Template by:
Free Blog Templates

Thursday, May 31, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part IV ~

 

image068

 

Azura mengangkat kepalanya sedikit. Menghadap Ariza.

          “Dia, Riz. Kakak gila tu! Aku bencikan dia, Riz. Benci sangat… Dia… Dia…” Perasaannya kembali sebak. Suara hatinya tersekat dibenak, terhalang oleh kesedihan yang mencengkam. Dia tidak dapat untuk meneruskan kata-katanya. Jernihan mutiara yang bertakung, kini tidak dapat dibendung lagi. Lalu mengalir deras membasahi pipi semula. Esakan kecil kedengaran semula dan Azura terus menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Masih terbayang di ingatan tentang Farina yang dirasanya agak keterlaluan. Sukar untuk dilupakan. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat di ingatan dan hatinya semakin pedih.

 

Ariza kelu. Jiwanya terusik.

          “Zura, jangan nangis. Please. Bawa bertenang okay,” pujuknya lalu memegang jemari Azura. Segera dia mengambil sehelai tisu yang di simpan di tepi katil lalu melipatnya kemas. Tangan yang menutupi muka dilarikan. Azura terus memalingkan mukanya. Segan. Namun Ariza terus memegang dagu Azura dan menariknya perlahan agar menghadapnya. Kemudian mengesat pipi Azura yang masih basah.

          “Zura, jangan macam ni. Aku tak sampai hati bila tengok kau nangis. Jangan risau, aku tak paksa kau untuk meluahkan pada aku sekarang. Aku faham. Cuma kau janganlah menangis lagi. Bolehkan,” pujuknya lagi dengan suara yang lembut.

Azura terdiam. Terpaku. Dia membiarkan Ariza. Tidak menduga tindakan Ariza yang begitu mengambil berat akan dirinya. Selama ini, Ariza tidak pernah buat begitu. Sesiapapun tidak mengetahui keperibadiannya yang sebenar. Walaupun aku sendiri. Tak sangka, di sebalik ketegasan dan keseriusan wajahnya, terselit satu perasaan yang begitu mendalam. Bisik hatinya.

          “Riz.”

Ariza cuma tersenyum.

Azura masih tergamam. Bahunya masih bergoyang. Menahan sedu. Dia memegang tangan Ariza yang menyentuh muka lalu digenggam dan didekatkan di wajahnya yang lembap.

 

Ariza terpaku. Terasa kulit tangannya bagai ditusuk oleh jernihan manik yang membasahi pipi Azura.

          “Zura, kau dah okay?”

          “Entahlah, Riz. Tapi… aku bencikan dia. Aku betul-betul bencikan dia…”

          “Kenapa kau bencikan dia...? Apa yang berlaku sebenarnya, Zura?”

Azura berdiam seketika.

          “Selama ini aku berdiam diri saja dengan apa yang dia buat. Walaupun aku tak suka, tapi aku cuba juga untuk menghormati dia sebab dia senior kita. Tapi kali ini… Ah! Aku tak sanggup bertahan lagi, Riz. Aku betul-betul tak sangka dia sanggup buat aku begini. Jangan kerana dia lebih dewasa dari aku maka dia mudah nak mempermainkan aku. Aku… aku benci betul!”

          “Zura, jangan kata macam tu. Mungkin ini cuma salah faham. Mungkin dia sekadar mengusik kau.”

Azura menggelengkan kepalanya. Semakin kuat genggamannya pada tangan Ariza, membuatkan Ariza sendiri terasa bahang kemarahan yang menguasai hati Zura. Dia tergamam seketika.

          “Tidak, Riz. Tidak. Dia bukan nak mengusik. Tapi dia memang berniat begitu! Aku sendiri melaluinya. Kalau tidak, dia tidak akan memaksa aku!!”

Ariza agak terkejut.

          “Zura!”

Azura memandang Ariza. Tepat. Kelopak matanya masih berkaca-kaca. Jiwanya semakin meruntun. Pedih hatinya kian terasa. Semena-mena dia melepaskan tangan Ariza lalu menyembamkan mukanya ke dada Ariza. Baju hitam milik Ariza ditarik dan dipegang kuat. Dia sedu lagi. Sekali lagi Ariza terpempan. Terpaku. Tidak tahu hendak buat apa. Terasa bajunya mula dibasahi.

