Template by:
Free Blog Templates

Friday, May 28, 2010

 Memori Selamanya ~ Sebelas ~

 

“Watch Ur thoughts – for they become words. Watch Ur words – for they become actions. Watch Ur actions – for they become habits. Watch Ur habits – for they become character. Watch Ur character – for it becomes Ur destiny.”

 

ami

 

 

          Ariza dan Rosniah mula meninggalkan kawasan kantin dan meneruskan langkah menuju ke asrama perempuan. Ayunan kaki begitu lambat, namun cukup teratur. Sesekali Rosniah ketawa bila mendengar kata-kata Ariza. Keadaan di sekeliling begitu tenteram kerana kebanyakkan pelajar telah lama balik ke asrama.

          “Kau nak balik terus ke, Riz?”

          “A’ah! Kenapa? Kau ada nak pergi mana-mana ke?”

          “Tak adalah. Aku saja tanya. Eh! Kau ikut tak latihan berpusat tu?”

          “Ikut. Nak dapat lebih sikit. Kau tak nak pergi ke?”

Rosniah berfikir sejenak. Dia memegang dagunya.

          “Kau ni memang rajinlah. Ehm! Aku masih fikir lagi. Kalau ikutkan hati, aku nak juga pergi. Tapi aku takut kena belasah pulak. Kau faham sajalah. Tentu ramai yang terror. Tapi kalau kau jadi partner aku, aku tak kisah kalau kena belasah pun.” Ujarnya sambil tersengih.

Ariza sekadar menggelengkan kepala. Dia membetulkan beg galas yang hampir jatuh dari bahunya.

          “Haha! Aku tak adalah sampai nak membelasah kau. Tapi kalau kau boleh tahan, aku tak kisah. Kau nak try tak?” usiknya sambil ketawa kecil. Rosniah terus mencuit pipi Ariza. Ariza cuba mengelak. “Bagaimana kalau kita pergi sabtu depan?” Sambungnya lagi.

Rosniah mengangguk terus mengukirkan senyuman. Cahaya keyakinan jelas terpancar di wajahnya.

          “Ehm! Okay juga tu. Tak jadi masalah, Riz. Nanti kita pergi sama-sama tau!”

          “Okay! Nanti kau datang bilik aku ya.” Balasnya sambil mengangguk.

 

Rosniah turut mengangguk. Tanda setuju. Langkah kaki terus di ayun. Suasana senyap seketika. Sesekali Rosniah menjeling ke belakang dan memandang ke depan semula. Dia termenung seketika. Memikirkan. Tidak lama dia menoleh lagi. Masih tidak puas hati. Ariza merenung wajah Rosniah yang berkerut.

          “Eh! Kau ni kenapa? Berkerut semacam. Kau fikirkan masalah ke?”

          “Ish! Tak adalah. Cuma... Riz, aku rasa macam ada orang sedang mengekori kita dari belakanglah. Kau tak rasa apa-apa ke?” Ujarnya tiba-tiba penuh gusar. Senada berbisik. Sesekali ekor matanya melirik ke belakang, namun masih tidak dapat memastikan. Hanya bayangan pada permukaan tanah memberi petanda padanya. Ariza merapati Rosniah. Namun langkah terus berlangsung.

          “Tak ada pun. Mungkin itu cuma perasaan kau tak?”

          “Tak, Riz. Aku pasti. Gerak hatiku mengatakan ada orang sedang mengikut dari belakang. Tapi aku tak tahu siapa.”

          “Pelajar lain agaknya, Ros.” Pujuknya lembut. Rosniah menggelengkan kepala. Raut wajahnya bersungguh-sungguh. Ariza terdiam sejenak. Dia memandang Rosniah.

          “Kau pasti?”

          “Ya.” Angguknya tanpa ragu.

Ariza terus berpaling. Begitu juga Rosniah. Ingin mengetahui. Seketika langkah mereka terhenti. Masing-masing berubah wajah. Terkejut. Ternyata tekaan Rosniah tepat. Ariza menatap wajah. Dahinya berkerut. Hairan.

