Template by:
Free Blog Templates

Friday, June 10, 2011

 Memori Selamanya ~ Episode 14 Part II

 

image040

 

 

 

 

          Azura masih berdiri di luar bilik sambil meletakkan kedua tangan di atas koridor. Sesekali dia melilau di sekelilingnya. Memerhatikan pelajar lain yang sibuk dengan rencana petang masing-masing. Keadaan aspuri tidak begitu bising. Agak tenteram untuk melelapkan mata setelah menghabiskan masa pagi dengan menghadap papan hitam.

 

          Tidak lama, dia mengalihkan pandangan terus ke tingkat dua. Sebuah bilik menjadi tatapannya. Pintu bilik itu masih tertutup rapat. Tiada penghuni. Azura meletakkan dagu di atas koridor dengan di alasi oleh tangannya. Hmm... Kenapa kak Nadirah belum balik lagi ni...? Kelmarin dia kata nak jumpa. Dia pergi library ke? Dia ada hal ke? Atau dia dah lupa? Tapi, kak Nadirah bukan pelupa... Desisnya sendiri. Tertanya-tanya. Mula resah.

 

* * * * *

 

          Azura meletakkan siku di atas meja, lalu menyangga dagunya. Keresahan masih menyelubungi hatinya. Sesekali dia mendengus, mengeluh tanpa sebab. Kenapa kak Nadirah tak muncul-muncul ni...? Tanyanya lagi dalam hati. Bimbang. Tidak lama dia bangun lalu berdiri di tepi tingkap. Memandang ke luar. Namun kembali ke meja. Duduk. Kemudian bangun semula. Langkahnya tidak menentu.

          Ariza meletakkan pen di atas meja, kemudian mengalihkan pandangan ke arah Azura. Pening melihat Azura tidak keruan. Sekejap duduk sekejap bangun. Kemudian bermundar mandir di belakangnya. Menbuatkan otaknya turut berpusing-pusing. Dia mengusap dahi.

 

          “Kenapa ni, Zura? Asyik bermundar-mandir dari tadi. Pening aku tengok. Kau ada masalah ke?”

Azura berhenti lalu memandang Ariza. Seketika hatinya menjadi gusar sama ada hendak memberitahu atau tidak.

          “Aku risaulah. Dah 3 hari aku tak jumpa dia. Tak tahu dia pergi mana.”

          “Kau maksudkan siapa? Kak Nadirah?”

Azura mengangguk. Mengiyakan.

          “Mungkin dia ada masalah. Kenapa kau tak pergi biliknya?”

Azura kembali duduk. Menghadap Ariza.

          “Aku seganlah, Riz. Eh! Kak Niza tak ada cakap apa-apa pada kau ke?”

          “Tak ada.”

          “Aish! Ke mana pula dia ni...” keluhnya lalu bangun. Dia menuju ke tingkap. Memandang ke luar lagi.

          “Kau pergilah tanya. Kalau kau segan, kau takkan tahu apa-apa.” Ujarnya lalu menatap buku semula. Meneruskan pembacaan yang terhenti.

Azura memegang dahinya. Memikirkan semula kata-kata Ariza. Hmm...

 

* * * * *

 

          “Apa?! Kak Nadirah dah pindah sekolah?!!” Jeritnya bagai tidak percaya dengan apa yang didengari. Dadanya mula berombak kencang. Terkejut.

          “Tapi kenapa, kak Niza? Kenapa tak beritahu saya?” Sambung lagi. Dia terduduk. Raut wajahnya berubah serta merta.

          “Zura, sabar dulu. Dengar penjelasan kakak.”

          “Kenapa tiba-tiba kak Nadirah pindah sekolah? Kenapa, kak? Hari tu dia kata nak jumpa saya, tapi dia tak datang pula. Tiba-tiba hari ni kakak kata dia dah pindah sekolah. Saya terkejut, kak!”

Rosniza menarik nafas panjang. Gadis di depannya benar-benar membuatkan dia bungkam. Bimbang. Terkenang kembali, Nadirah banyak meninggalkan pesanan buatnya. Jangan beritahu Azura pasal Farina tau... Ish!Ish! Nadirah ni pun satu!

          “Nadirah memang nak jumpa Zura, tapi...”

          “Tapi kenapa, kak?” Celahnya tidak sabar. Nafasnya turun naik.

