Template by:
Free Blog Templates

Sunday, January 15, 2012

 ~ Tentang Perasaan :d ~

 

~ Morning ! Selamat Pagi…! :) ~

 

          Sedang berguling2 sambil mendengar Sinar.fm di awal pagi (rancangan Kisah & Lagu), tetiba mendapat idea untuk menulis entry tentang perasaan. Macam title lagu Irwansyah pula. Ahks! Seperti ada satu buku yang saya baca.. “Cinta adalah santapan rohani. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang2 putus tali. Cinta juga seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali; tidak memilih siapa yang ia sinari, namun sentiasa memberi kehangatan di hati…” Ehehe! berjiwang di pagi2 bute. Ahks!

 

          Ehmm… Ade banyak situasi yang membuatkan kita melalui, tapi tidak menyedarinya. Pernah tak kita terfikir akan merasa getaran, jiwa yang resah sebelum bertemu dengan seseorang tapi kite tak kenal pun lagi? Pernah tak kite merasa kita baru mendengar cerita tentang seseorang, tapi sudah cukup membuatkan kite berkenan pada orang tu? atau mungkin kita sudah lama mengenali seseorang, dan perasaan itu kemudian berubah? Atau mungkin kita sudah lama mengenali seseorang, tapi tiada apa2 yang berubah? Atau kisahnya kite mengenali seseorang kerana orang lain? Blind date? Bercinta dalam phone tapi terlerai bila bertemu? Atau mungkin juga pertama kali mengenali seseorang, kite sudah terasa ‘tidak boleh’?

 

 

          Ada seorang rakan berkongsi cerita… (Bila kita banyak bergaul, banyak membaca.. banyak berkongsi pandangan, pun bila melalui sendiri, cerita tu memang banyak ape. Sharing is caring. Ehhee!) Dia mengenali seseorang ni kerana telefon sesat. Biasalah dulu2.. Tekan2 punat, salah nombor rupanye.. siap bergaduh2 lagi sebab nak menyakinkan orang tu yang dia salah nombor. Namun lastly, diorang berkawan baik dan dah bercouple pun.

 

          Banyak lagi lah cerita, namun cerita yang saya tak dapat lupakan dari seorang rakan lain adalah… Bila masing2 saling merasa sebelum pertemuan berlaku. Alkisahnya sebelum bertemu tu, si A sudah merasa debaran yang sangat tapi dia tidak tahu kenapa. Si B pula hanya mendengar cerita walaupun belum tahu nama, sudah berkenan. Pertama kali si A & B bertentangan mata, masing2 dah terpaku. Kiranya loves at the first sight lah.. Hati terus berkenan tapi tak berani nak meluahkan. Cuma bagi clue2 tapi tak faham signal kut. Hahaha! (Gelakkan orang kejap). Setelah bertahun dan pelbagai kisah yang berlaku, akhirnya perasaan mereka terluah. Still loving married couple sehingga detik ini.  I’m impressed bagaimana mereka boleh bersama, berkawan seolah2 tiada apa2, menyembunyikan perasaan bertahun2 lamanya tetapi dalam masa yang sama setia. Risk tu. Sedangkan orang yang bercinta pun boleh curang or yang dah berkahwin pun boleh terlerai, inikan pula sekadar kawan. Tapi tulah jodoh mereka. :)

 

          Cerita saya.. Hobi saya selepas habis kelas petang2, (kisah di kampus) suka melepak sorang2 di Metro Mall, Kajang. Lepak di games house je. Itulah keje saya selama belajar. Ehehe! Di jadikan cerita pada satu hari tu seperti biasa saya main games. Favorite main tembak2 & racing keter. Memang teror menembak tahap cipan lah tika itu (Kusyuk sangat main sampai tak sedar ramai orang dah berdiri kat belakang. Huhu!) Masa nak keluar dari Metro tu, (nak balik lah ni..) tetiba ada orang memanggil. Staf kat game house tu rupanya. Dia nak serahkan gift game & handscarf saya yang tertinggal. Saya accept lah. Dalam cerita2 sekejap tu, dia minta num phone. Terkejutlah tapi saya bagi juga akhirnya bila dia bersungguh2 sangat. Tak de fikir sangat pun. Dalam phone tu baru dia meluahkan perasaan – dia berkenan sejak saya masuk game house tu. Cuma memerhati dari jauh je. Gelaknya bila dia suka sangat style saya menembak. Serius sangat! Haha! Tapi  saya menolak, menganggapnya adik sebab dia memang adik pun – tengah menunggu result spm ape. Syukurlah dia accept dan lepas tu kalau keluar sama pun, as adik dan kakak je. :)

 

“… Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya. Juga kepada mereka yang mempunyai keberanian & keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..”

