Template by:
Free Blog Templates

Saturday, December 31, 2011

 ~ Hati & Perasaan Part II ~

 

 

“Dalam untaian rindu, ku hulur tangan ini… walau belum tentu bersambut, biar seribu kali kau humban rindu yang ku taut ini, ku cuma pinta berilah aku senyum tawamu, buat pengubat rindu…”

 

 

          Masa untuk kembali ber’jiwang’ kut.. Ahks! Sesekali bila ingin menceritakan soal hati ni, sebenarnya blushing juga. Yelah… kang ade pula yang kate macam membaca novel cinta pula. Ehehe! Actually, saya pernah juga tulis satu novel cinta. Tapi 2 orang je yang berpeluang membaca. My sister & my gud friend. Reason? Itulah first time saya tulis cerita yang lebih 100m/s. Mula2 tu nk tulis cerpen je. Seperti kebiasaan yang sudah2. Tapi entah kenapa masa tu jadi panjang tanpa di sedari pula. Dahlah pada masa tu belum ade pengalaman cintun2, jadi tulis ikut suka hati je. Oleh kerana itu, seganlah nak bagi orang baca. Takut orang cakap syok sendiri. Hehe!

 

          Bila menyebut pasal persahabatan, saya teringat pula pada kisah ‘cinta platonik’. Tapi rasanya memang susah untuk ditemui sekarang ini, memandangkan selalunya bila wanita & lelaki bekawan, sama ada berakhir dengan percintaan atau terpisah begitu saja lantaran cinta sebelah pihak. Saya pernah cuba, tapi memang tidak berjaya. Adakah berkawan dengan lelaki perlu diakhiri dgn percintaan? Mungkin ia memerlukan pemahaman yang dalam, or mungkin juga itu cuma persepsi sebelah pihak saja..

 

          Dalam soal hati & perasaan, tiada siapa yang salah. Apa yang kita rasa, semuanya benar walaupun salah bagi orang lain. Kadang-kadang kita ni terlalu disogokkan dengan pepatah setiap manusia itu saling berpasangan. Kerana itu, adakalanya kita terlalu memikirkan sehingga terjadinya istilah ‘desperate’. Terlalu mencari walaupun sebenarnya apa yang kita temui itu belum tentu milik kita. Ada yang mengatakan apabila seseorang tu bertemu pasangannya, pertama kali berjumpa sudah menemui keserasian. Keserasian yang bagaimana…? Entahlah…

 

          Tapi bagaimana pula sebaliknya? Tak kenal maka tak cinta. Tapi cinta kah kita andainya cuma sebelah pihak? Mungkin itu cuma dirasai oleh sebelah pihak, tapi yang satu tidak merasakan apa-apa. Andainya begini, perlukah kita memaksa hati orang agar menerima kita… Andai hatinya bukan untuk kita atau di dalam hatinya masih ada orang lain… Cukup2lah kita menyiksa hati sendiri.

 

          Suatu ketika, saya pernah memikirkan soal hati. To whom I’ll truly in love. Tetiba saya teringatkan kata2 cikgu saya… “setiap orang memang ada pasangan. Andainya kamu belum bertemu, bukan bermakna tiada. Cuma sama ada ditakdirkan untuk bertemu di dunia atau di sana kelak. Andainya lambat, bukan bermakna tiada, cuma memberi peluang pada kita untuk melengkapkan diri.”  Entah kenapa tetiba saya tersenyum. Mungkin itu sudah cukup menjawab persoalan.

 

          Tinggal beberapa minit lagi untuk meninggalkan tahun 2011, melangkah ke 2012. Azam baru? Ehem.. rasanya setiap orang bersoal selidik tentang azam ni. Bagi saya, azam itu tiada. tapi saya ada matlamat yang ingin dicapai untuk tahun ni.. Ehh! ada beza ke antara azam dan matlamat? Ada… samalah seperti misi dan visi. Kalau nak diimbas kembali apa yang telah dilalui sepanjang tahun ni, banyak sebenarnya. Apatah lagi kebanyakkan peristiwa yang berlaku berkisar soal life. Sebab itulah banyak entry soal life.

 

~ Bila mana kita melangkah ke depan tanpa sokongan yang kita perlukan. Kita terasa keseorangan bukan kerana kita sendirian, tapi kerana orang tidak memahami kita.. Tidak menyalahkan sesiapa, walau apapun yang orang kata. Realitinya bukan semua akan faham apa yang kita rasai.~

 

~ Kesedihan apabila kehilangan. Bukan semua orang akan nampak, andainya kita seorang pelakon yang hebat. Mungkin orang melihat kita gembira, ketawa, bahagia… Tapi hakikatnya, kita banyak menangis.. sehingga hati pun dah habis di makan.