Fariza mendengus perlahan.

          “Zura, bersabarlah. Kami tak menyangka Nadirah boleh kemalangan. Dahinya luka.” Jelasnya lambat-lambat.

          “Kemalangan? Kemalangan apa pula ni, kak?”

Rosniza tercengang. Aish! Terlepas cakap lah pulak... Tiba-tiba dia serba salah.

          “Eh! Tak adalah teruk sangat. Zura jangan risaulah. Dia tergelincir. Luka kecil jer...”

          “Tergelincir? Tentu ada orang yang tolak dia...” Getusnya tiba-tiba dan berpaling sedikit.

          “Zura, keluarga Nadirah tahu. Tapi kami tak sangka pula Nadirah akan pindah sebaik saja keluar dari hospital. Pagi-pagi tadi baru kami tau.”

Azura terdiam. Wajahnya menjadi murung. Sugul. Raut wajahnya menampakkan dia sedang merajuk.

          “Jahatnya, kak Nadirah... Pindah pun tak beritahu. Jumpa pun tidak. Pergi macam tu saja.” Rajuknya kian ketara. Sedih hati.

          “Zura, janganlah marah. Nadirah memang nak jumpa Zura sebelum dia jalan, tapi... ayahnya tak benarkan. Nak cepat. Nadirah terpaksa akur. Padahal dia teringin sangat nak jumpa Zura.” Pujuknya lembut lalu memegang bahu Dilla.

          “Ehm... Mesti ayah kak Nadirah garang!”

Rosniza menggelengkan kepala. Membiarkan Azura terus mengomel sendiri. Niza, aku terpaksa akur kata ayahku. Dia begitu marah bila dapat tahu aku cedera kerana orang lain. Kalau boleh aku tak nak dia tahu, tapi... entahlah. Ayahku berkeras nak pindahkan aku sedangkan aku tak mahu. Aku tak sempat nak jumpa Zura. Tentu dia marahkan aku. Aku tak boleh berbuat apa-apa. Tapi aku harap dapat jumpa dia waktu exam nanti. Kata-kata Nadirah masih ternging-ngiang di telinga. Hmm... Kau takkan tenang, Farina! Bentak hatinya.

Read More...

Monday, June 6, 2011

 Memori Selamanya ~ Episode 14 part 1 ~

 

 

 

image040

         

 

 

          “Dirah, kau dah siap ke?” Tanya Ardilla sebaik saja selesai mengemas buku-buku ke dalam begnya. Dia bingkas lalu menghampiri Nadirah yang masih terkial-kial mengemas alat tulisnya yang berselerak di atas meja. Rosniza berdiri di hadapan papan hitam sambil mencoret sesuatu pada permukaan papan. Menanti. Namun tidak lama, dia membersihkan semula apa yang ditulis. Saja-saja bermain kapur. Bosan. Sesekali dia terbatuk. Debu-debu berterbangan. Rakan sekelas lain sudah lama pulang. Hanya mereka bertiga yang masih setia di dalam kelas.

          “Sekejap lagi. Sabarlah.”

          “Kau ni bermain ke apa? Bersepahnya meja kau, Dirah... Macam budak tadika!“ Usik Ardilla sambil menolong mengemaskan beg Nadirah. Nadirah geram. “ Kalau kau nak tolong, tolong aja lah, Dilla..” ujarnya sambil mencubit pipi Ardilla.

          “Adei!!! Ketam betul la kau ni...!“ jeritnya. Rosniza segera menoleh. Terkejut.

          “Tak habis-habis korang berdua ni...” Dia ketawa kecil. “Eh! Nanti kita singgah kantin ya.” Ajak Rosniza sambil menggosok-gosok tangan, menghilangkan kesan habuk kapur lalu menghampiri kedua rakannya. Ardilla dan Nadirah mengangguk serentak.

          “Okaylah, dah selesai. Jom kita pulang.” Ujar Nadirah lalu menggalas beg pada bahu kanannya. Dia menolak kerusi masuk ke bawah meja, kemudian merapati Rosniza.

          “Kau nak beli apa, Niza? Kalau lapar, kita pergi ke dewan saja.”