          “Kau, Liza?!” Serunya tiba-tiba. Terpaku seketika. Liza turut berhenti sambil tersenyum. Dia mengemaskan dakapan buku ke dadanya.

          “Err... hai, Riz! Baru balik ke?” Ucapnya tersipu-sipu.

          “Err... hai! Tak sangka pula boleh terjumpa kau di sini. Kau nak balik asrama ke?”

          “Liza? Kau ikut kami dari tadi lagi ke?” Soal Rosniah agak ragu-ragu. Dia menatap wajah Liza. Tajam.

          “Eh! Taklah, Ros. Mana ada! Dah kebetulan aku berada di belakang korang. Salah ke?”

          “Salah tu tak adalah. Aku tanya aje. Tapi ye ke kebetulan ni..?”

Liza berpaling wajah. Cuba mengelak dari pandangan Rosniah yang tajam.

          “Kenapa, Liza? Kau ada hal nak cakap dengan aku ke?” Tanya Ariza semula. Mengalihkan perhatian Liza semula.

 

Liza memandang Ariza. Dia menggaru-garu kepalanya. Agak lama. Ariza dan Rosniah saling berpandangan. Menunggu.

          “Eh! Liza, kau ni berkutu ke apa? Tergaru-garu kepala. Aku pula yang rimas tengok tau!”

Liza tersentak. Serta-merta matanya terbeliak memandang Rosniah. Geram.

          “Ikut suka kau aje nak cakap aku! Entah-entah kau yang berkutu! Mana orang nak perasan kalau kau pakai tudung! Menyampah!”

Rosniah buat-buat tak tau. Saja memandang arah lain. Ariza tertunduk sambil bahunya tersengguk-sengguk. Ketawa. Tidak lama dia mengangkat wajahnya memandang Liza. Wajah yang bersahaja.

          “Sudah lah tu. Perkara kecil tak perlu nak diperbesarkan. Hah! Liza, kau ada benda nak cakap ke? Dari tadi aku tengok kau serba-salah aje. Seperti ada perkara kau nak beritahu aku.”

Liza mendengus. Sesekali dia menjeling Rosniah. Masih sakit hati. Namun tidak lama dia menggaru kepalanya lagi. Rosniah terus membelakangi Ariza. Ketawa lagi.

          “Kalau ada, cakaplah. Aku nak balik asrama ni.” Ulangnya lagi. Dia merenung jam pada pergelangan tangan kirinya.

          “Err... Riz, aku nak tanya kau. Kau free tak sabtu ni?” Akhirnya Liza bersuara.

Ariza tergamam. Raut wajahnya berubah serta merta. Terkejut. Pun tidak menduga. Begitu juga dengan Rosniah. Mereka kembali berpandangan.

          “Sabtu ni? Ehm? Aku tak tahu lagi. Kenapa?”

          “Ehm... aku ingat nak ajak kau jalan sama pergi bandar. Kau nak tak?”

Ariza tercengang. Dia memandang Rosniah yang mula tersengih.

          “Pergi bandar? Nak buat apa? Bukankah kau selalu keluar dengan Zura?”

          “Alaa.. Saja jalan-jalan. Lepak-lepak. Tak semestinya kena beli barang kan.”

          “Eh! Liza, tadi kau kata kau kebetulan saja terjumpa Riz. Tapi sebenarnya kau nak bercakap dengan dia kan! Sebab tu kau ikut dia dari tadi lagi. Kau mengaku saja lah. Bukan susah pun!”

          “Hei! Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Suka hati aku lah nak ajak Riz. Kenapa? Kau cemburu? Salahkah kalau aku ajak Riz? Aku bukan kacau kau pun!” Getusnya sambil mengerling ke arah Rosniah. Sakit hati.

          “Cemburu? Hei! Tolong sikit! Aku dan Riz bila-bila masa pun boleh keluar tau. Bukan macam kau tu! Siap nak minta kebenaran lagi!” Tingkahnya namun terus ketawa terkekeh-kekeh sambil memandang ke arah lain. Ariza ingin turut ketawa, namun tertahan bila melihat raut wajah Liza yang mengernyih. Mula marah.