 

~ Haha! adakalanya meletup juga bila kita tak boleh nak handle perasaan sendiri. Dah sampai tahap. Manusia biasa. Bila mana orang dok asyik mencari peluang untuk menghentam kita yang duduk diam ni, sesekali kena juga luahkan perasaan. Cuma antara sedar atau tidak saje. ~

 

~ Apapun yang berlaku, kita terus bersemangat untuk mengubah. Kita bangkit untuk mendapatkan kekuatan semula. Biarlah orang kata kita pentingkan diri sendiri, kita kejam pada orang lain, kita banyak melukakan hati orang.. Kita buat semua tu kerana kita tahu apa yang kita perlukan. Tidak guna menjaga perasaan orang sangat, membuatkan orang ketawa dan tersenyum andainya kita terpaksa menangis melukakan perasaan sendiri. Adakah dengan menurut kehendak orang, menjaga hati orang akan membuatkan kita mendapat kembali apa yang kita nak? ~

 

          Fuhh! dah panjang rupanya bercerita soal hati dan perasaan ni. Cuma apa yang ingin diperkatakan di sini.. apa yang berlaku sepanjang tahun ini, cukup di sini saja. Tahun 2012 perlukan perubahan dan semangat baru untuk mencapai matlamat. Apa yang baik kita kekalkan, apa yang tidak kita usahakan unuk kebaikan. No more regret, no more hurt feeling. Erkkk!!! Betul ke tuhh????

 

 

“Andaikata takdir menentukan kita berpisah, biarlah perpisahan itu hanya kematian.. Sememangnya kita tidak mengetahui apa yang berlaku kelak… tapi selama hayat ini masih ada, biar apapun situasi kita… kasih sayang kita tetap mekar hingga akhirnya..”

Read More...

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part I ~

 

ami41

 

 

          Lama betul tak meng’update cerita ni. Bukan lupa, cuma bila terlalu memikirkan soal lain, perkara yang selalu menjadi kebiasaan pun boleh terleka. Actually, dah ada rakan yang mendapat manuskrip cerita ni. Ehh! cerita ni pun soal hati dan perasaan juga. Cuma bergantung sejauh mana keberkesanan saya untuk menyampaikan maksud cerita ni dan penerimaan orang lain tentang apa yang ingin saya sampaikan.

 

          Walaubagaimanapun, saya teruskan juga entry ni bagi melengkapkan cerita. Tak boleh buat kerja separuh jalan kan.. Terima kasih kerana mengikuti perkembangan cerita ini. Opps! ada rakan memberitahu cara penulisan saya terpengaruh dengan bahasa Sabah. Nak buat macam mana… Saya kan memang bumiputera Sabah. Hehe!

 

                    *                       *                      *                     *                    *                    *                      *

 

          Azura mempercepatkan langkahnya menuju ke kawasan asrama perempuan. Sesekali dia melihat jam di tangan kanan. Tidak lama kemudian, langkahnya menjadi perlahan apabila mula menaiki anak tangga. Satu demi satu anak tangga dilalui. Sesekali dia tersenyum mengangguk perlahan apabila bertembung dengan pelajar lain yang datang dari arah yang berlawanan. Dorm yang terletak di paras 2 dirasakan begitu jauh. Bahang panas di tengah hari makin terasa. Peluh mula memercik di wajah. Dahinya berkerut.

          “Hai, Zura! Laju nampak. Emergency ker?” Satu suara menyapa lembut.

Azura terhenti seketika. Terkejut. Segera dia mendongak kepala sedikit dan memandang orang di hadapannya seraya tersenyum.

          “Eh! Kak Niza rupanya... Sorry kak. Saya tak perasan tadi.. Tak adalah emergency, Cuma nak cepat balik ke bilik aje.”

Rosniza dan Ardilla menghampiri, lalu memegang bahu Azura. Dia turut tersenyum.

          “Tak apa. Tapi hati-hati sikit bila naik tangga tu. Kalau ya pun nak cepat, janganlah lari. Nanti kalau terjatuh kan susah.”

Azura tunduk malu. Mengangguk perlahan. Dia mendakap erat fail ke dada sambil tersengih.

          “Yelah. Saya faham, kak. Sorry...”

          “Ala jangan risaulah. Akak bukan marah pun. Cuma nak mengingatkan aje. Oh! Ya. Nanti kirim salam dengan Riz ya. Pesan pada dia suruh datang ke bilik akak. Dah lama sangat dia tak jumpa akak. Zura tolong beritahu dia, okay!”