          “Aku bukan lapar. Aku cuma nak beli minuman tin. Tiba-tiba pula rasa teringin nak minum.” Jelasnya lalu memulakan langkah keluar dari kelas. Nadirah dan Ardilla menurut di belakang. Masing-masing berjalan beriringan.

          “Cheh! Kau ni suka sangat minuman bergas. Tak baik diamalkan tau!”

          “Ala... sekali sekala, Dilla. Bukan selalu pun. Bila rasa teringin jer..”

          “Ehm... elok juga kalau kita singgah di kantin. Bolehlah aku beli makanan ringan untuk Zura.”

          “Hah! Ni lagi satu. Mentang-mentanglah nak dating petang ni. Kau rindu ya...”

Nadirah ketawa kecil.

          “Dating? Haha! Kau ni, ada-ada sajalah. Itu cuma pertemuan biasa lah, Dilla. Zura kan adik. Sudah pastilah aku ambil berat pasal dia.” Ujarnya sambil tersenyum.

          “Ehm? Kau nak jumpa Zura ke? Kalau begitu, aku ikut sekali lah. Nak jumpa Riz. Dah lama tak jumpa dia. Entah bagaimana dia sekarang. Kalau nak harapkan dia datang, dalam mimpi sajalah!” Rengusnya tidak puas hati. Nadirah tersengih.

          “Kau tu suka sangat berleter dengan dia. Sebab tu dia malas nak jumpa kau. Cuba kau jadi seperti aku.. kakak yang penyayang. Confirm hari-hari dia datang jumpa kau” Ucapnya penuh perasaan sambil meletak tangannya ke dada. Rosniza terus menerkup muka. Tidak sanggup memandang.

          “Oh! Please lah, Dirah. Geli-geleman aku mendengar. Kalau kau nak tahu, aku dah cukup penyayang tau!” Ajuknya lalu menghalakan telunjuknya ke pipi Nadirah. Nadirah ketawa kecil sambil memaut bahu Rosniza. Masing-masing ketawa. Ardilla terus menggeleng kepala.

          “Hmm... yelah tu. Masing-masing ada date. Aku saja yang tak ada date. Korang ni... Eii..! Cemburunya aku... Kalau macam ni, aku pun nak ada adik jugalah!”

Rosniza dan Nadirah terus ketawa. Bahu Ardilla ditolak sedikit menyebabkan tubuh Ardilla tersorong ke depan. Ardilla terus mengomel.

 

          “Nanti dulu!”

Tiba-tiba langkah kaki terhenti. Suasana juga menjadi sepi. Seketika mereka terpempan bila Farina masih tercegat berhampiran anak tangga sambil bersandar pada dinding. Berpeluk tubuh. Renungannya tajam.

          “Wah! Seronoknya korang... Aku berdiri di sini pun korang buat-buat tak nampak!”

Masing-masing masih membatu. Hanya saling berpandangan. Terkejut.

          “Nadirah, kau memang tak reti bahasa!”

Nadirah tergamam. Begitu juga dengan Rosniza dan Ardilla. Masing-masing bungkam.

          “Eh! Farina, kenapa kau tiba-tiba naik angin ni?” Sergah Ardilla tiba-tiba. Farina mengerling.

          “Kau jangan nak menyibuklah, Dilla. Ini urusan aku dengan Nadirah!”

Ardilla bengang. Raut wajahnya berubah. Dia menghampiri, namun Rosniza segera menarik tangan Ardilla. Ardilla terus berpaling. Wajahnya berkerut. Geram. Rosniza menggelengkan kepala.

          “Farina, kau tak patut buat begini.”

          “Kau diamlah, Niza. Aku tak bercakap dengan kau!” Rengusnya kuat sambil menjegilkan mata. Rosniza terdiam. Nadirah merapatinya, lalu memegang jemari Rosniza. Cuba menenangkan.

          “Kau nak apa? Apa lagi yang kau tak puas hati ni?”

Farina maju selangkah ke depan. Nadirah berundur. Bimbang.

          “Kau memang degil, Nadirah. Sudah berapa kali aku pesan pada kau. Jangan ganggu hak aku!”

          “Hak engkau? Jaga bahasa kau sikit, Farina! Bila masa aku ganggu hak kau? Siapa hak engkau? Sesiapapun yang rapat dengan aku, aku terima. Kenapa pula kau nak marah aku? Sepatutnya kau yang berpesan pada mereka, bukan aku!”