          “Maaflah, Liza. Aku tak minat sangat nak berjalan ni. Kecualilah kalau ada hal penting. Aku lebih suka berada di bilik. Baca buku. Kau ajaklah rakan lain.” Jelasnya perlahan.

 

Liza mendengus perlahan. Merasa sedikit kecewa. Baca buku? Wah! Rajinnya... Patutlah selalu dapat markah tinggi. Alahai, memang ada tembok penghalang! Aku tak ada cara lain lagi ke?

          “Kalau sabtu minggu depan, bagaimana? Boleh tak?” Tanyanya lagi. Masih tidak puas hati. Sebaliknya terus mencuba.

Ariza menarik nafas panjang. Keningnya berkerut. Hairan. Kenapa dia ni? Tiba-tiba pulak!

          “Liza, kau ni keluar setiap minggu ke? Tak sangka pula kau ni kuat berjalan!” Sergah Rosniah mematikan fikiran Ariza. Liza memalingkan muka dari Rosniah. Wajahnya berubah menjadi kemerahan. Malu.

          “Aku minta maaf, Liza. Sabtu depan pun aku tak boleh. Aku ada latihan. Lain kali sajalah ya.” Begitu perlahan namun meninggalkan kesan dalam hati Liza. Liza mengeluh lagi. Kecewa. Hmm.... Nampaknya tak dapatlah aku nak rapat dengan dia ni... Dia diam seketika.

          “Err.. Riz, kau ikut latihan apa?”

          “K-Do.”

          “K-Do? Ehm.. Boleh aku ikut sama tak?” Ujarnya tiba-tiba.

Pertanyaan itu benar-benar mengejutkan Rosniah dan Ariza. Ariza terpempan.

          “Kau nak ikut ke?” Dia agak ragu-ragu.

Liza mengangguk.

          “Kau minat ke? Kenapa tak ikut sejak awal?” Celah Rosniah pula. Gusar. Namun Liza tidak menjawab.

          “Kalau kau minat, petang khamis ni kau datanglah pergi dewan. Jumpa cikgu Azman.”

          “Kalau begitu, nanti aku datang. Tapi kau tolong aku ya. Aku pergi dulu.” Ujarnya bernada gembira terus beredar meninggalkan Ariza dan Rosniah yang masih terpaku. Hanya memandang kelibat Liza yang mula hilang.

          “Macam tu aje? Eh! Betul kah dia tu? Lain semacam saja aku tengok. Sejak bila pula dia nak rapat dengan kau ni? Aku keliru pulak. Mimpi ke dia tu?” Tanya Rosniah meluahkan rasa hatinya.

Ariza bungkam. Berfikir hanya menambahkan kebingungan.

          “Entahlah. Aku pun tak tahu.”

          “Hai... nampaknya Liza dah mula admire pada kau. Tentu lepas ni dia rajin nak ikut kau.” Selorohnya sambil ketawa kecil. Ariza menepuk bahu Rosniah. Geram.

          “Jangan cakap yang bukan-bukanlah. Biarkanlah dia. Jom kita balik. Dah lewat ni.” Serunya lalu meneruskan ayunan langkahnya. Rosniah menurut dari belakang. Tawanya masih bersisa.

Read More...

Friday, May 14, 2010

 May : A Special Dedication ...

 

amlaff

 

 

          Walaupun dah berlalu, tapi saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu, khasnya buat ibu yang dikasihi. Segala pengorbanan yang telah dicurahkan, memang tidak terbalas dengan kata2. Hanya dengan doa, kasih sayang serta rahmat dari-Nya yang mampu dipinta untuk kesejahteraan serta kebahagiaanmu selama hayat.

 

          Sesekali bila kita duduk bersendirian, seringkali ingatan serta kenangan di masa lalu datang menjelma. Bagaimana keletah, kenakalan serta kejahilan kita membuatkan mereka ketawa, marah serta menangis hanya kerana kita. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat pada semua tu. Itu kan memang sudah tanggungjawab insan yang bergelar Ibu. Tapi bagi mereka yang mengerti, semua kenangan itu bagaikan satu keinsafan yang membuatkan kita sedar betapa jahat serta kenakalan itu telah melukakan hati mereka. Penghargaan kita bukan setakat tarikh penting ini saja, tapi biarlah setiap hari. Terima kasih Mama.