          “No Problem, kak. Perkara kecil aje tu. Nanti saya sampaikan pada Riz. Okaylah, kak. Saya naik dulu ya,” ujarnya sambil tersenyum. Rosniza mengangguk, hanya memerhatikan Azura berlalu di hadapannya.

Ardilla hanya memandang Azura sambil merapati Rosniza.

          “She is a nice girl. So sweet! Betul tak, Niza?”.

          “Yes! You’re right! Zura tu memang sweet. Nice looking. Eh! Kenapa, Dilla? Tiba-tiba aje memuji ni. Kau minat ek…” Usik Rosniza bila mengiyakan pernyataan rakan sebelahnya. Ardilla ketawa kecil.

          “Taklah macam tu. Cuma aku suka tengok dia tu. Manja dan sedikit keanak-anakkan. Dirah pula jenis penyayang orangnya. Memang serasi sangat dengan Dirah.”

Rosniza memandang Ardilla yang juga memandangnya. Dia cuma menggelengkan kepala. Senyum.

          “Mungkin juga. Kebetulan pula Zura tu anak tunggal, jadi bila bertemu dengan orang seperti Dirah, apa yang sedia ada dan tersembunyi dalam perwatakannya lebih terselah. Eh! Dahlah tu. Panjang lebar pula kita bercerita pasal diorang. Jom kita pergi kelas. Nanti terlewat pula,” ujarnya lalu menarik tangan Ardilla dan terus menuruni tangga.

Ardilla hanya menurut. Dia ketawa kecil. Senyuman terus terukir di wajahnya.

 

 

          Azura berhenti seketika apabila tiba di paras 2. Melepaskan keletihan. Fail diletakkan di atas beranda koridor. Keringat di dahi terus dikesat dengan saputangan kuning. Kemudian dia cuba membetulkan kembali kedudukan beg yang hampir terjatuh dari bahunya. Dia menarik nafas panjang. Lega sedikit. Sejenak fikiranya menerawang bila memandang persekitaran asrama. Terleka apabila desiran angin menyapa wajah di sebalik cuaca panas yang membahang. Agak selesa.

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Azura tersentak. Hilang segala ketenangan yang baru dirasa. Segera dia meleraikan pelukan itu lalu berpaling ke belakang. Dia terkejut lagi. Darahnya menyirap. Larian jantung mula tidak menentu.

          “Kak... kak... Kak Farina?!!”

Azura tergamam. Kelu.

Farina tersenyum. Dia mengangkat muka Azura. Memandang namun Azura terus menundukkan kepala. Ya Allah... Kenapalah aku boleh terserempak dengan orang ni... keluhnya dalam hati.

          “Kenapa, Zura? Terkejut ke?… Ops! sorry! Ingat nak buat surprise tadi. Nak pergi mana ni?”

          “Balik bilik.” Ujarnya perlahan. Tidak bersemangat. Sedikitpun dia tidak menyangka akan terjumpa dengan orang yang selama ini cuba dielakkan.

          “Kalau begitu, jom pergi bilik akak kejap. Saja bercerita-cerita. Lagipun dah lama tak jumpa dengan Zura ni,” ujarnya lalu mengambil fail yang terletak di atas beranda koridor depannya. Azura cuba menegahnya. Tidak mahu. Secepat mungkin dia cuba mengambil kembali fail dari tangan Farina, namun Farina mengelaknya.

          “Eh! Tak naklah, kak. Saya nak cepat ni. Ada hal. Lain kali sajalah saya datang ke bilik akak.”

          “Ala, kejap je… takkan tak boleh, Zura.”

Pergelangan tangannya mula dipegang dan ditarik. Azura mula merasa rimas. Dia membatu.

          “Saya tak naklah, kak. Saya nak cepat ni...”

          “Please, Zura. Kejap je… Bolehlah…” Pujuknya lagi lalu menarik tangan Azura.

          “Tapi, kak...”

Azura terus memaksa dirinya untuk tidak bergerak, tetapi pegangan Farina seolah-olah begitu kemas, sehingga tidak mampu untuk dileraikan. Dan dia akhirnya melangkah dalam terpaksa. Beberapa orang pelajar lain hanya memandang setiap kali bertembung. Azura tunduk. Wajahnya masam. Dalam hatinya terasa menyesal kerana berhenti di situ. Sepatutnya dia meneruskan sahaja langkah kakinya tadi. Tapi... Biarlah! Apa nak buat... Segalanya sudah berlaku. Tak guna nak menyesal lagi… Gerutunya sendiri memujuk diri.

