Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, June 24, 2009

 On Course!

Salam & Gud Morning!

Sekarang dah pukul 8.45pg di hari rabu. Ade 4 hari lagi untuk menghabiskan sisa2 kursus di langkawi. Sementara menunggu 2 opis mate nk bsiap2, sy mghabiskan mase mbuka laptop kejap sambil mdengar radio online. Tapi sori la ye... lupe plak web add die. Mcm personal radio je tu. Ntah website mane buka aritu, terus bookmark je. Guess what! Dalam kursus pun, sy still menemui mcm2 perkara yg menarik. Tapi yg bestnye, kat motel ni ade Wifi gitu. Jadi bolehlah ber blog skejap. Ehehehe! tapi x taulah esok lusa sebab arini nak pindah hotel lain. Maklumlah dah ade kereta sewa. Boleh la melilau2 tepi pantai.. shopping2... Hikhik!


Ade banyak pic gak yg akan sy add spanjang di langkawi.Sume amik guna camera henset yg VGA je.. :'( Tapi memandangkan sy terlupa nak bawa cabel henset, kite postpone balik nanti. Jadi... Tunggu!!!

Read More...

Wednesday, June 17, 2009

 Menariknya Sains :-)

Awal pagi saya menggunakan Image Analyzer. Maklumlah cuaca kalau pagi hari masih okay. Cahaya belum cukup kuat utk mempengaruhi kualiti gambar. Nak amik gambar surface sampel yang saya dah buat. Bilik memang senyap giler. Sorang2 pulak tu. trlupa lagi nk bawa mp3. Tapi kerja tetap kena buat juga. Dalam ngantuk2 tu, akhirnya saya dapat satu image yang agak 'cantik' untuk dikongsikan.



Ni pic yg saya dapat. Mula2 tu hairan la juga pesal la ade banyak ranting kayu kat dalam sampel saya ni. Padahal ia cuba bintik hitam je. Macam kulat la lebih kurang. Tapi bila saya tengok betul2 dgn saiz lebih besar, oh!!!!! memang menarik.





Pic ni saya dapat dari salah satu sampel saya. Sekali pandang, nampak macam bangkai serangga yang melekat sekali semasa proses pembekuan sampel. Eh! Selalu gak serangga melekat mase proses tu. Maklumlah... sample ni makanan die... bau pun sodap. Ehek!


Ni keadaan 'ranting kayu' yg terbenam dalam sample. Boleh nampak 'aliran lrt masuk terowong berkabus'. Hehe! Siapa sangka pertumbuhan 'ranting kayu' ni cepat dalam masa 2-3 hari je walaupun dah di rendam bagi menghilangkan sumber makanan die. Makin merebak adelah..


Aisey... Setiapnya ade 'perumah' yang bertindak sebagai agen pembiak. Macam mata labah2 la pula bila dibesarkan lagi. Nak juga tengok bagaimana pic bila sample dibelah tengah, tapi masa x mgizinkan pula. Ade keje lain lagi yang perlu diselesaikan. Xpe, ade kesempatan saya buat juga. Mana tau kali ni lebih banyak membiak.


Pic ni di ambil dari belakang sampel. Seperti akar tumbuhan yang menjalar. Ini spesis fungus hyphae, tapi x pasti jenis yang mane satu. Kena teliti betul2 lagi. Ade 80,000 jenis fungus ni. Dalam fikiran saya, manusia juga terdedah dgn pelbagai jenis fungus yg boleh dilihat dari luar. Agak2 nya, beginilah keadaan fungus dalam tubuh kita kalu penyakit tidak dirawat. Aish! Menakutkan juga untuk mengetahui realiti...

Read More...

Friday, June 5, 2009

 "Supreme"


Suatu ketika saya sedang menyanyi2 kecil sambil memandu di hadapan adik lelaki saya, tiba2 dia mengatakan lagu Jesus. Saya terkejut lalu bertanya di mana letaknya Jesus dalam lagu tersebut. Katanya dia melihat video clip lagu ini ada terselit gambar Jesus. Saya mengangguk faham. Tapi dalam masa yang sama, saya berfikir. Betul ke lagu ini tidak sesuai untuk dinyanyikan?


Kata orang, jangan menilai sesuatu dari luaran. Belajar untuk meneliti sebelum menerima. Saya menganggap ini sebagai ilmu yang perlu dikaji. Balik rumah saya cuba mengingati semula lirik lagunya dan mencatatkan di atas kertas. Seperti yang saya ketahui, lagu ni memang bersifat ketuhanan, tetapi maksudnya universal. Ia tidak menyatakan perkataan 'Jesus' dalam lirik lagu. Sebaliknya menyebut berkali-kali 'love supreme' – cinta tertinggi atau bagi kita cinta Ilahi.