 

          Oh! ya, tika saya menulis ni, esok adalah hari guru. Jadi kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru2 terutamanya kepada guru2 yang pernah mengajar saya sejak tadika, SRKT, SMK Muhibbah, SEMEKAR, SMKP, SMKS juga my lecturer kat UKM. I loved you all. Maaflah kerana suka tidur dalam kelas, kerana selalu menyusahkan tiap kali bergaduh dengan pelajar lain, kerana selalu tidak menyiapkan tugasan… tapi nakal macam mana pun, saya tetap budak baik kan.. hehehe!

 

          Untuk ibu yang dikasihi serta guru2 yang dihormati, terima kasih di atas segala pengorbanan dan jasa yang telah diberikan. Keranamu, aku telah menjadi manusia yang bukan sahaja bijaksana, tetapi juga tahu akan nilai2 kemanusiaan. You are the best & thank you so much!!!

 

Read More...

Monday, May 3, 2010

 Kembali.. :)

 

images

 

          Well, I’m back! Lama rasanya tak meng’update’ blog ni. Banyak perkara, banyak peristiwa dan banyak juga perihal yang kadang2 terasa ingin dikongsi bersama, tapi nanti dulu la ye..

 

          Sebagai pembuka bicara, saya ingin berkongsikan pasal sebuah novel cinta yang agak lama juga la, tapi saya pasti masih di ingati ramai. Saya masih ingat lagi, novel ni saya beli semasa pameran buku di UKM tahun 1 – 1999. Harga buku ni masa tu… dah lupalah. sowi.. hehe! my friend Rais masa tu baru habis menderma darah ( sekali buat masa pameran tu) sedang bawa novel ni. Dia kata novel ni memang hangat di pasaran. Sold out. Sekali imbas novel tu.. Mak aiii!!!!! tebalnyer… Mengalahkan teks course masa tu. 1000> muka surat. Mujurlah sebelah menyebelah. Tapi itupun kira panjang juga tu. Confirm kalau my lecture nampak dia akan cakap “buku cinta 1000> sanggup baca, tapi nota saya 2-3 muka surat pun payah nak khatam.”

 

          Novel ni banyak klise juga. Sekejap future story sekejap past… Jadi memang tak boleh nak melompat2. Kena baca ikut bab. Kalau tak, susah nak faham. Apapun, novel ni memang best. Walaupun ada sambungan ke-2 & ke-3 ( Katherina & Kasyah: Lagenda Berakhir), tapi still tak dapat nak menandingi first siri ni.  Ini pendapat saya la sebab dah baca. Best nya novel ni  sampai menjadi tempahan untuk di pos ke Sabah lagi masa tu.. Ehehe!

 

          Kedengaran juga novel ni bakal difilemkan tapi lepas tu senyap semula. Saya pun teringin juga nak tahu bagaimana pengadaptasian novel setebal tu menjadi filem paling lama 2 jam stengah kut. Hmm… bukan senang nak mengolah skrip untuk memastikan jalan ceritanya tidak berubah. Pastinya mereka2 yang pernah membaca novel tu mengharapkan sesuatu yang istimewa dari filem tu nanti. Uisk! Jadi pengulas la pula.. Sowi… Nak promote je ni. Kalau berkualiti dan setanding, apa salahnya kita memartabatkan filem melayu kita :D

 

          Kalau ikut pada sequel ni, kemungkinan besar ianya akan ditayangkan pada Jun ni. Bila2 pun, jangan lupa saksikan filem melayu yang diadaptasikan dari novel Lagenda Budak Setan hasil karya Ahadiah Akasyah ni. Dalam kita gembira, ada sedihnya, Dalam kita suka, akan ada benci. Dalam kita memendam, akan terluah jua. Cuma bagaimana expressi diri dan hati, hanya kita yang mengetahuinya.

 

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...