Template by:
Free Blog Templates

Tuesday, July 23, 2013

 ~ Salam Ramadan Al-Mubarak ~

 

Assalamualaikum salam Ramadan, salam hari selasa & salam sejahtera..

 

Sailor-Mercury-Ami-Mizuno-anime-28643743-1024-768

Setelah sekian lamanya tak menulis sendiri, hanya sharing2 post yang dibaca dari blog lain.. bila dah ada keinginan, rupanya kita dah 14 puasa. Walaupun dah lewat, selamat berpuasa diucapkan kepada semua. semoga Ramadhan kali ini, lebih bermakna lebih baik dari puasa tahun2 sebelumnya. Amin..

 

 

puasa

 

Alhamdulillah.. so far setakat ini puasa berada dalam keadaan yang baik. Walaupun ada beberapa hari tu dilanda demam panas, tapi masih mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tu.

 

lafaz-ni

Haa! Bagi yang tetiba terlupa niat, bolehlah dimanfaatkan pic ni.. Eh! Ade juga yg terlupa. Al-maklum lah puasa setahun sekali.. Hehe! Teringat semasa sy & 2 rakan lagi berada di KLIA sebab nak menjemput ‘kazen’ dari Sabah. Seorang rakan ni berpangkat kakak, so kitorang berharap dia akan membaca doa berbuka. Dah menadah tangan, tapi suara tak keluar2 lagi. Last2 dia cakap dah terlupa doa. Ok, sorang member lagi. Dia baca doa makan tapi makin lama makin slow.. last2 senyap. Rupanya sama juga lupa doa. Alahai… Huhuhuhu~

 

 

1_219114574l

Semoga setiap apa yang dilakukan, akan mendapat manfaat & Rahmat dariNya.. Amin! Selamat berpuasa :)

Read More...

Friday, July 19, 2013

 Sharing is Caring ~ Hipokrit Kah Aku? ~

 

solat

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.

 

          Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik  “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu.”

 

          Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri .  Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat.”

 

          Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Macam mana? Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?  Selain terhibur anda fikirkanlah.

 

“Lawak kan, dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam, hanya 20 yg betul-betul BERIMAN.”

 

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang. Amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi … ”

 

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja . Tu pun bila time sembahyang jumaat . Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa. Bila time sembahyang raya.”

 

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran?”

 

“ Lawakkan? berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal? tapi berlumba-lumba mengejar dunia .. ”

 

“ Lawak , kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai … Tak cukup masa ! "

 

Lawak kah?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

 

 

** Dipetik dari blog lain sebagai pengkongsian **

Read More...

Wednesday, June 12, 2013

 Sharing is Caring ~ Kisah Jam ~

 

Pada suatu ketika, seorang tukang kayu sedang bekerja dan secara tak sengaja jam tangannya terjatuh lalu tertimbus di antara tumpukan serbuk kayu.

 

 

          Jam tangan itu adalah sebuah hadiah yang sangat istimewa dan telah dipakainya sekian lama. Dia amat menyayangi jam tangan tersebut, maka dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menemukan kembali jam tangannya itu. Sambil mengeluh mempersalahkan kecuaian diri sendiri, si tukang kayu itu pun membongkar tompokan serbuk kayu yang tinggi itu. Rakan sekerja yang lain juga turut membantu mencarinya. Namun usaha mereka adalah sia-sia saja. Jam tangan kesayangan itu tetap tidak temui.

 

          Apabila tiba waktu makan tengahari, tukang kayu itu tersebut dengan semangat yang lesu meninggalkan bengkel kayu tersebut. Saat itu seorang budak yang sejak tadi memperhatikan mereka mencari jam tangan itu, datang mendekati tompokan serbuk kayu tersebut lalu dia membongkok dan mencari. Tak berapa lama selepas itu dia telah menemukan kembali jam tangan kesayangan si tukang kayu tersebut dan menyerahkan kepadanya. Si tukang kayu itu amat gembira. Namun dia juga merasa hairan kerana sebelumnya ramai orang telah membongkar tompokan serbuk kayu itu, namun semua usaha adalah sia-sia. Hanya budak itu sahaja yang berjaya menemui jam tangan tersebut.

 

          ‘Bagaimana engkau boleh menemui jam tangan ini?’, tanya si tukang kayu. ‘Saya hanya duduk dengan tenang di lantai. Dalam keheningan itu saya telah mendengar bunyi ‘tik-tok-tik-tok’. Dengan itu, saya tahu di mana jam tangan itu terletak.’ Budak itu menjawab.

 

          Sahabat sekalian, tahukah anda bahawa masalah yang kita hadapi akan berkurang satu perempat hanya dengan membiarkan diri duduk dengan tenang? Oleh itu, apabila kita berhadapan dengan masalah, ambillah masa untuk bertenang dan menarik nafas panjang. serenity Mungkin juga ini adalah hikmah beribadat sepertiga malam.

 

          ~ Dikeheningan dan ketenangan malam yang sunyi itulah kita akan lebih berasa kasih sayang dan hampir dengan Allah S.W.T. ~

 

** Dipetik dari blog lain

Read More...

Friday, June 7, 2013

 June Finally!! :)

 

100px-Ami_glasses

 

 

 

          Sekian lama tak meng’update’ blog ni, terasa seperti blog ni mula bersawang pulak. Selalu menjenguk, tetapi belum mempunyai kesempatan untuk menuli disebabkan oleh kekangan masa yang belum mengizinkan. Dalam masa yang sama, laptop yang selalu digunakan, kini ada adalah masalah. Skru skrin patah. Tak boleh nak buka tutup cover. Kenalah tunggu partnya diperolehi. Sedihnye… :’(

Alhamdulillah.. PC office dah boleh guna WiFi. Ops! Ini bukan salah guna hak office ye.. Ini PC persendirian yang dibawa ke office tau. Jadi suka hati lah kalau saya nak masuk apa2 software pun.. Line internet je menumpang. Hehehe!

 

Apapun, semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 & sejahtera selalu. Take care & jumpa lagi. :)

Read More...

Tuesday, January 22, 2013

 2013 :)

Selamat tahun baru)))))

Walaupun dah terlewat, tapi tetap mendoakan semoga tahun ini membawa kejayaan + keberkatan dariNya.. Amin!
Actly, rase tak best sgt nk update by henset ni.. Tak bole nk kreatif2 sgt..  Huhu~ :'(

Tapi tak pelah untuk sementara ni.. Sy agak ke'bz'an sejak akhir 2012 till now. Selagi projek blm mdapat patent lagi, selagi itu lah agaknye sy 'jarang2' nak menulis. Hehe! So belum ade mase nk mengupdate guna pc.

Byk idea sebenarnya, dah buat draf2 pun.. Tapi In Shaa Allah, pasti ade kelapangn juga. (^_^)

Until then, selamat menyambut Maulidur Rasul juga Thaipusam pd yg berkenaan. Eh! Teringat pula pada my bos yg bakal membotakkan kepala sebab nazar die dah tcapai. Can't wait 2 see! Hehe!

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...