 

          Tiba di bilik yang dirasanya begitu asing, barulah Azura merasa sedikit selesa apabila tangannya dilepaskan. Dia menggosok pergelangan tangannya. Terasa kebas. Farina meletakkan fail biru di atas meja lalu menarik sebuah kerusi. Azura mendengus. Berpaling. Masih merasa geram. Terus berdiri. Membatu.

          “Janganlah berdiri saja, Zura. Marilah duduk sini.”

Azura menghampiri lalu mengambil fail biru yang diletakkan di atas meja.

          “Tak apalah, kak. Saya nak cepat ni. Kalau akak ada hal nak cakap, cakaplah sekarang,” tegasnya lalu memandang ke arah lain.

Raut wajah Farina serta merta berubah. Dia bingkas lalu berdiri di hadapan Azura.

          “Zura, kau sudah banyak berubah. Kau bersikap dingin sekarang. Dulu kau bukan begini. Kau selalu berbual-bual dengan akak. Tapi sekarang, kau cuba mengelak dari berjumpa. Kenapa?”

(to be continue…)

Read More...

 2nd Days before New Year’s has begun!

 

 

Assalamualaikum.. Salam sejahtera!
Selamat pagi! Good Morning! Ohaiyoo Minna-san.. Ehhee.. :)

 

images

          Termasuk hari ni, tinggal 2 hari lagi sebelum melangkah ke tahun baru 2012. Bagaimana emosi anda hari ini? Ehee.. macam topic pagi di Sinar.fm pulak! Ahks!Kalau ikutkan seperti yang saya target, ade 2 lagi entry yang saya ingin selepaskan sebelum penutup 2011. InsyaAllah boleh!

 

          Sebaik saja selesai menaip entry ke -2 untuk bulan ini, tetiba pula lappy problem. Entah dari website mana pula spyware masuk, terus ubahsuai registry.. (ops! saya budak baik tau! ahks!) Program terus tak leh buka.. Antivirus terus down. Huhu! adeih!
Mujurlah tak terus panic. Sebelum os window corupt, cepat2 backup files dulu kut2 terpaksa format pc. actually, format pc is the last step that I'll do. Some of my file already lost, including my draft. Tapi tak apalah selagi ada  yang boleh selamatkan, teruskan usaha. Ehehe!

 

          Selepas 4 hari, lappy ok sikit. Tapi still under maintenance. Still kena check time by time until betul2 clear terutamanya yang related to form, password or online personal data. Sabar separuh dari iman ape..:d Walaubagaimanapun, I'm give up yet untuk mencabar diri sendiri menyiapkan 4 entry untuk disember ni. Ganbatte!

 

          Ade yang bertanya pada saya, mane sambungan untuk entry "hati & perasaan"? Terkejut juga sebenarnya bila pembaca personally bertanya, but at the same time saya happy juga sebab ade respon dari readers. Ehehe! actually, saya dah plan untuk publish sambungan entry tu last day 2011 (31/12/2011) sebelum 1200H midnite. Sebagai penutup entry. Reason? Dah title entry pun berkenaan hati & perasaan, so saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai ape yang saya rasai & lalui sepanjang tahun 2011 ni. Alaa.. Kan kat TV pun selalu membuat ulasan rentetan sejarah yang berlaku sepanjang tahun. so, saya pun nak buat juga. Suitable bukan! :)

 

          Saya berhenti setakat ni, nanti kite jumpa lagi dalam last entry untuk tahun ini. Who knows ape yang saya bakal coretkan.. :d

Read More...

Friday, December 23, 2011

 ~ Kembali Sejenak ^_^ ~

 

 

Snapshot 1 (12-23-2011 11-50 AM)Morning alls !! Smile

 

Semasa menulis entry ni, jam menunjukkan pukul 0950H. Masih pagi.. Sepatutnya minda pun masih segar juga lah kan.. Tapi ni seperti nak mengikut rentak kelayuan mata aje.. Ehehe! Apapun, semoga hari2 yang mendatang memberi kehidupan yang bermakna buat kita semua.

 

          Tak adalah lama sangat, cuma diri sendiri yang rasa lama tak meng’update’ blog ni. Apatah lagi tahun 2011 sudah kian melabuhkan tirainya. Actually dalam tempoh masa ini, banyak idea yang ingin dikongsikan dalam blog ni.. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Ditambah lagi dengan persekitaran yang agak ‘confusing’, membuatkan mood nak menulis tu hilang sekelip mata… Sebelum tahun 2011 berakhir, saya harap dapat meng’update’ blog at least 3 entry lagi. Termasuk entry yang ini, jadi 4 lah. Agak2 sempat tak? Hopefully I can make it!

