Template by:
Free Blog Templates

Friday, May 4, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part III ~

 

image038

 

 

          Ariza tersentak apabila pintu bilik dibuka dengan kasar dan kemudian ditutup keras. Kedengaran sedikit dentuman. Azura terus melemparkan beg dan failnya ke atas meja dan kemudian menyembamkan muka ke bantal. Patung teddy bear yang bersandar di tepi katil terus dicapai dan dipeluk. Suara esakan semakin kedengaran.

Ariza tergamam memandang.

          “Zura, kenapa ni? Ada masalah ke?”

Azura tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis teresak-esak.

 

 

Ariza bungkam. Hatinya tersentuh. Segera dia mengemaskan almari pakaiannya dan kemudian menutup pintu almari. Dia menghampiri lalu duduk di tepi Azura. Bahu Azura digerakkan sedikit.

          “Zura, kau okay?”

Masih tiada jawapan. Hanya suara esakan terus menyelubungi suasana.

Ariza terus menantikan jawapan dari Azura. Dia serba salah. Resah. Tidak tahu hendak bertindak bagaimana.

          “Zura,” serunya lagi sambil menggerakkan bahu Azura.

Azura terus menyembunyikan wajahnya di bawah bantal.

          “Biarkan aku sendiri, Riz. Biarkanlah aku. Kau pun mungkin lebih kurang sama saja! Mengambil kesempatan di sebalik kesusahan orang lain. Aku tak perlukan simpati kau. Aku tahulah jaga diriku sendiri!” ujarnya perlahan tetapi sinis.

Ariza tersentak.

          “Kau cakap apa ni? Bila masa pula aku mengambil kesempatan ke atas kau?”

Azura terdiam. Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana terlepas cakap, tetapi hatinya masih sakit. Masih tidak dapat berfikir dengan baik. Dia memejamkan mata. Maafkan aku, Riz kalau aku tersalah... bisiknya berlahan sambil menggertap bibir.

 

image027 

 

 

          Suasana menjadi senyap. Agak lama. Ariza menarik nafas panjang, kemudian melepaskan. Keliru. Tidak tahu nak kata apa. Dia bingkas lalu menuju ke meja belajar. Tetapi langkahnya agak berat. Dia menoleh lagi. Memandang Azura. Selama ini dia tak pernah pula buat begini. Kenapa dia? Tanyanya sendiri. Ah! Perasaannya meruntun. Lalu dia kembali ke sisi Azura. Sekali lagi bahu Azura dipegang, tetapi tidak digerakkan.

          “Zura.”

Sunyi sepi.

          “Zura...”

Masih tidak menjawab. Ariza serba salah.

          “Zura, janganlah begini. Aku tak sampai hati melihat kau begini.”

Esakan Azura menjadi perlahan dan kemudiannya beransur hilang. Yang tinggal hanyalah sedu. Dia mengangkat kepalanya semula. Mengesat saki baki air mata yang masih membasahi pipinya, kemudian duduk mengadap Ariza. Ikatan rambut yang terlerai terus dibiarkan. Seketika dia menekup mukanya, menarik nafas panjang dan kemudian meletakkan kedua tangannya di atas pangkuan.

Ariza hanya memandang.

          “Zura, are you okay?” Tanyanya lembut.

Azura memandangnya. Kelembutan nada suara Ariza benar-benar meninggalkan kesan dalam dirinya. Timbul rasa bersalah sekiranya dia terus membiarkan rakannya itu dalam keadaan tanda tanya. Sedangkan rakannya itu selalu membantu.

          “Riz, maafkan aku. Aku tak sepatutnya cakap begitu pada kau tadi. Tapi aku tidak dapat mengawal diriku. Fikiranku terganggu. Aku geram sangat. Aku bingung, Riz. Aku bingung!”

 

Ariza memandang tepat ke anak mata Azura. Kelopak matanya masih basah dan agak sembab. Pandangan yang penuh keliru. Ternyata Azura agak bingung. Ariza resah. Lidahnya kelu untuk berkata. Bimbang kata-katanya akan mengguris hati Azura pula.

          “Zura, bertenanglah. Luahkan bila kau rasa selesa. Bila-bila masa, aku sedia mendengarnya.”

Azura menoleh perlahan ke arah lain. Dia mengesat pipinya yang masih basah. Tidak mahu jernihan mutiara itu terus jatuh membasahi pipi di hadapan Ariza. Segan. Ariza hanya memandang. Suasana sepi seketika.

Azura menarik nafas pendek, kemudian melepaskan perlahan. Dia masih tertunduk. Sesekali dia menggelengkan kepalanya.

          “Riz, aku tak tahu macam mana nak luahkan pada kau. Hatiku masih sakit. Tapi... aku bencikan dia, Riz... Aku betul-betul bencikan dia. Aku tak nak jumpa dia lagi…” Ujarnya perlahan. Suaranya agak serak. Masih tidak dapat menyembunyikan perasaan hatinya.

Ariza menggelengkan kepala. Dia terus memandang Azura yang masih menundukkan kepala. Dengan perlahan dia menarik muka Azura agar memandangnya. Azura akur namun terus menundukkan kepala.

          “Benci? Kau maksudkan siapa, Zura?”

Azura mengangkat kepalanya sedikit. Menghadap Ariza.

          “Dia, Riz. Kakak gila tu! Aku bencikan dia, Riz. Benci sangat… Dia… Dia…” Perasaannya kembali sebak. Suara hatinya tersekat dibenak, terhalang oleh kesedihan yang mencengkam. Dia tidak dapat untuk meneruskan kata-katanya. Jernihan mutiara yang bertakung, kini tidak dapat dibendung lagi. Lalu mengalir deras membasahi pipi semula. Esakan kecil kedengaran semula dan Azura terus menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Masih terbayang di ingatan tentang Farina yang dirasanya agak keterlaluan. Sukar untuk dilupakan. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat di ingatan dan hatinya semakin pedih.

Ariza kelu. Jiwanya terusik.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...