         Madah untuk dikongsikan bersama.  Ehhh! dah panjang pula.. Terleka bila menaip sambil2 mendengar lagu. So,  saya stop setakat ini dulu. Rasa2nye… bagaimanakah kisah anda? Perasaan anda.. ? Ehhem!

Read More...

 Report Bulanan… Ahks! ~

 

          ~ Fokus2.. ehehe! :d ~

 

 

          Sudah 2 minggu berlalu selepas tahun baru 2012. So far setakat ini, everything still in the mood. Mood ‘no more regret, no more hut feeling’. Actually, memang banyak benda yang kena ketepikan. One of them is.. my own feeling. Saja menyibukkan diri, menilai kembali ape yang telah berlaku and… buat2 lupa pada perkara yang selalu dalam hati. Tak nak frust lagi. Buat masa ini, let me fall in love to myself first, pastu barulah fikir nak berkongsi perasaan dengan orang lain. Bila rasa2 ‘love’ dalam diri dah banyak sangat, barulah kite share pada perkara lain. Uiks! terlebih sudah. Ahks!

 

          Ade 2 tarikh yang still menjadi kenangan buat saya dalam bulan Januari ni. Satu 10/1/1993 – dated bila saya mula2 memasuki asrama SEMEKAR dan pada tarikh tu juga sy berkenalan dengan seseorang. Is someone special? Of course lah… Hehe! Kedua 25/1/2010 – dated bila saya kehilangan JempOt, kucing kesayangan saya. Still remember that day.. Memang sedih yang teramat setiap kali terkenang. Huhu! :(

Eh! Saya ni kalu bab2 special date, memang ingat saje. Ehhem!

 

          Dalam 2 minggu ni juga, ada beberapa perkara yang sedang & telah dilakukan. Salah satunya, saya cuba menulis kembali. Cerita ape? tunggu lah ye… Entah kenapa bila banyak masa bersedirian ni, tetiba terlalu banyak yang ingin dicoretkan. Mungkin juga itu sudah sebahagian dari sifat diri. Meluahkan perasaan melalui penulisan lantaran tidak pandai berkata2 sangat. Yeke tu… ? Ehehe! Kemudian, ada rakan meng’offer’ untuk join the club semula. Ops! Club main futsal lah. Last saya join wakil jabatan tahun 2010 di Melaka. Pastu rehat dari sebarang kejohanan kerana ‘self down’ yang amat sangat. So untuk tahun ni, mungkin ade baiknye saya menyibukkan diri dengan offer2 macam ni. Sekurang2nya.. Semangat saya beransur pulih walaupun bukan sepenuhnya.

 

 

~My hobby.. Bila dah suka mencuba resepi baru.. ~

 

          Oh! ya, saje nak menjeleskan orang yang sedang berusaha nak menurunkan berat.. Ehehe! Last friday saya menimbang berat badan lagi. 41.6kg. Ehmm… rasanya masih rendah berbanding masa saya mula2 join Navy tahun 2003 ( hampir kena reject pe sebab BMI tak cukup). Impak maksima betul dari semangat yang down! Mujurlah masa kemas almari cuti2 ni, terjumpa juga uniform keje yang kecik (tak pernah pakai sebab ketat sangat walaupun masih dalam plastik – belum pernah pakai). Bila test2, uniform tu dah jadi besar. Tak pelah, sekurang2nya tak adelah tali pinggang tu terjelir keluar. Hehe! Apapun, yang penting sihat walafiat :)

 

          Alhamdulillah.. Semua ini adalah kerana-Nya juga. Walaupun berseorangan tika memulihkan semangat, namun tanpa keizinan-Nya juga, saya takkan mampu untuk mengharungi semua ini. Sebelum ini, saya selalu memberi tempoh pada diri saya untuk pulih dalam masa 3 bulan saja. Tapi itu kerana ada sokongan. Sekarang ni, biarlah berusaha sendiri walaupun mungkin mengambil masa yang lama. Sekurang2nya kesan yang diperolehi berpanjangan. Alhamdulillah.. :)

 

Ok lah.. Setakat ini dulu ‘report’ saya untuk awal januari ni. Nanti kite bersambung lagi :)

Read More...

