Template by:
Free Blog Templates

Thursday, May 31, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part IV ~

 

image068

 

Azura mengangkat kepalanya sedikit. Menghadap Ariza.

          “Dia, Riz. Kakak gila tu! Aku bencikan dia, Riz. Benci sangat… Dia… Dia…” Perasaannya kembali sebak. Suara hatinya tersekat dibenak, terhalang oleh kesedihan yang mencengkam. Dia tidak dapat untuk meneruskan kata-katanya. Jernihan mutiara yang bertakung, kini tidak dapat dibendung lagi. Lalu mengalir deras membasahi pipi semula. Esakan kecil kedengaran semula dan Azura terus menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Masih terbayang di ingatan tentang Farina yang dirasanya agak keterlaluan. Sukar untuk dilupakan. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat di ingatan dan hatinya semakin pedih.

 

Ariza kelu. Jiwanya terusik.

          “Zura, jangan nangis. Please. Bawa bertenang okay,” pujuknya lalu memegang jemari Azura. Segera dia mengambil sehelai tisu yang di simpan di tepi katil lalu melipatnya kemas. Tangan yang menutupi muka dilarikan. Azura terus memalingkan mukanya. Segan. Namun Ariza terus memegang dagu Azura dan menariknya perlahan agar menghadapnya. Kemudian mengesat pipi Azura yang masih basah.

          “Zura, jangan macam ni. Aku tak sampai hati bila tengok kau nangis. Jangan risau, aku tak paksa kau untuk meluahkan pada aku sekarang. Aku faham. Cuma kau janganlah menangis lagi. Bolehkan,” pujuknya lagi dengan suara yang lembut.

Azura terdiam. Terpaku. Dia membiarkan Ariza. Tidak menduga tindakan Ariza yang begitu mengambil berat akan dirinya. Selama ini, Ariza tidak pernah buat begitu. Sesiapapun tidak mengetahui keperibadiannya yang sebenar. Walaupun aku sendiri. Tak sangka, di sebalik ketegasan dan keseriusan wajahnya, terselit satu perasaan yang begitu mendalam. Bisik hatinya.

          “Riz.”

Ariza cuma tersenyum.

Azura masih tergamam. Bahunya masih bergoyang. Menahan sedu. Dia memegang tangan Ariza yang menyentuh muka lalu digenggam dan didekatkan di wajahnya yang lembap.

 

Ariza terpaku. Terasa kulit tangannya bagai ditusuk oleh jernihan manik yang membasahi pipi Azura.

          “Zura, kau dah okay?”

          “Entahlah, Riz. Tapi… aku bencikan dia. Aku betul-betul bencikan dia…”

          “Kenapa kau bencikan dia...? Apa yang berlaku sebenarnya, Zura?”

Azura berdiam seketika.

          “Selama ini aku berdiam diri saja dengan apa yang dia buat. Walaupun aku tak suka, tapi aku cuba juga untuk menghormati dia sebab dia senior kita. Tapi kali ini… Ah! Aku tak sanggup bertahan lagi, Riz. Aku betul-betul tak sangka dia sanggup buat aku begini. Jangan kerana dia lebih dewasa dari aku maka dia mudah nak mempermainkan aku. Aku… aku benci betul!”

          “Zura, jangan kata macam tu. Mungkin ini cuma salah faham. Mungkin dia sekadar mengusik kau.”

Azura menggelengkan kepalanya. Semakin kuat genggamannya pada tangan Ariza, membuatkan Ariza sendiri terasa bahang kemarahan yang menguasai hati Zura. Dia tergamam seketika.

          “Tidak, Riz. Tidak. Dia bukan nak mengusik. Tapi dia memang berniat begitu! Aku sendiri melaluinya. Kalau tidak, dia tidak akan memaksa aku!!”

Ariza agak terkejut.

          “Zura!”

Azura memandang Ariza. Tepat. Kelopak matanya masih berkaca-kaca. Jiwanya semakin meruntun. Pedih hatinya kian terasa. Semena-mena dia melepaskan tangan Ariza lalu menyembamkan mukanya ke dada Ariza. Baju hitam milik Ariza ditarik dan dipegang kuat. Dia sedu lagi. Sekali lagi Ariza terpempan. Terpaku. Tidak tahu hendak buat apa. Terasa bajunya mula dibasahi.

          “Zura…”

Tiada jawapan. Hanya membisu.