          “Hei! Cakap baik-baik sikit ya. Kalau tak, nahas kau nanti!”

Nadirah mendengus perlahan. Perasaannya tidak tenteram.

          “Sabar saja aku dengan perangai kau ni. Tak habis-habis nak cemburu. Suka sangat nak mengugut orang. Nak tunjuk kuat!”

          “Kalau aku memang kuat, nak buat macam mana? Hah! Kau nak lawan? Marilah. Lawan aku!” Cabarnya sambil menolak-nolak bahu Nadirah. Tubuh Nadirah bergoyang sedikit. Nadirah merenung tajam. Masih mendiamkan diri.

 

          “Marilah lawan! Kenapa? Takut ke?”

Semakin kuat tolakan Farina membuatkan Nadirah terus berundur. Cuba mengelakkan diri. Namun Farina terus merapatinya. Tolakannya begitu kuat dan kasar.

Ardilla menggenggam erat jemarinya. Tidak sabar. Dia terus menghampiri Farina lalu merentap lengannya. Geram.

          “Eh! Kau buat apa ni, Farina? Kau jangan nak buat hal, okay! Kau nak ugut Dirah lagi ke?”

Farina segera menepis pegangan Ardilla. Berang. Tapi Ardilla tidak mahu mengalah. Malah semakin menguatkan pegangannya. Farina menggertap bibir. Marah.

          “Ketepilah kau, Dilla! Jangan nak menyibuk!”

          “Hei! Kau ingat aku nak berdiam diri ke?” Gertaknya membuatkan Farina dan Ardilla saling bertolakan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ardilla enggan melepaskan pegangannya biarpun Farina menolaknya kuat.

          “Kau memang nak kena, Dilla! Aku belasah kau nanti!”

          “Oh! Nak mengugut ya? Cubalah kalau berani! Kalau setakat badan besar kau ni, aku tak takutlah!”

Rosniza gusar. Dia menghampiri dan berdiri di antara Ardilla dan Farina. Cuba meleraikan.

          “Sudahlah tu, Farina. Jangan ganggu Dirah lagi.”

          “Penyibuk!!! Ini hal akulah! Yang kamu nak menyibuk, buat apa?!!” Jerkahnya marah terus cuba meleraikan pegangan Ardilla. Ingin menghampiri Nadirah. Matanya terus memandang Nadirah. Benci!

          “Kalau kau nak selamat, lebih baik kau blah, Farina! Kalau tak, aku lapor pada cikgu!” Gertaknya lagi terus menarik lengan Farina agar tidak mendekati Nadirah. Farina tidak mempedulikan. Tingkahlaku Rosniza dan Ardilla membuatkan kemarahannya membara. Dia terus menggerutu.

Nadirah serba salah. Bimbang. Niat Rosniza untuk meleraikan ternyata tidak berjaya. Sebaliknya membuatkan dia tersepit di antara Ardilla dan Farina. Dia menghampiri lalu memegang tangan kedua rakannya.

 

          “Jangan dekat, Dirah. Nanti dia cederakan kau!” Tingkah Rosniza penuh kebimbangan.

          “Niza, Dilla, sudahlah tu. Jangan bergaduh di sini. Nanti cikgu nampak.”

          “Dia dah melampau, Dirah. Takkan aku nak biarkan saja!” Tegasnya mempertahankan. Nadirah bungkam. Farina terus meronta-ronta. Berusaha melepaskan diri dari halangan Ardilla dan Rosniza. Hatinya kian mendidih bila memandang Nadirah di depan mata. Menambahkan kebenciannya.

          “Semua ini pasal kaulah, Nadirah! Kalau kau tak banyak peminat, taklah jadi begini! Ini tidak! Orang yang aku suka pun minatkan kau! Apalah sangat kau tu?! Aku bencikan kau, tau tak!” Tempiknya terus menolak Ardilla dan Rosniza sekuat hati sehingga pegangan itu terlerai. Tubuh Ardilla tersorong ke belakang. Begitu juga dengan Rosniza. Tolakan yang kuat menyebabkan belakangnya terasa perit bila terlanggar dinding kelas. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Farina mendengus kuat. Terus merapati Nadirah. Nadirah terpaku.

