Template by:
Free Blog Templates

Tuesday, February 4, 2014

 2014 ~ Selamat Tahun Baru!

 

          Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk menulis entry setelah sekian lamanya tidak meng’update’ blog. Hampir 7 bulan lamanya tanpa sebarang berita. Actually dalam tempoh ‘bertapa’ ni, berbagai perkara telah berlaku. Baik dalam kehidupan mahupun karier seharian.  Selalunya sy membuat summary pada setiap awal tahun, tentang apa yang berlaku. In Shaa Allah ada kelapangan nanti, sy akan buat special revision tentang 2013. :)

 

[SailorMercuryAmiMizunoanime286437431.jpg]

 

            Genap 1 Februari 2014, tamatlah tanggungjawab sy sebagai PA Big Boss. Actually, sy menanggung kerja sebenarnya dari Ogos 2013. Di samping kerja-kerja sy sebagai seorang researcher, sy juga menjadi PA office. Penat sebenarnya bila mengejar dateline ni. Selalu balik lewat.. rasa kurang rehat sikit.. Tapi bila difikirkan secara positif, ada baiknya juga bila menjadi PA ni. Bukanlah sy tak biasa dengan kerja-kerja admin, cuma dari segi pengetahuan & kemampuan untuk multitasking yang lebih utama. Berhubung dengan pelbagai jenis orang (Big Boss ni lebih kurang pangkat VVIP gak). Cuma sorilah sebab tak bergaya seperti PA  sebenar. Nak buat macam mane.. kerja researcher ni tak boleh nak lawa2 sangat. Nanti habis baju cantik kotor. Huhu! Apapun, terima kasih Big Boss kerana memberi kepercayaan untuk menjadi ‘duta’ Unit sebenarnya. :)

 

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSuhnnv3WUCCTENn7qfHh7mJCSbPowMf7Z_xWWvNkANXOnDFkhD

“Eh! Betul ke kamu jadi PA sementara sekarang ni? Macam tak percaya pula bila dengar cara kamu bercakap ni.. Lembut hati mendengar.” Teringat bila bos lain tegur dalam phone. Jadi segan dibuatnya. Seperti Ami sy yang 2 watak, begitu jugalah dengan sy.. Huhuhu!

 

 

Oklah, masa untuk balik rumah. Tapi sebelum itu, selamat tahun baru 2014, selamat menyambut Maulud Nabi, Thaipusam dan Chinese New Year. banyak cuti di awal tahun. hehe! Sehingga berjumpa lagi.. Take care semua! :)

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...