 

Ariza bingung. Dia menarik nafas panjang. Belum pernah orang lain buat begitu padanya. Apalagi Zura. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan reaksi kesedihan yang sangat, melainkan senyuman yang terus terukir. Kini, dia tidak tahu. Ah! What should I do now? Perlukah aku biarkan saja? Tanyanya sendiri. Fikirannya bercelaru. Namun dalam masa yang sama, dia tidak sanggup untuk membiarkan Azura begitu. Dia seakan kaku.

          “Zura,”

          “Riz, dia jahat… dia cuba nak cium aku. Aku tak suka dia! Mengusik ke tu, Riz? Tidakkan… aku... aku bencikan dia!!!” Ujarnya dalam tangisan.

Ariza tersentak. Raut wajahnya berubah.

          “Apa?!!!”

Azura membisu. Menurut hati yang lara.

Ariza memejamkan mata seketika. Beristigfar dalam hati. Kemudian, dia memandang Azura yang terus menangis.

          “Zura, bersabarlah ya.”

          “Aku tahu. Tapi sampai bila? Aku tak suka nak benci orang, tapi… Ah! Dalam keadaan begini, aku teringat pula pada kak Nadirah. Tempat aku selalu meluahkan masalah. Tapi sekarang dia dah tak ada! Ah! Kenapalah dia pindah sekolah saat-saat begini? Aku terasa keseorangan sangat! Ahh! Alangkah bagusnya kalau ada orang yang boleh melindungi aku dari dia. Tentu dia tidak senang-senang nak buat macam ni padaku..” Azura terus memeluk Ariza. Terus menangis perlahan.

 

 

image023

 

          Ariza semakin kelu. Oh! Tuhan. Kuatkanlah hatinya… Hatinya berbelah bagi. Teragak-agak. Risau dengan keadaan Azura, tetapi dia tidak sampai hati nak membiarkan begitu sahaja. Dia cuba mengumpulkan kekuatan. Dengan perlahan dia cuba memegang kedua bahu Azura. Cuba menenangkan. Azura semakin rapat dengannya. Ariza seakan memahami dan dia mula memeluk Azura. Azura terpegun.

 

          “Zura, jangan nangis lagi ya. Lupakanlah hal tu. Anggaplah ia sekadar satu mimpi. Bolehkan,” pujuknya lagi.

          “Mustahil aku boleh lupakan begitu saja, Riz. Sedangkan mimpi ngeri pun akan terus terbayang di ruang ingatanku, ini kan pula yang berlaku di depan mata. Tak mungkin, Riz.”

          “Baiklah, tapi jangan paksa diri. Buatlah perlahan-lahan. Kalau kau rasa menangis itu dapat meredakan perasaanmu, tak pelah. Kau menangis sajalah sampai kau rasa tenang. Aku tak kisah juga.”

          “Biarpun dalam pelukanmu?”

Ariza serba salah, namun dia mengangguk. Perlahan.

Azura menggertap bibirnya. Menahan sendu.

          “Riz...”

Ariza tersenyum. Pelukannya semakin erat. Dia mendekatkan wajahnya ke rambut Azura.

          “Jangan bimbang, Zura. Kan aku ada di sini. Kau boleh berharap padaku. Aku takkan biarkan kau sendiri melaluinya. Percayalah,”

Azura memejamkan matanya. Titisan terakhir jatuh dan hilang apabila terkena baju Ariza Basahan di pipinya semakin kering. Seakan telah diserap. Kedamaian berada dalam pelukan membuatkan dia merasa tenang. Lupa pada kesedihannya. Dia mendongakkan kepalanya sedikit. Memandang Ariza yang tersenyum padanya.

          “Percayalah, Zura. Kau kata kau mahukan seseorang yang boleh melindungi kau kan! Jangan bimbang. Mulai saat ini, anggaplah kehadiranku sebagai pengganti kak Nadirah. Aku akan cuba buat yang terbaik. Aku takkan biarkan kau sendirian. Kalau boleh, aku yang akan lindungi kau dari dia. Aku takkan biarkan kau menangis lagi kerana dia atau sesiapapun. Aku tidak berjanji, tapi aku akan cuba, Zura.”

Agak lama Azura terpaku. Mendengar kata-kata itu. Ragu.

          “Betulkah, Riz?”

          “Percayalah...”

          “Tapi...”

          “Tapi apa, Zura?”

Azura memandang tepat wajah Ariza. Keraguan masih menyelubungi hatinya. Dari segi penampilan, di matanya Ariza tidak banyak bezanya dengan Farina. Mungkin kah...?

          “Riz, kau bukan seperti kak Farina kan? Kau takkan buat macam tu pada aku kan..”

Ariza tersentak.

(to be continue again.. hehehe!)

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...