          “Semua ni pasal kau, Nadirah!!!” Jeritnya terus menolak kuat tubuh Nadirah. Tidak dapat mengawal diri lagi. Ardilla dan Rosniza tersentak. Nadirah menyongsong ke belakang. Dia cuba berpaut pada birai tingkap kelas. Namun kepalanya terlebih dahulu mengena pada bucu cermin dan akhirnya tersungkur.

Farina tergamam. Tidak menduga. Dia berundur sedikit. Terpaku.

          “Dirah!!!” Jerit Ardilla terus menghampiri. Dia mengangkat sedikit tubuh Nadirah. Rosniza turut menghampiri. Sekilas dia menjeling ke arah Farina. Perasaannya berbaur.

          “Kau tak apa-apa? Eh! Dahi kau luka!”

Rosniza masih merenung Farina.

          “Kau memang dah melampau, Farina! Jangan harap kau akan terus menang. Kau pasti akan kalah di tangan orang lain. Kau pasti menerima akibatnya kelak!!!” Bentaknya keras seakan menjatuhkan hukuman yang berpanjangan. Farina terus terpaku.

Nadirah tidak terkata. Dia berusaha untuk duduk. Kemudian meraba dahinya. Jemarinya kini dibasahi oleh cecair pekat yang deras mengalir. Kepalanya berdenyut-denyut. Pandangan mula berpinar-pinar.

Read More...

Sunday, June 5, 2011

 Bila Kebiasaan Menjadi Janggal..

 

 image040

 

 

 

 

 

          Dah bulan june rupanya… cepat sangat masa berlalu. Apa agaknya yang telah dibuat selama ini…? Bila melihat enry dalam blog ni, baru perasan yang saya begitu jarang menulis, tidak seperti 2 tahun sebelumnya. At least 2 entry saya update setiap bulan. Aish! seperti mengejar dateline la pula… ehehe!

 

Sedari sekolah dulu sehinggalah saya kembali menjejak kaki di bumi semenanjung ini, diary.. nukilan.. poetry.. apa-apa saja yang berkaitan dengan penulisan menjadi begitu sebati untuk jari-jemari ini. Melihat persekitaran juga tingkahlaku manusia di sekeliling, ada saja idea yang diluahkan. Laju je mencoret sampaikan terleka dibuatnya. Ops! bila dah memperkatakan bab-bab menulis, pasti ada yang memperkatakan saya ni jiwang orangnya… Hahaha! itu dulu  masa muda2.. Siapa yang kenal saya, mungkin akan mengetahui bagaimana cara saya menulis surat ke nukilan or else. Keluar segala ‘bunga-bunga cinta’. Ehehe!

 

          Itu kisah lama. agaknya sekarang, bolehkah menjadi seperti tu lagi.. ? Kalau dulu berilah saya sehelai kertas dan pen or pensel untuk menulis, saya pasti boleh menulisnya walaupun tidak diberi topik. Tapi sekarang.. jangankan nak menulis, kalau tak ada topik, lagilah beku otak ni nak mencari idea.

 

          Selalunya orang mengaitkan penulisan ini sebagai satu luahan perasaan yang terpendam. Mulut terlalu berat untuk bergerak. Jadi terlalu berharap pada body language untuk meluahkan. Tapi hakikatnya, bukan semua orang dapat baca apa yang kita ingin sampaikan. Silap haribulan, tersalah tafsir pula.

 

          Sebab itulah blog ni wujud bagi memastikan apa yang menjadi kebiasaan saya tidak hilang. At least, bukan suatu kejanggalan. Sebab itulah kadangkala, tulisan ini lebih mudah difahami bagi mereka yang susah bercakap. Misalnya lagu-lagu.. kan senang kita faham, siap menjadi theme agi bagi sesetengah orang. Winking smile Apapun, untuk pengetahuan, movie clip yang saya bagitau sebelum ni dah siap. Tapi memandangkan dah kena copyright kat youtube, tak bolehlah saya post kat sini. ( rasanya anime ni betul2 ‘ngetop’ sampaikan apapun tentang anime ni, semua kena lesen. Tak dapatlah nak tengok lagi kat youtube.. Huhu~). Walau bagaimanapun, U may watch it at my facebook Smile. Just search with this name… Open-mouthed smile

 

Oh! ya.. saya akan update nukilan saya soon. I loves writing.. so just wait!

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...