Template by:
Free Blog Templates

Tuesday, July 23, 2013

 ~ Salam Ramadan Al-Mubarak ~

 

Assalamualaikum salam Ramadan, salam hari selasa & salam sejahtera..

 

Sailor-Mercury-Ami-Mizuno-anime-28643743-1024-768

Setelah sekian lamanya tak menulis sendiri, hanya sharing2 post yang dibaca dari blog lain.. bila dah ada keinginan, rupanya kita dah 14 puasa. Walaupun dah lewat, selamat berpuasa diucapkan kepada semua. semoga Ramadhan kali ini, lebih bermakna lebih baik dari puasa tahun2 sebelumnya. Amin..

 

 

puasa

 

Alhamdulillah.. so far setakat ini puasa berada dalam keadaan yang baik. Walaupun ada beberapa hari tu dilanda demam panas, tapi masih mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tu.

 

lafaz-ni

Haa! Bagi yang tetiba terlupa niat, bolehlah dimanfaatkan pic ni.. Eh! Ade juga yg terlupa. Al-maklum lah puasa setahun sekali.. Hehe! Teringat semasa sy & 2 rakan lagi berada di KLIA sebab nak menjemput ‘kazen’ dari Sabah. Seorang rakan ni berpangkat kakak, so kitorang berharap dia akan membaca doa berbuka. Dah menadah tangan, tapi suara tak keluar2 lagi. Last2 dia cakap dah terlupa doa. Ok, sorang member lagi. Dia baca doa makan tapi makin lama makin slow.. last2 senyap. Rupanya sama juga lupa doa. Alahai… Huhuhuhu~

 

 

1_219114574l

Semoga setiap apa yang dilakukan, akan mendapat manfaat & Rahmat dariNya.. Amin! Selamat berpuasa :)

Read More...

Friday, July 19, 2013

 Sharing is Caring ~ Hipokrit Kah Aku? ~

 

solat

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.

 

          Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik  “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu.”

 

          Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri .  Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat.”

 

          Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Macam mana? Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?  Selain terhibur anda fikirkanlah.

 

“Lawak kan, dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam, hanya 20 yg betul-betul BERIMAN.”

 

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang. Amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi … ”

 

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja . Tu pun bila time sembahyang jumaat . Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa. Bila time sembahyang raya.”

 

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran?”

 

“ Lawakkan? berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal? tapi berlumba-lumba mengejar dunia .. ”

 

“ Lawak , kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai … Tak cukup masa ! "

 

Lawak kah?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

 

 

** Dipetik dari blog lain sebagai pengkongsian **

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...