Sunday, January 1, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part II ~

 

       SAMSUNG

 

  “Zura, kau sudah banyak berubah. Kau bersikap dingin sekarang. Dulu kau bukan begini. Kau selalu berbual-bual dengan akak. Tapi sekarang, kau cuba mengelak dari berjumpa. Kenapa?”

 

          Azura terus mendiam diri. Seketika dia teringat akan kisah lalu. Semuanya telah hancur bila dia menyaksikan sendiri Farina mengugut Nadirah. Dia tahu, Nadirah pindah sekolah kerana Farina. Tapi, sedikitpun Farina tidak berubah. Masih menganggap diri tu baik!

Farina mendengus perlahan. Kedua bahu Azura dipegang kuat menyebabkan gadis itu terus memandang. Kejut. Bahunya sedikit bergerak. Dia terpegun memandang Farina.

          “Kak, saya tak suka dibuat begini. Kan saya dah kata saya nak balik. Kenapa pula akak nak paksa saya? Akak tak patut buat saya macam ni!”

          “Ehm! Memang betul kau dah berubah, Zura. Dulu cara kau bercakap tidak seperti ini. Tapi sekarang, kau seperti tidak mempedulikan aku lagi. Kenapa, Zura.. kenapa?” Bahasanya mula berubah.

Azura menundukkan kepalanya sedikit. Dia tahu semua yang berlaku dulu kerana desakan Liza. Bukan kerana kemahuannya. Tetapi itu betul... memang sejak hari tu aku dah berjanji yang aku takkan pedulikan kau lagi! Bentaknya sendiri. Dia cuba mengumpulkan kekuatan diri, kemudian merenung Farina. Tajam.

          “Kak, tolonglah. Jangan buat saya begini. Saya tak suka. Kalau akak nak buat dengan orang lain, saya tak kisah. Tapi bukan dengan saya!”.

Farina tersinggung. Agak kasar ungkapan kata yang dilafazkan oleh Azura. Rasa marah mulai terbit dalam hatinya.

          “Buat apa? Buat macam ni?” Tingkahnya dengan nada kasar lalu mengalihkan pegangan tangannya dari bahu dan memeluk erat tubuh Azura dengan erat.

Azura tersentak. Pergerakkannya terbatas. Terasa tubuhnya terlalu rapat dengan Farina. Nafasnya bagai tersekat. Dia kecut. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Dengan saiz tubuhnya yang kecil daripada Farina, agak sukar untuknya melepaskan diri. Melainkan dengan kuasa ajaib!

          “Kak! Tolonglah lepaskan saya! Saya betul-betul tak suka! Kalau akak rasa tersinggung dengan kata-kata saya tadi, sorry to say. Tapi saya memang tak selesa begini!” Ujarnya lagi. Tegas. Dia cuba melepaskan diri, tetapi masih gagal.

          “Kenapa? Takut?” Katanya tersenyum sinis.

Raut wajah Azura terus merah. Debaran jantungnya semakin tidak menentu. Dia terus menepis tangan Farina. Tapi seolah-olah Farina begitu bertegas dengan tindakannya. Enggan melepaskannya.

          “Takut? Sorrylah. Saya bukan penakut!!!” Dalihnya lagi. Sedangkan pada hakikatnya, di hatinya terus diselubungi oleh perasaan gementar. Seketika dia merasa menyesal kerana bercakap begitu.

Farina ketawa kecil.

          “Ye ke? Kalau aku buat begini, bagaimana? Kau berani?” Nadanya semakin sinis. Dia cuba merapatkan wajahnya ke muka Azura.

