap-harap dia masih macam dulu. Taklah susah kalau aku nak cari. Betul tak?”

Rosniah menggelengkan kepala.

          “Zura, Zura. Sudahlah tu. Jangan diangankan lagi. Kalau dia ada pun, belum tentu orang yang kau jumpa tu adalah dia. Confirm lah wajah pun dah berubah. Aish! Muka budak dgn muka sekarang mana boleh sama... ”

          “Eh! Aku sama je dengan dulu. Mana ada berubah.” Ujarnya sambil ketawa kecil. Rosniah mencuit pinggang Azura. Azura cuba mengelak. Dia terus tersenyum. Kalaulah aku dapat jumpa orang yang seiras dia...

Read More...

Friday, August 21, 2009

 Memori Selamanya ~ abstrak

 

glaami

 

Baru2 ni, saya b’temu dgn seorg rakan lama & dia b’tanya “ada tulis cerpen lagi ke?”  Semasa di asrama dulu, sy slalu mnulis cerpen. Citer pasal filem yg sy tengok, pasal bdk2 sekolah.. mcm2 lagi la. Kalu sy tidak mnulis, diorang mula tcari2.  Mula mdesak sy untuk mnulis. Kalau sy tiada idea, diorg yg tolong bagi cerita. Seronok masa tu.

 

Bila sy dh pindah sekolah, hobi tu dh mula hilang. Sibuk memanjang… Tetapi sy mula mnulis semula semasa sy berada di universiti. Ada seorg rakan meminta sy  untuk mengabadikan kisah lamanya sebagai satu kenangan buatnya. Mungkin juga sebagai pengajaran kepada orang lain yg tidak tahu mghargai apa yg dmiliki dalam hidup. 3 tahun sy berada di kolej, 5 thn sy gunakan utk myiapkan novel ini. Bukan senang untuk mnulis semula setelah lama kreativiti ini d’tinggalkan.

 

Khas buat rakan lama yg btanya… juga istimewa buat rakan yg mpercayai sy untuk mgabadikan kisahnya, terima kasih sy ucapkan. Maaflah kalau hasil pena ini tidak seindah yg diharapkan. Sy ni penulis amatur aje. :) Buat p’mulaan, sy bagi abstrak novel dulu. Step by step ikut bab sy akan tulis di sini.

 

Dedikasi Khas

Buat Insan Yang Tersayang...

... I used to say you were wonderful

now I just wonder where you are

it’s easy to say memories fade

but I’m still missing you nothing’s changed...

Tatkala ingatan dan kerinduan padamu

menggamit perasaanku,

hanya senyummu menjadi penawar rinduku,

hanya kenangan bersamamu terus mengusik jiwaku,

hanya bayanganmu

terus menjadikanku bersemangat dan berkeyakinan

dalam meneruskan impianku ini.

Ketahuilah kasih…

bersamamu adalah satu perjalanan hidupku

suatu mimpi indahku

keagungan impian

tawa dan riangmu

sentiasa menghiasi pandanganku

dan rindu serta ingatan ini

terus meyakinkanku

bahawa

dirimu tetap bersamaku

sentiasa berada di sisiku selama hayatku

sebagai satu kisah abadi

yang menjadi…

MEMORI SELAMANYA’

Read More...

Friday, August 7, 2009

 Ais oh! Ais..


Sedikit info dipetik dari satu website untuk dikongsi bersama. Maaflah ye.. Tlupe plak nak tulis. Berguna juga info ini. Saya dah try. Memang ade kebenarannya. Terutamanya bagi saya yang selalu sakit perut pagi2. Cubalah! kot2 berkesan..

Rahsia Di Dalam Ais
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

• Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.


• Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

• Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

• Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

• Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

• Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

• Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

• Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

• Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

• Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

• Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

• Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

• Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

• Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

• Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

• Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

• Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

• Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

• Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

• Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

• Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

• Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

• Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

• Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

• Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

• Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

• Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

• Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



Read More...

Monday, August 3, 2009

 Akhirnya…


Fhuh! selesai juga nak m’betulkan semula template utk blog ni… bukan senang upenye nk buat template sndiri. Base on pada 1 template asal, sy tukar ikut k’inginan sendiri. Kalu ikutkan banyak juga coding yg sy tukar, tapi sy still mletakkan kredit pada template designer yg mjadi inspirasi. Tenkiu! Tenkiu!


Susah juga sbnrnye... Mase dulu2, adela blajar sikit2 wat website guna coding2 ni. siap beli buku lagi. Best gak kalu faham. Tapi sampai skrg website entah ke mana blog plak yg siap. Hehe!

Mujurlah ade tutorial blog online. Senanglah sikit nk edit. Kbanyakan template dlm 2 column je.. Yg saye nak 3 column, pastu blh letak pic2 comei sendiri. Nak pilih wrna sndiri... demandnye... ehek!

Apapun, ni trial lagi. Lain kali sy buatlah template sndiri… (mudahan x lupe coding) huhu!

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...