Saya mengakui, setiap orang memerlukan kasih sayang sebagai pelengkap hidup. Tapi adakalanya kita sering terlupa bahawa ada lagi kasih sayang yang lebih sejati- rasa cinta kepada-Nya. Begitu jugalah dengan lagu ini. Ia menggambarkan perkara yang sering kita terlupa – Ingat pada-Nya. Manusia bila gagal, kecewa atau apa juga yang depressed, selalu menyalahkan orang lain di atas apa yang dialami. Adakalanya kita mengharapkan mereka untuk memahami sekaligus setia berada di sisi. Tetapi bagaimana sekiranya mereka tidak menghiraukan? Patutkah putus harapan, sakit hati atau mungkin juga merasakan hidup sudah berakhir?. Manusia memang bersifat lemah dan kerana itulah kita memerlukan pegangan untuk membantu kita.

Saya tidak ingin mengulas soal photo Jesus yang terselit dalam videoclip, sebab ini perkara sensitif. Tapi saya melihatnya dari perspektif yang luas. Robbie William menyanyi berdasarkan kepada kepercayaannya. Kita sebagai Muslim pastinya juga bersandarkan kepada kepercayaan kita. Begitu juga dengan kaum lain – masing2 dengan kepercayaan sendiri. Jangan disempitkan fikiran dengan apa yang kita lihat tanpa merenung ke dasarnya. Sudah pasti VC penyanyi kita yang menyanyikan lagu bersifat ketuhanan bersesuaian dengan pegangan – masjid, doa dan kejadian alam. Begitu jugalah dengan Robbie William. Untuk bahagia semua agama akan memperkatakan perkara yang sama – kasih sayang. Seperti satu dialog dalam Ali Setan 1 “takkan pakai baju melayu tetapi topi koboi”.

Soal lagu, ada baiknya kita meneliti dahulu maksudnya, jangan kerana taksub sampai lupa apa yang sepatutnya kita ingat. Saya teringat satu lagu dari seberang – jelas dia mengatakan Dia itu Jesus dalam lirik lagunya. Logiknya dari hati kita, perlukah kita mengakuinya kalau kita beragama Islam? Tepuk dada tanyalah selera. "

Ilmu perlu diterokai, bukan sekadar membaca dan menghafal. Ia lebih dari itu. kalau tidak, taklah sampai dikatakan “carilah ilmu walau sampai ke negeri China” atau dengan ilmu kita boleh berjalan ke seluruh dunia. "Seumpama naskah yang terbuka, sesungguhnya tiada rahsia bacalah kenalilah dengan bijaksana siapa Ku yang sebenar..tiada rahsia lagi usah bertanya berteka teki cinta yang abadi cintaKu yang suci di hati"

Ini adalah pandangan saya. Bagaimana open-minded pun seseorang itu, tapi sesetengah perkaraperlu meneliti sedalamnya. Tidak boleh terikut dengan kata-kata orang. Allah menciptakan manusia sebaik2 kejadian, lengkap dengan akal. Maka dengan akal inilah kita gunakan untuk mencari ilmu dalam menilai yang baik juga yang buruk, bukan menerima sebulat-bulatnya. Di sini saya sertakan lirik lagu Robbie William. baca dan fahami. Mana yang baik datangnya dari Dia, mana yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Wallahu'Alam.

Oh it seemed forever stopped today
All the lonely hearts in London
Caught a plane and flew away
And all the best women are married
All the handsome men are gay
You feel deprived

Yeah are you questioning your size?
Is there a tumour in your humour,
Are there bags under your eyes?
Do you leave dents where you sit,
Are you getting on a bit?
Will you survive
You must survive

When there's no love in town
This new century keeps bringing you down
All the places you have been
Trying to find a love supreme
A love supreme

Oh what are you really looking for?
Another partner in your life to
abuse and to adore?
Is it lovey dovey stuff,
Do you need a bit of rough?
Get on your knees

Yeah turn down the love songs that you hear
'Cause you can't avoid the sentiment
That echoes in your ear
Saying love will stop the pain
Saying love will kill the fear
Do you believe
You must believe

I spy with my little eye
Something beginning with (ah)
Got my back up
And now she's screaming
So I've got to turn the track up
Sit back and watch the royalties stack up
I know this girl she likes to switch teams
And I'm a fiend but I'm living for a love supreme

Come and live a love supreme
Don't let it get you down
Everybody lives for love.