Azura tergamam. Lidahnya kelu. Cemas. Dia terus memalingkan muka lalu memejamkan matanya. Tidak sanggup untuk melihat raut wajah Farina yang bengis. Tiba-tiba perasaannya menjadi sebak. Hatinya ingin menangis. Jiwanya meruntun. Oh! Tuhan… Berilah aku kekuatan untuk melepaskan diri darinya…

          Azura membuka matanya semula. Debarannya kian laju. Sedikitpun Farina tidak mengendahkannya. Malah terus dengan niatnya. Semakin merapatinya. Oh! Tidak!!! Genggaman tangannya semakin erat. Menahan kemarahan. Dia kemudiannya menarik nafas panjang. Mengembalikan kekuatannya dan terus menolak Farina sekuat hatinya sehingga terjatuh.

 

tumblr39

         

 

 

          Farina tersentak. Dia bangun. Kali ini gilirannya pula tergamam. Tidak menduga.

Azura memandang tajam. Matanya mula berkaca-kaca. Tubuhnya sedikit gementar dan failnya mula berjatuhan ke lantai. Seolah-olah gagal untuk mengawal diri. Seketika dia terkedu. Kemudian membongkokkan tubuhnya sedikit lalu mengutip kembali fail itu. Di dakap erat ke dadanya.

            “Kakak memang teruk! Selama ini saya cuba juga untuk menghormati akak. Tapi sekarang, akak dah menghancurkn rasa hormat saya pada akak. Saya tak sangka akak sanggup buat saya begini! Selepas ini, jangan harap saya akan jumpa akak lagi. Saya tak nak jumpa akak lagi! Saya tak nak!!!”

Farina terpaku. Dia cuba memegang bahu Azura kembali tetapi segera ditepis. Timbul rasa bersalah di hatinya kerana terlalu menurut perasaan. Terlalu ikutkan hati baran.

          “Akak minta maaf, Zura. Akak terlalu ikut perasaan. Akak tak sengaja, Zura. Akak cuma nakkan perhatian Zura. Maaf ya.” Suaranya agak mendatar. Perlahan tapi lembut.

Azura terus berpaling. Kelopak matanya mula basah. Dia cuba menahan agak tidak jatuh membasahi pipi. Jiwanya berkecamuk. Menggelengkan kepalanya berkali-kali.

          “Akak ingat saya mudah menerima kata maaf? Sorry! Akak memang salah orang! Sampai bila-bila pun saya takkan lupa! Takkan! Saya tak mahu jumpa akak lagi. Never!” Balasnya dengan keras dengan sedikit serak kerana menahan sendu.

Farina tersentak.

          “Azura!”

Azura menggelengkan kepalanya lagi. Beberapa butiran mutiara mula gugur membasahi pipinya. Tidak dapat ditahan lagi. Langkahnya semakin berundur dan terus berundur.

          “I hate you!!!” Jeritnya tanpa memandang lalu terus berlari keluar dari bilik itu.

Kedengaran di corong telinga Farina memanggil namanya berkali-kali. Azura terus mempercepatkan langkahnya. Dia tidak peduli soal Farina lagi. Hatinya semakin terguris. I hate you! I hate you! I hate you!!! Ungkapan itu terus keluar dari bibirnya dan semakin menguasai hati dan fikirannya. Air matanya semakin deras. Semakin ditahan semakin pedih di hatinya. Dia semakin pantas menuju ke bilik. Tidak peduli sama ada dia telah melanggar bahu pelajar lain atau tidak. Pedulilah! Bentaknya sendiri.

 

          Ariza tersentak apabila pintu bilik dibuka dengan kasar dan kemudian ditutup keras. Kedengaran sedikit dentuman. Azura terus melemparkan beg dan failnya ke atas meja dan kemudian menyembamkan muka ke bantal. Patung teddy bear yang bersandar di tepi katil terus dicapai dan dipeluk. Suara esakan semakin kedengaran.

          Ariza tergamam memandang.

(to be continue…)

 

Read More...