 

sailor_mercury_mizuno_ami_bishoujo_senshi_sailor_moon-12516

~ Muka tengah confuse.. huhu! ~

 

          Ehmm… Last week saya ke Melaka, melawat famili kakak saya. Kebetulan pula pada ketika itu, Pesta Pantai Melaka sedang berlangsung di Tanjung Bidara. Sempatlah juga saya melawat tapak pada hari terakhir.. Cuma pada ketika itu, dah tak banyak acara. Apa yang tinggal, cuma gerai2 biasa seperti kita pergi pantai2 lain – jual2 baju.. souvenier.. makan2. Kemudian bersama famili kakak, saya ke Mydin Mall di Ayer Keroh (eh! betul ke ejaan ni.. Hehe!). Ada banyak peristiwa yang menjadi perhatian saya. Tapi yang paling menyentuh hati saya bila saya melihat gelagat seorang ibu bersama anaknya.

 

          Si anak dalam usia 2-3 tahun macam tu sedang menghisap gula-gula lolipop, manakala si ibu sedang memegang anaknya yang seorang lagi. Tiba-tiba gula-gula yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Si anak terdiam dan si Ibu hanya memandang gula-gula yang bergolek itu. Sayu. Mungkin juga sedih walaupun si anak tidak menangis. Si ibu memandang ke kiri dan ke kanan, dan dengan perlahan si Ibu mengutip lolipop tersebut lalu bermundar mandir ke hulu hilir mencari tandas / paip air dengan tujuan untuk membasuh lolipop tersebut. Tidak lama kemudian si Ibu muncul lalu memberi kembali lolipop tersebut pada si anak.

 

          To be truth, hati saya betul2 tersentuh. Terasa panas dalam hati, menahan keinginan unuk menitiskan air mata di situ juga. Ada banyak sebab kenapa hati saya begitu sebak. Ketika itu, ingin saja saya menemui si Ibu untuk mengantikan lolipop yang baru. Yelah, berapa sangatlah harga lolipop tu kan.. Lagi kalau rasa lolipop tu tidak sedap, pada masa tu juga kita mungkin mencampakkan dalam tong sampah. Semudah itu. Tapi si Ibu tidak berbuat begitu. Mungkin hanya itu yang si Ibu mampu beri pada si anak lantaran kekurangan yang di hadapi. Mungkin juga si Ibu sudah biasa dengan kehidupan yang susah.. Apapun alasannya, hanya si Ibu saja yang tahu.

 

          Cuma saya melihat… itulah kesanggupan si Ibu untuk buat apa saja demi si anak. Dengan kemampuan yang ada, si Ibu cuba juga untuk mengembirakan si anak. Si ibu tidak kisah kalau orang lain melihat dan membuat persepsi yang pelbagai. Si anak pula seakan memahami keadaan si Ibu... Saya biasa melihat apabila si anak tidak mendapat apa yang di ingini, si anak berguling2 di lantai sambil menangis kuat. Respon si Ibu? Ada yang terus menurut kerana malu dengan orang ramai or tak sampai hati.. ada yang buat tak tahu.. pun ada juga yang terus marah dan mencubit/ memukul si anak.

 

amiga6

~ Macam ni lah kalau dah termenung jauh… :d ~

 

          Sedikit tambahan… Kenapa saya suka mendiamkan diri dan bersendirian? Kerana saya berjiwa sensitif yang amat pada alam persekitaran. Suka berfikir.  Saya suka melihat dan memerhatikan sekeliling. Cuma bersendirian seketika membuatkan saya merasa tenang. Berada di kelompok ramai, membuatkan saya melihat terlalu banyak perkara. Berkawan rapat dengan ramai, membuatkan saya cepat tersepit dalam perasaan sendiri. Even orang tak cakap, tapi melihat raut wajah saja sudah membuatkan saya berfikir banyak. Can’t stop thinking even for a second! Dulu rakan baik saya selalu berpesan… lebih baik orang tak kenal saya sangat, daripada orang kenal saya.. Dia berkata begitu kerana dia melihat banyak masalah orang ditumpahkan pada saya. Mungkin ada yang terasa or tersinggung bila saya selalu menyepi, tapi itu bukan bermakna yang saya menjauhkan diri. Apatah lagi untuk melupakan. Pun bukan bermakna saya tidak ingin dikenali. Cuma biarlah mereka mengenali saya kerana apa yang mereka lihat dan rasa sendiri, bukan kerana apa yang saya kata atau tunjukkan.. Macam mana tu? Really complicated bukan… Smile

Read More...
Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...