          “Zura…”

Tiada jawapan. Hanya membisu.

 

Ariza bingung. Dia menarik nafas panjang. Belum pernah orang lain buat begitu padanya. Apalagi Zura. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan reaksi kesedihan yang sangat, melainkan senyuman yang terus terukir. Kini, dia tidak tahu. Ah! What should I do now? Perlukah aku biarkan saja? Tanyanya sendiri. Fikirannya bercelaru. Namun dalam masa yang sama, dia tidak sanggup untuk membiarkan Azura begitu. Dia seakan kaku.

          “Zura,”

          “Riz, dia jahat… dia cuba nak cium aku. Aku tak suka dia! Mengusik ke tu, Riz? Tidakkan… aku... aku bencikan dia!!!” Ujarnya dalam tangisan.

Ariza tersentak. Raut wajahnya berubah.

          “Apa?!!!”

Azura membisu. Menurut hati yang lara.

Ariza memejamkan mata seketika. Beristigfar dalam hati. Kemudian, dia memandang Azura yang terus menangis.

          “Zura, bersabarlah ya.”

          “Aku tahu. Tapi sampai bila? Aku tak suka nak benci orang, tapi… Ah! Dalam keadaan begini, aku teringat pula pada kak Nadirah. Tempat aku selalu meluahkan masalah. Tapi sekarang dia dah tak ada! Ah! Kenapalah dia pindah sekolah saat-saat begini? Aku terasa keseorangan sangat! Ahh! Alangkah bagusnya kalau ada orang yang boleh melindungi aku dari dia. Tentu dia tidak senang-senang nak buat macam ni padaku..” Azura terus memeluk Ariza. Terus menangis perlahan.

 

 

image023

 

          Ariza semakin kelu. Oh! Tuhan. Kuatkanlah hatinya… Hatinya berbelah bagi. Teragak-agak. Risau dengan keadaan Azura, tetapi dia tidak sampai hati nak membiarkan begitu sahaja. Dia cuba mengumpulkan kekuatan. Dengan perlahan dia cuba memegang kedua bahu Azura. Cuba menenangkan. Azura semakin rapat dengannya. Ariza seakan memahami dan dia mula memeluk Azura. Azura terpegun.

 

          “Zura, jangan nangis lagi ya. Lupakanlah hal tu. Anggaplah ia sekadar satu mimpi. Bolehkan,” pujuknya lagi.

          “Mustahil aku boleh lupakan begitu saja, Riz. Sedangkan mimpi ngeri pun akan terus terbayang di ruang ingatanku, ini kan pula yang berlaku di depan mata. Tak mungkin, Riz.”

          “Baiklah, tapi jangan paksa diri. Buatlah perlahan-lahan. Kalau kau rasa menangis itu dapat meredakan perasaanmu, tak pelah. Kau menangis sajalah sampai kau rasa tenang. Aku tak kisah juga.”

          “Biarpun dalam pelukanmu?”

Ariza serba salah, namun dia mengangguk. Perlahan.

Azura menggertap bibirnya. Menahan sendu.

          “Riz...”

Ariza tersenyum. Pelukannya semakin erat. Dia mendekatkan wajahnya ke rambut Azura.

          “Jangan bimbang, Zura. Kan aku ada di sini. Kau boleh berharap padaku. Aku takkan biarkan kau sendiri melaluinya. Percayalah,”

Azura memejamkan matanya. Titisan terakhir jatuh dan hilang apabila terkena baju Ariza Basahan di pipinya semakin kering. Seakan telah diserap. Kedamaian berada dalam pelukan membuatkan dia merasa tenang. Lupa pada kesedihannya. Dia mendongakkan kepalanya sedikit. Memandang Ariza yang tersenyum padanya.