 2012 ~ Hope, Wish and Dreams…

 

Selamat menyambut tahun baru 2012. My 1st entry for early year. Sebagai pembakar semangat kepada kemalasan yang sering berlaku. Ehehe! apapun, sentiasa mengharapkan agar tahun 2012 membawa perubahan yang banyak, memandangkan matlamat untuk tahun ini adalah… No more regret, no more hurt feeling. Huhu~

 

Syukur Alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk menulis. Selalunya bila awal tahun, saya menulis tentang apa2 yang telah dibuat sepanjang tahun lepas, kecuali heart feeling. Ehh! itukan dah jadi entry penutup bagi tahun lepas. So,kite cerita pasal lain la pulak ye..

 

Ehmm… Apa agaknya yang saya telah buat.. :) Antaranya…

 

SAMSUNG

~ Finally edit untuk manuskrip saya. Rasanya cukuplah setakat itu saja. Walaupun sebagai koleksi peribadi, tapi sekurang2nya saya boleh berbangga dengan hasil tulisan sendiri. Ehh! Bukan senang nak memerah otak… :) ~

 

Cuti2 Malaysia. Going home but goes to Mari2 Cultural Village & Kinabalu Park. Actually, tak banyak picture sebab ambil video. Tapi saya kongsi sedikit picture yang ade.. :)

 

IMG_0333

IMG_0338

~ Climbing with a new friends :) Rasanya 1st time saya letak pic sendiri dalam blog ni. To be truth, saya tak sampai puncak atas tu atas reason yang tak dapat dielakkan. Nampak “semut2 manusia tu?” Tinggal 800 meter lagi nak sampai. So, sedikit rasa frust. Walaubagaimanapun, who know this years. Ehhem! ~

 

IMG_0383

IMG_0411

~ At Mari2 Cultural Village. Enjoy melihat kebudayaan etnik majoriti bumiputera Sabah. Tapi my etnik tak de dalam list coz’ golongan minoriti saja. Lawatan hampir 3 jam, tapi yang tak berapa bestnya sebab kaki sakit… Rasa seksa je bila naik tangga or bukit kecik..  ( baru turun gunung). Huhu~

 

IMG_0447

~ Dah lama teringin nak pi Taman Tunku Abdul Rahman, tapi baru tahun 2011 berkesempatan pergi. Ada 3 pulau semuanya. Tak mandi, tapi enjoy menikmati pemandangan laut china selatan. ~

 

2012-03-01 18.35.57

~Setelah lama berehat dari sebarang exhibition, tahun ni nyer Miccoss terlibat juga. 2 day full day di sana. Sakit tumit sebab dah lama sangat tak pakai high heel. Hehe! Apapun, sempat juga saya membeli hidroponic sebagai mengisi masa2 lapang. Guess what.. Menjadi juga tanaman ku… Separuh dah masak pun. hehe! :) ~

 

2012-03-01 18.37.05

2012-03-01 18.38.27

~ Koleksi buku pun dah bertambah. Komik2 lah yang banyak nyer.. sampai dah full house rak buku. Tapi ade juga buku bukan komik ape.. Ni title dia ‘Aura Personalti Warna’. Uikss! saya ni personaliti ungu ke…? Ingatkn biru yang dominan.. Huhu~

 

2011-05-09 10.03.20

2012-03-01 18.36.39

~ Kalau dah peminat anime tu, mesti ade juga koleksi anime selain DVD. Ni dari anime K-On! Pic yang atas tu, saya import dari Hong Kong. Pic bawah tu kebetulan terjumpa. Sakan laa.. :)

 

IMG_0676

~ Alhamdulillah.. sekian lamanya, awal tahun tu akhirnya saya mendapat juga henset yang saya idam2kan selama ini dengan duit sendiri. Kiranya inilah henset paling mahal yang pernah saya beli. 1st time saya meminati Samsung masa Blue Ice. Tapi tak mampu.. almaklumlah student lagi.. pastu macam2 model samsung keluar, pun belum berkelayakan lagi. Tup2.. Galaxy S pula.. Hah! pernah muncul dalam mimpi yang saya akan beli henset samsung yang mahal. Tak sangka.. Alhamdulillah sangat! ~

 

Adeih! terlebih sudah panjangnye.. Hehe! apapun, semoga tahun 2012 akan mendapat seperti apa yang saya harapkan.. Semoga tercapai segala kebaikan dan kejayaan. Amin..

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...