Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, July 18, 2012

 Memori Selamanya ~ Episode 15 part V ~

 

image021

 

 

 

 

 

          Azura memandang tepat wajah Ariza. Keraguan masih menyelubungi hatinya. Dari segi penampilan, di matanya Ariza tidak banyak bezanya dengan Farina. Mungkin kah...?

          “Riz, kau bukan seperti kak Farina kan? Kau takkan buat macam tu pada aku kan..”

 

 

Ariza tersentak. Dia menggelengkan kepala. Tidak menyangka.

          “Astagfirullah... Itukah maksud kau tadi? Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain? Jangan samakan aku dengan dia, Zura. Sekalipun aku macam ni, aku masih sedar diri lagi. Aku masih ada pegangan. ”

          “Maafkan aku sebab menuduh kau macam tu tadi. Aku takut. Bukan aku nak menyamakan kau dengan dia. Aku cuma nak menyedapkan hatiku saja. Aku tahu kau bukan begitu. Kalau tak, dah lama kau ambil kesempatan kan.”

Ariza mengangguk sambil tersenyum. Cuba menyakinkan Azura.

Azura mendakapnya. Kemudian tersenyum. Hampir terlena.

          “Terima kasih, Riz,” ujarnya lalu meletakkan kepalanya ke bahu Ariza.

Ariza mengangguk perlahan. Di hatinya mula merasa lega bila Azura tidak lagi menangis. Terasa bebannya berkurangan. Tetapi timbul satu tanggungjawab untuk melaksanakan kata-katanya. Dia menarik nafas lagi, kemudian melepaskan perlahan. Oh! Tuhan, semoga aku dapat melakukannya.

 

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ariza terkejut. Segera dia meleraikan pelukannya lalu menghampiri pintu. Azura terus mengesat matanya lalu mencapai majalah Ujang dari rak tepi katil dan berpura-pura membaca. Menyembunyikan wajahnya.

          “Oh! Liza. Kenapa?” Tanya Ariza sebaik sahaja daun pintu dibuka. Liza tercegat di depan pintu. Tersengih.

          “Err… Riz, kau pergi tak latihan petang ni?”

Ariza menguak rambut depannya ke belakang. Liza sekadar memandang. Ehm! Cutenya dia ni…

          “Pergi. Kejap lagi. Kenapa?”

Liza senyum sendiri. Tersipu-sipu. Dahi Ariza berkerut. Hairan.

          “Kalau kau pergi, boleh aku ikut sama tak?”

Ariza memeluk tubuhnya. Tubuhnya disandarkan ke dinding pintu.

          “Ehm! boleh. Tapi kau tunggulah dekat pagar asrama tu ya. Nanti aku datang. Aku nak tunggu Ros lagi ni”

          “Okay. Eh! Baju kau basahlah…” Tanyanya lagi lalu cuba memegang baju Ariza.

Ariza segera mengelak. Berundur selangkah.

          “Tertumpah air tadi. Okaylah, kau tunggu saja aku dekat pagar ya.” Pintasnya cepat. Tidak mahu Liza terus bertanya soalan yang mungkin boleh menimbulkan jawapan yang meragukan.

          “Yelah. Aku balik dulu. Okay, bye Zura!” Ujarnya sambil memandang Azura yang membisu lalu beredar pergi.

Ariza cuma memandang. Dia menggelengkan kepala, kemudian menutup pintu bilik semula. Dia menuju ke almari.

 

image120 

 

Azura menutup majalah lalu meletak tepi. Dia menghampiri Ariza yang berdiri di depan almari yang terbuka. Ariza menoleh seketika.

          “Kau nak pergi latihan ke, Riz?”

          “Ya, Zura.”

Azura segera menarik tangan Ariza. Ariza hairan.

          “Kalau kau tak pergi, boleh ke?”

 

 

 

Dahi Ariza berkerut lagi. Pelik.

          “Kenapa tiba-tiba kau kata begitu, Zura?”

          “Tak ada apa-apa. Cuma suruh kau jangan pergi saja.”

Ariza memegang bahu Azura. Azura cuma memandang.

          “Zura, aku kena pergi juga. Ia penting bagiku. Tapi tak mengapa. Aku akan balik awal. Okay!”

Azura mengangguk perlahan. Dia cuma memerhatikan Ariza yang asyik mengemaskan barang yang perlu di bawa bersama masuk ke dalam beg. Kemudian, berdiri di depan cermin mengemaskan rambutnya agar kelihatan kemas. Pandangan Azura tidak terhenti. Ah! Kacaknya dia kalau seorang lelaki… Bisik hatinya sendiri.

 

Seketika dia teringatkan peristiwa yang baru berlalu. Ketenangan berada dalam pelukan Ariza pertama kalinya, membuatkan dia terasa begitu disayangi dan mendamaikan perasaannya. Tiba-tiba dia rasa rindu.

          “Err... Riz.”

          “Ya.” Balasnya lalu menoleh memandang Azura.

Azura menghampiri Ariza yang juga memandangnya. Beg hitam disandang ke bahunya. Azura menundukkan kepala sebelum mengangkatnya kembali.

          “Riz, boleh tak kalau kau…” Kata-katanya terhenti. Perasaan segan mula menerja. Dia tertunduk.

Ariza hairan. Dia mengangkat muka Azura dengan hujung jarinya.

          “Kenapa terhenti, Zura? Cakaplah.”

          “Err… tak apalah, Riz. Nantilah aku cakap. Kau pergilah dulu. Nanti kau terlewat pula.”

Ariza mengangguk. Dia memegang pipi kanan Azura. Lembut.

Azura turut memegang tangan Ariza. Seolah-olah tidak mahu melepaskan jemari Ariza. Perasaannya seakan berubah. Keraguannya terhadap Ariza selama ini, kini terhapus sama sekali. Apa yang dirasanya, Ariza bukanlah seperti yang dikata oleh pelajar lain. Hanya mereka yang memahami sahaja yang mengetahui kelebihan yang tersirat di sebalik yang tersurat.

        “Okaylah. Kalau begitu aku pergi dulu,” ujarnya lalu melepaskan tangan Azura dan melangkah keluar dari bilik.

Azura cuma memandang tanpa kata. Dia membetulkan anak rambut yang berjuntai di dahi. Kemudian mengeluh kecil. Ah! Kalaulah kau faham maksudku, Riz… Bisik hatinya lagi lalu menghalakan pandangan matanya ke potret Ariza di atas meja.

0 comments:

Post a Comment

Bookmark and Share

My Recent Blog's

When My Heart Say...