Read More...

Monday, June 1, 2009

 Temanku Jemput.. Hehe!

Minggu depan genaplah umur Jemput 1 tahun. Masa tu Jemput lum reti jalan. Sian terkengkang2 bjalan. Sikit2 jatuh. Dahlah jalan mcm ketam, asyik2 reverse je. Hikhik! Mate pun lum bukak habis lagi. Masih baby kan.. hehe! Masa amik dari pasar ikan PJ mane tah fhuh!!!! Comotnye… eeiiii!!! geli geleman pun ade gak.. yelah, ucing baru lahir. X reti nak mandi sndiri lagi. Mate jgn cakaplah.. hehe! Tapi memandangkan itulah anak ucing yg paling cute walaupun comot, kitorang amik. Masuk kotak naik keter bawak balik umah.



1st projek… ape lagi dalam kul 9.30mlm mcm tu bawa die pi mandi. Memandangkan preparation nak bela ucing dah siap, so tak kisahlah dgn ‘syampu’ yang standard harga shower kitorang. Huhu! Terkial2 anak ucing tu kena mandi tengah malam kesejukan… maklumlah bulu nipissssssss sesangat… jahat kejap je. Ehek!

Tadaaaa!!!! Ni la muke anak ucing yang baru siap mandi. Mate masih bengkak lagi dgn bekas2 darah & taik mate… saiz besor anak ucing ni adelah spanjang tapak tangan. Kecik sgttt. Memandangkan badan anak ucing ni kecik, tinge capang mcm astro tapi muke sejemputtttt sgt, kitorang bagilah nama Jemput… hikhik!
Ni la muke Jemput umur dah 5 bulan.. cheh! Dah tomei… :p dah nakal dah terpanjat2 tv krusi meja.. siap lompat tinggi LCD computer tuh! Mujur x jahanam PC member. Tapi sadisnya PC member penuh dgn bulu ucing lak… jadi tempat Jemput mengasah kuku die. uhuk!!!

Badan pun dah panjang. Ekor pun lebih kurang je. Kalau berdiri, adelah mau 1 kaki lagi sampai pinggang. Kalu menggeliat, memang x ingat dunia betul! Tapi muke tetap sejemput gak. Ekekeke! Ni pic die umur 1 tahun… still menten comei lagi. Bulu pun bersih gebu lagi. Eh! Mesti… paling malas mandi pun 2 minggu skali. Kalau x, kena halau tidur kat ruang tamu. Ehehehe!

Ade baiknya gak bela ucing kat umah ni. Balik umah die tunggu.. gelagat die buat kitorang gelak je… kalu tengok tv, suka sgt buat ‘tabung’. Malam2 tdur lewat dok mengejar ape tah…uiks! Pe benda tu.. hehe! Eh! Betul pe… tahun lepas member bawak balik kampung di saat family die tgh bperang dgn “tutt”, emak member ni sakit teruk juga. Tapi sebab ucing tu ade kat umah, situasi tu reda sikit. Even member dah balik KL, family die dah okey sikit. Agaknye tu yg Jemput ni selalu kejar tengah2 mlm kot…Seperti citer The Mummy, si Brendan guna ucing nak menakutkan mummy tu. Uhuk! Kalu mdengar orang bcerita, telinga lebar mgalahkan astro yg dok cari siaran. Hikhik! Orang kate stress pun kurang, rase nk marah2 reda. Sifat sabar tu lebih sikit la… ehem!

Cuma 1 saja mrisaukan tentang Jemput ni. Jemput ni duk umah je. X reti kuar umah wlpun pintu tbuka. Kalu tersesat kuar dari umah, entah dapat survive ke tidak. Yelah kalu lapar pun, mana de bising mcm kucing lain. Senyap je. Cume mnunggu d tepi kaki. Kalau bagi ikan mentah sekor pun, die hidu2 pastu blah mcm tu je. Tu yg slamat kalu myiang ikan ke ape2 jelah dpn ucing ni. Die dok tepi je. Muke bosan. Hikhik! Test bagi ayam sketul ke.. ikan goreng sekor ke.. aisey… x reti mkn pulak! Sume bagi hancur ngan nasi. Ape2 mesti mkn dgn nasi. Kalu x, muntah2 la jwbnye.. huhu!

Dah nama pun Jemput, jadi makannya pun jemput2 gak la. sikit sgt wlpun badan die besar. 1 ekor ikan blh cukup sampai 2 hari. Jimat2. Ehehe! Anyway, Jemput tetap phibur hati kami srumah. Sayang Jemput. Hehe!

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...