          “Percayalah, Zura. Kau kata kau mahukan seseorang yang boleh melindungi kau kan! Jangan bimbang. Mulai saat ini, anggaplah kehadiranku sebagai pengganti kak Nadirah. Aku akan cuba buat yang terbaik. Aku takkan biarkan kau sendirian. Kalau boleh, aku yang akan lindungi kau dari dia. Aku takkan biarkan kau menangis lagi kerana dia atau sesiapapun. Aku tidak berjanji, tapi aku akan cuba, Zura.”

Agak lama Azura terpaku. Mendengar kata-kata itu. Ragu.

          “Betulkah, Riz?”

          “Percayalah...”

          “Tapi...”

          “Tapi apa, Zura?”

Azura memandang tepat wajah Ariza. Keraguan masih menyelubungi hatinya. Dari segi penampilan, di matanya Ariza tidak banyak bezanya dengan Farina. Mungkin kah...?

          “Riz, kau bukan seperti kak Farina kan? Kau takkan buat macam tu pada aku kan..”

Ariza tersentak.

(to be continue again.. hehehe!)

Read More...

Wednesday, May 23, 2012

 A Trivia About Healthy : Sharing Is Caring :)

 

images

 

 

 

 

Kali ini saya nak menulis some info yg berguna untuk dikongsikan bersama. Mana yang baik, kita amalkan. Mana yang tidak, kita jadikan panduan. Apapun, knowledge is something we can share, right? :)

 

 

 

         If…

 

          ** U can eat 15 cherries a day, U can lower Ur risk of heart disease and stroke.

          ** U can drink one cup of tea a day, U can increase Ur bone density by 5 percent.

          ** U can drum Ur finger, U can lose half a kilo every week.

          ** U can drink two glasses of iced water, U can boost Ur energy levels.

          ** U can sniff a banana when you’re hungry, U can shed the kilos.

          ** U can eat a kiwi fruit with breakfast, U could reduce Ur risk of premature death by 30 percent.

 

          ** U can breathe deeply for 3 to 5 minutes a day, U can reduce Ur stress levels.

          ** U can brush Ur teeth for 2 minutes, U can help prevent gum disease.

          ** U can cut down on this common seasoning, U can help lower Ur risk of cataracts.

          ** U can sprinkle cinnamon on Ur coffee, U can reduce Ur blood glucose levels.

          ** U can add a couple of plant to Ur office, U can boost productivity and lower workplace stress.

 

          ** U can substitute a real orange for orange juice, u can cut hundreds of kilojoules every week.

 

          ** U can do a couple of ten-minutes brisk walk, U can improve your cardio since it just as good as a longer jog.

 

          Amacam? Entry kali ni pendek je kan.. Nak buat macam mana.. Fact is fact. Tak boleh nak menggoreng sesuka hati. Hehehe!

Read More...

Tuesday, May 8, 2012

 Khas Untukmu ~ Selamat Hari Ibu ~ :)

 

“Inginku gapai bulan & ku petik bintang

inginku berikan semua hanya untukmu

agar kau tahu besarnya cintaku

kepada dirimu…

ku ingin kau tahu tentang perasaanku

ku ingin kau tahu besar cinta padamu

inginku berikan sisa waktuku dan sisa umurku

sampai mati…”

 

ami

 

          Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?”

Dan Tuhan menjawab : “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.”

 

Bayi bertanya lagi : “Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia.”

 

“Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang2 berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?”

“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.”

 

“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?”

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.”

 

“Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?”

“Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya.”

 

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi.”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

 

          Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?”

 

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu : IBU.”

 

~ Terima kasih di atas perkongsian ini… Ssungguhnya, hanya Dia yang dapat membalas dengan kebaikan di atas setiap titisan keringat, jerihan kepayahan, jernihan air mata yang mengalir dan kesakitan yang telah dilalui selama mendewasakan ku.. I’m always luv u & always do. ~

Read More...

Friday, May 4, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part III ~

 

image038

 

 

          Ariza tersentak apabila pintu bilik dibuka dengan kasar dan kemudian ditutup keras. Kedengaran sedikit dentuman. Azura terus melemparkan beg dan failnya ke atas meja dan kemudian menyembamkan muka ke bantal. Patung teddy bear yang bersandar di tepi katil terus dicapai dan dipeluk. Suara esakan semakin kedengaran.

Ariza tergamam memandang.

          “Zura, kenapa ni? Ada masalah ke?”

Azura tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis teresak-esak.

 

 

Ariza bungkam. Hatinya tersentuh. Segera dia mengemaskan almari pakaiannya dan kemudian menutup pintu almari. Dia menghampiri lalu duduk di tepi Azura. Bahu Azura digerakkan sedikit.

          “Zura, kau okay?”

Masih tiada jawapan. Hanya suara esakan terus menyelubungi suasana.

Ariza terus menantikan jawapan dari Azura. Dia serba salah. Resah. Tidak tahu hendak bertindak bagaimana.

          “Zura,” serunya lagi sambil menggerakkan bahu Azura.

Azura terus menyembunyikan wajahnya di bawah bantal.

          “Biarkan aku sendiri, Riz. Biarkanlah aku. Kau pun mungkin lebih kurang sama saja! Mengambil kesempatan di sebalik kesusahan orang lain. Aku tak perlukan simpati kau. Aku tahulah jaga diriku sendiri!” ujarnya perlahan tetapi sinis.

Ariza tersentak.

          “Kau cakap apa ni? Bila masa pula aku mengambil kesempatan ke atas kau?”

Azura terdiam. Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana terlepas cakap, tetapi hatinya masih sakit. Masih tidak dapat berfikir dengan baik. Dia memejamkan mata. Maafkan aku, Riz kalau aku tersalah... bisiknya berlahan sambil menggertap bibir.

 

image027 

 

 

          Suasana menjadi senyap. Agak lama. Ariza menarik nafas panjang, kemudian melepaskan. Keliru. Tidak tahu nak kata apa. Dia bingkas lalu menuju ke meja belajar. Tetapi langkahnya agak berat. Dia menoleh lagi. Memandang Azura. Selama ini dia tak pernah pula buat begini. Kenapa dia? Tanyanya sendiri. Ah! Perasaannya meruntun. Lalu dia kembali ke sisi Azura. Sekali lagi bahu Azura dipegang, tetapi tidak digerakkan.

          “Zura.”

Sunyi sepi.

          “Zura...”

Masih tidak menjawab. Ariza serba salah.

          “Zura, janganlah begini. Aku tak sampai hati melihat kau begini.”

Esakan Azura menjadi perlahan dan kemudiannya beransur hilang. Yang tinggal hanyalah sedu. Dia mengangkat kepalanya semula. Mengesat saki baki air mata yang masih membasahi pipinya, kemudian duduk mengadap Ariza. Ikatan rambut yang terlerai terus dibiarkan. Seketika dia menekup mukanya, menarik nafas panjang dan kemudian meletakkan kedua tangannya di atas pangkuan.

Ariza hanya memandang.

          “Zura, are you okay?” Tanyanya lembut.

Azura memandangnya. Kelembutan nada suara Ariza benar-benar meninggalkan kesan dalam dirinya. Timbul rasa bersalah sekiranya dia terus membiarkan rakannya itu dalam keadaan tanda tanya. Sedangkan rakannya itu selalu membantu.

          “Riz, maafkan aku. Aku tak sepatutnya cakap begitu pada kau tadi. Tapi aku tidak dapat mengawal diriku. Fikiranku terganggu. Aku geram sangat. Aku bingung, Riz. Aku bingung!”

 

Ariza memandang tepat ke anak mata Azura. Kelopak matanya masih basah dan agak sembab. Pandangan yang penuh keliru. Ternyata Azura agak bingung. Ariza resah. Lidahnya kelu untuk berkata. Bimbang kata-katanya akan mengguris hati Azura pula.

          “Zura, bertenanglah. Luahkan bila kau rasa selesa. Bila-bila masa, aku sedia mendengarnya.”

Azura menoleh perlahan ke arah lain. Dia mengesat pipinya yang masih basah. Tidak mahu jernihan mutiara itu terus jatuh membasahi pipi di hadapan Ariza. Segan. Ariza hanya memandang. Suasana sepi seketika.

Azura menarik nafas pendek, kemudian melepaskan perlahan. Dia masih tertunduk. Sesekali dia menggelengkan kepalanya.

          “Riz, aku tak tahu macam mana nak luahkan pada kau. Hatiku masih sakit. Tapi... aku bencikan dia, Riz... Aku betul-betul bencikan dia. Aku tak nak jumpa dia lagi…” Ujarnya perlahan. Suaranya agak serak. Masih tidak dapat menyembunyikan perasaan hatinya.

Ariza menggelengkan kepala. Dia terus memandang Azura yang masih menundukkan kepala. Dengan perlahan dia menarik muka Azura agar memandangnya. Azura akur namun terus menundukkan kepala.

          “Benci? Kau maksudkan siapa, Zura?”

Azura mengangkat kepalanya sedikit. Menghadap Ariza.

          “Dia, Riz. Kakak gila tu! Aku bencikan dia, Riz. Benci sangat… Dia… Dia…” Perasaannya kembali sebak. Suara hatinya tersekat dibenak, terhalang oleh kesedihan yang mencengkam. Dia tidak dapat untuk meneruskan kata-katanya. Jernihan mutiara yang bertakung, kini tidak dapat dibendung lagi. Lalu mengalir deras membasahi pipi semula. Esakan kecil kedengaran semula dan Azura terus menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Masih terbayang di ingatan tentang Farina yang dirasanya agak keterlaluan. Sukar untuk dilupakan. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat di ingatan dan hatinya semakin pedih.

Ariza kelu. Jiwanya terusik.

Read More...

Tuesday, May 1, 2012

 Mei Oh! Mei.. :)

 

image011 

 

 

          Selamat hari pekerja! ^_^. Rasanya… macam tak percaya yang sekarang dah masuk bulan Mei. Ini bermakna, matlamat untuk “no more regret, no more hurt feeling” selama ini, sekurang-kurangnya telah membuatkan saya lebih tenang dengan apa yang saya lakukan. Berusaha di atas keupayaan sendiri. Mungkin ada yang terasa saya seperti mementingkan diri, tapi yelah… Siapalah yang lebih memahami hati sendiri kalau bukan diri sendiri? Kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan… bukan ditentukan oleh orang lain, tapi diri sendiri dengan izinNya. Macam mana sekalipun kita cuba untuk membuatkan orang lain gembira, belum tentu orang itu merasa gembira dengan sebaiknya. Mungkin dia gembira bila kita bersamanya tetapi bila keseorangan, hatinya kembali menangis sedih.

 

          Alhamdulillah.. di saat2 doktor mengatakan saya mengalami simptom hypermental tahun lepas (mujurlah belum sampai tahap giler.. huhu!), saya masih berupaya melihat jalan yang ditunjukkan olehNya. Seperti kata pepatah.. bersedia untuk buka mata hati, InsyaAllah kita akan nampak apa yang kita terlepas pandang. Jika diturutkan hati yang sedih, sampai bila2 pun terus melayan sedih.

 

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, & Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.”

 

          Walaubagaimana pun, terima kasih kepada semua member yang banyak memberi sokongan. Cuma maaflah, bukan semua cara yang diberikan sesuai untuk saya. Saya bukan inginkan kegembiraan semata2. Saya percaya bila ketenangan dan kebahagiaan dikurniakan dalam hidup, kegembiraan akan datang dengan sendirinya :)

 

          Oh! ya.. Dah kebetulan meng’update’ blog ni, maaflah sebab ambil masa yang lama untuk meng’update’ novel juga. Actually, ada 3 pecahan part lagi untuk episod 15 ni. Agak panjang juga untuk episod2 selepas ni. Apapun, terima kasih kerana mengikuti perkembangan :d.

 

“Apabila sesuatu difikirkan, hasilnya ialah tindakan; Apabila tindakan dilaksanakan, hasilnya ialah kebiasaan; Apabila kebiasaan menjadi amalan, hasilnya ialah perwatakan; Apabila perwatakan dibentuk, hasilnya ialah pencapaian matlamat.”

~ Nellie Hershey Tullis ~

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...